“Hal tahfazu hazal hadith”-( Adakah kamu hafal hadith ini) sambil menunjuk hadith yang termaktub dalam buku teks arab yang kami gunakan semasa sesi pembelajaran. Sabda Rasulullah s.aw:
المؤمن القوي خير و احب الى الله من مؤمن الضعيف وفي كل خير
“Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai Allah dari pada mukmin yang lemah, dan dalam berbagai hal (nyata) lebih baik”
Mengangguk empat anak muda berlainan ibu dan bapa.
“Wa hal tahfazu hazihil ayah” ( Dan adakah kamu hafal ayat ini) sambil disebut oleh ustaz sebagai perkongsian tambahan.
Surah al-Qasas ayat ke 26:
قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الأمِينُ
Maksudnya: “Berkatalah salah seorangnya: Wahai bapaku! Ambillah dia sebagai orang yang bekerja (pada kita). Sesungguhnya sebaik-baik orang yang kamu ambil untuk bekerja ialah orang yang kuat dan dipercayai.”
Kami mengeleng..
Lalu Ustaz berkata sambil senyumannya terukir, “Kullu mar-ah tujibu alaiha an tahfazu haza hadith wa haza hadith wa hazihil ayatul karimah qabla at-tazawwaj"- Setiap wanita sepatutnya menghafal setiap hadis dan ayat ini sebelum dia bernikah”

Lantas kami pun menyalin kemas ketiga-tiga kalam berharga itu. Katanya seorang perempuan harus ‘solid’ dengan ketiga-tiga kalam ini. Daku dan seorang rakan yang lain sudah berpakat akan mencoret di blog masing-masing agar perkongsian ini dapat di lebarkan sayapnya buat teman-teman yang lain.
Persediaan itu perlu.
Untuk berbicara soal ini tidak terlalu awal sebenarnya. Sudah terlambat barangkali. Seingat daku juga, murabbi di pusat pengajianku dahulu, juga acapkali mengutarakan soal ini. Persedian demi persedian itu perlu. Takkan esok mahu membina rumah hari ini baru mencari simen dan batu-bata untuk disusun esok harinya. Pasti banyak perkara terlepas pandang dan hasilnya kurang. Pembinaan rumah itu sahaja sudah cukup menelan waktu yang lama. Nah bukan mudah berbicara soal ini.
Membina kekuatan dalam tembok kesederhanaan
Keberadaan manusia (mode of existence) di muka bumi bukanlah sesuatu yang sia-sia hatta diciptakan lelaki dan wanita bukan juga sia-sia dan bukan juga suka-suka. Bahkan boleh binasa jika tidak kena gaya.
Kenapa di perbesarkan skop qowiyun dalam hadith dan kalamullah yang ustaz kami ketengahkan. Sebenarnya seorang wanita atau mesranya muslimah yang sedar mesti melihat kekuatan yang ada pada bakal teman hidupnya atau bakal suami. Kekuatan yang bagaimana ya? Mari berfikir.
Bukan pada kekuatan badan
Bukan pada ketajaman akalnya
Bukan dalam hal ini semata-mata
Tapi
هو قوي::
ايمان
اخلاق
شخصية
Kekuatan imannya
Kekuatan akhlaknya
Kekuatan syaksiyah dan peribadinya
Amin? Apa sifat BENAR & DIPERCAYAi ini penting. Ya cukup penting untuk mengurus sebuah amanah keluarga. Membina keluarga adalah tanggunjawab bukan hanya memenuhi cinta suami dan isteri.
هو امين::
على زوجته
في المال
على الدين
على اهلك
Benar pada isterinya
Benar pada harta
Benar pada deen (agama dan tatacara hidup)
Benar pada ahli keluarganya
“Dipercayai” merupakan satu sifat yang bukan hanya diperlukan apabila kita mahu melantik seseorang untuk menjadi bendahari, menjadi pengerusi. Sebaliknya, sifat itu diperlukan dalam setiap tindakan dan pekerjaan. Tapi turut menjadi kunci untuk menghadirkan harmoni dalam keluarga. Bahkan “dipercayai” merupakan faktor penentu kejayaan sesuatu hubungan. Kalau sudah tidak percaya, kalimat perbualan hanya keluar dari bibir bukan dari hati lagi.
Pastikan diri anda wahai wanita turut menjadi muslimah, mukminah yang solehah sebelum meneropong sikap pasangan anda. Setidak-tidaknya bersedia ke arah itu. Manusia itu bukan dilahirkan sempurna tapi belajar untuk menjadi sempurna yang mungkin dengan keizinan-Nya. Pencipta diriku, dirimu dan kalian jua.

Bersedia untuk memahami dan difahami
“Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”
Ingin menjadi yang terbaik dan mengharapkan yang terbaik. Bersiap sedialah untuk memahami dan difahami kerana wanita dan lelaki itu dua golongan yang berbeza. Sangat berbeza. Hubungan dengan Allah kunci utama bagi memandu hubungan dengan manusia secara amnya, dengan keluarga terdekat, sahabat-sahabat apatah lagi dengan insan yang baru sahaja muncul dalam kamus hidup anda.
وقال صلى الله عليه وسلم:تنكح المرأة لأربع؛ لجمالها ولمالها ولحسبها ولدينها، فاظفر بذات الدين تربت يداك
Agama juga jadi pilihan, tapi teringat kalam Abu saif, hatta permulaan yang baik itu masih lagi bukan jaminan pengakhiran. Hidup ini bukan sentiasa indah, ada saja ujian dan dugaan mengiringi.
Firman Allah yang bermaksud:
Dariku untukmu
Anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra dan sinar akan pilih semua daripada kalangan akhwat regarding this post.



Bahasa gaulnya mencabar untuk daku habiskan ^_^ tapi fakta-fakta dan huraiannya akan membuatkan kita buka mata hingga timbul bermacam-macam perasaan. Anda akan sekejap ketawa, sekejap menangis dan sekejap serius ketika membaca. Lain dari yang lain. Seperti di Palestine lagaknya. Saat membaca buku ini jika anda dulu bukan insan yang suka peduli, InsyaAllah kalian kembali sedar. Ketika kita baru hendak mengkaji cerita sebenar, ribuan sahabat kita di bantai dan dibunuh tanpa perikemanusian di sana. Timbul penyesalan yang tak sudah sudah ana rasa. Buku ini UNIC. Kenapa? wait & see why. (^_~)
Aisyah r.a antara sahibah di zaman Rasulullah yang daku ingin jumpa. I admire her most among sahabiyat. Till then I will tell why. Syuran pada yang memberi.


Tema = Purple ( Gumbiranya hati) + Bahasa klasik
~Luaskan pandangan dan pengalaman~


















