BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 31, 2006

ReAliti++siapa pengubahnya??

..Innallah ha ma'ana....

Bila kita menyingkap perjuangan Rasulullah saw dan para sahabatnya, kita lihat mereka telah terjun ke tengah-tengah medan untuk menyempurnakan tugas mengembang dakwah Islan dengan jihad dan pengorbanan.

Selepas kewafatan Rasulullah saw , mereka bertebaran diseluruh pelusuk bumi laksana sinar matahari untuk menawan timur dan barat, menghancur leburkan toghut, membawa rahmat keseluruh alam dan memimpin manusia menuju syurga.

Sedang umat mula tunduk kepada godaan dunia, tertarik kepada kemewahan dan perhiasan hidup didunia , muncullah Umar bin Abdul Aziz , seorang pemimpin yang unik , disediakan oleh Allah untuk umat ini. Beliau dikurniakan jiwa yang tinggi , iman yang kuat, dan akhlak yang mulia.

Beliau melihat sedikit kemewahan dan kelengahan dari dakwah dan jihad sebagai tanda awal berlakunya penyelewengan dari kebenaran.

Begitu sensitif sekali jiwa Umar bin Abdul Aziz dalam melihat permasaalahan umat.

Oleh itu bagaimanakah kita dalam melihat masalah umat yang makin parah ?

Kekayaan umat Islam dirampas, iman menjadi lemah, neraca hidup bertukar dan hukum al-Quran dijauhi. Mereka juga mendidik keturunan orang Islam dengan idealogi-idealogi yang bertentangan dengan Islam dengan berbagai nama dan pakaian yang mempersonakan.

Masyarakat akan sentiasa disibukkan dengan kepayahan mencari sesuap makanan. Akibatnya mereka menjadi penat dan letih sehingga mereka tiada kesedaran untuk mendengar nasihat dan petunjuk untuk kembali kepada Allah.

Pelbagai stategi dilakukan untuk memastikan semangat juang pemuda Islam hinggakan sukar untuk kita lihat potensi yg ada utk menjulangkan islam kembali....musuh bijak mengatur stategi hingga muda mudi sanggup tunduk pada syahwat...dan bergelumang ngan dosa..apa usaha kita..

Kata Muhamad Ahmad Ar-Rashid,

“ Inilah genarasi baru dari putera-putera Islam. Mereka itu adalah anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut.. sebenarnya mereka itu adalah putera-putera muslimin yang merdeka. Tetapi mereka diperhambakan , lalu mereka bergembira.”

Sistem pendidikan jahiliah dan ciptaan Yahudi , Kristian dan materialisme itu telah melahirkan kijang-kijang yang pengecut. Mereka tidak lagi menerkam sebaliknya melepaskan diri dari keazaman dan lari dari tanggungjawab.~abu umar~

sedarlah diri dan sahabat sekalian...kita sebenarnya di kelilingi jerangkap samar yang tanpa disedari kita juga pernah terperangkap...sama2lah kita muhasabah diri..dan tidak hanya mengutamakan kebahagian dunia..kerna perjalanan kita masih jauh..
mungkin kita kandas
@mungkin jua kita selamat......

merdeka

adakah kita benar-benar merdeka.....
zahirnya mungkin..tapi batinnya...
pikir-pikirkanla....
ana berkesempatan pegi ke bukit bintang...
ustaz belanja makan kat egypt restaurant...
kekok jugak..tapi mesti hadapi
on da way ngan perjln balik...mmmm
macam2 ragam manusia....pening dibuatnya...
dalam berseronok pun kita harus memikirkan status diri dlm abad ini...
apa yang islam hendak...
itulah yang kita perlu laksanakan...++
ya Allah lindungilah hambaMu ini.....

Alhamdulillah

+dapat la merasa+

~syukran ya ustaz~


Monday, August 21, 2006

SaHaBat

...Allah is alwayz with us...
++Sahabat++
Seberapa pantas untuk kau kutunggu
sebagai teman kala perjuangan
mungkin saja jasad berjauhan
mungkin saja mata tak kelihatan
mungkin saja suara tak kudengarkan
namun hati seteguh batu
rasa berdekatan dengan roh keimanan
Bangganya
hanya kau tempat kuandalkan
segala kelemahan dalam berjuang
tika putus asa semakin hampir
kau mengingatkanku kehadiran TUHAN
ALLAH Yang Maha Pengasih
ALLAH Yang Maha Penyayang
kuadukan padamu
PERJUANGAN INI PAHIT
kaubalas ucapanku
BUKANKAH SYURGA NANTI MANIS?
Tenangnya
hanya kau yang pantas ke hadapan
bila permasalahan menggamit kehidupan
tiada kau lari meninggalkanku teman
tika sakit kau ziarahi
tika duka kau tenangi
tika papa kau sokongi
tika kaya kau senangi
bila berjuang kau tergagah mempertahan
segala badai dan rintangan
kau di hadapan membuka jalan
memudahkanku teman
Kasihnya
aku cinta padamu
berdasar iman bertiang takwa
rasa ukhuwwah merasuk jiwa
bila kita akan ketemu?
hanya menunggu keizinan RABB
untuk berjumpa berpelukan hangat
menyapa pipi tanda sayang
bersalaman tanda kasih
Alangkah indahnya
bila kita berpimpin tangan
melangkah ke syurga penuh tamanan
meminggir neraka yang menyesakkan
dengan jiwa dan setulus kalbuku
moga impian ini akan jadi kenyataan
selagi ada di hati kita hubungan
jalinan hasil didikan langit
menerobos angkasa hasad dengki
membuai jiwa penuh perhati
lafaz UHIBBUKAFILLAH
sebagai janji
semoga ketemu lagi
jika tidak di sini
nanti di sana kita bersatu kembali
dengan keizinanNYA
masyaAllah..itulah sahabat dunia akhirat...memimpin kita menuju kepada Allah...bila bersamanya sentiasa mengingatkan kita kepada Allah...bila berjauhan membuat kita berasa indah tawakkal terhadap Allah..__._,_.___

Sunday, August 20, 2006

BTN


tanggal 10-14 August budak mep jpa kena gi btn...ingat mula2 kena kat melaka alih2 kat kem bumi jati shah alam jer....tapi alhamdulillah la dekat...senang..ada gak yg pi johor...kalau tak salah ana tempat tu dekat dengan ibnu khaldun, jln kebun...mcm2 aktiviti..yang pasti kena "brain wash"...bab2 hal kenegaraan tu mesti ditekankan...banyak ldk......malam2 mesti pakat semua cerita apa yang berlaku time ldk..mcm2 kisahnyer....alhamdulillah fc ana ok jer..mmm most important experience....??


~kembali ke alam 'uniform'~
+Islam is the way of life+

DiNiHG EtiQuette



...Allah is alwayz with us...
pengalaman baru....
kenangan di hotel uitm...pada 9 august...menjalani pgrm dining etiquette..kena jaga sungguh la tatacara nak makan..kira skema la sebab formal..hehe alhamdulillah ok jugak la...tapi tak rasa kearabannya....macam mana agaknya bila dah kat mesirye??....

My classmaTes....in front of uitm hotel.....


++ sabar menanti ++

Wednesday, August 16, 2006

+ukhwah+

SaHaBAt++diRiMu TiaDa PengganTi
walau diri berduka pasti ada yang menemani
air mata kasih sentiasa dibajai
+madah tarbawi sentiasa kita kongsi+

DaLam kekaLutan HaRi iNi
TiaDa yaNg boLeH MeNggantikanMu
tanpa mu sahabat daku rasa lemah
~moGa AllaH RaHmati Ukhwah iNi~
+UhibbUkUm FiLLaH+
~keNaNG DaKu DaLaM DoAmU~

akidahku....


Apa yang dihadapi oleh manusia dan apa yang dilaksanakan olehnya dalam kehidupan di dunia ini adalah yang lahir dari kenyataan akidah atau kepercayaannya.

Jikalau akidah yang terpateri dalam jiwanya itu baik dan benar, maka baik dan benarlah pula jalan yang ditempuhnya dan akan mudah pekerjaan yang dilakukannya.Tetapi jikalau akidah itu rosak maka jalan yang diharunginya pun binasa, sesat dan menyeleweng dari kebenaran hakiki.

Penetapan akidah Islamiah ini di dalam jiwa manusia itulah yang dapat mendidik kehidupan seseorang dan yang meninggikan nilainya.Dengan demikian akan terciptalah kesenangan, kegembiraan, ketenangan dan kenikmatan individu bahkan masyarakat.Firman Allah yang bermaksud,”
Barang siapa yang beramal soleh baik lelaki atau perempuan dan ia beriman, maka pastilah Kami(Allah) akan memberikan kehidupan padanya dengan kehidupan yang bahagia.”
(An-Nahl:97)

Oleh itu kita sebagai muslim mukmin amilin perlulah menjaga kondisi keimanan kepada Allah dengan mengislah diri dalam rangka membendung kerosakan akidah yang kian menular dalam masyarakat hari ini.

Janganlah kita terlalu yakin akidah yang kita pegang ini akan kekal selama-lamanya jika kita pun bersikap sambil lewa...kita perlu sedar...

Tuesday, August 08, 2006

sedarlah wahai diri

...Allah is alwayz with us...

ketika saudara kita menagis kesakitan..kita masih bergelak ketawa...
ketika daging mereka dilapah...kita enak menjamu selera
ketika dentuman bom membingitkan telinga..kita hanyut dalam alunan yg mengkhayalkan..
tak pernah luang masa untuk sama2 meratapi penderitaan mereka...
Bila dah ada masa kadang-kadang kita abaikan...leka..
padahal kita ni ada banyak tanggungjawab lebih banyak dari masa yang kita ada...
kenapalah jadi camni...banyak benda yang kita tak buat dengan sebaik mungkin..
patutnya sebagai mukmin kita kena buat yang terbaik....
kerna Allah akan nilai setiap amal perbuatan kita...
Ya Allah, bantulah hamba mu ini agar dapat menguruskan masa yang telah kau kurniakan ke arah jalan untuk mencari keredhaan Allah...
Berilah aku kekuatan untuk meneruskan taklif yang kau berikan untuk sampaikan Islam..kAU TETAPKANLAH HATI2 MEREKA YANG CINTAKAN JALAN DAKWAH INI AGAR TAK TERUS LEKA DIBUAI KESERONOKAN DUNIA..TAK TERULIT DENGAN OMONGAN KOSONG MUSUH DURJANA...TAK TERPERANGKAP DALAM GODAAN SYAITAN LAKNATULLAH....taK MemBAnTu MAnusia berHati baTu MeMUsNahKAn SAudarakU Sendiri..
Ya Allah Peliharalah kami...Ampunkan dosa2 kami...berkatilah hidup kami....Bantulah saudara kami,,,,,

Friday, August 04, 2006

Perlunya Akidah Yang jELas DaLam DiRi


PerLunya Akidah Yang jELas Dalam DiRi

Berpegang dengan aqidah yang benar lagi murni adalah syarat pertama bagi seseorang yang mengaku dirinya beragama Islam dan pastinya perlu menjadikan Islam sebagai deen atau cara hidupnya
[1].Justeru pegangan tersebut mestilah selari dengan dengan apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-sunnah. Di antara keistimewaan aqidah suci ini, ialah kerana ianya diwarisi daripada Rasullah, para sahabat dan angkatan salafus-soleh serta para penyampai agama yang telah diakui kebaikan, kebaktian serta ketakwaan mereka oleh Rabb Yang Maha Penyayang.

Selain itu, Aqidah Islamiyah merupakan pentafsiran yang menyeluruh tentang kewujudan dan kehidupan manusia. Inilah rupa bentuk aqidah yang mesti disebatikan dalam jiwa manusia. Apabila hakikat ini jelas dan pentafsirannya ditegakkan dalam jiwa manusia,maka hati mereka akan bersih dari daripada seluruh kepalsuan dan kekotoran.Justeru konsep aqidah ini sekaligus menolak segala bentuk jahiliyah sama ada berupa nilai atau pemikiran.

Apabila manusia membebaskan diri dan hatinya daripada beriman kepada yang lain kecuali kepada Allah Yang Maha Esa serta berpegang teguh dengannya,manusia itu akan bebas daripada sebarang bentuk konkongan ideologi lain.
Pemikirannya akan hanya tertumpu pada Allah Taala dan akan lenyaplah segala kekeliruan dan kekacauan yang menyesatkan manusia.



[1]Apa Erti Saya Menganut Islam, Fathi Yakan, KL, Dewan Pustaka Fajar,1992/1993,ms 15 cetakan kedua

Tuesday, August 01, 2006

UkWah menurut Hasan Al-Banna

Ukhwah menurut Imam Hasan Al-Banna

..setiap kesulitan pasti ada kemudahan..

Hasan Al Banna ada menegaskan bahawa terdapat jurang yang jauh di antara hakikat ukhuwwah yang ada pada sahabat-sahabat Rasulullah dengan generasi-generasi yang lain. Walaupun sedemikian, kita tetap berusaha agar hakikat ukhuwwah yang lahir dalam generasi pertama itu dapat menjadi kenyataan dalam realiti kini.

Hassan Al Banna meletakkan ukhuwwah sebagai salah daripada rukun bai'ah. Menurut Hasan Al Banna yang dimaksudkan dengan ukhuwwah ialah ikatan hati dan roh yang diikatkan dengan ikatan aqidah. Aqidahlah satu-satunya ikatan yang paling kukuh dan paling bermutu. Ukhuwwah yang sebenarnya ialah ukhuwwah iman.

"Hanyasanya orang mukmin itu bersaudara". Hakikat ini perlulah lahir betul-betul. Dan pecah belah adalah saudara kepada kekufuran. Ukhuwwah iman inilah akan lahir kekuatan wehdah atau kekuatan penyatuan. Tiada wehdah tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling minima wujud dengan adanya salamatul sadr. Kasih sayang maksima ialah dengan mengutamakan sahabat.

Barang siapa yang dapat mengelakkan kebakhilan diri atau mementingkan diri, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

Amilin yang sebenarnya akan melihat saudaranya lebih penting daripada dirinya sendiri. Padanya, kiranya dia tidak bersama rakan-rakan seperjuangannya maka dia tidak boleh bersama-sama dengan orang lain.

Tidak seharusnya ada sekatan atau penghalang dalam hubungan antara para amilin amal Islami. Kita bersatu tidak ada kepentingan lain kecuali kepentingan Islam, lillah fillah. Kita bekerjasama kerana matlamat yang sama dan berdasarkan aqidah yang sama. Persahabatan sebegini bersih. Jangan kita kotorkan ia, demi mengejar matlamat mardhatillah.