BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 12, 2017

Persiapan hati dan doa yang utuh
Ibadah haji atau umrah bukan calang calang persiapannya.. Kita kena bulat tekad dan azam ke sana. Usaha pun kena bersungguh-sungguh.

Setiap sujud, doa dijemput menjadi tetamu Allah. Dengar ja khabar orang menunaikan umrah atau haji, monolog terus dengan Allah.

'Ya Allah, hambaMu ini mahu pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Jemputlah daku seawal mungkin dan ketika badan masih sihat dan kuat.'

Bermula saat itu, aim hati bersih..
Sentiasa maafkan orang
Sentiasa menginsafi kesalahan
Solat malam dan taubat sekerap mungkin
Istighfar dan zikir selalu
Banyakkan sedekah
Gembirakan hati ibu bapa
Raikan anak-anak

InsyaAllah, jalan membuka rezeki..

Kita tak lari dari buat kesalahan,
Kalau datang sahaja aura negatif, amalkan istighfar..
InsyaAllah kita doa hajat kita didengari Allah.

Persiapan kewangan, satu keperluan
Persiapan paling utama di abad ini adalah memastikan tabungan dan kewangan mencukupi. 

Menunaikan ibadah haji saja memerlukan belanjanya tersendiri tapi jangan kita lupa, wang belanja, wang nafkah untuk keluarga juga wajib kita berikan.

Bagaimana? Start menabung dari mula kita berniat. Sangat beruntung kalau ibu bapa kita sudah mula menabung sejak kita kecil. Nah.. Kita kena berterima kasih pada mereka.

Urusan penerimaan tawaran haji
Ni part paling berdebar. Disebabkan kami ni kuota tambahan, nombor telefon yang aktif amat memainkan peranan. Pegawai akan menelefon  kita pada bila bila masa sahaja.

Apabila mendapat panggilan, tak kiralah pukul berapa. Layani pemanggil dengan baik, jika berita mengatakan layak menunaikan haji, tanyalah flow. Memang macam tak percayakan. 

Almaklum mungkin panggilan dilakukan selepas waktu bekerja. Tapi kena terus berbaik sangka.
Esoknya pergilah ke Tabung Haji, insyaAllah percayalah kita nanti.

Antara flow yang kami lakukan, almaklum panggilan kuota tambahan.
- Ke kaunter tabung haji bahagian urusan haji
- Berikan Ic atau nyatakan nama beserta Ic
- Pegawai akan printkan surat tawaran haji
- Kita perlu nyatakan menerima atau menolak
Barang yang perlu disediakan
- Sediakan gambar 2 keping berukuran 4x6cm dan 1 keping saiz lesen
- Passport yang masih valid untuk tempoh 6 bulan ke atas atau seperti yang dinyatakan untuk tahun tersebut. Cth untuk tahun ini pada....
Kalau passport sudah atau hampir tamat tempoh, jangan risau pihak Th akan buat memo utk buat passport, siap dapat diskaun tau kalau nak renew passport utk tujuan haji. Best๐Ÿ˜‰
- Surat sokongan untuk ditemani mahram, cth saya ditemani suami jadi saya perlu bawa salinan sijil nikah yang disahkan oleh pejabat agama.
selesai berikan semua barulah akan diberikan buku rekod kesihatan jemaah haji. Apa yang perlu dibuat? Kena buat medical checkup di klinik bertauliah dan dapatkan vaksin wajib seperti meninggococal.

Kelengkapan haji biar puas hati

Nak musafir selama hampir 2 bulan pastinya perlu bekalan.

Dari segi wang belanja, makan, pakai dan barang peribadi memang kena cakna.

Sebaiknya di tanya pada mereka yang sudah pernah menunaikan haji atau umrah. Kita ambil pengalaman mereka. Barang apa yang perlu dibawa.

Alhamdulillah, ummi lek ibu abah dan adik beradik yang pernah pergi sangat banyak membantu kami buat persiapan.

InsyaAllah nanti Sinar kongsikan checklist barang ya.

Keluarga yang dirindui

Untuk saya dan suami saya bakal tinggalkan anak-anak kami perlu bincang hal penjagaan dan nafkah mereka.

Alhamdulillah keluarga mertua dan pengasuh sangat supportive.



Debaran pun terasa untuk saya yang baru pertama kali ingin menjejakkan kaki.
Kini saya sedang berhimpun di tempat perkumpulan jemaah haji Terengganu di TH Hotel Terengganu. Doakan urusan pendaftaran dan penerbangan kami lancar ya.

Friday, August 04, 2017

Panggilan Haji, panggilan yang dinanti

Dalam banyak banyak tempat yang teringin sangat saya nak menjelajah, adalah Arab Saudi, to be specific adalah Mekah dan Madinah.

Sangat berhajat, sabar menunggu green light dari si Dia.

Tak senang hati ini selagi tidak menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah.

Terdetik hati,' Bila ya Allah nak pilih jadi tetamuNya.' Sebab tak nak gi sebagai pelancong, nak pergi sebagai tetamu Allah, kembara ibadah.

Cemburu pun ada pada mereka yang sudah ke sana. Kebanyakan berkesempatan berumrah di usia muda.

Saya masih belum diberi kesempatan masa dan rezeki ke sana..

Namun yakin akan terpilih..
Doa dan terus doa sambil berusaha..

Usaha setakat mampu, persiapan sedikit demi sedikit itu perlu. Tabunganlah wajib apabila niat sudah ada.

Umrah pun nak haji apatah lagi. Tamaknya๐Ÿ˜† perkara baik, aci la kan.

Saya dan suami membuat rayuan selama 2 tahun berturut-turut. Tahun ni kelihatan lebih nekad. Tabungan mencukupi kalau untuk berumrah atau haji. Cuma hajat lebih besar dan berat untuk haji. Kalau tak dapat juga haji, nekad cari ruang untuk umrah selepas bulan haji tamat.

Sungguh tak di sangka,

Telefon saya berdering di suatu petang usai balik kerja, minta disambungkan ke suami.

'Pelik pula nak cakap dengan suami tapi telefon nombor kita, mujur lelaki.' ahaks monolog hati..

Rupa-rupanya dari Tabung Haji.

Alhamdulillah suami terpilih menjadi rombongan muassasah 1434H

Nah, suami dapat pergi. Isteri pun nak juga la kan. ๐Ÿ˜‰ buatlah rayuan lagi untuk mengikuti suami sebagai mahram. Berapa kali rayu ntah. Memang buat muka tebal je.

Alhamdulillah 3 minggu kemudian debaran terungkai, jam.1420 tanggal 26 bulan Julai berita baik saya terima.

Lambat kan? Tak la, selagi boleh kejar untuk beribadah di sana bersama suami tercinta.

Pengembaraan rabbani dan rehlah ruhiyyah bakal bermula. Ibadah haji memerlukan kekuatan fizikal dan mental.

Apakah saya saya siap sedia?

Nantikan persiapan saya..

Catatan ini untuk Nuha dan Iman. Inilah kisah hidup Bunda dan Papa dalam perjuangan menjadi hamba Rabbani..



Jalan-jalan Bandung Februari 2017

Bandung 20/2/2017

Sempat bermalam di Hotel Caryota, kemudian bertukar angin ke Hotel Sukajadi pula.

๐ŸŒŸKartikasari๐ŸŒŸ

Singgah sekejap beli kuih muih

Langsung meneruskan perjalanan ke Lembang.

๐ŸŒŸFarm house susu Lembang ๐ŸŒŸ

Memang best, Rp 20 000 berbaloi dengan landskap dan suasana yang menarik. Make sure camera ada. Tak puas bergambar.

๐ŸŒŸFloating Market

Tak sempat nak jelajah secara keseluruhan. Allah izin hujan. Bayar Rp 20 000 diberi juga voucher minuman panas.