BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 24, 2015

Sabah, dunia baru... Cabaran baru..

Rezeki anak, pengorbannya juga

Alhamdulillah.. Bakal bertugas Isnin ini secara rasmi di Jabatan Pesakit Luar, Hospital Tawau Sabah. Doakan terus bertabah dan dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin.

Entah apa cabarannya. Debar juga. Nuha semakin besar, semakin mencabar untuk ditinggalkan. Ada sahaja pertanyaannya, hinggakan pernah berkata,
'Nuha pun nak gi kerja jugak!'

Agaknya dia pun tahu masa Bundanya dihabiskan di tempat kerja.

Itulah perjuangan dan pengorbanan jiwa si kecil beribubapakan doktor yang dicacihina media. Huh.

Perjuangan! Terus, jangan pandang belakang.

Rumah sewa pertama

Ha.. Ini jugalah pertama kali hidup dalam nukleus kecil sendiri. Masih membuat senarai dan merangka undang-undang hidup rumah.

Banyak juga harus difikirkan. Ummi, Ibu, Lek dan Abah tidak putus-putus memesan dan mengingatkan keperluan yang harus dibeli. Namun, disebabkan kekangan bajet yang terhad, kami harus membeli secara berkala dan memilih yang utama. Alhamdulillah 'rumah kecil' kami makin berfungsi. Yang penting saya perlu 'organise' dan memastikan kekemasan rumah terpelihara. Haha hanya adik-beradikku tahu spesis apakah diri ini. Salah channel, sampai batas, boleh meletus juga.

Hanya Dia hidupkan segalanya

Moga Dia terus memandangku dengan kasih sayangNya. 😎 Yang di Atas memerhati, yang di bawah ini hanya hamba. Lemah serba serbi. Tapi aku akan terus belajar dari alam yang misteri ini. 😂