Tergiang-giang Pakcik Makcik Mesir melaungkan 'Ahlan.. Ahlan..' Sekarang terpaksa mengucapkan Selamat tinggal.. Ilalliqa'.. tapi tak mampu nak mengucapkan. InsyaAllah kalimah ini lebih sesuai.. Jumpa lagi!
Alhamdulillah.. Setelah beberapa hari mengemas barang-barang, Allah beri juga ruang untuk mencoret di sini sepatah dua kata sebelum berangkat pulang (back for good). InsyaAllah malam ini saya bersama kumpulan pertama graduan tajaan JPA akan berlepas melalui Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada pukul 11.40 malam.
Justeru di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada keluarga, guru, sahabat dan kenalan khususnya di Mesir yang tidak pernah putus mendoakan saya dan hadir untuk menceriakan dalam hidup saya di sini. Maaf saya ucapkan andai ada kekurangan, kesilapan yang saya lakukan sepanjang kita berkenalan. Mohon halalkan makan minum serta apa sahaja yang kalian pernah berikan. Saya doakan Allah memberkati kalian semuanya dan kumpulkan kita sekali lagi.. InsyaAllah kalau tidak di dunia, di syurga firdaus sana.
Memang sebak rasa hati mahu meninggalkan bumi penuh kenangan. Bumi yang banyak mengajar erti kehidupan. Wallahu'alam, Allah sebaik-baik perancangan. Kalau di takdirkan ke Malaysia semula, ke Malaysia lah saya. Doakan saya terus diberi kekuatan untuk meneruskan fasa kehidupan seterusnya di Malaysia kerana semuanya hanya permulaan.
Saya tahu ada yang menunggu di Malaysia nanti.. Allah Allah.. Di Mesir ada kasih, di Malaysia ada sayang.. Jadi, bagaimanakah harus hati ini merasa..?
2 comments:
jujur cakap,sebak sebenarnya jumpe kak sya before nak balik semalam sobsob T_T
doakan saya kt cni ea :)
Sebak akak.. Terharu dengan kehadiran antunna semua. Alhamdulillah sedikit sebanyak meringankan urusan pulang akak. Siap ada yang datang tolong kemas. Biiznillah, kita jumpa lagi. Jaga iman, diri ya Akma. Jazakillahu kheir atas segalanya.
Post a Comment