![]() |
| Moga dengan warna pakaian inilah kami di akhirat nanti... |
Wednesday, July 04, 2012
Harga Sebuah Perkahwinan : Bukan Sebatas Dunia, Bicara dan Rasa..
Posted by sinar_islami at 7:09 AM 7 comments
Labels: Baitul Muslim
Thursday, June 14, 2012
KISAH SYURAIH AL-QADHI DAN ISTERINYA
KISAH SYURAIH AL-QADHI DAN ISTERINYA
Petikan : Buku Di Jalan Dakwah Aku Menikah, Cahyadi Takariawan
Alhamdulillah kisah ini menjadi teladan sebelum menikah dan seusai menikah. J Teladan bersama. Selamat persiapkan diri samada yang bakal dan sudah menikah. Hari ini kisah Syuraih Al-Qadhi di ulang semula oleh Murabbiyah (^_^) Berusaha untuk menjadi yang muslimah terbaik dunia akhirat.
Posted by sinar_islami at 6:00 AM 2 comments
Labels: Baitul Muslim
Monday, June 04, 2012
Kebahagiaan Itu Ada!
Di mana kebahagiaan?
Kebahagiaan... Semua orang mahu bahagia. Namun bahagia itu ada di mana?
Saya yakin, saya dan kalian yang sedang membaca sebenarnya insan yang ingin bahagia. Betul bukan? Dan atas hakikat dan fitrah itulah kita terdorong untuk mencari kebahagiaan (^_^)
Dan di saat pencarian itu, terlihat di mata kita kebahagiaan itu ada pada kejayaan, kekayaan, keluarga, kerjaya dan hampir apa sahaja apa yang ada di dunia.
Namun Allah hadir memberi peringatan;
“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia”. (Al-Kahfi: 46).
Hadith juga disampaikan daripada Zaid bin Tsabit r.a bahawa Nabi saw bersabda:
“Barangsiapa yang menjadi dunia sebagai perhatiannya, pastilah Allah akan cerai-beraikan kesatuannya dan Allah menjadikanya miskin kepada dirinya. Allah tidak mendatangkan dunia kepadanya melainkan apa yang ditentukan Allah kepadanya”. (Al-Munziri)
Di dalam sebuah hadith daripada Ibn Abbas r.a, Nabi saw bersabda:
“Seandainya Anak Adam diberikan satu lembah emas (pastilah ia merasa tidak cukup bahkan) akan mengharapkan supaya dia memperolehi dua lembah. Seandainya Anak Adam memperolehi dua lembah emas (pastilah ia merasa tidak cukup bahkan) akan mengharapkan supaya dia memperolehi tiga lembah. Perut Anak Adam tidak akan penuh melainkan diisi dengan tanah!”. (Bukhari)
Begitulah...Kalau dunia yang kita kejar, kita makin ketagih untuk mendapatkan dan tidak akan pernah puas. Jika sandaran kita dunia, kita dikejar oleh dunia. Lelah dan sangat meletihkan. Kita terhambat dengan hambatan dunia hingga serba tidak cukup. Kita akan sedih dan putus asa ketika gagal, miskin, tiada keluarga dan hilang kerjaya.
Berlainan sekiranya yang mendorong kita adalah akhirat. Apabila kita gagal mendapatkan kita redha namun tidak mematahkan semangat untuk terus berusaha dan berusaha. Apabila kita berjaya mendapatkan kita bersyukur dan terus melakukan dengan lebih baik tanpa meletakkan dunia di hati, cukup sekadar dalam genggaman.
Kebahagiaan itu ketenangan hati, kelapangan jiwa dan kerehatan nurani.
“Dia-lah yang Telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang Telah ada)”. (Al-Fath: 4)
Kebahagian itu ada pada keimanan. Ketenangan itu adalah ciri sebenar kebahagiaan. Tidak goyah walau diuji (^_^) Inilah hidayah Allah.. Kebahagiaan hakiki. Sukar sebenarnya mahu diunggap dengan kata-kata melainkan merasanya sendiri.
Imam Ibn Qayyim menyatakan: “Sesungguhnya di dalam hati terdapat kotoran yang tidak akan hilang melainkan menerima perintah Allah. Di dalam hati terdapat kebuasan yang tidak akan lenyap melainkan dengan berjinak dengan Allah. Di dalam hati terdapat kedukaan yang tidak akan pergi melainkan gembira dengan mengenaliNya, benar dalam melaksanakan perintahNya. Di dalam hati terdapat keresahan yang tidak akan berasa tenang melainkan berkumpul keranaNya, menuju kepadaNya. Di dalam hati terdapat api kekecewaan yang tidak akan padam melainkan dengan pasrah dengan perintah, tegahan dan ketentuanNya, dan sentiasa sabar di atas perkara tersebut sehingga menemuiNya. Di dalam hati terdapat hati yang mati yang tidak akan hidup melainkan mencintaiNya, bertaubat kepadaNya, sentiasa mengingatiNya, benar-benar ikhlas kepadaNya sekalipun diberikan dunia dan segala isinya tidak akan mampu menghidupkan kematian itu selama-lamanya”.
Sayu... Semoga Allah campakkan keimanan, ketenangan dan kebahagian dalam jiwa-jiwa kita. Semoga segala keluh-kesah juga hilang dari jiwa kita. Rehatlah ruhani, cergaslah jasmani untuk terus beribadah pada Yang Maha Esa.
Saya, mereka dan kalian. InsyaAllah mampu bahagia!
Sesungguhnya saya, menulis di medan ini untuk mencari amal untuk dibawa pulang. Menulis buat hati saya lega. Saya tidak pernah sempurna dan selamanya tidak akan pernah. Kerana rahmatNya mata mampu melihat, jari mampu menulis, kaki masih mampu berdiri. TanpaNya juga saya tidak mampu merasa apa itu bahagia.
Akan hadir satu saat, saya lenyap dari dunia penulisan dan ketika itu yang tinggal hanyalah coretan ini buat kenangan keluarga, suami tercinta dan sahabat. ANDAI saya punya musuh, saat itu hilanglah saya sebagai musuhnya dan legalah saya kerana kalian tidak mendapat dosa kerana kewujudan saya. (^_^) Maafkan saya atas kekurangan.
Berat juga membawa nama 'Hidayah' kan? Erm...kerana hidayah (baca : petunjuk) itu milik Allah. Allah beri hidayah kemudian Allah juga boleh mengambil semula. Selagi saya hidup harapan saya, hidayah itu masih di sisi saya hingga saya pulang apatah lagi saat berubah fasa demi fasa kehidupan. Dan yang pasti ' Hidayah', anak Ummi Lek ini dan isteri Abang pastinya akan kembali kepada Pemiliknya setelah Allah berikan pada kalian :) Semoga kehadiran saya buat kalian bahagia dan ketahuilah kehadiran kalian buat air mata saya bertukar jadi mutiara :) Saya bahagia kerana susah senang kita bersama. Kalian sentiasa mengingatkan saya pada Allah Pemilik kita semua.
Hari ini 4 Jun 2012, genap sudahlah 4 bulan pernikahan kami. Alhamdulillah 4 bulan yang banyak mengajar erti kehidupan (^_^) Masih banyak lagi yang harus dipelajari dan doa itu pengikat serta ketenangan kami. Satu demi satu ujian Allah selesaikan dengan caraNya tersendiri. Sungguh didikan Allah itu Maha Sempurna!
Dunia walaupun sementara, setiap detiknya punya nilai tersendiri. Bersyukur dikurniakan suami merangkap sahabat hati, penasihat diri dan teman hidup yang sangat memahami persis namanya :) Moga Allah berkati mahligai yang terbina dengan penuh sakinah, mawaddah wa rahmah ♥ Ameen.
Posted by sinar_islami at 4:10 AM 2 comments
Labels: Baitul Muslim
Thursday, May 31, 2012
Hari ini kita teroka!
Dan itu sahaja peluang kita
Yang hakikatnya bukanlah milik kita
Hanya milik Sang Pencipta...
Semalam bukan milik kita,
Sudah berlalu di pelupuk mata.
Apatah lagi esok yang belum tiba.
Andai maut menjengah di malam hiba,
Pasti hilanglah peluang, tiada kedua..
Kau dan aku punya cerita,
Kau dan aku punya cita-cita,
Kau dan aku punya cinta,
Namun....
Sejauh mana aku meletakkan-Nya dalam 3 ta?
Kita tenggelam dalam bicara,
Di mana rezekiku?
Di mana jodohku?
Bilakah ajalku?
Namun....
Sejauh mana amalku menuju bicara?
Di mana keyakinan kita yang membara?
Maka, tinggallah kita terpaku seketika,
Merancang hari untuk diteroka,
Biar sesaat kita melakar cerita,
Agar terlaksana cita-cita,
Hidup penuh dengan cinta,
Untuk kita sebarkan Islam di dunia.
Hari ini kita melangkah, dengan semangat tanpa kalah..!
Posted by sinar_islami at 4:49 AM 0 comments
Labels: Poems
Wednesday, May 16, 2012
Salam Mahabbah Pendidikku
Posted by sinar_islami at 2:34 PM 0 comments
Labels: D~Hearty
Friday, May 04, 2012
Kepimpinan: Anugerah dan Amanah! Pimpinlah dengan sedar!
Risalah Buat Setiap Muslim dan Muslimah Jamadilakhir
Posted by sinar_islami at 3:35 PM 0 comments
Labels: Dakwah Crunch
Thursday, April 19, 2012
Love, Cinta, Hubb
Posted by sinar_islami at 10:29 PM 4 comments
Labels: Wheel Of Life
Monday, April 09, 2012
Tiada Rahsia antara Dia dan aku
Posted by sinar_islami at 1:39 PM 2 comments
Labels: Poems
Saturday, April 07, 2012
15 Jamadilawal 1433H : Masih ada yang sayang

Posted by sinar_islami at 6:00 AM 0 comments
Labels: Mesir Berbicara, Wheel Of Life
Friday, March 30, 2012
SiNaR's Kitchen Corner : Pavlova

Terima kasih Nik.. Hadiah buat Sinar dan Ina (^_^) Sedap!
Kalau orang bagi lagi sedap daripada buat sendiri.. Hehe Kenapa ye?
- Pukul telur putih menggunakan mixer dalam kelajuan sederhana hingga soft peak form .
- Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan tingkatkan kelajuan mixer.
- Adunan akan kelihatan makin bersinar-sinar. Pastikan gula sebati.
- Pukul hingga tepu iaitu kalau diterbalikkan pun tidak jatuh, tandanya buih anda mantap.
- Kemudian tambah esen vanila, dan pukul adunan lagi.
- Setelah sebati, bolehlah campurkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan dengan senduk kayu ataupun spatula. Untuk saya.. saya pukul je dengan mixer dengan perlahan. InsyaAllah sebati.
- Kemudian buat bulatan, petak atau ikut citarasa (bayangkan pun tak pe) saya biasa buat bulatan ala-ala 15 cm sebab Pavlova nampak lebih tebal.
- Letakkan adunan dan kemaskan ikut bentuk yang anda mahu.
- Panaskan oven dalam 150 darjah untuk 10-15 minit.
- Sebelum adunan dibakar, turunkan kepada 130-140 darjah.
- Bakar 30 minit hingga sejam. Ikut setakat mana anda mahu struktur pavlova. Ada yang suka cruncy dan ada yang kurang.
- Setelah siap, biarkan sejuk di dalam oven. Buka sikit pintu oven ya :)
- Campurkan sour cream atau whipping cream dengan yogurt, pukul hingga kembang.
- Kalau kat Mesir guna serbuk whipping cream Dreem yang telah dipukul dengan susu cair-kurangkan susu cair dari yang diarahkan kerana kita nak campurkan dengan yogurt. Make sure cream ini pekat. Hehe kalau tak memang buah kita nanti mengelongsor..
- Hiaskan dengan hirisan buah-buahan
- Akhir sekali sejukkan dalam peti.
- Siap untuk makan.
Sekian sahaja daripada Sinar. Selamat mencuba!
Posted by sinar_islami at 3:38 PM 10 comments
Labels: SiNaR's Kitchen Corner
Sunday, March 11, 2012
Nikmatnya Bernikah : 1 bulan 1 minggu

Apabila sebut perkataan 'jarak'. Sinar akan tersenyum sendiri. Faktor jarak jugalah yang mendekatkan kami. Seorang di selatan, seorang di pantai timur, kemudian dipertemukan kami di Pantai Barat Semenanjung Malaysia . Tidaklah Sinar kenal suami ketika itu. Allah jugalah yang mendekatkan kami melalui keluarga dan laman penulisan ini. Moga Allah berkati keluarga Sinar, keluarga suami dan berkati blog kami :)
Posted by sinar_islami at 5:20 AM 2 comments
Labels: Baitul Muslim
Wednesday, March 07, 2012
Pelik!
Berdasarkan pemerhatian, ada banyak benda pelik sedang berlaku di dunia tapi ramai melihat benda itu sebagai kebiasaan masyarakat. Pelik! (^_^) Betapa peliknya manusia bila berbulu mata dengan amar makruf..Tapi nahi mungkar itu berpeluk tubuh dan mula bersilat menggunakan 'cukuplah benci dalam hati' padahal takut putus kawan, takut putus saudara. Redha siapa kita cari? Couple boleh? Kahwin tak boleh? Pergi konsert boleh? Menuntu ilmu agama tak boleh? Pelik kan.. Apatah lagi kalau seorang Muslim yang bersikap demikian, menjadi penyokong pada perkara mungkar. Itu tandanya apa ya? Ada sesuatu yang tak kena dengan iman kan? Kalau sayang saudara seislam jangan biar dia masuk neraka. Nak tegur banyak cara.. face to face boleh, private mesej boleh. Berubah tu, cerita lain pula... Hehe, sure la kalau tegur di khalayak umum, naik angin la kawan tu. ADAB JAGA YA! Pelik! Manusia hari ini sedar bahawa hidup dalam pemerhatian Allah dan suka hidup beragama tapi kelakuan tidak seperti yang Allah mahukan. Kerana apa? Kerana manusia suka meremehkan. "Takpelah muda lagi, enjoy dulu!" Ayat biasa yang selalu kita dengar. Dan akhirnya tak sempat tua, Allah dah jemput pergi. Na'uzubillah. Moga Allah lindungi kita. Apatah lagi pembalasan itu bukan di depan mata secara terang-terangan. Banyak Muslim hari ini guna pakai ayat Quran untuk kepentingan peribadi, contoh bab harta, bab kahwin. Datang bulan puasa, dalil ke mana, amalan ke mana. Huhu. Pelik yang menimbulkan kerisauan kerana manusia mempermainkan keislaman yang dimiliki. Pelik memang pelik. Dan saya selaku manusia akan terus keluar dari zon ini kerana rimas dengan perangai manusia pelik. Saya mahu jadi manusia luar biasa dan sejannah dengan para solehin. Anda bagaimana? Mari kita menuntut ilmu agama, jangan rasa cukup dengan keimanan yang ada. Dalamilah Islam kerana baru anda tahu, kita sebenarnya tidak tahu banyak perkara dan rupanya nilaian kita salah selama ini terhadap isu di sekeliling kita. Inilah kepelikan yang Sinar lihat. Sedangkan banyak manusia hari ini memandang mereka yang laksanakan Islam sebagai pelik dan asing. Kerana apa? Kerana mereka rasa tidak sama dengan ajaran nenek moyang, adat dan pemikiran mereka. Sengaja sinar bawakan entri pelik ini kerana, manusia sudah tidak tahu menilai. Maka pada pelaksana deenul Islam, anda tidak pelik tapi teruskan beramal dan bersiaplah! Benarlah kata Rasulullah di akhir zaman. Sangat sikit orang yang mempraktikkan Islam secara syumul. Ibarat asing dalam kelompok manusia. Kita menganggap manusia yang tidak praktikkan Islam itu pelik tapi mereka juga memandang kita asing dan out of date. Asing dari kebiasaan manusia yang bertuhankan hawa nafsu dan adat kebiasaan manusia. Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing". (H.R. Muslim)
"Tua tua nanti aku taubatlah"
Posted by sinar_islami at 12:44 PM 2 comments
Labels: Mesir Berbicara
Tuesday, February 28, 2012
Senyumlah... Ujian itu anugerah!
Posted by sinar_islami at 2:11 PM 3 comments
Labels: Wheel Of Life
Friday, February 10, 2012
Perkahwinan : Redha Illahi redha suami
Persoalan bersedia atau tidak, tanyalah iman di hati. Bila redha ibu bapa dan jalannya Allah permudahkan, siapalah kita sebagai hamba untuk menidakkan. Walaupun manusia berkata itu dan ini, keputusan itu di tangan kita bahkan perancangan Allah itu mengatasi segalanya.
Alhamdulillah dengan izin Allah. Berubahlah Sinar ke fasa baru. Merasa manisnya pernikahan yang Allah berikan. Kerana apa Sinar kata fasa ini manis, kerana iman saya bakal diuji dan kemanisan iman itu hanya dirasai selepas diuji, diuji dan diuji hingga dijemput pergi. Perkahwinan juga merupakan ujian bila mana Allah rasa kita layak menempuhinya.. Allah!
Wajib ditanya di jalan apa kita menikah? Sangat menenangkan kalau di jalan dakwah kita menikah dan mesti diperingatkan bahawa di jalan nikah juga aku berdakwah. Keduanya perlu perlaksanaan. (^_^) Doakan saya ya. Ini tanggungjawab yang bakal disoal Allah kelak. Harus mencari bekal untuk sebuah Baitul Muslim yang diredhai Allah.
Justeru 4 Februari 2012 (11 Rabiulawal 1433H) akan terus kekal dalam ingatan sebagai hari bersejarah dalam hidup Sinar. Hari Sinar diijab kabulkan dengan pemuda pilihan Allah.
Sungguh saat akad nikah, debarnya tak terkata. Di temani Ummi, Lek, keluarga dan beberapa teman setidaknya mengurangkan sedikit debaran yang ada.
"Aku terima nikah Sh. Nurul Hidayah Binti Syed Murzaki dengan mas kahwinnya sebanyak 300 ringgit tunai." sekali lafaz... Alhamdulillah...
Saat dilafazkan sahlah diri ini bergelar isteri. Sebak kerana selama ini Lek dan Ummi mendidik diri. Saat itu tanggungjawab sudah beralih kepada insan baru dalam hidup ini. Sinar sentiasa berdoa moga Allah pimpin hatinya untuk memimpin diri ini. Kami masing-masing punya kelemahan dan kekuatan itu hanya daripada Pencipta diri kami.
Seminggu yang indah.
Jujur saya lebih mengenalinya sebaik sahaja bergelar isteri. (^_^) Saya tahu beliau ada kekurangan dan saya siap menerimanya. Tidak layak meminta itu ini kerana saya juga punya kelemahan tersendiri. InsyaAllah kami saling mengingatkan untuk saling memberi dan saling melengkapi.
Hari ini sudah genap seminggu Sinar bersama suami, Ahmad Fahmi. Alhamdulillah fatrah pertunangan kami harungi dengan baik dan penuh toleransi dan semoga perkahwinan ini juga dapat kami harungi dengan penuh kesabaran. Berbincang dan bertoleransi itu telah kami sepakati jika terdapat duri-duri yang harus kami lalui. Moga bantuan Allah bersama kami.
Hanya berbaki dua hari bersama suami, kemudian masing-masing meneruskan perjuangan di medan sendiri. Sinar yakin, kualiti masa lebih utama dari kuantiti. Dan kerana masa itu yang diizinkan Allah untuk kami, kami sama-sama memberi untuk mencipta kenangan terindah selama 9 hari. Bakal terpisah oleh benua takkan memisahkan hati ini kerana hati terpaut dalam satu ikatan. InsyaAllah terus kuat mencari redha Illahi. Ameen.
"Macam mana ya buat ayam berempah ni."
"Kenapa? " Tanya saya, risau la juga..
"Sedap!" Katanya, lantas hati ini berbunga-bunga.
Sungguhlah rasa sangat bahagia dan seronok melihat suami makan dengan selera. Orang kata mahu menangi hati suami menangi perutnya. Hehe Sinar masih belajar untuk menambat hati suami. Rasa kekok memasak untuk seorang lelaki yang dahulunya asing, Alhamdulillah dari sehari ke sehari cuba mencari serasi. Dan saya cukup mengkagumi layanan yang dia beri. Hilang kekok saya dibuatnya.
Nekad saya adalah menjadi isteri solehah. Doakan!
Isteri Solehah
Munsyid : The Zikr
Penyejuk mata penawar hati penyejuk jiwa
Di rumah ia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya
Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
Tenang sungguh di rasa. Sungguhlah yang halal itu memberi ketenangan. Selagi bergelar tunangan orang hati sukar untuk tenang. Ya saya tahu awal pernikahan itu nampak semuanya indah, namun diharapkan keindahan inilah menjadi kekuatan untuk dikenang-kenangkan andai diuji nanti.
Posted by sinar_islami at 12:15 PM 11 comments
Labels: Baitul Muslim
Wednesday, February 01, 2012
Menghitung hari...?
Posted by sinar_islami at 2:22 PM 2 comments
Labels: Baitul Muslim, D~Hearty
Sunday, January 15, 2012
Postbirthday & Prewedding
13 Jan 2012
Hari ini bergegas menyiapkan tugasan seminar. Selepas zohor sudah berjanji untuk keluar makan bersama ahli rumah. Alhamdulillah sambutan pasca hari lahir buat Sinar (5hb Jan) dan Ina (6hb). Hadiah istimewa, kad ucapan perkahwinan dan sehelai voucher! Tergelak besar sambil ditahan air mata. Terharu!
Dalam baki 3 minggu untuk berubah fasa, pelbagai perkara harus diselesaikan. Hak Allah, hak diri, hak ibubapa, hak adik-adik kena cakna juga. Satu pembentangan, satu peperiksaan perlu dilalui dan sebuah projek yang diharapkan membantu warga PERUBATAN di sini.
14 Jan 2012
Alhamdulillah. Dapat berdating dengan seorang sahabat yang kerap Sinar luangkan masa bersama. Moga Allah berkatinya. Sungguh Sinar sayang dia. Usai sahaja isyak Sinar terus membuka laptop. Katanya ada sesuatu di dokumen. Terima kasih atas hadiah cerpen dan sebuah lagu. Tersangat sebak saat ini.
Posted by sinar_islami at 4:01 AM 0 comments
Thursday, January 05, 2012
5 Januari 2012 : Hadiah DaripadaNya.

Nah, sekarang pula Masihi.

10 Januari Puan Balqis Asma Saidah
12 Januari Puan Nik Noramalina Rozik
19 Januari Muhammad Syafiq & Izzat Ibrahim
21 Januari Atikah Abd Razak
23 Januari Salihah Muda
25 Januari Syafaf Jumiran
27 Januari Aisyah Ruqayyah & Noor Amalina Jamal
28 Januari Nurulhuda Ahmad Sani
31 Januari Safiyah Ahmad Yusoff
Doakan Sinar ya (^_^)
Posted by sinar_islami at 5:22 AM 7 comments
Labels: D~Hearty
Friday, December 30, 2011
Jemputan Perkahwinan Ahmad Fahmi & Sh. Nurul Hidayah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Firman Allah s.w.t ada menyebut,
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri (jodoh) dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
[Surah Ar-Rum: 21]
Justeru dengan rasa rendah diri dan penuh kesyukuran, saya Sh. Nurul Hidayah Binti Syed Murzaki ingin berkongsi kegembiraan dengan keluarga, murabbi, sahabat dan kenalan untuk melaksanakan sunnah Rasulullah s.a.w ini pada 4 Februari 2012, 9.00 pagi dengan syabab pilihan hati Ahmad Fahmi Bin Sulaiman di Bandar Kinrara, Puchong, Selangor (Rumah pengantin perempuan)
Majlis Walimatul Urus pihak Pengantin Perempuan, insyaallah akan berlangsung pada;
Tarikh: 4 Februari 2012, Sabtu
Tazkirah ringkas dari Ustaz Hasrizal Abdul Jamil: 11.00am – 12.00pm
Jamuan: 12.00 pm- 4.00 pm
Tempat: Balai Masyarakat BK2/10, Bandar Kinrara, 47180 Puchong, Selangor
Bagi kami berdua, tiada yang kami dambakan melainkan doa dan restu daripada kalian. Kehadiran keluarga,murabbi, sahabat dan kenalan sangatlah dialu-alukan untuk memeriahkan walimahtul urus ini.
Terbang tinggi, si burung merpati,
Hinggap di dahan di tengah hari.
Munajat hamba, tenang di hati,
Doa dipohon, redhaNya di cari.
Akhirul kalam, moga redha Allah pada kami berdua, kedua belah keluarga, majlis dan kalian juga.
Wassalamualaikum wbt.
Nota 1: Bagi yang berhajatkan jemputan dalam bentuk kad undangan pernikahan, boleh hubungi Ahmad Fahmi atau Sh. Nurul Hidayah.
Nota 2: Bagi sahabat (Ahmad Fahmi) termasuk juga sahabat (Sh. Nurul Hidayah) yang tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis dipihak perempuan, InsyAllah majlis walimah di pihak pengantin lelaki, akan diadadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan nanti di kampung halaman, Marang, Terengganu.
Nota 3: Mohon doa " Semoga Allah memberkatimu dan melimpahkan keberkatan-Nya ke atasmu serta menempatkan kebaikan di antara kamu berdua'' [ Riwayat Abu Daud, Ahmad Ibnu Majah, Al-Hakim]
Posted by sinar_islami at 11:43 PM 21 comments
Labels: Baitul Muslim, D~Hearty




