BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 29, 2008

::Hijrahkan diri::


~Hijrahkanlah diri~

~Mantapkan Akidah Tinggalkan jahiliyah~

Sesungguhnya hari hari telah berlalu, tidak sekali meninggalkan jejak untuk diikuti bahkan hari mendatang belum pasti jua medan mana akan kita tempuhi. Ya, seolah-olah tersepit di antara waktu. Namun inilah kehebatan masa, Hanya Allah yang mengetahui hal-hal yang tersembunyi. Kita merancang dan Dia juga merancang. Maka rancanglah sebaiknya kehidupan ini. Moga tidak sia-sia hidup kita di perhentian dunia ini.

Penghargaan buat diri

" Katakanlah: Sesungguhnya solahku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada sekutu bagiNy a dan demikian itu diperintahkan bagiku dan akulah yang pertama-tama menyerah diri kepada Allah S.W.T.. "
(Surah al-An'am: ayat 162-163.)

Laungkanlah kalimah syukur, panjatkanlah pada-Nya kalimah tauhid yang tertinggi berulang-ulang kali. Raikan kemunculan tahun baru dan tekadlah berazam agar terus dan terus mentaati Allah dan rasul-Nya. Ibarat lagak Laksamana Sunan tak putus-putus mendoakan “Ya Allah..aku mohon.. panjangkanlah umurku dalam mentaati-Mu dan mentaati rasulmu,”

Berikan penghargaan pada diri dengan perbanyakkan amal serta perbaharui dan perkemaskan azam. Zahirkan setiapnya dalam keadaan sedar dan bersungguh-sungguh. Rungkaikan segala konspirasi diri untuk terus maju. Sudah.. jangan dikenang masa silam yang mampu merentap semangat juangmu. Lakukan perubahan. Satu anjakan paradigma perlu dilaksanakan. Masa sudah suntuk.~ Kematian itu pasti... Hidup, insyaAllah~

Tempelan maya, realitikanlah...


~kenangan masa lalu, kekuatan masa kini~


Jika ingin sehebat Abu Bakr, setegas Umar, setabah Siti Khadijah, Sepintar Aisyah dan selincah Hamzah dalam mengempur dan mengoncangkan dunia..Jangan hanya diangan-angankan tanpa usaha. Realitikan impian itu. Takkan pernah sama orang yang bekerja dengan orang yang bersahaja. Takkan sama orang yang bersuka ria dengan dunia dengan orang yang serius di jalan akhirat !! Bisa sungguh kata-kata ini. Tapi ini hakikat yang perlu kita sedari. Inginkan kebahagian abadi perlu kepayahan duniawi.


Hijrahkan diri..berjihadlah

Sesuatu kemenangan dan kejayaan tidak akan tercapai melainkan dengan jihad (perjuangan) dan setiap perjuangan itu tidak akan hakiki melainkan dengan pengorbanan. Di dalam Al-Quran galakan dan perangsang berhijrah sama nilainya dengan galakan dan perangsang untuk brjihad. Ini membayangkan hubungan erat antara hijrah dan jihad.

“ Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh ( itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah?. Maka bergembiralah dengan jualbeli yang telah kamu lakukan iut dan itulah kemenangan yang besar. “
(Surah at Taubah : 111)

Sabda Rasulullah s.a.w bersabit dengan hijrah :

“ Diriwayatkan daripada Saidina Umar bin al-Khattab r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka Hijrahnya itu kerana Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia akan mendapatkannya atau kerana seorang perempuan yang ingin dikahwininya maka Hijrahnya itu mengikut apa yang diniatkannya “

Akhirul kalam, moga kita renungi pengertian hijrah dalam diri, sirah mungkin kita sudah hadam sebaiknya namun sejauh mana memanifestasikan ia dalam jiwa hamba. Salam Mahabbah buat semua. Salam ma’al Hijrah buat semua.

Sunday, December 28, 2008

Kisah yang tiada noktahnya?

Kisah yang tiada noktahnya??

~kredit to infopalestina~




Hari ini seperti biasa, pharma dan patho mengisi jadul kuliah. Minggu ini juga tahun 2008 bakal melabuhkan tirainya dan paling penting kalendar hijrah sudah pun bertukar.. Ahlan Ahlan 1430H. Mmm kesejukan pula sentiasa menyelubungi ardul kinanah. Seusai sahaja kuliah tamat, masing2 pulang, namun hari ini daku melambatkan langkah biarlah menjadi mutaakhirun...Berjalan dengan seorang teman sekuliah membuatkan daku senang berbicara dengannya.

~Jalan ini kuredah selalu~

Bersembang dan terus bersembang hinggalah kami ingin melintasi jalan besar Syari3 kasr el-einy...masing-masing terpana apabila melihat segerombolan manusia sedang memegang bendera Palestin dan memegang banner tertentu. Apalagi perasaan ingin tahu mendorong kami menuju ke sana. Sudah pasti ini demonstrasi tentang Palestin. Tiba-tiba teringat kami di nasihati menjauhi sebarang perkumpulan..Ha peduli apa isu ummah lebih diutamakan.. Sambil melencong ke Pyramid (kedai makan) dan bertanya kepada penjaga kaunter maka benarlah. Siapa tak protes. Palestin sekali lagi di ancam bahaya. Televisyen pun sedang menayangkan siaran pengeboman. Peluang ini tak dilepaskan. Berita juga hangat menunjukkan kekejaman yang berlaku. Panas hati dibuatnya. Rafah juga terkena tempias mana tidaknya. Berdasarkan peta kami sekarang sedang berjiran.. Aduh selama ini kita hanya diam sahaja.. Lebih menyakitkan daku sekarang hanya berjiran. Hakikat ini amat memedihkan.



~kesedaran itu diperlukan~


Sebak tak terungkap. Teman ku berada di luar. Daku yang masih melihat berita itu tak semena kesedihan mula membenihkan mutiara. Ya di luar sana ada insan-insan yang prihatin terhadap nasib ummat..tapi sampai bila harus begini..Ya Rabb ku tahu kemenangan pasti milik mukmin..Ya Rabb kurniakan kami kesabaran dan teguhkan kami dalam perjuangan..Setakat ini bantuan kewangan, demonstrasi,doa dan ect dari insan yang hidup hatinya tak pernah putus untuk saudara Palestin. Tertanya juga pada diri, bila akan lahir Salahudin abad ini. Kalau di baca novel Islamik dan cerpen, ramai sahaja penulis mengimaginasikan kemunculan..namun bila ia akan jadi kenyataan ?

Sungguh penantian satu penyeksaan dan memerlukan pengorbanan yang tingi. Maaf yang patut diriku ungkap sebagai mukmin sepatutnya hakikat sebenar penantian menuntut infiniti kesabaran. Daku sendiri tulus mengatakan tak mampu menjadi Salahuddin tapi mungkin generasi bawahku. Mungkin kalian yang sedang membaca..Moga2 begitulah.. Daku yakin walau pembukaannya belum tiba.. tapi Hari itu pasti ada.. dan akan ada noktahnya.

Apa usaha kita?? 300 orang sudah terbunuh oleh zionis durjana..


BANDAR GAZA 27 Dis. - Lebih 155 orang terbunuh manakala 310 lagi cedera, apabila pesawat pejuang Israel melancarkan kira-kira 30 peluru berpandu ke arah kedudukan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, hari ini.

Serangan besar-besaran yang bermula pada pukul 11.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) itu memusnahkan ibu pejabat serta beberapa pekarangan polis Hamas dan menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan lain.

Mangsa yang terkorban termasuk 120 di bandar ini dan 23 lagi di Khan Younis dan Rafah, lapor Al Jazeera dengan memetik kenyataan ketua perkhidmatan ambulans di Gaza. Antara yang terbunuh ialah ketua polis Gaza, Mejar Jeneral Tawfiq Jabber.( Agensi~utusan)


Latest di infopalestina

Wednesday, December 24, 2008

Di sebalik mutiara

~Di sebalik Mutiara~



Indah sungguh sang mentari
Menerangi alam di siang hari
Terasa bererti hidup ini
Andai mutiara terus di cari


Ha..mutiara apa pula yang ana singkapkan ini.. Kalau dahulu di sekolah, puas para murabbi dan senior meninggal kesan di hati kami, “carilah mutiara di sini, selami biah tarbawi, biiznillah kalian akan temui’ ini harapan yang mendalam ana kira. Sudahkah kita temui..?? Satu persoalan satu renungan buat diri dan teman seperjuangan dahulu dan teman ingatan sentiasa saban hari…

Tadi adalah satu muhasabah diri namun ingin sekali dikaitkan dengan realiti…
Di sebalik kepekatan jahiliyah masa kini masih ada mutiara yang kita boleh cari, Cuma persiapan perlu ada, merentas lautan bukan mudah kerna seorang penyelam perlu persiapan dan keteguhan yang tinggi..mencari sesuatu yang pasti disebalik ujian yang kurang tafsiran perlu pada keyakinan menggunung tinggi.

Mmm…Mutiara merupakan sesuatu yang berharga dan punya nilai estetikanya tersendiri. Kalau Islam boleh diisbatkan gitulah nilainya tapi bahkan lebih tinggi dan infiniti selayaknya. Satu proses pencarian itu pasti tanpa henti. Kalau proses pembentukan mutiara sudah makan masa..proses pencariannya apatah lagi.. mencari nilai hidup yang tinggi perlu kesabaran yang tinggi, perlu semangat juang tanpa henti, perlu pada keyakinan teguh berdiri tak takut dihina atau dicaci apatah lagi mati kerana jihad cita- cita tinggi.. Memang indah beritma di sini..Kata-kata mudah dinukilkan tapi hasil payah dibentangkan.Fitrah manusia sendiri ingin kebaikan namun pelaksanaannya sentiasa samar-samar dan penuh rintangan…



~Sejuknyer~


Sebenarnya hari ini mengamit memori lalu mengingatkan diri pada significant mutiara dalam kamus hidup ini.. Angin ardul kinanah hari ini menghembus deras, Kesejukan dan debu menerpa diri.. Kuat sekali..boleh melayang dibuatnya… pantas debu itu mengingatkan daku pada amalku, bertambahkah, berkurangkah atau selama ini hanya sia2 seperti habaan manthura~seperi debu2 beterbangan~ dan disebalik debu juga masih banyak kisahnya. sungguh tersirat degala penciptaan-Nya.

Dua kali rasanya mutiara ini ditimbulkan dalam hidupku yang penuh coretan dalam pencarian sebuah makna kehidupan>>di sekolah dan di sebalik kota debu ini…Berligar-ligar pesanan >> carilah mutiara disini.. di sebalik debu-debu berterbangan pasti ada noktah keajaiban dalam pembentukan kesedaran. Nilai ia terletak kepada sejauh mana kepayahan dan penat lelah mencari kerna sejauh itu juga kemanisan yang bakal diperolehi. Inilah antara bekalan menuju ukhrawi, terus mencari redha Illahi biar lautan dan daratan mana kita diami.Suka duka pasti menghiasi pentas lakonan ini.~rungkaikan segala konspirasi diri~AYUH !

ALLAH S.W.T. telah berfirman,

“ Sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali). Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yang membuatkan kamu menangis. Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali “

Di sebalik debu blog ini, ana bersihkan dengan renungan mutiara ini..melangkau penghujung 2008 ini, sudah banyak peristiwa, suka dan duka ditelan bersama blog tercinta ini. Blog antara medan meluah rasa, melakar rahsia minda, memutar nyanyian jiwa dan degup jantung kehidupan penulis sebagai jiwa hamba.. Hidup hamba hina tanpa belas ihsan dari-Nya. Akhir bicara, maaf dipinta~

Thursday, December 11, 2008

~Open house~


~Raya ketiga dimeriahkan~

syukran pada semua yang hadir

terima kasih pada pujian dan kritikan ^-^

::Selamat Beraya dan pulang ke kampus semula::

Tuesday, December 09, 2008

Aidiladha 1429H


::Kullu 3am wentu Bekheir::


Alhamdulillah Alhamdulillah, Allah masih temukan dengan hari bahagia ini.


Dalam Kerinduan::

Sembang-sembang sebelum raya bersama umi tercinta::


" Rindu Ummi pada Mekah tak terubat lagi, rasa nak pi lagi macam tahun lepas. Umi & Lek saja bagi nama kat tabung haji, saja Ummi nak test..Along tau..turn umi kalau ikut tabung haji 2000 lebih..Biiznillah lambat la jawabnya..Ummi umur 6o lebih dah tym tu.. ade lagi tak tahun tu ntah..yang pasti Along pun dah 30 lebih"


Tersenyum sahaja daku mendengarnya. Tua dah anak umi tu...He2..Mereka bertambah rindu untuk pergi semula, daku mula masih mengharapkan di panjangkan umur agar sempat melangkah ke sana...Ya rabb izinkan yang terbaik buatku...

Aidiladha 1429::

Ukhwah dieratkan, majlis dimeriahkan


Berbalik pada raya tahun ini, mabruk diucapkan pada ajk pelaksana Qurban dengan temanya yang gah ~Pengorbanan manifestasi kehambaan~ fuh sungguh menusuk dan panahan tema itu tepat mengarah ke lubuk hati, ibarat sinar keinsafan menjalar dalam diri...

Walaupun tempatnya nun jauh di sana...Haiyu Asyir menjadi pilihan..tetapi sesekali tidak mematahkan semangat ahli untuk sama-sama turun padang memeriahkan hari mulia ini. Maka benarlah Islam itu agama persaudaraan kerana keterikatan akidah lah yang mampu menyatukan mereka.

Alhamdulillah, kalimah syukur pasti menghiasi bibir majoriti ahli kerana 4 ekor unta dan 14 ekor kambing berjaya ditumbangkan. Moga binatang sembelihan ini menjadi tunggangan di syurga kelak. Setidaknya mohon Allah terima amal soleh ini hendaknya. Rasanya biarlah gambar berbicara. Akhirul kalam, salam mahabbah dan salam kemaafan buat semua teman dan mereka yang mengenali diri.

~Where is my snow white?~

Snow white bunting rupanya...


Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..wa lilla ilham

semangat ikhwah melapah~kredit to camel~


~riang ria kanak2 ini menghiris daging~

Kullu sanah wentu toiyibah

Sunday, December 07, 2008

Kehilangan yang Menyeksakan

~Hidup perlu satu renungan~

Termenung panjang daku di suatu petang, mengingati sebuah perbualan.


“ Agaknya apa pendapat anti kalau individu mula hilang keyakinan pada Allah"


Saat itu aku terkedu, perbualan sepi, akhirnya kutanya apa yang terbuku dihatinya. Nadanya sahaja sudah berbaur seribu satu bebanan yang tidak terhingga. Akhirnya masa melaksanakan misinya. Lalu satu persatu masalah terungkai seadanya. Simpati kulihat dia diuji sebegitu rupa hingga keyakinannya tergugat dek dugaan yang baginya Maha berat.


Kukata padanya “Allah sangat menyayangimu lalu anti Allah uji, anti perasan tak sebahagian doa anti sudah Allah angkat? Tapi resam hidup, ujian mana tak pernah bertandang, anti kata anti cinta pada Allah, lalu Allah uji sejauh mana kecintaan. Adakah kerana ini anti mula mencurigai keikhlasan cinta hakiki yang Allah tunjukkan”

~Tabahla wahai teman~


Berderai air matanya..sebak didada ku jua tak terhingga.

YA..mudah untuk kuberkata tapi berat lagi si penanggungnya. Kuharap Allah lah pemudah situasi ini. Takkan kubiarkan temanku ini terjerumus ke lembah neraka sebelum sempat aku menyambut tangannya. Teman kuakur. Dia nampaknya gagahi dirinya utk hadapi kehidupan yang penuh tribulasi ini.

Perbualan yang panjang itu sangat menyedihkan diriku sebagai seorang sahabat. Kehilangan seorang teman sudah pasti menyeksakan apatah lagi kehilangan teman seakidah. Dan sesungguhnya Allah lah pemilik hidayah. Ya Rabb kekalkan kami di atas jalan-MU. Mantapkan keimanan kami Ya Illahi.

Iman itu cermin

Hakikat iman kepada Allah S.W.T. adalah satu hakikat besar yang mencakupi seluruh kehidupan manusia. Apabila iman bersemi di dalam hati seseorang, maka iman itu akan terus menjelmakan kesannya dalam bentuk amal perbuatan, kegiatan dan perjuangan yang mengharapkan Allah S.W.T. atau redha Allah S.W.T.. Dia taat kerana Allah S.W.T.. Dia tunduk dan patuh kepada titah perintah Allah S.W.T. sama ada kecil atau besar.

Tidak bersekongkol bersama-sama hakikat Iman itu hawa nafsu dan syahwat yang sering mengajak manusia menyeleweng daripada ajaran Allah S.W.T.. Bahkan iman itu akan mengajak nafsu dan syahwat untuk tunduk mengikut ajaran Muhammad S.A.W. yang didatangkan daripada Allah S.W.T..

Imanlah yang akan mencernakan keseluruhan aspek kehidupan manusia yang meliputi bisikan jiwa, cetusan hati, keringinan roh, kecenderungan fitrah, gerakan jasmani, tindakbalas pancaindera dan semua perbuatan samada semasa bersendirian mahupun di depan orang ramai mengikut kehendak Allah S.W.T..

Ujian satu tingkatan iman

Sebagaimana yang difirman oleh Allah taala yang bermaksud:

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

(Al-Ankabut: 2-3)


Para sahabat Rasulullah tidak putus-putusnya mengalami berbagai penderitaan dan kesulitan dalam dakwah. Sejarah menggambarkan kepada kita bagaimana penderitaan para sahabat yang mengalami permusuhan dari golongan kuffar dan musyirikin Mekah. Para sahabat dari kalangan dhu’afa mengalami penyiksaan yang kejam, seperti yang dialami Bilal bin Rabah dan Amar ibn Yasir.

Tarbiyah Imaniyah menempa ruh seorang mukmin untuk bertaqwa kepada Allah, kukuh dan kuat menghadapi badai kehidupan, serta mampu mengendalikan pikiran dan perbuatannya dalam menghadapi sikap sahabat mereka yang ujub atau berbangga dengan pendapatnya sendiri.

Ujian itu perit namun penuh kemanisan...

“Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat, dan sesungguhnya hal ini sangat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.”

(Al- Baqarah: 45)

Wednesday, December 03, 2008

~Hoping~


...Allah is alwayz with us...

^-^Hoping^-^


T4
Album : Optimis Sajalah
Munsyid : Tashiru
http://liriknasyid.com

Ayunkan langkah kaki
Jangan pernah kau ragu
Hadapi hari dengan penuh keyakinan
Karena masa depan penuh dengan rintangan
Halangan dan cobaan yang selalu menghadang
Tapi itu semua hanyalah ujian yang harus kita arungi
Untuk mendapatkan kemuliaan di hadapan
TuhanDengan tak lupa sebut nama-Nya
Reff:Bertasbihlah lalu bertahmidlah
Lalu bertahlillah lalu bertakbir
Memahabesarkan asma-Nya
Subhanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallah wallahu akbar