BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 18, 2017

Balik Kampung Paling Eksklusif, Syukurillah!

🎶Ooo, balik kampung..
Ooo, balik kampung..
Hari girang 🎶

Nuha riang ria, tak putus putus tanya bila mahu sampai ke rumah Tokki di Terengganu.

Nah, bukan mudah Tawau-KL-Terengganu. Bajet sahaja sudah besar kalau mahu dibiaya sendiri saat lebaran ini.😁 Tidak hairan ada kenalan kami yang terpaksa beraya di rantauan, bukan mereka tidak mahu pulang, tapi bajetnya teramat tinggi.

Syukur ada warrant!

Boleh tahan juga penat. 

Nak dijadikan cerita, hampir dua tahun kami di Tawau. Kalau dapat balik raya, memang wow sangat. Sujud syukur. Almaklum, walau kita satu Malaysia, terpisah dek lautan. Terasa juga ala ala oversea gitu.

Alhamdulillah, sebagai penjawat awam, kami disediakan peluang balik ke kampung setahun sekali dengan bajet yang disediakan. Boleh dikatakan first class.

Keistimewaan itu membolehkan kami memilih tarikh untuk perjalanan ke wilayah asal. Kebanyakan memilih hari perayaan mengikut agama masing-masing. Kalau diberi izin bercuti, maka untunglah.

Apa yang bestnya dengan warrant?

Warrant di sini adalah tiket istimewa. Diberikan tempat duduk first class atau hot seat. Boleh masuk awal. Bagasi semaksima yang ada, kalau AirAsia sampai 40kg. Makanan wajib disediakan sebaik mungkin.

Jadi itulah kenikmatan anak rantau pulang ke kampung halaman.

Alhamdulillah, tahun ni tahun kedua merasa, diberi 4 kerusi paling hadapan, wah Iman pun dilayan ibarat sudah 2 tahun. Kami diberi juga makanan(ops walaupun bulan puasa kan). Makanan kita tapau, anak-anak sahaja boleh menjamu selera dahulu.

Nuha gembira sudah sampai KLIA


Cuma kali ini dapat rezeki pindah, jadi tiket warrant ini yang terakhir untuk kami nikmati untuk fasa ini. Nah sudah pasti bagasi memang kami cuba ambil semaksima yang mungkin. 4 orang, 160kg jadinya.

Syukur, walaupun anak-anak pelbagai karenah dan sedikit ujian di KLIA, kami berjaya juga harungi.

Alhamdulillah kehadiran Ummi dan Lek saya di KLIA sangat membantu. Staff KLIA juga cepat mengambil tindakan untuk membantu kami. Cemas juga kami sebab mengejar masa.

Di Terengganu pula kami disambut oleh Ibu dan Abah. Penuh Hilux dengan barangan kami. 9 bagasi dan 3 kotak, bergegar tulang 4 kerat gara-gara seminggu urus rumah dan barang pindah.

Alhamdulillah, fasa baru akan bermula tidak lama lagi.

Kepulangan ke kampung dengan perancangan Allah yang baru.

Terima kasih semua.
Doakan kelancaran urusan seterusnya.

Salam Lebaran. Salam Aidilfitri , maaf zahir dan batin.