BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 30, 2010

Syukur pada-Mu

Apabila diri bergelar manusia...
Sungguh banyak kelemahan yang harus diimbas semula...
Agar yang lemah itu mampu kuat terbina...
Manusia mudah lupa, manusia mudah leka...
Apa yang perlu...
Pulang mencari Yang Maha Esa...




Thank You Allah : Maher Zain

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009





Alhamdulillah...

Itulah satu-satu kalimah yang mampu terukir di bibir ini sewaktu melangkah keluar dari dewan peperiksaan semalam. Mengenangkan diri yang serba kekurangan, terasa malu saat Allah hulurkan bantuan. Sudah banyak Dia memberi kepada insan yang lemah ini. Namun adakah diri ini terus dan terus bersyukur? Muhasabah sejenak.

Mereka yang kusayang

Sekali lagi pujian hanya bagi Allah sebaik-baik perancang dan pengatur kehidupan.

Terpancar kelegaan...

Hari ini adik Sinar pun sudah selamat pernikahannya. Hanya dengan sekali lafaz "Aku Terima Nikahnya", terbinalah sebuah ikatan yang suci. Moga rahmah dan mawaddah buat kalian berdua. 11 kenderaan mengiringi ke tempat akad nikah. Hati gembira tak terkata ketika menelefon Ummi. Mendengar suara Ummi sudah terbayang kelegaan beliau menguruskan majlis. Sudah selesai satu acara. Esok pula kendurinya. Sungguh Along merindui kalian. Sebak...


Dan semalam juga ketika perjalanan pulang ke rumah dari dewan peperiksaan.

"Assalamualaikum, Sha! Ni ada orang nak cakap" Kata ina [teman serumah] dicorong telefon.

"Wa'alaikumussalam. Oh boleh je. Siapa tu?"

"Jap ye," balas Ina

"Sha !!! "

"Lah Izzah ada kat sini ke? Betul ke ni?Subhanallah! Patutlah ada miscall tadi. Afwan jiddan ukhti. Ana baru abes exam." Dengar suaranya sahaja sudah tahu gerangan empunya suara.

"Saje nak buat kejutan." Sambil ketawa.

Subhanallah...

Itulah satu-satunya kalimah yang mampu keluar apabila menerima kunjungan mengejut tetamu dari Iskandariah. Tup tup sudah berada di bawah rumah, mujur kejutan itu sebaik sahaja kami selesai peperiksaan. Kalau tidak terpaksa la antum tunggu kami lebih lama. Terharu...

Di sini sinar ingin kongsikan sedikit perkongsian hati hasil dari kunjungan mengejut. Sungguh kehadiran antum kerehatan buat ana selepas peperiksaan. Mahu melimpah juga 'kolam mata' dibuatnya tapi terpaksa 'control'. Kalau tidak bakal menjadi sesi bertukar air mata (^_^). Walaupun hakikatnya suasana sudah pun membuat setiap insan sebak petang itu.

Mereka menziarah bukan sebarang ziarah. Ziarah berhajatkan sebuah perkongsian. Sungguh ana sebenarnya kelu. Minda masih dibayangi jawapan peperiksaan yang Sinar luahkan di atas kertas jawapan. Namun hakikatnya banyak sudah Allah hadirkan peringatan di musim peperiksaan ini. Justeru di situ tercetus sebuah perbincangn hasil ziarah teman-teman Sinar ini. Sebenarnya diri ini yang memerlukan nasihat kalian.Walauapapun,pertemuan semalam benar-benar menjana kekuatan diri ini semula.

Peperiksaan perjalanan pulang kepada-Nya

"Alhamdulillah Allah kumpul hati-hati kita pada petang yang mulia ini. Biarpun mengejut. Inilah hadiah untuk ana. Inilah perancangan Allah" sebagai mukaddimah, sambil hati masih tercari-cari apa yang harus dikongsi. Istighfar mengiringi

"Segala puji pada Allah kerana kita sudah pun selesai imtihan. Namun ana hajat kita tenung semula keadaan kita ketika dalam fatrah imtihan. Kita usaha bermati-matian. Setiap hari, lembaran demi lembaran yang termaktub dalam buku kita ulang agar menjadi bekal untuk kita coretkan ketika peperiksaan tiba. Kita korbankan tidur, kita korbankan keseronokan. Sungguh banyak kita korbankan demi imtihan.Namun sehebat itukah kita menghadapi kehidupan yang sememangnya ujian bahkan peperiksaan sebenar untuk pulang mencari Tuhan Yang menghidupkan. Kalau peperiksaan dunia sahaja boleh mengundang lulus dan gagal, dan itu menjadi kebimbangan kita, apakah PEPERIKSAAN sebenar kita masih leka..masih lalai dengan persiapan? Sedangkan lulus dan gagal di depan Allah itulah yang sepatutnya kita lebih bimbangkan."

Hakikatnya diri ini sedang mengingatkan diri sendiri. Kegusaran berhadapan dengan kehidupan, cara kita mengisi kehidupan, cara kita mengendalikan kehidupan itulah sebenarnya PEPERIKSAAN. Bahkan peperiksaan mengikut bidang yang kita sedang pelajari juga sebahagian dari kehidupan. Saling berkaitan. Jadi adakah masih layak manusia yang mengaku dia beriman untuk bermain-main dengan matlamat hidup yang dia sendiri pasakkan. Mudah benar kita laungkan slogan tapi payah untuk direalisasikan. Hati Sinar juga bagai dihiris-hiris apabila mengingatkan kekurangan diri dalam mengatur sebuah kehidupan.


Tidakkah kita mahu mencipta sebuah kejayaan yang abadi?

Petang itu diteruskan dengan kata-kata dari teman-teman yang bertandang. Syukran dan syukran ana ucapkan. Moga Allah berkati usaha antunna menjadi muslimah harapan ummah.

Moga Allah sayang kalian

Moga Allah rahmati kalian

Moga Allah ampunkan dosa-dosa diri ini dan dikurniakan keluarga dan sahabat-sahabat yang mengingatkan diri.

Thursday, January 21, 2010

Doa: Prasyarat Nikah

Apabila ditanya…
Siapa nak kahwin?
Ada yang menjawab…
Saya nak kahwin!
Ada yang terkejut tapi…
Ada yang membalas
Kenapa terkejut?
Semua orang nak kahwin!
Tak perlu terkejut, betul dah jawapan dia tu…
Bezanya ada calon atau tidak sahaja…
Maka betullah …

Inilah antara buah mulut orang sekeliling semenjak dua menjak ini. Maklumlah ramai pula yang bakal mendirikan rumah tangga pada cuti musim sejuk dan cuti sekolah nanti. Selamat dan selamat Sinar ucapkan.

Teringat perbincangan dalam Kelas Arab bersama Ustazah Gehad pada minggu lepas. Hendak dijadikan cerita setiap kali kelas diadakan Ustazah Gehad (berbangsa Arab) akan menetapkan slot khas untuk kami berbincang tentang pelbagai isu. Tujuannya untuk mengasah percakapan kami dalam Bahasa Arab dan melontarkan idea secara spontan. Dan sudah pasti kami terkial-kial menyusun ayat namun ini sangat membantu kemahiran komunikasi.

Tajuk perbincangan kami yang berkaitan dengan entri ini adalah, “Ikhtiar Qabla Az-Zauwaj” atau dalam erti kata lain ikhtiar sebelum pernikahan. Menarik bukan? Atau ada yang merasakan tidak patut dibincangkan? Pada pendapat Sinar, isu ini tidak pernah salah andai kita pandai membawa perbincangan secara ilmiah. Sebenarnya pengalaman Ustazah Gehad sendiri membuka mata kami bertiga yang menjadi anak muridnya. Tekun dan bersemangat saat beliau mengupas tajuk ini. Panjang untuk dikongsi tapi biar sedikit Sinar coretkan.

Dia Yang Maha Mendengar

Apa ikhtiar yang menjadi titik utama? Cuba kalian fikir-fikirkan. Pernah kalian mendengar doa itu senjata. Maka Ikhtiar yang pertama adalah doa. Ya, doa itulah jawapannya!




الدعاء ثم الدعاء ثم الدعاء

“Doa kemudian doa kemudian doa”


Tegas nadanya tapi kami tangkap makna beliau bahawa doa itu penting. Bukan sekadar tahu. Tapi doa itu perlu. “Yesterday is history but tomorrow is still mystery” Oleh itu, kita kena berdoa. Moga takdir yang bakal diukir sejajar dengan apa yang kita pinta.


اللهم ارزقنى بالزوج الصالح الذى يعيننى على دينك و دنياك
“Ya Allah kurniakan daku seorang suami yang soleh yang dapat membantuku kepada deen-Mu dan dunia-Mu “


Justeru ini bertepatan dengan apa yang Islam anjurkan kepada umatnya supaya sentiasa berdoa kepada Allah. Firman Allah, yang bermaksud :

"Mintalah (berdoalah) kepadaku, nescaya akan Kuperkenankan."

(Surah Al-Mukminun, ayat 60).

Seperti yang kita sedia maklum, hati manusia sering lalai dan tertipu dengan godaan syaitan dan hawa nafsunya. Oleh sebab itu, Islam mengajar kita supaya sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dan berdoa kepada-Nya. Berdoa adalah salah satu jalan untuk seseorang hamba itu terasa dekat dengan Penciptanya dan mengawasi nafsunya.

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."

(Al-Baqarah: 186).

Hatta kita sudah mempunyai tunang dan suami yang soleh kita perlu terus berdoa agar ‘si dia’ terus istiqamah. Tiada makna kita bersenang hati tanpa doa mengiringi. Kita perlu ingat hati itu mudah dibolak-balik dan kepada Allah lah kita mohon perlindungan. Jangan mudah merasa aman apabila calon sudah soleh, sudah cukup solah lima waktunya dan cukup ilmu agamanya. Itu tidak cukup. Ujian masih menunggu. Tribulasi kian banyak. Allah itu dekat kepada setiap insan. Dia Maha Mengetahui keinginan, perasaan, fikiran, kata-kata yang diucapkan, bisikan, bahkan apa saja yang tersembunyi dalam hati setiap insan. Dengan demikian, Allah Mendengar dan Mengetahui setiap manusia yang berpaling kepada-Nya dan berdoa kepada-Nya. Inilah karunia Allah kepada manusia dan sebagai wujud dari kasih-sayang-Nya, rahmat-Nya, dan kekuasaan-Nya yang tiada batas.

"Di antara manusia ada orang yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia,' dan tidak ada baginya bagian di akhirat. Dan di antara mereka ada orang yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari siksa neraka.' Mereka itulah orang-orang yang mendapat bagian dari apa yang mereka usahakan, dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya.

(Al-Baqarah: 200-202)

Justeru berdoalah agar kebahagian orang yang kita harapkan dapat memimpin kita, tidak sahaja untuk kebahagian di dunia tapi yang utama di akhirat sana.

Maka pakat-pakatlah berdoa… (^_^)

Selamat Pengantin Baru

Alhamdulillah, tercoret sudah kalam-kalam ini. Dengan lafaz bismillah ingin Sinar umumkan berita gembira keluarga kami. InsyaAllah tak lama lagi penyatuan dua buah keluarga bakal dilangsung pada hujung Januari ini.

Dan sudah pasti bukan Sinar gerangannya kerana masih meneruskan perjuangan di bumi Mesir ini. Sedang berusaha mengejar pelangi di bumi para nabi. Akhirnya Sinar bakal mendapat adik lagi. (^_^)




::Khusus buat adinda berdua::

Syed Muhammad Solehin Bin Syed Murzaki Jamalullail
&
Syarifah Anis Nurmalissa Bin Syed Nor Kamal Al-Attas



Teringat cerita kita zaman sekolah dulu. Ada yang ingat Sinar ni adik, Solehin tu abang. Maklumlah daripada segi ketinggian sudah pasti menjadi bahan usikan kami adik beradik sejak dia mula meninggi. Namun ada suatu peristiwa dalam bas yang tak boleh Sinar lupakan.


"Tiket, tiket" Kata konduktor bas.Sinar pun siap-siapkan duitnya.

"Untuk dua orang ya pakcik"

"La kenapa adik yang bayar. Kenapa tak abangnya bayar"

"Hehe. Saya kakak dia la pakcik"

"Oh, maaf. Pakcik salah pula." Malu pula pakcik tu.

"Takpe. Terima kasih." Senyum disedekahkan.

"Along rasa along ni nampak muda la In"

"Perasan la tu.." Masing-masing tergelak.


Dan sekarang. Adikku juga yang mendahului. Terasa muda la pula Along dibuatnya. Kegembiraan adik Along, kegembiraan Along juga. (^_^) Lepas ni tak leh bodek Along dah. "My turn pulak"

NK::
  • Moga akad nikah (29 Jan) berjalan lancar. Along nak panggil apa kat adik baru ni. =)
  • Ada orang tak bagi Along buat entri tapi Lek kata, "Along ambik kad adik In ni dan boleh la nak letak kat blog kalau nak. Greenlight tu.
  • Doakan Along exam pada 28 Januari. Maaf, Just simple wish by using the adobe stuff...Hope both of u like it..
  • Bertambah cucu Mak Tok, Tok ki dan Wan. Boleh dah Wan nak wat kenduri lagi. Cukup dah kuota cucu. (^_^)

Thursday, January 14, 2010

Patutkah?

Patutkah kita lupa mereka yang dahulu bersusah payah untuk kita generasi kini? Jawapannya pasti tidak. Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk membaca novel Islam bertajuk Abu Bakar As-Siddiq. Kalau kita enak melayan novel-novel cinta dan thriller apa kata sekarang beralih pula kepada novel sejarah Islam. Itu lebih baik bukan. Tenggelam dalam sirah yang penuh gemilang lebih baik daripada tenggelam dalam dunia fantasi penuh khayalan.

Watak yang hidup dan terus ‘hidup’ seperti Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Ali Bin Abi Talib, Zaid bin Harithah, Musab Bin Umair, Abu Ayyub Al-Ansari dan para sahabat yang lain tidak harus kita lupakan. Watak Peterpan, Cinderella dan Rapunzel yang menyebabkan kita hanyut dalam dunia penuh keseronokan sedangkan kita hidup dalam realiti yang mampu membinasakan.





Pernahkah anda meneliti peribadi Abu bakar r.a dan menghayati perjuangan beliau bersama Nabi Muhammad s.a.w?Jasa beliau sungguh banyak dalam kesinambungan risalah dakwah hingga hari ini. Tahukah anda beliau seorang pemimpin yang berkaliber dan ‘strategic thinker’ dalam sejarah kebangkitan Islam. Dalam kisah hijrah yang agung beliau telah melantik Abdullah Bin Abu Bakar sebagai penyampai berita dan Amir bin Fuhairah ditugaskan untuk mengembala kambing dan memerah susu. Manakala Abdullah Bin Uraiqit sebagai penunjuk jalan dan Asma Abu Bakar menyediakan makanan. Kenalkah anda dengan nama-nama ini? Kalau belum, kenal kenallah. Walaupun hanya berhijrah dalam kelompok kecil, perancangan yang kemas dan kerjasama itulah penyumbang kejayaan. Namun abad ini, aspek inilah kita mengalami kekurangan. Kerjasama dan perancangan kita mudah diganggu-gugat.

Justeru tiada yang dapat menandingi Abu bakar.

Kesetiaannya dalam menemani Rasulullah

Kelembutannya dalam menyampaikan dakwah

Keyakinanannya dalam membenarkan kata-kata Rasulullah

Hatta keimanannya pada Allah dan Rasul tidak dapat ditandingi keimanan seluruh ummat.

Abu Bakar bukan calang-calang manusia. Beliau insan terpilih untuk menemani Junjungan mulia Rasulullah. Seawal kelahirannya juga diaturkan oleh Allah dan hidupnya sentiasa dalam pemerhatian serta pemeliharaan Allah. Doa ibunya supaya beliau dijauhi kemurkaan Allah dimakbulkan. Akhlaknya yang baik, menjauhi arak, tidak menyembah berhala dan tidak menuruti amalan jahiliyah menyebabkan dirinya insan yang disanjungi ramai sekaligus Allah mengangkat darjatnya sebaik sahaja memeluk Islam sebagai teman setia rasulullah dan selepas kewafatan nabi sebagai khalifah terawal.

Alhamdulillah, hingga hari ini Islam masih bertapak dihati mereka yang cintakan kebenaran. Ke’izzahan bertamu selaku muslim. Umat Islam disanjung tinggi. Namun saat ini, ummat Islam diasak tanpa belas kasihan. Bukan apa ikhwah dan akhwat yang dihormati. Hanya kerana musuh takut kebenaran menguasai dunia. Ada golongan yang enak menjaga perut dan kuasa dari memikirkan panasnya api neraka,

Patutkah daku benci mereka yang berbuat kezaliman. Hinggakan wanita diperlukan seperti lelaki tanpa belas kasihan. Patutkah? Sedangkan sayang dan benci mestilah kerana Allah kan? InsyaAllah kerana Allah Sinar membenci mereka.

Menelusuri sejarah Mesir yang hingga kini masih bermain teka teki. Perjuangan pemimpinnya goyah. Golongan yang menegakkan kalimah La ilaha illallah dimasukkan ke penjara. Rakyatnya dikaburi debu-debu pemerintahan kuku besi. Ketidakadilan berada di mana-mana sahaja. Membaca buku Zainab Al-Ghazali menerbitkan rasa benci. Benci kepada mereka yang bertopengkan Islam. Sanggup mereka bersumpah diatas nama Allah untuk menegakkan benang yang basah. Apabila berjalan di bumi Mesir ini dan terlihat polis-polisnya, terus kupalingkan muka ke arah lain. Sungguh penderitaan Zainab Al-Ghazali terbayang di mata. Masakan perasaan benci itu tidak hadir. Salahkah perasaan begini?


Teringat kejadian di suatu petang, sedang hebat polis-polis sini menangkap golongan soleh ini, Sinar juga berada ditempat kejadian. Sedikit pun mereka tidak mendengar rayuan pemuda berjambang itu. Hampir terjatuh ketika diseret memasuki track biru yang memuatkan belasan atau kira-kira puluhan ikhwah yang lain. Nyaris pemuda itu terjatuh selepas terlanggar daku yang ingin meneruni tangga. Secara tidak langsung, kejadian ini meninggalkan kesan padaku.


Anda pasti tahu, bagaimana Zainab Al-Ghazal diseksa. Dihumban ke penjara. Dipisahkan dari suami tercinta. Diperintah oleh pemimpin Mesir ketika itu untuk diseksa seperti lelaki. Dibiarkan hidup bersama anjing-anjing lapar. Diberi makanan yang tidak selayaknya dimakan oleh manusia. Dibiarkan hidup dalam penjara berair bersama luka-luka sebatan. Dipaksa mengikat janji dengan mereka yang berdusta. Tapi beliau sesekali tidak tunduk akur. Adakah golongan yang menyeksa beliau ini manusia. BINATANG pun tidak sebuas ini. Namun apa yang Zainab Al-Ghazali pilih? Dia memilih akhirat dari tawaran dunia. Dia memilih kebenaran daripada memilih kebathilan.

Kata-kata dalam buku ‘Hari-hari Dalam Hidupku’ ini tersemat dihati

“Kita bukan mengejar masa. Masa yang bertahun-tahun, puluhan tahun, ratusan tahun, bukan perkara penting bagi umur dakwah dan umat. Tetapi yang penting ialah kita mesti bertahan di atas jalan kita dengan penuh keyakinan, kesejahteraan langkah dan kejelasan pemikiran”

“Wahai manusia! Islam itu bukan hanya pengakuan tapi islam ialah iltizam dan mengikut apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w”

Hebat bukan. Sinar hanya membaca dan menghayati sebaik mungkin. Namun Zainab merasai dengan tubuhnya sebagai wanita. Badannya terseksa tapi hatinya cukup sabar dan terus teguh menahan akidah.

Hingga saat ini. Mesir tidak pernah berubah. Patutkah kita berdiam diri dan terus tidak peduli? Tambahan pula Mesir tika ini sangat bersangkut paut dengan isu Palestina. Mahu diwujudkan tembok? Itu satu bentuk kezaliman terbaru Mesir diperingkat antarabangsa. Siapa sebenarnya yang mengapalai? Ulama sudah pun bersuara akan pengharaman tembok itu. Mesir sahaja masih dengan pendiriannya. Mereka sudah tidak peduli apa kata umat Islam.

Apabila berkhabaran isu Palestina sampai ke telinga dan memasuki peti inbox di dalam telefon. Rombongan Viva Palestina disekat dan beberapa warga Malaysia yang menyertai turut terkandas. Mengucap panjang dibuatnya. Namun tidak banyak yang daku ketahui selepas itu. Alasan? Tidak mampu nyatakan kerana tiada alasan untuk itu. Moga Allah ampunkan saya. Dalam beberapa hari ini daku cuba menggali info. Anda pula bagaimana? Kita berada di Mesir tapi tidak tahu menahu mahupun kurang tahu. Memalukan bukan.

Syukran buat sahabat yang mengingatkan diri tentang sikap peduli. “Jangan sampai dijangkiti ketidakpedulism.” Hampir menitis air mata. Tapi ditahan. Itu peringatan dari Allah. Terus kucari dan berbincang dengan sahabat-sahabatku di sini. Syukran sahabat-sahabatku sekalian.

Ya tidak ada alasan untuk diri meloloskan diri daripada tidak mengikuti perkembangan Palestin. Hatta Mesir sendiri yang membuat onar. Sakit sakit pun masih boleh ke kuliah, masih boleh masak dan makan. Rutin sahaja diteruskan tanpa mengambil nilai tambah isu semasa. Perlu diperbaiki. Adakah kerana berada di Mesir kita jadi tidak peduli dan sibuk dihangatkan dengan isu lain persatuan la, kahwin la, exam la. Perlu ada keseimbangan. Jangan kita dibutakan oleh sistem yang hakikatnya kita sendiri tidak suka.

Dalam seminggu dua ini, Allah menguji dengan masa dan nikmat kesihatan. Pergerakan terbatas dan fokus pun kurang. Sakit itu nikmat juga (quote tajuk entri Hilal). Dalam melayan sistem imuninasi yang lemah ini, sempat juga membedah 2 buku yang membuka mata, Novel Sejarah Islam: Abu Bakar dan Zainab Al-Ghazali: Hari-hari Dalam Hidupku Disamping itu juga, banyak perkara yang tidak dapat diri ini lakukan sebaik mungkin dan banyak juga isu dan perkara yang harus dicakna dan diambil perhatian kurang Sinar lakukan. Moga Allah ampunkan. Akhir kalam, moga Allah suburkan semangat juang saudara-saudara Palestin dan kembangkan zuriat para pejuang serta campakkan rasa gerun di hati musuh Islam.

Tidak patut kita lupa mereka !!!
“Sungguh Israel tidak akan pernah berhenti melawan rakyat Palestin sehinggalah benar-benar Palestin menjadi milik mereka. Justeru mereka tidak akan mahu menerima resolusi Majlis Keamanan PPB dan tidak akan pernah mematuhinya,” kata Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan
Mereka tidak pernah putus asa. Semua orang menyedarinya. Maka kita juga jangan putus asa berdoa dan terus salurkan bantuan. Kemenangan akan tiba.

Mari kita bergabung dengan kalimah ini B.R.O.T.H.E.R.H.O.O.D

Sunday, January 10, 2010

Ya Halla

" Ha dah balik pun. Sha petang ni kita keluar ye lepas Asar"

"Apa? Nak pegi pasar? Nak beli barang ke? Nak kena ikut ye?" Antara dengar dan tidak. Semput naik tangga pun tak hilang lagi.

"Bukan la. Orang nak ajak kuar. Lepas Asar."

"Hehe. Lepas Asar ke. Sorry... sorry... Malu je. Nak pi mana?. Tapi tak larat la. Nak recharge energy"

"Rahsia la. Gi la tido dulu. Nanti kita kejut"

"Baik." dalam hati..hehe..nak belanja makan la tu. Bulat la teman.

Semalam dalam keadaan selsema tengah memuncak, kepala pun sudah berputar satu alam, sempat pula diajak keluar oleh teman serumah. Siapa la punya idea ni kan. Ingatkan dah tak da makan luar tahun ni (^_^) Teman serumah punya fasal. No hal !!! Bab-bab makan lagi laju. Apa lagi lepas Asar, kami pun menuju ke destinasi. Kawasan Mohandisein menjadi tujuan dan Restoran Ya halla menjanjikan hidangan.




Menunggu hidangan. Boleh tahan lama juga menunggunya...



Akhirnya datang juga...



Bukhari's Chicken Rice



Yahalla's Chicken Spicy Rice


Beriani's Meat rice


Alhamdulillah, makanannya sedap. Ditambah pula 'Jus Lemon' yang melegakan sakit tekak. Cuma deria rasa kurang memainkan peranan, maka kurang menikmati hidangan yang ada. Rugi pula makan sikit. Lain kali belanja lagi ye. Terima kasih buat teman serumah dan tetamu jemputan (Hana). Moga Allah berkati antum semua. Jadi buat teman semesir, bolehlah ke Ya halla untuk menukar selera anda sekali sekali. Jangan selalu ya, kering poket nanti. Kepada yang dirai ( Sinar, Ina dan Nadiah) moga diberkati usia ini.

Thursday, January 07, 2010

Buat Anak-anak Januari

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kehadrat Illahi kerana limpah kurnia-Nya masih diberi rasa mahabbah dan rasa cinta pada-Nya dan pada mereka yang berada di sekeliling mahupun jauh di mata hatta yang Sinar kenal sesaat cuma. Moga Allah terus menanam rasa cinta dan kasih pada Kalian kerana Sifat-Nya juga Maha Pengasih dan Penyayang. Moga dijauhi rasa benci dan rasa dengki. Kita bukanlah terasing tapi kita Satu entiti.

Alhamdulillah sudah 22 tahun 2 hari Sinar hari ini bahkan ikut bulan Islam akan lebih tua lagi. Jangan dihitung sahaja tapi amal entah ke mana. Insaf insaf. Doakan ya. Namun di hari lahir baru-baru ini, semua ucapan daripada insan yang dikenali diharapkan menjadi doa yang mematangkan diri untuk menjadi insan Rabbani. Hari ini Sinar 'membekukan' diri di dalam rumah. Cuaca pun sunguh dingin. Muhasabah dan muhasabah. Buku Novel Sejarah Abu Bakar menemani dan beberapa kerja harus diselesaikan. Di celah kesibukan kita dinihari, kita sedar atau tidak, kita peduli atau tidak, rupanya, sedang enak kita di rumah, sahabat-sahabat kita di Palestine terus diasak. Negara yang aku diami seolah tiada peranan. Kenapa? Kerana rasa cinta mereka pada saudara mereka sudah TIADA. Yang ada KEJAR KUASA. Moga Allah buka pintu hati mereka. Sungguh hina rasanya bila Allah cabut kemuliaan daripada kita. Kita mungkin gah di mata manusia tapi pada pandangan Allah HINA. Adakah lagi kemuliaan buat manusia yang bencikan keamanan. Na'uzubillah. Ya Allah jauhilah kami daripada rasa hati dan perlakuan yang engkau murkai.

Hadiah paling istimewa adalah mahabbah, kasih sayang sesama insan. Kita akan tenang. Tiada kegelisahan. Ya Allah, pilihlah kami untuk menjadi tetamu dalam penuh ketaatan dan patuh pada-Mu.

Sinar nak kongsi satu hadiah dengan semua. Pada pagi 5 januari di dewan kuliah, Sinar dapat satu kotak dari seorang sahabat yang Sinar sayang. Tapi bukan sekadar kotak. Isinya penuh kasih sayang dan satu peringatan berguna buat diri. She really make be burst into tear. Jazakillah ukhtie.

Kadangkala kita rasa kita kesunyian, tapi dalam kita kesunyian, ramai teman yang mengingati sebenarnya.

Nak tahu apa isinya...Jom kita buka


Tengok tu...Ada 2...Simbolik...

Menyentuh hati...


Sayang nak makan waffer ni...

Syukran juga pada pemberi-pemberi hadiah yang lain. Moga Allah berkati kalian dan salam penuh mahabbah buat antum semua. Dikesempatan ini Sinar ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir juga buat sahabat-sahabat Januari. Penuh planner Sinar dibuatnya. Hargai peluang yang ada ini untuk melengkapkan diri. Kita sangat diperlukan dan mungkin satu hari nanti tenaga kita perlu di medan perang. Kemenangan tidak berpihak di hati Muslim yang keruh imannya. Wallahu'alam. Terlalu kerdil untuk diri ini berbicara.




1 Januari Nur Sakinah Yaakob

5 Januari me & myself

6 Januari Siti Amalina Zakaria & Nur Madihah Kamalul Sahar

7 Januari Kak Nadiah Ghazali & Kak Hidayah Romazi & Wafa

8 Januari Radin Rahmah Radin Munawwir

10 Januari Balqis Asma Saidah

12 Januari Nik Noramalina Rozik

13 Januari Ramisah Aini

16 Januari Hilal Asyraf

19 Januari Muhammad Syafiq & Izzat Ibrahim

21 Januari Atikah Abd Razak

23 Januari Salihah Muda

25 Januari Syafaf Jumiran

27 Januari Aisyah Ruqayyah & Noor Amalina Jamal

28 Januari Nurulhuda Ahmad Sani

31 Januari Safiyah Ahmad Yusoff

Kredit to C's

"Moga tiap hembusan nafas yang Allah kurniakan ini terus dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mentarbiyah diri dan membuahkan amal untuk dituai hasilnya di sana nanti"

"Ya Allah, tatkala hati-hati ini bersatu mencintai-Mu, bantulah sahabat-sahabat Palestina kami yang diasak saban waktu"

Tuesday, January 05, 2010

Di Hari Lahirku

Semalam, diambang 21 tahun melabuhkan tirainya

Jam di tangan baru 3.31 petang kira-kira 9.31 malam waktu malaysia
Satu Mesej Pesanan Ringkas diterima.



"Selamat Hari Lahir Along. Semoga anak Ummi sihat, bertambah iman dan terus menjadi anak solehah buat Ummi dan Lek. Ameen. Umi juga doakan mudah-mudahan Along dapat jodoh yang baik dan Mumtaz dalam akademik serta TERBAIK dalam segala hal"

Terharu dibuatnya. Doa umi, sentiasa mengingatkan diri yang lupa dan Sms ini juga membuatkan daku sebak sambil tersenyum. Sudah bertambah perkara dalam doa Ummi rupanya. Apa-apa pun bertambah rindu dibuatnya. Walaupun 5 januari secara zahirnya belum memunculkan diri di Malaysia dan di Mesir, Umi sudah pun menempah tempat terawal dalam mengucapkannya. Jazakillah. Sebenarnya selaku anak, hajat dihati kali ini biarlah jadi yang terawal mengucapkn terima kasih kepada ummi dan lek. Tapi tidak kesampaian. Dipintas Ummi. Hebat Ummi ni.

Selepas berbalas sms, ummi terlebih dahulu menelefon anaknya dari jauh. Tak terlawan kepantasan umi

" Assalamualaikum. Along sihat?"

"Wa'alaikumussalam. Alhamdulillah mi, Along sihat. Hehe mesti Ummi sibuk kan, Lek ada tak tu?"

" Ada je ni, Lek duk scan tu. Kami baru je balik dari rumah Ami Pa hantar kad.

"Ooo, pi hantar kad. Macam-macam la Ummi kena urus ye. Sian lak Along tak da nak tolong."

"Biasa la tu Long...." Banyak lagi la yang disembangkan dan gurau-gurau tu agenda utama.

"Sembang panjang dah. Dapat tak sms ummi?"

"Sms? Hehe dapat-dapat, panjangnya doa Ummi untuk Along ye"

"Setiap parent mahukan yang terbaik untuk anaknya."

"Syukran Ummi dan Lek. Actually banyak jasa yang tak mampu Along balas."

" Tak pe. Selamat hari Lahir sekali lagi buat Along."

"Mi ni buat Along terharu pula. Terima kasih didik dan besarkan Along. Sampaikan salam sayang kat Lek juga."


Begitulah sembang petang kami berdua. Ummi terlebih dahulu mengucapkan selamat hari lahir buat diri. Orang kata, hubungan dan rasa hati si anak dan ibu takkan terpisah dek benua. Ummi dari jauh lagi dah tahu kerinduan dan hajat hati ni. Tak cukup sebenarnya ucapan seinfiniti terima kasih dan penghargaan kerana jasa mereka tak terhitung dek jari bahkan tanpa mereka siapalah diri ini didunia.

" Redha Allah bersama redha ibu bapa"

Itulah yang kucuba penuhi. Seinfiniti terima kasih buat Ummi dan Lek. Bertambah pula rindu apabila menyebut dan mengingati insan tersayang ini. Ya Allah Ya Tuhanku, kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku.

Mendidik dan Membesarkan
Kedua-dua kalimah ini sangat berbeza pengertiannya. Ramai orang boleh membesarkan anak tapi tidak ramai boleh mendidik anak. Membesar cukup dengan memberi makanan secukupnya, pakaian dan perlindungan. Namun didikan adalah sentuhan yang mengakar dalam diri anak-anak. Penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan akhlak itulah didikan yang perlu ibubapa tekankan. Dewasa ini ramai yang terlepas pandang.


Bagi diri ini, Ummi dan Lek sudah banyak berusaha untuk mendidik kami menjadi insan yang dicintai Allah dan mencintai Allah.Membentuk sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah itu sudah pasti penuh cabaran dan onak duri. Inilah perjuangan dan tarbiyah yang perlu kita lalui. Menyelamatkan sebuah bahtera kehidupan bersama anak kapalnya sudah pasti menuntut pengorbanan dan kesungguhan. Apatah lagi menyelamatkan ahli keluarga dari terjerumus ke neraka jahanam. Didikan itulah yang menjadi halatuju sebuah institusi keluarga ke arah redha Allah dan jalan yang selamat.


"Hai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu" (At-tahrim : 6)

Setidak-tidaknya, mampukah kita menjadi ahli keluarga yang baik sebelum membina keluarga sendiri. Membuat rumah itu mudah tapi bukan mudah menjaga rumah. (^_^)

5 Januari = Peningkatan usia, sejuta peringatan

Bertahun-tahun berlalu. Masa tidak pernah berhenti dan menunggu. Terasa bagaikan semalam di sisi Ummi dan Lek bermain riang. Pejam celik pejam celik 21 tahun sudah pun menjadi sejarah. Zaman anak-anak hingusan pun pantas berlalu. Banyak pengalaman dan pengajaran yang mengiringi setiap proses hidup ini. Peningkatan usia ini menyebabkan diri dirundum resah. Resah yang bagaimana? Resah apabila mengenangkan persiapan untuk pulang ke kampung akhirat. Tidak senang duduk dibuatnya. Masih banyak lompong yang perlu diisi dan diperbaiki.


Kepulangan beberapa insan yang daku kagumi ke sisi Allah dalam setahun yang lalu banyak mengingatkan untuk terus perbaiki diri. Malah apabila disebut soal kematian, zikrul maut, hati akan lekas sebak dan termenung jauh. Moga ini stimulus untuk diri terus muhasabah dan tidak leka diulit keseronokan dunia. Menjadi Sinar yang sekarang sudah pasti dari sentuhan Illahi secara langsung ataupun tidak langsung dan bantuan mereka yang pernah bertamu dalam hidup ini. Terima kasih yang tidak terhingga sinar ucapkan. Bukan senang hendak membentuk Sinar kan (^_^). Doa kalian Sinar harapkan.


Di samping itu juga, syukran buat teman-teman serumah (Ina, Nad, Wani dan Yana) atas keknya. Awal sambut tahun ni ye (^_^). Tak lupa juga buat Ummi Siti dan sahabat-sahabat di Malaysia ( Amal, Aisyah Ruqayyah, Atiqah, Neah) Ameen atas doanya. Sampai tunggu pukul 1200 malam Malaysia tu membuatkan ana terharu. Buat Huda, Izzah, Bai, Acap, Lyne, Adah, Shi, Inoue, Hakimah, Insyirah, Shae, Sal dan juga Pakcu, terima kasih atas ucapan dan ingatannya. Tak tersenarai rasanya. Gen6 di hati takkan kulupa apatah lagi Gen11 Matri. Moga redha Allah bersama kalian. Jarang ada sms bertali-arus pukul 1200 malam Mesir. Dah macam alarm pula...Hehe...

Alhamdulillah Allah masih hidupkan hingga umur 22 ini. Someone said this number is cute. (^_^). Moga Allah berkati kita semua

Akhir kalam doakan Sinar berjaya dunia dan akhirat. Sinar ingin menjadi tetamu Allah dalam keadaan yang dimuliakan-Nya. Doakan ya !!

Terima kasih semua... Sinar sayang kalian...

Friday, January 01, 2010

Permata Kehidupan

~Permata kehidupan, Permata Hati~
Buka Mata Buka hati
Mari Bersama Mari Berlari
Kita mencari Redha Illahi
Usaha ini tidak pernah rugi
Bahkan ini jaminan ke Syurga abadi



Arus kehidupan tidak pernah lokek dari keriuhan dan ketenangan, dari kebathilan mahupun kebenaran. Arus inilah membuatkan manusia dalam dilema memilih jalan. Mengaburi mata antara kaca dan permata. Banyak juga keluhan mahupun kesyukuran yang dipanjatkan dari insan yang bergelar manusia ini semenjak mereka menjadi penghuni terbesar dalam dunia fatamorgana yang penuh onak dan duri. Masing-masing berlumba-lumba melunaskan amanah dunia, ada yang jelas matlamatnya namun ada segelintir yang terpesong pegangannya. Moga Allahlah pantas untuk kita takuti dalam meniti arus kepincangan masa kini. Di manakah kita saat ini? Masih di landasan atau terkeluar dari jalan?

Dewasa ini pelbagai ragam kehidupan yang lahir dari sikap ego manusia sendiri. Masih ada kecacatan andai Islam tidak di jadikan panduan dalam kehidupan. Dan inilah yang berlaku. Diri manusia itu buta andai Allah tidak bertakhta di hatinya. Dirinya tempang andai syarak tidak mengepalai kehidupannya. Jiwanya lemah andai kebathilan yang ditegakkan. Dirinya bisu sekiranya kalimah tauhid La ila ha illallah tidak berdegup dalam setiap nadinya. Mahukah kita bergelar cacat..iaitu cacat akidah..pastinya tidak bukan..Sama-sama kita menyingkap apakah permata kehidupan yang dicari selama ini.

Justeru dalam rangka untuk menggapai kemanisan iman dan Islam secara amnya, seorang muslim itu haruslah mendasari keislamannya dengan dua syahadah. Apakah syahadah itu? Inilah ucapan persaksian yang amat berharga sebagai titik tolak perubahan dalam seluruh aspek kehidupan insan yang melafazkan. Kerana syahadahlah Bilal sanggup berkorban, kerana syahadah inilah Mus’ab bin Umair menyisihkan kekayaan daripada kehidupannya, kerana syahadah inilah Syed Qutb terkorban. Malah menegakkan yang haq itu satu kemestian yang sering kali kita abaikan. Kalimah agung ini terdiri dari syahadat tauhid dan syahadat risalah. Syahadat tauhid adalah pengakuan dan persaksian bahwa “Tiada tuhan selain Allah” dan syahadat risalah adalah persaksian bahawa “Muhammad pesuruh Allah”. Oleh itu inilah yang perlu sama-sama kita renungi,sejauh mana penghayatan kita selaku Muslim. Adakah kita menerimanya hanya sebagai Islam warisan atau Islam dengan sebenar-benarnya?

Lihatlah diri kalian di hadapan cermin, persaksikan diri anda sambil menanyakan”Dari mana aku didatangkan, kenapa aku didatangkan dan ke mana tempat aku kembali?” Justeru fikirkanlah pasti ada Al-Khaliq yang Maha Kuasa disebalik penciptaan agung ini.

"Dialah Allah Yang Menciptakan,Yang Mengadakan,Yang Membentuk rupa"
(Al-Hasyr:24)


Buat apa kita berduka, resah dengan urusan dunia kerana kita masih ada Islam tercinta. Islam itu adalah deen, cara hidup yang pastinya takkan sama selain darinya. Mungkin resah di jiwa tidak kembali tenang kerana kita lupa pergantungan kepada Allah sebaik-baik penyelesaian. Namun masakan akan selesai sesuatu permasalahan seandainya kita hanya menongkat daku, bertawakal secara buta tapi tidak menampakkan usaha. Implikasinya pasti tidak akan ada apa-apa hasil yang boleh di’izzahkan dan digemblengkan.

Persoalkan diri,”Adakah kau lupa wahai diri Islam pernah berjaya,gemilang di serata dunia memayungi 2/3 dunia”. Lupakah kita!!.Tak cukup lagikah bukti untuk kita benar-benar tekadkan niat utk mencari ‘permata kehidupan’. Islamlah landasan untuk kita benar-benar mencapai matlamat hidup iaitu Allahu ghayatuna. Keredhaan-Nya dan rahmah-Nya sahaja yang mampu menyelamatkan diri dari panasnya api neraka.

Dr Aid Bin Abdullah Al-Qarni dalam penulisannya berkata,

”Pandanglah kehidupan dengan pandangan cinta dan optimis,sebab kehidupan adalah hadiah dari Allah untuk seluruh manusia.Usirkanlah semua kesedihan dengan menyebut nama Allah yang bergantung padaNya segala sesuatu dan hindari serta jauhilah hawa nafsu yang melenakan.”

Sesungguhnya kehidupan yang ada sangat berharga. Usah disiakan usia kerana Islam dan Mahabbatullah adalah sebaik-baik permata yang harus dikejari. Kitalah syabab, kitalah rijal islami dan harapan ummah masa kini kerana kekuatan pemuda Islam ibarat permata yang menyinari kegelapan yang menyelubungi masyarakat dewasa ini. Bersedialah wahai diri kerna apabila telah memilih yang haq untuk ditegakkan, pasti akan ada tribulasi yang bertamu tanpa dipinta. Namun bersedialah menerima kritikan yang membina serta pandangan yang bermakna. Semoga hidup ini akan menjadi lebih berharga dan diredhai ALLAH apabila kita saling takmil wa istikmal. Carilah permata yang bermakna sebagai bekalan ke destinasi yang seterusnya. Kutiplah sinar cahaya beserta selawat untuk meniti titian sirat yang pastinya tiada kesempatan untuk disesali andai kandas melintasi hingga terjunam di lembah neraka, Na’uzubillah. Moga syurga destinasi abadi.
Erti Hidup pada memberi, erti hidup dalam mencari Redha Illahi. Mari sama-sama sucikan diri dari noda dosa yang menyakiti hati. Sinar menulis kerana diri ini terasa hina tanpa peringatan Illahi lalu Sinar kongsi agar tulisan-tulisan ini mampu mendekatkan diriku dan dirimu jua

Bertahun-tahun berlalu, sudah pasti tidak terkira kesalahan dan kekurangan diri. Justeru itu, Seinfiniti kemaafan dipohon pada rakan taulan dan teman seperjuangan. Terimalah diri tapi bantulah Sinar pertingkatkan diri. Janganlah kita membenci kerana hidup ini untuk saling menyayangi. Mari mulakan hari ini dengan jiwa yang sarat dengan kecintaan pada Allah Yang Maha Penyayang. Sucikan hati, Jernihkan persepsi.
::Coretan lama yang kusimpan akhirnya kukongsi buat pengilap hati::
::Perkongsian untuk semua pada 01.01.10:: Tahun Baru Datang lagi::
::Salam penuh keazaman, salam penuh ke'izzahan, dan salam penuh kehambaan::

Monday, December 28, 2009

Kira-Kira

“Susahlah, perpuluhan banyak sangat, nak cari purata la, median la, mode la”

“Apa yang susah kalkulator ada, tekan je. Nak cepat lagi, guna la excel nanti. Dunia dah maju, teknologi pun dah canggih. Guna jangan tak guna.”

“Aaaa! Hehe tapi leceh la. Kena salin betul-betul. Kalau salah satu data, salah semua. Parah tu!”

“Manusia tu lemah sentiasa ada salahnya. Biasala tu. Nama pun belajar. Practice make perfect!”



Macam-macam gaya apabila pensyarah meminta kami menganalisis data nutrisi yang diperolehi. Beginilah senario anak-anak muda mengalisis data untuk Community Medicine. Subjek statistik menjadi pilihan. Rumus dan jalan kira yang sudah lama kami tinggalkan sedikit meriuhkan suasana. Masing-masing masih terkial-kial dengan nombor dan membuat jalan kira. Namun perjuangan itu tanpa henti. Kira dan terus kira.

Menganilis data-data yang diperolehi sebenarnya mengingatkan diri akan perhitungan amalan dengan Allah. Setiap data ada kepentingan. Bahkan begitulah juga amalan di muka bumi ini. Baik satu dosa mahupun satu pahala bakal mempengaruhi timbangan kita kelak. Itulah dua data yang sangat bernilai dan penentu akhir Syurga atau Neraka dan ditambah pula rahmat Allah yang tidak ternilai harganya. Tanpa rahmat Allah, amalan kebaikan yang banyak juga takkan ada nilainya. Justeru, sejauh mana kita benar-benar peduli ralat dan kesalahan dalam timbangan kita? Kita bising dan riuh kalau kawan kita salah mengisi data, tapi ada kita peduli usaha kawan kita berusaha sehabis baik dan paling besar, adakah kita benar-benar peduli kiraan dosa dan pahala kita yang terhimpun. Kita lupa bukan?

Perkiraan dan perhitungan Allah itulah yang paling persis dan jitu

Kalau kita benar-benar risau akan perkiraan kita menjadi negatif sudah pasti kita bersegera dalam menambah amal biar nilainya positif. Sebaik-baik Penghitung hanya Allah juga. Sebesar zarah kebaikan pun sudah Allah kira untuk menambah saham akhirat. Kasihnya Allah pada kita. Allah itu Maha Adil, kejahatan kita juga turut dinilai tapi masih dibuka peluang untuk pintu taubat. Begitulah pesalah sentiasa diberi peluang kedua. Namun kalau terlambat menghargai peluang yang Allah berikan sangat sia-sialah jawapnya.



Sesuai barangkali kita ungkit isu amal dan isu perubahan diri. Sudah 12 hari Muharram berlalu dan dalam beberapa hari pula tahun baru akan bertandang pula. Dua tahun baru iaitu Hijri dan Masihi dapat kita rasai. Justeru kepekaan kita juga harus berganda. Perhitungan amal juga harus digiatkan. Janganlah kita berkira-kira dalam membuat amal kebaikan, apatah lagi janganlah terlalu berkira-kira ketika kawan kita buat kesalahan. Kawan kita insan yang lemah seperti mana kita juga. Salinglah lengkap melengkapi, itukan lebih baik. Lebih cantik perhitungan Allah nanti.


“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat leherya”(Qaf : 16)

Wednesday, December 23, 2009

Ayuh, mengorak lebih jauh!


Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Illahi, kerana tidak putus-putus dihadirkan peringatan untuk membangunkan diri. Dalam menghadapi realiti kehidupan, pelbagai ujian yang akan bertamu. Adakala senang, adakala susah. Sukar sekali untuk kita melupakan waktu getir dalam kehidupan. Sudah sunnatullah begitulah aturan kehidupan. Sudah seminggu Muharram bertamu. Sudah seminggu kita tinggalkan. Justeru, sudahkah digerakkan azam-azam yang kita taburkan di hari pertama Muharram menjelang? Ini peringatan untuk diri dan kalian. Tak lama lagi Tahun Baru Masihi pula akan menjelang. Sungguh ini satu peringatan!




Apa yang kita tunggu & tangguh lagi? Ayuh bergerak !!!


Saat ini, capailah sehelai kertas mahupun diari peribadi. Tulislah azammu. Biar dihitam putihkan. Senang untuk kita menilai sejauh mana pelaksanaannya. Barulah kita dapat mengukur kejayaan.

Setiap azam dan cita-cita perlu ada cara mengerakkan dan menguruskannya (management orang putih kata). Langkah-langkah yang perlu ada antaranya ialah, merancang (planning), melaksanakan( implementation) dan akhirnya penilaian( evaluation), Tanpa ketiga-tiga langkah ini, sia-sia kita berazam. Ingat, hidup ini perlu ada penyusunan dan perancang! Strategi itu penting untuk membawa diri kepada matlamat yang diimpikan. Azam itu biarlah 'relevant' dan mampu untuk dicapai, selagi mana ada jalan, di situ ada peluang.

Merancang kehidupan untuk menjadi insan yang dikasihi Allah dan disayangi seluruh makhluk di langit dan di bumi sudah pasti menuntut pengorbanan dan perubahan. Dan dari situlah, bermulanya sebuah perjuangan. Pertembungan nafsu dan Iman.

"Dan diantara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha penyantun pada hamba-hamba-Nya" (Al-Baqarah:207)




Mengapa nafsu dan Iman? Cuba kita lihat dan perhati. Saat kita ingin belajar, ingin benar menjadi pelajar cemerlang, kita dilanda kemalasan yang bersangatan. Itu bisikan nafsu bukan, mahu bersenang-lenang. Saat kita ingin beribadah, ingin menunaikan solah, ingin membaca Al-Quran, saat itulah kita lebih enak memilih tidur. Liat sungguh untuk bangun dari mimpi indah. Saat diajak ke usrah, saat itulah hati berat untuk pergi kerana masih banyak filem dan drama yang perlu ditontoni. Itulah pertembungan nafsu dan iman. Hakikatnya inilah ragam dan pertembungan yang berlaku. Akhirnya penyesalan yang tiada makna melanda diri akibat perbuatan dan pilihan sendiri.

Merindui diri yang dahulu

Ya daku merindui diri yang dahulu kerana di situ ada keyakinan yang daku sendiri sudah lupa bagaimana coraknya. Yang daku tahu, Sinar hari ini tidak sama dengan Sinar 10 tahun yang lepas. Keyakinan itu yang memandu diri untuk mencipta kejayaan demi kejayaan di masa lampau. Namun hari ini daku rasakan seperti kehilangan sebahagian daripada episod silam hidupku, keyakinan itu kekadang sama-samar diulit debu-debu Kota Kaherah ini. Tahun ini berazam untuk mencari semula keyakinan dan kepercayaan diri. Daku tahu daku mampu mengorak lebih jauh. Bukan tidak bersyukur dengan apa yang ada, cuma ingin buat yang lebih baik dan yang terbaik. Apa yang perlu, daku perlu percaya, usaha dan InsyaAllah akan berjaya. Daku sendiri jelas sumber kekuatan utama adalah Allah. Namun, semakin kita mencuba mendekati Allah, menjelaskan matlamat, semakin hebat ujian yang Allah beri. Sungguh Sinar ingin kuat seperti dulu, ingin mencari fokus dan istiqamah. Ya Allah bantulah hamba-Mu yang lemah ini.

Hadis Qudsi ada menyebut Allah swt berfirman: "Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku...." (Sahih Bukhari)

Menghargai diri yang sekarang

Alhamdulillah, diri ini banyak mengalami perubahan dari pelbagai sudut. Ilmu kian bertambah. Pengalaman kian banyak. Idea kian bercambah. Syukur diberi kesejahteraan untuk meningkatkan diri hingga hari ini. Allah yang banyak mendidik hati. Dihadirkan sisi gelap sebagai peringatan untuk mendidik diri, mengajar diri untuk tabah, mengajar diri untuk redha dengan ketentuan-Nya. Biarpun sudah banyak titisan air mata menemani sepanjang perjuangan, namun air mata itulah yang menenangkan kembali hati, mengubat luka-luka dengan rawatan mujarab iaitu merasai kekerdilan diri. Moga Allah benar-benar memimpin diri ini. Lemah sungguh tanpa bantuan-Nya. Dihadirkan sisi bahagia pula sebagai peringatan untuk mendidik diri, mengajar diri bersyukur, mengajar diri untuk menghargai peluang yang diberi. Hakikatnya Allah juga sebaik-baik perancang. Dialah yang mendidik kita selama mana kita bergelar hamba. Allah tahu apa yang terbaik. Maka Sinar dan kalian perlu percaya. Ayuh bina keyakinan dan percaya diri.

"Allah adalah Pelindung orang-orang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) menuju cahaya (iman)..." (Al-Baqarah: 257)

Mengharapkan satu perubahan yang lebih baik pada masa hadapan

Dulu, kini dan akan datang semua adalah pelengkap ‘puzzle’ kehidupan. Diriku dulu, kini dan akan datang adalah sangat berharga untuk Hari Penentuan. Moga amal-amal yang terhimpun tidak sia-sia. Rahmat Allah juga diperlukan untuk menjadi Ahli Syurga. Doa kalian Sinar harapkan. Sama-sama mendoakan.

Senyum itu ubat...

(One of our 'cutest patient' in out patient clinic. Miss you Habibah. She remind me of Salwa)


Salam Perubahan...dan salam perjuangan buat semua. Ayuh mengorak langkah, kita jana perubahan. Moga Allah sayang kita semua. (^_^)

KLIK :: Percaya dan Berjaya

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Salam Hijrah..Salam Mahabbah



Tick Tock...Tick Tock
Begitulah kedengaran detikan melalui jam kecil di biliku.
Mengingatkan masa sedang dan akan terus berlalu.
Sekejap sungguh rasanya.
Terasa baru semalam melangkah ke tahun baru.
Namun hari ini pula adalah hari terakhir 1430H menemaniku,
1431 pula akan bertamu.
Sekejap bukan? Sama-sama muhasabah waktu.
Ke mana usia dan masa kita habiskan?
Di jalan kebenaran atau terbuang begitu sahaja?
Mari hijrahkan diri mengejar Cinta Sempurna.
Walaupun susah, walaupun payah,
Ada kemanisan dihujung sana.
Jangan pernah sesal dan putus asa.
Moga mujahadah kita, Allah terima.
Justeru di kesempatan ini, Sinar ingin mengucapkan
Salam Maal Hijrah buat keluarga dan sahabat semua.
Maaf andai ada terkasar bahasa, terlepas kata,
terkurang masa bersama, kerana diri ini insan biasa
Moga Allah kuatkan keimanan kita semua dan
Moga Allah tetapkan kita di atas jalan-Nya
Hiduplah dalam kesabaran dan penuh kehambaan
“Hidup ini bagaikan satu pelayaran yang sukar. Maka bersabarlah wahai saudaraku kerana sabar itu indah, sabar adalah bunga-bungaan daripada keimanan yg benar. Harumannya ialah kepasrahan iaitu memandang segala keputusan Allah disamping meyakini hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Kelopak-kelopaknya diwarnai ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa sebagai lambang kepuasan dengan qadar Allah SWT.”
Mulakan tahun baru dengan Alhamdulillah dan Istighfar selalu.
Selamat memasang azam baru dan perkemaskan azam lalu.
Realisasikan hidup dalam jiwa hamba,
Meneroka kehebatan Dia Yang Maha Esa.
Salam Mujahadah semua (^_^)

Wednesday, December 16, 2009

Rasa hati

Alhamdulillah, bersyukur masih diberikan peluang untuk merasai pelbagai nikmat saat ini. Tanpa rahmat Allah, siapalah kita agaknya. Hidup dalam teman-teman yang banyak mengingatkan dan hidup dalam lingkungan doa mereka yang tersayang itulah antara penguat untuk menghadapi cabaran hari demi hari. Cuma kalau dibiar bersendirian ada sahaja memori, kenangan dan cerita yang menerjah kotak pemikiran ini. Maka lahirlah bermacam-macam perasaan. Bukan personal disorder ya. Cuma menjiwai apa yang sedang berlaku secara langsung atau tidak langsung.

Hidup tidak akan lari dari berperasaan dan berprasangka. Namun di sini letaknya kebijaksaan kita mengendalikan emosi dan akal dalam menerajui tindak tanduk seharian. Kita perlu BIJAK dan BERHATI-HATI. Apatah lagi insan bergelar wanita. Cukup bijak bermain emosi, hatta bukan emosinya sahaja, mampu juga mempengaruhi emosi siapa sahaja di sekeliling mereka.

Perjalanan hidup seorang muslimah pasti sahaja berliku. Adakala kebahagian hadir, senyum pun terukir. Adakala khabar duka bertamu, air mata membasahi. Adakala persoalan diaju, dahi berkerut seribu.Adakala musibah menimpa, mula tertunduk kaku. Itulah sunnah kehidupan, mendidik jiwa yang ingin dididik agar terdidik dengan didikan Rabbul Izzati. Masakan kita tidak diuji?



Hati itu bekas yang mengumpulkan pelbagai rasa dan perasaan; positif dan negatif tapi ada pemisahan. Kita boleh gembira, suka, sedih, sebak, geram, kecewa, marah dan jutaan lagi perasaan. NAmun kawallah rasa-rasa ini agar sentiasa dalam landasan yang diredhai Allah dan jauh sekali dari kemurkaan-Nya.

"Dan sebutlah nama Rabb- mu dalam hatimu dengan merendah diri dan rasa takut dan tidak mengeraskan suara di waktu pagi dan petang. Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai "(Al-A'raf:205)

Saat ini marilah kita sama-sama menyucikan hati dengan zikrullah

Bertasbih dengan mengucapkan Subhanallah

Bertahmid dengan mengucapkan Alhamdulillah

Bertahlil dengan mengucapkan La ilaha ilallah

Bertakbir dengan mengucapkan Allahuakbar

Maka di sini kita akan salurkan segala perasaan kepada Allah. Kesenangan dan kebahagian kita syukuri dengan memuji Zat Yang Maha Memberi. Allah sewajarnya yang kita lambakkan segala pujian. Bahkan masalah dan bebanan yang dirasakan besar akan terasa kecil jika kita memperingatkan diri bahawasanya Allah itu Maha Besar. Maka kita akan bina kekuatan untuk terus mengharungi kehidupan.

Saat ini juga, macam-macam dirasa. Nama pun manusia.

Saat ini daku rindu

Adakala ketika belajar, sempat sahaja fikiran ini merawang pulang ke Malaysia. Aduh, parah juga apabila sarat dengan rindu, kalaulah tambang sekadar 80 sen sudah lama agaknya kaki ini melangkah pergi. Namun tidak semudah itu, masih tergalas amanah di sini, ada kewajipan yang harus dilunaskan. Hatta pernah diluahkan hajat mahu pulang. Apa kata ummi & lek, macam biasa, "Utamakan yang utama. Tunggu la bulan 7 nanti." Buat adikku Husna moga cepat sembuh sepenuhnya.



Saat ini daku gembira

Menerima jemputan demi jemputan perkahwinan, gembira dibuatnya. Mana tidaknya teman sepermainan kita akhirnya melangkah ke alam baru. Seorang demi seorang membina mahlligai baru. Jauh di sudut hati gembira bercampur sedikit kecewa kerana tidak dapat turut serta. Salam dari kejauhan dan semoga baitul dakwah yang dibina menjadi saham untuk kita sama-sama ke syurga.

Kalau berbicara fasal kuliah, banyak juga ceritanya. Turun padang bersama masyarakat setempat di bumi firaun ini, membuatkan hati gembira mendapat kepercayaan mereka. 'Community medicine' membuka langkah pertama dalam menghadapi realiti sebenar. Biarpun masih banyak yang belum diterokai, memadai untuk membina keyakinan diri. Moga Allah mudahkan walaupun masih banyak kekurangan. Telan sahaja yang pahit, agar yang manis itu pemangkin fasa seterusnya (^_^)

Saat ini daku sedih

Saban hari ada sahaja berita kematian. Inilah peringatan. Allah lebih menyayangi mereka. Tidak kira usia.Warga tua berjasa, muda remaja bertenaga, suami isteri tercinta, bahkan anak kecil penyejuk mata dijemput pulang ke negeri abadi. Suci hati anak-anak kecil ini. Baru sahaja melihat gambar mereka, minggu ini sudah dijemput pulang. Ya Allah cucuri rahmah ke atas ruh mereka dan tabahkan insan yang menyayangi mereka. Inilah peringatan buat kita yang masih hidup. Kita pula hanya menunggu masa. Tidak dapat disangkal, giliran daku pula bakal menyusul. Bila? Itu rahsia... Bersiap sedialah... Mimpi semalam mengejutkan daku dari kelalaian dunia. Ya Rabb pandu daku meniti jalan-Mu...

Itulah perasaan yang mampu dicoretkan. Banyak lagi yang terpendam. Kalian pula bagaimana? Sama jugakan, macam-macam yang dirasa. Hakikatnya daku, kamu dan kalian sama sahaja. Biarlah sesetengah itu urusan kita dengan Tuhan Yang Menciptakan. Cuba apa yang ingin dikongsi, dalam apa-apapun kita tidak keseorangan, Allah ada untuk mengadu cerita, teman-teman ada untuk meluah rasa.

Bercampur pula perasaan sendiri. Tenanglah wahai hati, Tenanglah....

Friday, December 11, 2009

Adikku sayang

"Ummi, kenapa Along tak balik? Semua dah ada,tapi Along je tak de."

"Salwa,Along tengah belajar.Jauh tau, mana la Along boleh balik."

"Boleh la ummi."

"Along baru je balik. Lagipun naik kapal terbang mahal."

"Mahal? Murah je la Ummi, mana ada mahal."

"Murah? Mana Salwa tahu?

"Salwa tahu... 80 sen je... Murahkan tu."

Tergelak Ummi dibuatnya. Seronok kalau melayan Salwa. Ada sahaja modalnya. Bila mendengar Ummi bercerita, ketawaku turut memecah kesunyian bilik pada petang itu. Bercampur sebak juga bila mana ada orang mengenang diri kita yang jauh di perantauan. Begitulah cerita ummi di corong telefon. Sewaktu musim cuti sekolah bermula, adik-adikku semua sudah pulang. Dua puteri Ummi dan Lek yang belajar jauh ke Utara Malaysia pun sudah mengisi kekosongan rumah. Mana tidaknya Salwa bertanya. Sememangnya keanggotaan rumah tidak pernah lengkap dan genap. Rindu...rindu...

Erm... 80 sen? Macam mana dia boleh dapat idea.. Sampai sekarang bila mengenangkan cerita Ummi, daku tersenyum sendiri.

Itulah Salwa. Adik bongsuku. Petah berkata satu hal. Kalau berbicara memang yakin dan mahu menang. Kalau dapat bercakap dengan Salwa, hati ini akan segera meronta mahu pulang. Kalau dia mula bercakap, kebiasaannya ayat ini akan diucapkan

"Salwa rindu Along. Along balik tau." Sebak dada dibuatnya.

Semalam ummi 'call'. Kata Ummi sempena hari lahir Salwa, macam-macam gelagatnya. Kelakar juga dengar cerita ummi. Allah izin ahli keluarga belah Ummi datang ke Kuala Lumpur. Apa lagi suka la Si Salwa dapat bertemu dengan sepupu-sepupunya. Langsung minta izin ummi dan lek untuk tidur di rumah Chek Ngah di Setia Alam kerana mereka bermalam di sana. Pandai sungguh. Dah 7 tahun anak kecil ini. Tapi biasa la manja dan selalu ingin perhatian. Bukan mudah mendidik puteri-puteri yang ramai. Segalanya ingin kehendak dipenuhi. Di sini perlu toleransi.

Sebenarnya tengah berusaha untuk melakukan sesuatu sempena Besday Si kecil ini. Tapi buat masa ni Along dahulukan dengan ucapan Selamat Hari Lahir. Moga adik Along tidak hanya comel pada pandangan manusia tapi pada Pandangan Allah itu yang utama. Moga Allah pelihara selalu dan menjadi anak solehah dan muslimah harapan ummah. Sebuah nasyid untukmu wahai adikku.

Adikku Sayang
Album : Rumahku Syurgaku
Munsyid : Tazakka
http://liriknasyid.com

Adikku yang tersayang
Harapan ibu bapa di masa depan
Bila telah dewasa nanti
Jadilah engkau penyejuk hati

Senantiasalah mematuhi
Selalulah engkau berbakti
Pada kedua orang tua
Selama masih dalam kebenaran

Ibu bapa mengasihi kita
Sejak dalam kandungan
Sampai kini hingga ajal menjelang
Jangan pernah ada durhaka
Pada keduanya, selamanya

Doa orang tua dikabulkan oleh Tuhan
Redha orang tua jua Redha Yang Kuasa
Redha yang Kuasa

Ya Allah ampuni mereka
Kasihanilah mereka
Seperti mereka sayang kami
Saat kecil dahulu...

Pagi tadi ketika dalam perjalanan ke 'Malaysian Hall, Sinar mendapat sms daripada Lek, kata Lek, Salwa tak mahu hadiah pensel warna tapi mahu cococrunch sahaja. Lek siap balut lagi !!! Pelik...pelik adikku nan seorang ini...Ketawa lagi daku dalam teksi.


Seperti yang dijanjikan, pada malam harinya operasi berjaya dilaksanakan. Alhamdulillah misi berjaya... Just a simple gift from me. Nanti mesti ada orang kata, "Mana aci, Along masak pastu makan sendiri." Nak buat macam mana. Benua memisahkan kita. Ops (^_^) sekadar alasan... Jom layan gambar ye. Maaf ya, ini sahaja yang termampu dalam kelapangan masa yang ada.

Dah bakar nak kena hias, selepas hias nak buat perkataan pula...Jom!!
~Sayang Salwa~
Salwa !!!


Lawa ke? (^_~)
Walauapapun, Salwa tetap di hati Along!!!

Ok. Santai sahaja kali ini. Sudah dikemaskini(^_^)

Wednesday, December 09, 2009

Ini dunia kita?

Apa khabar dunia anda hari ini? Anda selesa? Sudah tentu selesakan. Mana tidaknya segala keperluan sudah ada, pastinya kita bahagia. Melihat dari sudut keselesaan diri. Alhamdulillah, rata-rata pembaca blog bukanlah sesusah teman-teman kita yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Untungkan kita, Syukur Alhamdulillah tapi beringat.. Ujian itu ada dalam kesenangan juga. Kita juga sedang diuji. Biarpun sudah 4 hari menjadi tetamu di Community Medicine Department, hati ini meronta-ronta untuk berkongsi rasa. Jadual yang padat bukan alasan utama. Dalam keadaan apapun Sinar sentiasa memerlukan perhatian dari Allah dan meneruskan kelangsungan amal di sini. Sinar, Kamu dan juga Kalian akan sentiasa memerlukan Dia dan peringatan yang 'membasahkan' jiwa.

Erm...melihat dunia hari ini dari peningkatan usia bumi, Sedih dibuatnya....

Bukit kita ditarah, udara kita dicemari, sungai kita dikotori. Di manakah kawasan yang damai buat kita? Kota yang kita banggakan ibarat hutan batu, manusia terkenal dengan kalimah sibuk, sibuk dan sibuk. Masing-masing dengan hal sendiri. Kampung pula, permai namun sedikit demi sedikit pengaruh kebandaran dan kebaratan mula menular. Sudah pandai anak-anak kampung merempit di lorong sunyi, berkepit di air terjun damai. Manusia sudah berubah, berubah dan berubah. Kesopanan dan keramahan kian hilang dalam budaya hidup hari ini. Yang menghiasi hidup manusia hari ini, keangkuhan, kebendaan dan kelalaian.

Benar bukan? Ini realiti yang terjadi. Era globalisasai memakan nilai hidup dan jatidiri manusia tanpa kita sedari. Manusia tertipu dalam menilai dunia. Ya, di satu sudut, inilah yang berlaku. Negara yang membangun tapi hampir majoriti negara terbantut dalam aspek modul insannya. Cuba kita lihat kiri dan kanan, atas dan bawah dunia hari ni. Bagaimana? Lihatlah dari prospektif iman. Saat ini, hati ini meronta-ronta ingin bersama generasi awal bersama Rasulullah, ingin melihat kekuatan mereka. Kekuatan Akidah, Kekuatan Fikrah, Kekuatan Ukhwah, Kekuatan Akhlak. Tidak puas sekadar membaca dan mendengar cerita ummat terdahulu. Ya Allah jangan Engkau padam rasa hati ini. Sungguh aku rindu pada kekasih-Mu dan kedamaian ketika mengadu pada-Mu. Hati sedih melihat dunia hari ini. Manusia lupa Allah memerhati mereka.




Sekarang mari kita lihat teman-teman kita di Palestine, satu sudut dunia yang tidak putus-putus berendam air mata dan bermandi darah. Rumah mereka hancur dibedil bom tanpa mata, status pengganas sebenarnya layak untuk perampas tanah. Habis bangunan menjadi serpihan dan bongkah batuan. Kalau kita ada sungai, ada air tapi dicemari mereka pula bekalan air disekat dan tiada ketika mahu digunakan.

Mendengar dan membaca pengalaman para sukarelawan Palestine, membangkit rasa lemah dalam diri harus dirawat. Kita lihat penderitaan ummat Palestine itu satu kesusahan, tapi itulah medan mereka berjihad dan menjadi kekasih Allah, mereka sendiri menyatakan bertuah dipilih menjadi insan di bumi Palestine. Hebat bukan sudut pandang mereka. Husnu zhon dan tetap berjuang tanpa henti. Tapi itu bukan syarat untuk kita memangku tangan dan berpeluk tubuh. Mereka berjuang demi kita dan demi Islam seluruhnya. Tidak malukah kita membiarkan mereka berjuang bersendirian. Luka mereka adalah luka kita.




Mahu tahu apa kekuatan mereka? Pertama mereka mendekati Al-Quran dan kedua mereka memantapkan institusi keluarga.

"Besar perjuangan Hamas di sana. Benar Hamas telah memulakannya. Tetapi mereka hanya satu juzuk daripada Ummah yang besar. Mereka memerlukan bantuan luar. Hamas memulakan tetapi Ummah di luar akan menyempurnakan. Begitulah indahnya keadilan Allah yang memberikan peluang kepada semua untuk sama-sama mendapatkan saham akhirat"

"Rupa-rupanya kekuatan itu adalah natijah daripada proses dakwah & tarbiyah oleh generasi awal sejak lebih 40 tahun lagi bukan setahun dua. Bermula daripada dakwah kepada anak-anak dan keluarga. Dakwah supaya mereka mencintai Al-Quran, supaya mereka membaca, menghafal dan menghayati Al-Quran. Al Quran menjadi sumber kehidupan, Al Quran menjadi amalan hidup. Inilah proses yg telah dilakukan oleh Rasulullah saw. Proses melahirkan Jil Quran Farid (Generasi Al-Quran yang unik). Proses dakwah/ ajakan kepada Allah melalui wahyu Allah. Bukan hanya sekadar kata-kata manusia, atau ceramah pembakar dan menyentuh jiwa. Tetapi mereka mulai dengan seruan dan ajakan "untuk mencintai Al Quran". Mereka kenalkan Allah melalui Al-Quran. Mereka kenalkan manusia melalui Al Quran. Mereka kenalkan kehidupan melalui Al-Quran. Mereka selesaikan segala permasalahan hidup melalui Al Quran. Dari anak-anak sehingga orang tua berlumba-lumba mendekati Al Quran."

Jiwa anak-anak muda dicetak oleh Al-Quran. Pemikiran mereka disusun oleh Al-Quran, Amal mereka menjurus pada perintah Al-Quran. Maka terhasilnya barisan pejuang yang tidak gerun syahid demi Islam. Ini tidak dapat tidak, hasil pembentukan dari madhrasah Al-Quran dan hasil didikan keluarga yang benar-benar memahami Islam. Indah bukan hasilnya?

Ayah menjadi Mithali,
Ibu menjadi Mithali,
Anak-anak juga Mithali..

Rosak ayah rosak keluarga,
Rosak ibu binasa keluarga,
Rosak anak-anak hancur ummah.


Subhanallah, satu-satunya kalimah yang terucap. Kemas dan kagum. Kelu lidah melihat kehebatan saudara di Palestine. Mereka ibarat singa dalam perjuangan. Melihat kekuatan yang mereka ada sedikit sebanyak mengubat rindu pada generasi awal, masih ada mereka yang benar-benar teguh di jalan INI. Daku mahu sekuat mereka dalam mendepani cabaran dan ujian dunia.

Entah la kenapa. Sedih di hati masih berbaki. Melihat realiti Islam dipermainkan oleh pembawa-pembawa agama apatah lagi penolak agama. Hatta ummat Islam kian jauh dengan Al-Quran. Jauh dari memahami apa yang ada di dalamnya. Hatta kadangkala, kita sendiri kurang kedepankan sikap dalam memaparkan Islam sebenar. Benarlah kata YusuF IsLam ketika ditemuramah mengenai keislaman beliau. Beliau sendiri tertarik pada Islam bukanlah dengan melihat muslim-muslim yang ada tapi bila Islam yang syumul itu menyentuh hati-NYa. Ya Allah berdosa rasanya apabila bergelar muslim tapi kita tidak mempersembahkan contoh teladan yang baik. Sinar ingin mengajak diri dan teman-teman, perhatikan sirah, perhatikan sejarah, perhatikan sikap ulama. Jujurlah pada kata-kata dan perbuatan. Tidak takut kah kita dengan azab Allah? Bila mana Al-Quran dan suruhannya kita langgar? Ya Allah ampunkan kami.




Dunia menuntut perubahan... Akhirat tempat perkumpulan. Ya Allah, sinarilah kami hidayah-Mu dan kumpulkan hati-hati kami di Jannah-Mu.

Friday, December 04, 2009

Rumah Kita

Kalau sebut fasal rumah macam-macam ada. Rumah banglo, rumah teres, rumah pangsa, pondok dan lain-lain lagi. Pendek kata di abad ini segalanya ada. Isu rumah juga tidak kurang hebatnya. Menjadi keperluan asasi untuk berumah kerana disitu tempat kita berlindung. Namun apabila memerhatikan rumah hingga tidak cukup tangan menanganinya.

"Mama, bila rumah kita nak dicat?" tanya si anak

"Baba, atap umah kita bocor." kata angah pada ayahnya

"Tak abis abis paip ni bocor, sinki pula sumbat." keluhan si isteri di senja hari

"Aku bila besar nanti nak rumah banglo." Lagak si anak memikirkan masa hadapan.
Gambar hiasan

Hari ini mari kita kenangkan rumah kita. Yang berada di perantauan pastinya sangat rindu bukan. Jom pulang ke negeri dan daerah masing-masing. Bagaimana kondisinya? Cantik atau ditelan usia?

Baiklah...Mari kita lihat rumah kita yang ini pula. Bagaimana?


Di mana seharusnya letaknya islam, iman dan ihsan? Apa alasannya? Kukuhkah binaannya?

Apa itu islam?

Islam dari segi bahasa ialah tunduk dan menyerahkan kepada Allah swt. Dari segi istilah syarak pula ialah agama yang dibina di atas lima asas iaitu
  1. Syahadah (penyaksian) bahawa tiada Tuhan (ilah) melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah
  2. Mendirikan solat dalam waktunya dengan rukun dan syarat yang sempurna serta menjaga sunat dan adabnya
  3. Mengeluarkan zakat
  4. Berpuasa di bulan Ramadhan
  5. Menunaikan haji sekali seumur hidup bagi sesiapa yang berkemampuan dan memiliki keperluan untuk bermusafir seperti bekalan, kenderaan dan belanja nafkah ahli keluarganya.


Namun Islam tidak terbatas dalam lima asas sebentar tadi. Islam adalah deenul hayah iaitu gaya hidup mahupun peraturan kehidupan. Islam bukan suatu Deen yang wujud secara kebetulan tetapi adalah satu natijah (hasil) daripada satu tarbiyah (pendidikan). Hasil dari perancangan, perencanaan, pembentukan yang disusun dengan rapi dan berhati-hati melalui ransangan-ransangan dan bimbingan yang diransang dalam rangka melahirkan manusia yang Islam dalam pemikirannya, aqidahnya, akhlaknya dan jiwanya dalam segala perbuatan dan tindakannya.

Apa itu Iman?

Iman dari segi bahasa ialah at-tasdiq (membenarkan) dan dari segi syarak ialah: Tasdiq yang jazim (keyakinan yang tidak berbelah bagi) terhadap kewujudan Allah Taala yang Maha Pencipta dan bahawasanya Allah itu Esa dan tiada sekutu. Membenarkan kewujudan para malaikat, kitab-kitab samawiah, para rasul, hari kiamat dan membenarkan semua perkara yang berlaku dimuka bumi ini adalah dengan takdir (ketentuan) Allah Taala berdasarkan hikmah yang tersembunyi. Inilah rukun-rukun iman yang sudah kita sedia maklum

Iman ialah teman sejati manusia. Di kala kita kesunyian dan kesedihan imanlah penghibur. Maka keteguhan iman sebagai asas atau fondisi sangat besar peranannya. Masakan sebuah rumah akan stabil andai tapaknya goyah. Justeru kestabilan diperingkat asas, dasar mahupun tapak itu perlu agar binaan yang terbina atasnya kukuh hingga keakhirnya.

Apa itu Ihsan?

Ihsan ialah ikhlas dan tekun. Inilah hasil apabila kita beribadah seolah-olah kamu dapat melihat Allah sekiranya tidak mampu seolah-olah Allah Taala melihat kita samada kecil ataupun besar perbuatan tersebut.

Dr Abdullah Azzam pernah berkata:

"Sesungguhnya meninggalkan sikap saling membantu dalam mengembalikan semula agama Allah ke alam wujud adalah jenayah terbesar yang dilakukan oleh golongan yang berdiam diri dan yang malas membina semula agama ini."

Justeru dalam menjadi seorang hamba yang taat pada Pencipta-Nya, dalam membantu agama-Nya, tidak dapat tidak kita harus sedar dimana tanggungjawab kita. Ingin bermalasan? Malas itu meyamai anda membiarkan diri diselimuti dosa. Ingin terus diselimuti maksiat dan amal yang tidak berfaedah? Tidak takut Allah kah kita?

Dewasa ini, manusia berlumba-lumba dalam membina rumah yang cantik strukturnya namun, iman, islam dan ihsan tidak dihiraukan pembinaannya dalam diri. Setiap satunya masih goyah. Marilah kita perkemaskan rumah kita. Tegakkan dalam diri dan akhirnya tersegam indahlah setiap satunya dan rumah kita secara amnya adalah serupa bahkan tertegaklah masyarakat Muslim dan barulah terbentuknya daulah.

Tuesday, December 01, 2009

Bunga Oh Bunga...Tautan Hati


Bila bercerita mengenai sahabat atau teman, banyak suka dan duka yang dikenangkan semula. Permusafiran beberapa hari keluar Kota Kaherah banyak mendidik diri dalam segenap hal. Apa itu pengorbanan, apa itu sabar, apa itu kasih sayang, apa itu ukhwah dan apa itu jiddiyah. Semua berpadu dalam benak fikiran dan Allah mendidik secara langsung ataupun tidak langsung. Moga redha Allah bersama setiap derap kaki kumelangkah. Pagi ini sahaja sebenarnya ada kejutan buat diri. Dalam kekalutan mengemas barang, bergelut dengan masa agar tidak terlepas keretapi untuk berangkat ke Tanta, sempat pula adik-adik ini membuat kejutan. Angin sejuk Iskandariah sungguh mendamaikan. Terasa ingin terus berada disini melarikan diri dari kesibukan kota Kaherah. Pintu rumah yang Sinar tumpang di ketuk. Kedengaran pintu rumah dibuka.

“Kak Sha, ade surprise ni!”

“Apa yang suprisenya, akak tengah bersiap ni. Milah dah sampaikan, tu akak pun tau. Takde suprise la camtu. Hehe” Ada ada je kanak-kanak ini

“Mai la sini.”

“Kejap la…tak sabar sabar la antum ni”

“ Surprise !”

“Wah, bunga! Cantiknya!” Terharu dan terpana sebentar.


Teruja sebenarnya mendapat bunga. Inilah kali pertama mendapat Bunga Ros (Bunga tulip tak de ye ? Nak yang warna ungu). Selama ini kalau teringin Sinar beli sendiri dan beri pada mereka yang Sinar rasa boleh mengembirakan hati mereka. Kali ni sejambak Sinar dapat. Gembira tak terkata. Sungguh rasa dihargai. Moga Allah berkati pemberi bunga ini. (Ahli beit lepas baca ni, ingat tau Januari tak lama lagi)

Ada apa ye dengan bunga. Kalau dulu teruja Sinar kupaskan tentang Tulip. Biarpun Bunga Ros diminati namun Tulip tetap juga dihati. Jom kita lihat apa ‘significant’ bunga ros pula. Tadabburlah setiap ciptaan-Nya.

Keindahannya mengingatkan diri akan hakikat bersahabatan kerana Allah itu sememangnya indah dan mengisi jiwa untuk mendekati Allah. Hakikatnya Allah akan menaungi dua hati yang bertaut kerana Allah Taala. Keharuman bunga pula mengingatkan sinar akan hakikat harumnya bau syurga milik mereka yang berkasih sayang kerana Allah. Layakkah diri untuk melangkah ke sana. Moga rahmat dan kasih sayangnya milik kita jua.

Keindahan bunga ros janganlah disalah guna. Hari ini rata-rata ‘flowers’ ini hanya glamour dalam perhubungan lain jantina. Kenapa tidak digunakan untuk mengeratkan ukhwah Islamiyah sesama kita. Itukan lebih indah dan Allah tidak murka. Ayuh senangkan hati sahabatmu.


Sebenarnya tidak kiralah bunga,kek,coklat, baju, jam, beg, buku dan sebagainya apabila kita berikan hadiah pada insan yang kita kasihi pastinya akan membuatkan hatinya senang dan bahagia sekali. Kita akan gembira apabila mendapat hadiah dan perhatian. Maka kita seharusnya melakukan benda yang sama. Erti hidupkan pada memberi. Sedikit sahaja usaha yang perlu kita lakukan tapi kesan daripadanya berpanjangan. Menjaga ukhwah itu memerlukan pengorbanan dan penghargaan. Adakala nasihat diperlukan, adakala pertolongan kita diperlukan, adakala penghargaan diperlukan. Sebagai teman, jangan lokek menghulurkan bantuan. Kita manusia saling memerlukan. Adakala dia susah dan adakala kita pula.

“Dia yang mempersatukan hati mereka(orang-orang beriman). Walaupun kamu membelanjakan (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhna Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (Al-Anfal : 63)

Perjalanan dari Kaherah ke Iskandariah dan kemudiannya ke Tanta sebenarnya. Membangkit naluri keinsafan dan membenihkan ukhwah di kalangan sahabat handai. Ketika masalah membelenggu diri, permasalahan banyak yang tidak mampu diungkai sendiri, sahabatlah tempat kita berkongsi rasa, Allah pula tempat kita mengadu cerita. Allah jugalah pembuka dan pemudah cara. Luahkanlah andai ada yang terbuku didada. Moga Allah jernihkan segala.

Baru tiba di Tanta

Berjalan di Tanta..Terjumpa kedai ini..Tersenyum lebar (^_~)
Coklat yang sedap di kedai Chocola !!!

Setelah selamat sampai di Tanta, petangnya pula memanjangkan kaki ke Apple. Makan-makan, sembang-sembang perkembangan dan perancangan masing-masing. Maklumlah ke Tanta membawa seribu cerita dan hasrat juga. Selama ini tidak sempat ingin menjelajah Tanta. Hanya sekadar menjadi tetamu di rumah teman seperjuangan langsung tidak keluar berjalan. Moga Allah meredhai ukhtie ana ini (dah la exam ophthalmologynya tak lama lagi). Dapat menghirup udara kampung satu kepuasan sebelum pulang lusanya.

Alhamdulillah, seinfiniti penghargaan untuk keluarga yang dirindui, sahibah-sahibah yang dikasihi, teman-teman yang disayangi, rakan-rakan yang mendoakan diri ini. Syukran semua. Ambik coklat tu seorang satu ye =)
Sinar~islami
Shober, Tanta