BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 29, 2009

Walid D~hearty


Diari si kecil II

Bulan Mei sudah berlalu, June pula hampir menutup tirainya. Namun takkan kulupa hari-hari terakhir dalam bulan ini. Sebenarnya bulan-bulan ini penuh dengan tarikh lahir insan-insan yang kusayang dan merekalah yang banyak berjasa dalam hidup ini. Justeru pada hari ini 29 june, saat yang bersejarah 48 tahun yang lalu, telah lahirnya seorang insan yang amat kusayang. Tanpa beliau dan keizinan Maha Pencipta siapalah sinar di dunia ini. Ya.. Hari ini adalah hari lahir walidku. Kalau dulu 22 mei ummi, sekarang walidku pula. Merekalah insan penting dalam hidupku.


~Antara kekasih hati (^_~)~


Di sebalik seorang ummi pasti ada lelaki yang memimpinnya kan. Begitulah aturan hidup yang cukup indah bila ikatan terbina. Lahirnya anak daripada keduanya. Alhamdulillah, daku sangat bersyukur mengenali dan bersama mereka. Dari kecil hingga kini, Lek bersusah payah mencari nafkah buat keluarga dan tak kurang juga ummi yang banyak membantu dalam segenap hal. Daku kagum dengan kedua. Cinta mereka tanpa syarat. Hidup ini perlu takmil wa istikmal tanpa berkira-kira. Moga Allah berkati kalian. Moga kalian tetap sabar dengan karenah kami yang pelbagai. Ya rabb peliharalah mereka.

Dulu...Lek ingat tak...

Lek selalu hantar pergi sekolah, tapi bila di Langkawi, lek beli basikal. Kena kayuh sendiri. Penat juga. Sekarang hari hari kena jalan kaki. Rindu pula naik kereta pergi sekolah. Sebenarnya rindu nak luangkan masa bersama-sama. Waktu zaman sekolah lagi, tak kira anak perempuan atau lelaki, Lek galakkan anak-anak menyertai seni mempertahankan diri, silat terutamanya. Penting!! Lagi-lagi anak perempuan. Lek hebat. Baru buka kuda-kuda pun dah mengerunkan. Along awal-awal lagi ngelat kalau lek suruh berlatih sebab sekali lek lipat, sakit tulang empat kerat ni. Gurau je. Best silat tu. Boleh terbang terbang kan Lek? =)



Pusing-pusing kota...Mana Along??

Along teringat lek pernah hantar sms pada hari lahir along. Lek kata " Teringat lek, dulu dulu Along kecik je boleh buat dukung dan letak atas bahu (^_~) jalan-jalan di sekitar London. Cepat sungguh masa berlalu, Along pun dah besar." Mesti macam-macam kisah menjaga Along ni kan.

Dulu walid kerap bagi nasihat padaku dalam kereta, ibarat tazkirah ringkas buat halwa telinga. Di meja makan pun tak kurang hebatnya. Di situlah kesempatan semua berkumpul. Walid cukup mengambil berat akan hal anak-anaknya. Malah disebabkan ramai puteri dalam keluarga maka makin banyak penelitian dan perincian yang perlu diberikan. Along faham lek sibuk dan lek cuba sedaya upayakan untuk memahami kami semua. Kelemahan itu biasa. Sama-sama kita perbaiki kelemahan yang ada. Tapi ye lah. Kami ni kadang-kadang tak matang. Banyak kesalahan yang kami lakukan. Along berbanyak minta maaf. Banyak masa along habis di luar rumah bukan dengan keluarga. Moga permusafiran mencari mardhatillah, Allah terima. Dan Along tahu ummi dan lek sentiasa doakan along untuk menjadi yang terbaik.

Along teringat umi pernah cerita, rekod tadika along pun ada kata along budak baik+++kuat merajuk+++ nak highlightkan merajuk tu sebenarnya bukan budak baik ye...yang ni nak tergelak kalau ingat semula. Bukan apa buka citer ni. Dulu along pernah wat lek merajuk. Along rasa along terlebih gen tu kot dari lek. justeru along nak minta maaf dari awal hingga akhir atas keterlanjuran kata dan kenakalan along dulu. Dulu pernah kena rotan sekarang tak lagi. Terus dan terus bimbing along jadi anak solehah.
Sekarang

Semua anak-anak lek dah besar. Tapi lek still segak dan kacak. Dari jauh Along puji ni. Belanja makan nanti tau. Lek kata kalau nak kulit cantik dan badan sihat, makanlah ulam. Lek gemar makan ulam. Kalau makan dengan lek, nanti mesti lek letakkan ulam dalam pinggan. Hehe justeru muda mudi zaman sekarang, nak lawa nak hensem jangan letak krim dan alat mekap je tebal. Inside dan outside kena jaga. Maka makan la ulam. ^-^ berkempen pula.

Walidku sayang~Jom Makan!! (^_~)


Setiap kali kalau sembang dengan Salwa atau tengok muka si kecik bongsu, mesti teringat lek. Memang Salwa iras lek tapi versi perempuan. Ummi mesti tym mengandungkan Salwa rindu sangat kat lek..hehe..Cumel Salwa tu..Dulu dia minat purple. Semua benda nak tiru Along dia. Ish3 adik siapa tu. Semalam umi kata Salwa suka warna pink. Aduh, adikku sudah makin pandai !! Bila dengar Ummi cerita pasal lek dan adik-adik, makin bertamah rindu di hati. Hehe sampai sekarang along konfius along ni turun muka sapa. ade kata lek, along geleng, ada kata macam umi along geleng. Hehe sebabnya along anak Ummi dan Lek. Fair la kan. Tapi lek dulu pernah kata..muka along macam kacang...Sekarang? Hehe..anak kacang rupanya along ni...gurau je..hidup peanut butter...!!

Along rindu nak dengar nasihat lek selalu. Bila berjauhan susah nak berkomunikasi. Tapi bila jauh la bertambah rindu kan =) sangat terharu kalau dapat sms apatah lagi call. Mula la macam-macam cerita dibuka.

Kalau along balik msia, Lek la melayan along shopping barang. Terharu tengok Lek sama-sama perisi ikan bilis, potong cili kering, packing barang. jarang jumpa lelaki macam tu kan. Ummi apatah lagi, memang peneman setia. Seinfiniti terima kasih buat keduanya.

Dulu dan sekarang

Lek banyak kebolehan. Pandai perbaiki lampu, paip, cat umah, tanam pokok. Unikkan. Senang urusan rumah. Realiti zaman sekarang, lelaki dah tak banyak macam ni kan. Kalau jadi pegawai, urusan pejabat je la kemahiran yang dia ada, jadi doktor alatan bedah je la dia kenal..hehe..saje ni renungan untuk kaum adam di luar sana. Dah tak tau nak puji siapa. Baik ayah sendiri. Kurang-kurang anak yang lemah ni boleh terus mendoakn kedua ibubapanya kuat hadapi dugaan dunia yang pelbagai. Pujian sebagai stimulus untuk lebih mara kehadapan dan perbaiki kesilapan yang lalu. ^-^


Akhirul kalam....Along sayang Lek, Ummi dan adik-adik tak kira apa jua keadaan. Tak terungkap dengan kata-kata sebenarnya. Moga Allah kurniakan ketenangan dan kumpulkan kita kembali di syurga nanti.
  • Hadiah buat umi & lek yang selalu follow blog ini...'new blogskin'
  • Rushing buat semua ni, tapi tak sabar-sabar nak post. (^_~) terimalah dengan kekurangan yang ada. Maaf pada semua.
  • Sekali lagi maaf dipinta disebabkan entri ini luahan seorang anak pada bapanya. Antara sebab kewujudan blog ini juga adalah untuk tatapan mereka.
  • Selamat Hari Lahir Walid dan Ammar Amran (gen12). Atiq ana abadikan besday mereka di sini ya.(^_~)

Ladies night

"Kerana Ukhwah Ini Fillah"

Selesai sudah peperiksaan yang penuh pelbagai kisah suka dan duka bersama. Biarpun segelintir sahabat gen6 diuji satu bahtera gen6 terasa diuji. Alhamdulillah pada malam 28 june kami, warga akhwat gen6 berkumpul dengan satu nakhota. Berlayarlah kami di lautan samudera ( Sungai Nil sebenarnya) ^_^ . Maka ketahuilah 'pelayaran' itu penuh mehnah dan tribulasi. Anak kapal perlu bersatu hati. Barulah pelayaran selamat sampai ke 'destinasi'.

Tema = Purple ( Gumbiranya hati) + Bahasa klasik

Ya, ukhwah!! Ukhwah mudah dan amat mudah dilantunkan dengan kata-kata indah. Tapi kita senantiasa lupa ukhwah tak semudah dan seindah manis mulut berbicara. Setiap yang kita hajatkan kita laungkan perlu ada bukti dan tandanya.

Pernah suatu hari Rasulullah SAW menziarahi Harithah yang sedang sakit. Lalu Rasulullah SAW bertanya: "Bagaimana kamu pagi ini ya Harithah?" Lalu jawab Harithah: "Alhamdulillah dia beriman dengan keimanan yang sempurna". Lalu kata baginda Rasulullah SAW:"Hati-hati dengan apa yang kamu ucapkan ya Harithah, tiap suatu itu ada alamatnya/tandanya...apa tandanya keimanan kamu?" Jawab Harithah: "Aku bangun pagi dan aku nampak syurga di kananku dan neraka di kiriku dan aku di atas titian( As Tsirat)" Lalu balas Rasulullah SAW "Benarlah iman kamu".

Ukhwah kita bagaimana? Atas dasar apa? Apa tanda ukhwah kita? Moga sama-sama kita jelas kesamaran yang ada. Yang jelas kita pertingkatkan lagi.Yang erat, dieratkan lagi (^_~)

Biarpun 3 tahun mengenali, taaruf itu masih perlu berjalan.Tiada noktah untuk itu. Taaruf itu mesti!! Alhamdulillah masing-masing kian matang. Moga Allah bimbing hati-hati kecil dan hamba-hambaNya yang lemah ini untuk mengapai redha-Mu. Biarpun susah, biarpun badai datang melanda. Teguhkan kaki di perbatasan ini. Ya Allah satukan hati-hati ini hanya kerana-Mu. Berkatilah usaha kami ini.


Alhamdulillah, anak-anak kapal semuanya ceria, bermainlah, bergembiralah, berpentomanlah, berpantunlah. Moga redha Allah milik kita semua. Syukran pada semua sahabat-sahabat gen6 dan tetamu khas, Makcik Nora (mak aman) dan Makcik Rohaya(mak akram). Moga Allah permudahkan perjalanan ikhwah kami yang masih berjuang di hospital sana. Tabahkan ibu-ibu kami Ya Allah.
Khas daripada kami adindamu

Berkelana jauh ke timur tengah,
setia bersama Natrahku sayang.
Lama benar adinda tidak menjengah,
Aduhai Natrah mana menghilang?

Jauh berjalan si anak raja,
Mencari puteri idaman kalbu.
Aduhai Sharifah si intan permata,
Aku di sini menahan rindu.

Sukar mencari insan rabbani,
Srikandi sunan teguh berdiri.
Teman bersuka, di sana sini,
Teman berduka, mana dapat kucari?

Insan Rabbani idaman hati,
Sukar dipilih berharga sekali.
Hamba di sini sedia menanti
Akhwat gen6 turut sekali,

sinar~islami
el-fahmy allay
mouniera
saifi2009

Saturday, June 27, 2009

Himpunan Tag & Award

1st tag:: dari Kak Aisyah

~Luaskan pandangan dan pengalaman~

::Berblogging dalam rangka ubudiyah::

melihat dunia dengan kaca mata akhirat



syarat untuk memenuhi tag ini daku perlu menjawab soalan ini..
" Apa manfaat yang saya dapat dengan blog??"


Alhamdulillah, daku mula mengenal blog pada tahun 2006. Berkecimpung di dalam bidang ini mengajar diri mengenal kehidupan. Rasa cukup bertuah dipilih Allah berada di medan ini. Pelbagai manusia daku kenal dan jaringan ukhwah diperluaskan. Hatta yang tidak pernah bertentang mata, rapat di ruang maya. Masing-masing punya destinasi. Alhamdulillah hampir semua berpesan-pesan kepada kebenaran,berpesan-pesan kepada kesabaran. Pengalaman yang mereka coretkan benar-benar membantu diri ini mengenal manusia yang pelbagai latar belakang. Blogging mengajar diri untuk bersikap terbuka dalam batas yang perlu dijaga. Tidak memangdang hidup dari satu sudut tapi dari pelbagai arah.


Sebenarnya banyak manfaat yang boleh diperolehi. Untuk diri sendiri dan teman-teman yang lain. Banyakkan dan subjektif. Moga amar ma3ruf dan nahi mungkar sama-sama dapat tegakkan. Blog ini juga dihidupkan dalam rangka memperbaiki diri sendiri, tatapan ayahbonda serta kalian yang berhajat. Melihat celoteh ana yang lemah ini di alam maya, untuk mengharapkan yang salah dibetulkan dan yang baik kita kongsi bersama dan diperluaskan kebenaran.
Moga Allah ampun kalam-kalam tidak berfaedah dari diri yang lemah ini.


2nd Award daripada Onee, juniorku sayang


Syukran buat ukhtie. Tak layak pula menerima award sebegini. Syarat untuk mendapatkan award ni daku kena nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi
  1. Junior yang baik dan banyak celotehnya. Hehe
  2. Gadis tinggi. Segan berdiri sebelah Onee. Terasa macam akak ni adik pula. Ok la kan. Boleh perasan muda.(^_~)
  3. Memiliki senyuman yang menawan dan suka senyum. Tu yang cumel tu
  4. Adik yang periang dan pandai merai teman sekeliling. Terpikat kak sha.. " Ha kak sha, lama tak jumpa" Tipikal word dari adik-adik bila ana keluar gua.
  5. Berpotensi dan berkaliber. Ciri-ciri penting seorang daie. Onee ni ringan tulang dan suka membantu orang lain.

seterusnya 10 fakta/hobi diri sendiri. Ni yang susah ni. Kena analisis diri sendiri. Simple-simple je ya.

  1. Hamba Allah yang lemah, tak sempurna dan dalam rangka perbaiki diri
  2. Anak Ummi dan Walid. Mix XX & XY. (^_~)
  3. Anak sulung kepada 7 adik-adik yang tak mature semuanya
  4. Suka baca surah An-Nur ayat 35. Tersirat...penuh makna di dalamnya.
  5. Suka hadith yang ke-40. Menyedarkan untuk terus hidup dalam sentuhan Illahi
  6. Suka makan Char kuew teow, udang (lagi-lagi yang ummi masak), Coklat, Cheese cake, Chocolate cake dan puding karamel. Sebenarnya semua makanan akak suka. Tunggu onee masak je.
  7. Antara bunga pilihan hati adalah Tulip kemudian Ros. Kalau siapa nak bagi bunga bagi je asalkan warnanya ceria. Hajat sangat nak melangkah kaki ke Holand dan Turki. Ada siapa nak belanja??
  8. Ungu warna pilihan kalbu. Penuh koleksi baju warna ungu ni.
  9. Moody dan still pandai merajuk =)
  10. Mudah inferior, menangis, cepat terasa dan akan sedih kalau termarah orang lain. Maafkan daku ya.

3rd Tag daripada Humayra

Moga sama-sama berusaha ke daerah sana...yang abadi selamanya

Akhir kalam, hamba ini insan yang lemah dan banyak kekurangan. Mohon kalian tunjuk mana salah silapnya ya. Seperti biasa tidak mahu mentag sesiapa. Anda layak memiliki sekira anda mahu. Peace!!

Thursday, June 25, 2009

Pelangi


...Allah is alwayz with us...

Menghitung hari...

hari ini hari lahit teman baikku, Atiqah

esok hari lahir sahabat baikku,Maryam

3 hari lagi peperiksaan pun tamat...

5 hari lagi hari lahir walidku...

8 hari lagi hari lahir adikku,Insyirah...

in between pastinya debaran buat semua...

40 hari lagi, saat yang dinanti-nantikan...

Moga Allah pelihara dan berkati insan-insan yang kusayang...RINDU

Ya Illahi mudahkanlah urusan kami...

Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa


Selamat Hari Bapa 2009

Ayah
Album : Permata Ayah Bonda
Ae-man
~::~
Ketika kejauhan
masihku rasa hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku...

Terbayang ketenangan
yang selalu kau pamerkan
bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian...

Ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian...
Di saat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan...


Terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya...
Bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa...
Dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan


Tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau di sisi...
Semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati...


Daku tujukan khas lagu ni pertamanya, buat ayahanda, walidku tercinta Tuan Syed Murzaki Bin Syed Ali Jamalullail dan seterusnya buat Tok Ki, Ayah2 ku dan Ami2 ku. Selamat Hari Bapa juga buat AF Ustaz Dahlan, Ustaz Hadi, Ustaz Omar, Cikgu Azmi, Pakcik Sulaiman, Pakcik Zul, Pak Cik Yunus , cikgu-cikgu dan semua ayah di seantero dunia. Moga Allah menjanjikan syurga buat kalian kerana mendidik anak-anak dalam mengenal apa itu dunia dan lebih berharga..ISLAM & IMAN.

Wednesday, June 17, 2009

Kebangkitan



Sudah lumrah alam, hidup ini silih berganti ujian dan dugaan, ada pasang surutnya, ada epilog suka dan duka. Namun bukanlah alasan untuk kita berada di takuk yang lama. Hidup perlu pada penerusan, pembaikan, perlu pada pembaharuan ke arah yang Allah redhai. Tanpa redhaNya siapalah kita hatta di mata manusia. Sia-sia hidup ini. Mahu raih cinta manusia, mahu raih hormat daripada manusia, selayaknya raihlah cinta dan kehormatan daripada Pencipta kita dahulu. Kita akan mendapat keduanya, disayangi dan dimuliakn Allah dan manusia bahkan lebih, makhluk di langit dan di bumi. Indah bukan? Tapi bukan semudah berbicara dan melakar kata.....

Bangkitlah, bangkitlah wahai teman...kalian takkan pernah sendiri....

<>
Mulanya penuh sukar
Keyakinan teguh sendirian
Di bangkitkan sama teman - teman
Harungi suatu tujuan
Perjalanan masih jauh
Kemanisan menunggu ayuh
Masih penuh kesukaran
Namun yakin berkumpulan
Membangkitkan semangat tujuan
Mewarnakan kemanisan
~taqie86~
<>


Manusia sering lupa. Maka Allah sisipkan peringatan dari celah-celah kehidupan yang kita sendiri tidak sangka. Manusia merancang tapi DIA YANG MAHA TAHu juga merancang. Dan Dialah sebaik-baik perancang. Kehidupan seseorang yang menghayati dan memperjuangkan Islam tentulah berbeza dengan manusia lain. Bukan mudah mahu meraih syurga, ukhti dan akhi sekalian. Bukan semudah itu. Perlu persiapan, perlu tekad, pengorbanan dan kefahaman. Kehidupan pejuang Islam antaranya ialah:

1. Terikat dan menurut ajaran Islam.

Iman bukan sekadar cita-cita. Iman adalah suatu yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan melalui amal perbuatan. Allah SWT sering mengaitkan iman dengan amalan supaya lahir peribadi yang unggul dan betah melalukan apa sahaja demi islam.

“ Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu berada dalam dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran. “
( Surah al Asr : 1 – 3 )

Justeru dalam membuat kebaikan dan mengajak teman-teman bercucuk tanam untuk akhirat sana, Allah masih kurniakn peringatan besar buat manusia yang sering lupa.


" Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca Al Kitab, tidakkah kamu berfikir? ".
( Surah Al-Baqarah : 44)

2. Mengutamakan kepentingan Islam.

Sabda Rasulullah SAW: (bermaksud) " Berkisarlah untuk kepentingan Islam di mana kepentingannya berkisar. "

Baginda mengingatkan lagi dengan sabda:( bermaksud) " Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam yang lain maka ia bukanlah dari golongan mereka (Islam). "

Rasulullah SAW menjelaskan secara langsung dengan sabda: (bermaksud) " Engkau memegang pos-pos penting daripada pos-pos Islam, maka (awas) jangan sampai musuh dapat lolos daripada penjagaanmu. "


Maka hari-hari yang berlalu, yang kita tangisi, berita dunia kita ambil tahukan? Berita di Malaysia, sejak dua menjak daku sendiri terlepas pandang. Isu palestine kita pedulikah? Khabar keluarga kita tahukan? Ya Allah ampunkan hati kecil ini. Seringkali dan mudah sekali terlepas pandang. Hilang prioriti. Maka belum cukup lagi pakej diri sebagai pemimpin dan daie. Perlu repakej diri selalu,

3. Berasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah SWT.

Berasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah SWT adalah antara sifat-sifat orang-orang beriman. Allah mengingatkan dalam al-Quran di dalam firman-Nya:



" Janganlah kamu berasa hina (lemah) dan jangan kamu berasa duka cita dan kamu adalah lebih tinggi (mulia) jika kamu (benar-benar) beriman. "
( Surah Ali Imran: 139)

Ketika para sahabat Rasulullah SAW berada dalam perlindungan kerajaan Habsyah dan menemui rajanya, Najasyi, paderi dan pendita yang ada di Istana Najasyi meminta mereka sujud untuk menghormati Raja Najasyi. Tetapi Ja'far bin Abi Thalib r.a yang menjadi ketua rombongan itu menjawab: " Kami tidak sujud melainkan untuk Allah SWT ."


Subhanallah, hebat sahahabt-sahabat terdahulu. Tidak pernah luntur kerja mereka. Kita ??

Ampunkan aku Ya Allah, Ampunkan teman-temanku Ya Allah

4. Bekerja untuk Islam dan bekerjasama dengan pekerja-pekerja Islam.

Apabila kita mengaku Muslim, kita harus bekerja untuk Islam. Kita patut bekerja secara berjama'ah, bekerjasama dengan para pendakwah lain yang menyeru kepada Allah SWT, menyuruh melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran. Kita harus bekerja keras untuk mewujudkan individu muslim, rumah tangga muslim, masyarakat muslim dan negara yang melaksanakan Islam dalam pemerintahan.

“ Allah berfirman : Kami akan membantumu dengan saudaramu, dan Kami berikan kepadamu dua kekuasaan yang besar, maka mereka tidak dapat mencapaimu ; (berangkatlah kamu berdua) dengan membawa mu’jizat Kami, kamu berdua dan orang yang mengikuti kamulah yang akan menang. “
( Surah al Qashash : 35 )

“ Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syiar-syiar Allah, dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram, jangan (mengganggu) binatang-binatang qalaa-id dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keredhaan dari Tuhannya dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, maka bolehlah berburu. Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalangi kamu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa dan jangan tolong menolong dalam membuat dosa dan perlanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa Nya. “
( Surah al Maa-idah : 2 )



“ dua jenis mata yang tak akan disentuh oleh api neraka, mata yang menangis kerana takut pada Allah dan mata yang berjaga kerana berjihad dijalan Allah”
“ Carilah hatimu di tiga tempat..Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak engkau temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika engkau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.” Imam Ghazali

Maka bersatunya kita diatas jalan ini bukan lah kerana kepentingan peribadi, bukanlah mencari pangkat dan pandangan manusia. Kita berdiri di jalan ini kerana mahu terus dalam pandangan ILAHI.Ayuh bangkitlah...

~::Sedetik masa berlalu::~

  • Moga Ukhwah yang terbina di kalangan sahabat gen6 terus mekar.
  • Moga Allah hadirkan ketenangan buat semua. " Resah dan tidak tenang itu adalah percikan-percikan api murka Allah" Banyak dosa agaknya diri ini. Terkesan dengan ayat ini!! Ya Rabb ampunilah daku.
  • Moga apa yang kita tercicir dalam tempoh ini lekas-lekas kita kutip semula untuk bina kekuatan kembali.. Redha Ibu bapa, tahajjud crunch, ibadah, cakna sahabat-sahabat di sekeliling, study sungguh-sungguh & ect
  • Ujian itu untuk orang yang terpilih.Takut dengan ujian bermakna kita lari dari nikmat hadiah yang akan Allah beri selepas mengharunginya
  • Jazakumullah semua. Sungguh !! Banyak daku belajar daripada antum semua, dari Malaysia, Indonesia, Mesir, Jordan, Syria, Sudan, UK, NZ, dan seantero dunia...KAMU adalah sahabat saya... Uhibbukumfillah. Moga Allah kumpulkan kita di syurga sana. (^_~)

Saturday, June 13, 2009

::Doakan Doakan::


Bangunlah wahai mujahid dan mujahidah teruskan perjuangan Ammar mudah-mudahan ALLAH menjemput Ammar yang disayangi untuk menguatkan semangat dan cinta kepada ISLAM dalam rangka untuk mendidik dan berbakti~ UMMU AMMAR

Lirik & Lagu: Aphique
Vokal: Copuk
Susunan & Suntingan Video: HafizAdam
Video Asal: Ikmal, HafizAdam
Gambar: Ahli Beit Ammar & Anas
Penerbit: Gen6 Mdcairo

updated news from msia 14 June 2009 :: sini dan sini



Thursday, June 11, 2009

Dia benar-benar menjadi anak-anak akhirat



Dengan namaMu ya Allah, yang nyawaku sentiasa di dalam genggamanNya

~Di sini langkah kami bermula~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sedikit makluman terkini berkenaan kemalangan yang melibatkan pelajar-pelajar perubatan Universiti Kaherah. Kelima-lima pelajar ini ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari Ain Sokhna untuk menguruskan rehlah Tahun 3 Ikhwah. Pelajar-pelajar yang terlibat :

1. Mohamad Saif Bin Jamaluddin (Tahun 2)-dalam keadaan stabil
2. Abdul Rahman Bin Ramdzan (Tahun 3)-masih kurang stabil
3. Muhammad Akram Bin Abd Kadir (Tahun 3)-masih kurang stabil
4. Muhamad Fitri Bin Tokiran (Tahun 3)-dalam keadaan stabil
5. Muhammad Ammar Bin Zulkifli (Tahun 3)- telah pulang ke Rahmatullah

Kelima-lima pelajar tersebut telah dihantar terus ke bahagian kecemasan Hospital El-Arab Suez. Setelah itu, Jenazah Ammar akan diambil oleh pihak kedutaan, manakala baki keempat-empat pelajar sedang dipindahkan ke hospital Faransawi, Kasr El Ainy dan insyaAllah tiba di sini pagi ini.

Saya merayu kepada semua para pelajar PERUBATAN, di Kaherah mahupun di semua cawangan-cawangan yang lain, tidak kira di manapun anda berada, buatlah solat hajat dan doakanlah kesejahteraan kepada mereka khususnya kedua-dua pelajar yang masih tidak stabil.

Akhirnya, mari bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat kita, Ammar Zulkifli. Semoga Allah golongkan beliau bersama para syuhada' di atas jalanMu ya ALLAH!. Allah lebih menyayanginya dan telah mengakhiri ujiannya di dunia. Buat para sahabat, ambillah iktibar atas apa yang berlaku. Jika kita sedih, maka jadikanlah kesedihan ini jambatan lurus yang lebih dan lebih lagi merapatkan kita dengan Allah! Dan semoga kami juga mengakhiri ujian kehidupan ini dengan pengakhiran yang baik ya ALLAH

Setakat itu maklumat yang diterima daripada presiden PERUBATAN, Ahmad Wafi Arshad dan beberapa wakil yang masih berada di sana. Maklumat terkini insyaAllah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

sumber::
Perubatan

~Memori kami semua~

Berita itu

Akhirnya berita secara rasmi dikeluarkan. Barulah ana berani mengajukan entri ini. Syukran pada semua pihak yang menguruskan dan memberi informasi pada ana lebih awal. Tapi jujur seawalnya ana antara percaya dan tidak. Tambahan pula dengan keterbatasan untuk berkongsi cerita sejak awal mendapat informasi ini. Maaf ana tak khabarkan pada antum yang mungkin sangat akrab dengan saudara Ammar lebih awal kerana menghormati pihak disini. Maaf sekali lagi. Pasti pemergian Ummi, saudara Mohsein dan kemudiannya mujahid muda ini benar-benar membuatkan insan di bumi wakafan mengenangkan kembali setiap memori bersama mereka.

Sms daripada Bonda Norizan selaku pendidik merangkap guru Biology kami betul-betul mengingatkan diri..Perlu redha dengan pemergian mereka.

"telah pasti datangnya ketetapan Allah ( An-Nahl: 1) oleh itu marilah sama-sama kita sentiasa sediakan bekalan iman dan taqwa. Allahyarham sangat dekat dihati.Semoga Allah bariskan bersama para syuhada'"

Ameen..dan ameen juga untuk sms dan ym yang lain.



Syukran bonda, mereka pergi dan sudah selesai urusan di dunia. Sungguh sekalipun ajal itu tidak tertangguh. Benar kata bonda, Allah beri peluang pada kita untuk mencari bekal. Kalau tadi mungkin kalian bertemu dengannya di dewan peperiksaan, namun Allah punya segala perancangan.. yang kita sendiri tidak tahu..melihat dia di sini hari ini.. kemudian hilang esoknya pasti berat apatah lagi buat ikhwah dan sahabat yang rapat dengannya. Moga Allah tabahkan hati kalian juga.

Ketabahan seorang ibu

Mengenali Mak Cik benar-benar buat ana tersentuh akan ketabahan beliau. Mendengar suara beliau menerusi corong telefon bimbit dan ym benar-benar menyentuh hati. Tergamam ana mendengar suara seorang ibu. Moga Allah berkati makcik dan ahli keluarga. Beliau redha dengan pemergian mujahid harapan ummah ini, tapi ya kehilangan itu sukar kan. Moga Allah cucuri rahmat ke atas ruhnya. Moga amal islami menjadi saham untuknya dan pertolongannya pada kami selama ini di balas syurga.

Sama-sama kita panjatkan doa agar Allah kuatkan keluarga beliau. Hanya Allah yang tahu rasa kehilangan beliau sebagai saudara muslim, sebagai saudara seangkatan dan seperjuang..

Terus dan terus doakn mereka



Pada teman-teman yang lain, khusus buat saudara Akram, Aman, Saif dan Fitri di doakn lekas sembuh dan pulih dari kemalangan ini. Moga Gen6 yang ada lengkap kembali . Kami tunggu dengan doa. Kami harap antum kembali di medan ini.

Akhir kalam

Moga kami dapat menyambung perjuangan yang sama-sama kami mulakn bersama mujahid yang sudah pergi, Jasa beliau selaku ketua batch tak mampu terucap dengan kata-kata kami,namun doa yang tak putus dari Ikhwah & akhawat gen6 dan sahibah di sini. Salam takziah buat pakcik Zulkifli dan Makcik Fatimah. Moga ruh beliau tenang di sana.
"Mereka adalah anak-anak akhirat, melihat dunia dari jendela akhirat"
................................................................................................
tambahan: Alhamdulillah arwah sempat mengucap kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir, jenazah ammar alhamdulillah berada dalam keadaan yang amat baik, malah kelihatan sedikit tersenyum, insyaAllah beliau tergolong dalam golongan yang benar di hari yang benar, sama2 doakan.
::Moga Allah ukirkan takdir yag tercantik untuk kita~JUST::


Wednesday, June 10, 2009

~::Cinta Bersulam Noda::~

:: Cinta Bersulam Noda ::

~::Dan Daku akhirnya sendiri::~

The Rules:
1. Put your iTunes/Music player on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER WHAT!!! After you’ve answered all of the questions, tag 10 people and then let them know they’ve been tagged to do themselves.


1.IF SOMEONE SAYS “IS THIS OKAY” YOU SAY
::Erti Syukur::Unic::
[Maka sinar akan kata, bersyukurlah pada Allah]

2.WHAT WOULD BEST DESCRIBE YOUR PERSONALITY?
::jalan juang::izzatul islam

Daku adalah pejuang di jalan Ini..maka perlu melengkapkan diri sebagai mujahidah di jalan ini…Doakan

3.WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL ?
::satu tekad::unic
[pastinya saya sukakan seseorang yang teguh tekadnya ]

4. HOW DO YOU FEEL TODAY?
::pesona zulaikha::suhaimi
[ Menarik, Sinar rasa seperti Zulaikha…Rindu, Cinta kuarahkan padaNya… ]

5.WHAT IS YOUR LIFE’S PURPOSE?
::segenggam tabah::inteam
[Tabah dengan Ujian yang Dia beri. Doakn sinar ya]

6.WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
::sendiri::saujana
[Sinar adalah sinar..never be anybody else..hidupku nanti akhirnya sendiri..]

7. WHAT DO YOU THINK OF YOUR PARENTS?
::selamatkan dunia::inteam
Umi dan Waled lahirkan kami untuk selamatkan dunia ini..!!

8.WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
::camar kelukaan::saffone
Sinar sedang merawati luka-luka lama..Kena pulak lagu ni..Sinar sedang mencari penawarnya..cuba mengapai awan..

9.WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
::Barisan Mujahid::Izzatul Islam
Alhamdulillah..daku dikelilingi dengan insan-insan yang ada kesedaran dan ingin bangkit berjuang di medan hadapan…Moga terbina barisan mujahid lebih-lebih lagi di nusantara tercinta..Teman baikku pastinya yang tak putus-putus mengingatkan diri..Khusus pada orang Uk..Jazakillah ya ukhti

10.WHAT DO YOU THINK OF THE PERSON YOU LIKE?
::keampunan::Mirwana
[Insan yang daku suka pastinya orang yang sentiasa mohon keampunan dan maghfirah dariNya..Maka daku harus mengikutinya..

11.WHAT IS YOUR LIFE STORY?
::rindu bersama::amar
[ Hidupku penuh dengan warna rindu .Hidup ini indah Bila Rindu Hadir ( ^_~ )]
Daku rindu Semua Insan Yang mengenaliku..

12.WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
::I look I look I see::
[ Tengok dulu, usha-usha dulu baru taaruf..don't judge a book by it cover ]

13.WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
::Tiada kata terucap::Tashiru
[ Sampai tak terkata tengok anak mereka ni ha.. =) Along baik je kan..]

14. WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
::Cermin Duniawi::
[Dah macam cerita Disney plak..oh btw why not =) nanti2 kita pk ye]

15.WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
::Kembali::Tashiru
[Dan pabila tiba ajalku akhirnya daku kembali PadaNya..Ya Allah ampunkan dosa-dosaku]

16.WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
::Egois::
[egoist tu hobi ke..?? Erm yang pasti daku cuba untuk tidak ego..nanti antum tak nak kawan ngan sinar dah kan]

17. WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
::debu-debu dosa::Hijjaz
[Kerahsian besar adalah hubungan hamba dengan Rabbnya, status keimanannya, dosa pahalanya. Semua hanya dalam PerhitunganNya…May Allah bless me, and protect me… walaupun banyak dosa yang daku sendiri tak terhitung…andai dunia yang daku kejar, dakulah insan paling bodoh abad ini. sedih pulak]

18.WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
::mahar cinta::
[Macam tak kena je…but I do love my friends.. so jangan fikirr bukan-bukan ya.. ada juga lagu ni dalam simpanan..hehe ]

19. WHAT SHOULD YOU POST THIS AS?
::Cinta bersulam Noda::Dehearty
[jadi tajuk entri ni, adalah seperti yang termaktub]
Sinar hidup untuk meraih cinta hakiki, sinar sentiasa ingin meraih maghfirah. Ingin berubah, ingin membersihkan kekusutan pemikiran dan mendamaikan jiwa yang lara..

20. WHAT DO YOU THINK OF YOURSELF?
::Di mana ketenangan:: Nada Murni
[Nak menangis rasanya..tepat pula. Ya dari dulu sampai sekarang daku tak lekang memohon diberi ketenangan, puas hati menjerit..dan Ingatlah Sinar dengan mengingati Allah baru hatimu tenang.. =( ]

Terima kasihlah pada lagu- lagu sebab tolong jawabkan soalan- soalan tu semua untuk sinar.Khusus untuk ami, Syukran ukhti..siapa nak buat silakan..tak berhajat nak tag sesapa… =) Suka break this rule…

Dan akhir kata beringatlah.....

"..meskipun kegelapan itu masih panjang menyelubungi dunia islam..namun yakinlah masa depan tetap milik islam.." - Syeikh Ustaz fathi Yakan..

Hanya gerhana....

Tuesday, June 09, 2009

Anak-anak kecil

~::Anak-anak kecil::~
Apa Perasaan Anda Melihat Mereka?

Ahlan Wasahlan semua
~::Afiq Izzuddin::~
Oh..terkejut saya..Ha apa khabar iman antum hari ni?
~::Zahratul Amani::~


Zahratul Amani sudah pandai beraksi :p
Auntie & Uncle sekalian jangan leka dengan dunia tau

...Allah is alwayz with us...

" اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ "

Maksudnya : “ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”


Monolog sendiri...

Bukan mudah berbicara soal perkahwinan, pengurusan anak-anak dan urusan yang berkaitan. Semua memerlukan kesabaran. Kepada yang sudah, syabas daku ucapkan dan selamat mendidik permata-permata Islam ini. Dalam proses mendidik mereka,anak-anak kecil ini,tabahlah dan sentuhlah mereka dengan cahaya dan didikan yang Allah gariskan..

Oh lupa...kepada anda yang majoritinya belum bergelar ibubapa, apatah lagi masih belum ada rumah dan tangga =) selamat menyiapkan diri. Bina peribadi dan moga jadi khudwah yang baik pada anak-anak nanti..Selamat berjuang, selamat membina syahksiyah dan salam mujahadah ..Kautlah ilmu sebanyak-banyaknya dan selalulah memberi..

Erm rindu melihat telatah anak-anak kecil..
Fitrah mereka suci dan bersih dari segala Dosa..Kita...??
Melihat mereka mengingatkan diri akan kehidupan di akhirat sana...

Wednesday, June 03, 2009

Tulip Bukan Sekadar Bunga



~Tulip Bukan Hanya Sekadar Bunga~


Warna warna warna..itulah yang memikatkan hati ini pada tulip.


Kenapa tak Rose?


Rose pun cantik juga. Majoriti wanita sukakan Rose, but Tulip kinda of different flower, lebih tahan, daripada proses kuncupnya bunga hingga proses mengembang. Cukup cantik proses penciptaannya. Ini boleh kita umpamakan manusia itu pun ada tahapan. Hidup perlu melalui proses, proses mendidik jiwa agar inside and outside cantik. Mahu cantik pengakhiran di hujung sana, mahu syurga mesti penjagaan dan jalannya harus diambil kira,bukan mengambil mudah dan buat endah tak endah. Kalau mahu baka tulip yang cantik bukan semudah melempar benih di tanah merah. Tak semudah itu. Ada rawatan dan penjagaan.


Tulip Oh Tulip


Bunga Tulip bunga yang susah didapati, ada musim ada ketika. Justeru menunjukkan betapa pentingnya kewujudan bunga-bunga ini dalam mentarbiyah diri. Mengajar diri sikap menghargai. Menghargai sesuatu yang ada dan tiada. Maka hargai setiap insan, makhluk dan ciptaan di sekelingmu. Setiap sesuatu tak perlu disia-siakan. Nak cakap lebih kena buat research yang lebih mendalam =) Not now..perhaps after exam..

Bebas berdiri, Dalam naungan Illahi

Ada apa dengan tulip sebenarnya?

Dalam menghadapi ragam kehidupan, kepelbagaian warna tulip benar-benar mengingatkan diri, hakikat hidup ini takkan indah tanpa warna-warni, suka duka, gelak tawa, duka nestapa. Inilah yang mewarnai satu kalimah iaitu" Kehidupan". Inilah yang membuatkan hidup itu unik sebenarnya. Baka tulip banyak, spesiesnya sahaja sudah mencapai 150. Kalau di tambah lagi dengan nikmat warna yang begitu banyak. Oh indahnya mata memandangkan.Subhanallah...

Ingin lari dan terus lari dalam lautan warna warni



Rumus baru> Tulip = Turki


Kalau bercerita pasal tulip, pasti Belanda, Holand, Netherland atau nama-nama seangkatan dengannya menjadi buah cerita. Tahukah anda sebenarnya tulip berasal dari Turki tapi dikembangkan secara besar-besaran di Belanda. Tapi tidak dikenal pasti siapa pembawa sebenarnya. Mungkin satu hari kena mengkaji tulip di Turki sambil mengimbau kembali sejarah kegemilangan Islam terdahulu. Pasti ada sangkut paut. Islam selalu jadi pemula maka pasti ada benarnya.






Lihat ciptaanNya..tenang, puas & damai



Setakat ini saja celoteh. Cukup gambar jadi pengubat melihat alam yang penuh warna warni. Ada peluang kita jumpa di taman tulip ya. Boleh mengkaji dan hayati keunikan ciptaan Yang Maha Agung.


Sucikan hatimu, Pasti RedhaNya kau genggami


Monolog sendiri
  • Berharap mengkaji tulip lebih dekat.. Banyak rahsia tulip ni =)
  • Tak kenal maka tak cinta..Membaca, mengkaji dan menghayati
  • Lihatlah alam dengan hati mu
  • Berjuang tanpa henti..Pharmacology pula menanti..Doakan
  • Kalau ada salah pada cara sinar berfikir..khabarkan segera..
  • Keterujaan melihat tulip hingga lupa nyatakan penghargaan buat deviantart dan umaralfateh atas fotonya.