BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 11, 2009

Salam Imtihan



~Salam Pertapaan~
:::Salam Imtihan:::

17 Jan :: Pathology

20 Jan :: Parasitology

24 Jan :: Pharmacology

27 Jan :: Microbiology

28 Jan :: JJ

~utamakan yang utama~

Barangsiapa yang melalui jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan ke Syurga ( Riwayat Imam Muslim)

Doakan ya semua..

Friday, January 09, 2009

Kami peduli


~KAMI INSAN PEDULI ~

...Allah is alwayz with us...


Hari hari terus berlalu. Buat kita yang tidak dihambat dengan letupan dan peluru tak bermata.. Sejuta kesyukuran perlu di angkatkan. Namun kita juga perlu ambil peduli akan situasi sahabat-sahabat dan teman-teman atau lebih rapatnya keluarga kita di Palestine. Aduh sudah lama mereka merintih dalam kepayahan dan ketakutan. Hari demi hari menyaksikan kehilangan keluarga tersayang. Kita hanya mampu duduk? tidak bukan. Kalau cubit paha kanan paha kiri terasa juga. Maka panjatkan doa, simpanlah duit dan latest dermalah darah bagi yang cukup syarat untuk pendermaan darah ( kat belakang Darul Hikmah).

~Jom Pi Derma Darah~


~Derma darah untuk ahli Ghazzah~


~Kat sini la kawan-kawan~



~Di sini kami bersatu, bersatu di bawah naugan-Mu~


~Kita insan terpilih ^-^~

~belum terisi~


~mine~

The blood~The blood

came from both of my arms~but from one heart ^-^

~Bangga jadi rakyat MALAYSIA~

~Malaysia sedar~


Ya ini antara langkah baik sebuah negara, jangan senyap tapi perlu ada inisiatif untuk membantu saudara kita. Boikot dan adakan program kesedaran. Generasi muda harus digerakkan. Syabas tanah airku. Moga ini wasilah yang berkesan.


~Sesi Ramah Mesra~


The 45-minute talk was illuminating and inspiring, yet fun in the same time. When asked on how us students could contribute, she urged us using all knowledge and every single skill we have to benefit the ummah, despite the fact that it is the simplest skill of cooking up a meal or raising funds. (source perubatan.org)


PALESTINIANS~By Islam, we are family. So do what a family member should do.


~Hadiah istimewa bersama mereka~


Kehadiran Mercy untuk menghantar bantuan ke Rafah buat saudara Palestine sangat kami kagumi. Bantuan ini merangkumi ubat-ubatan & other stuffs yang cukup bermanfaat.



~Salah satu lori dari 3 buah semuanya~
++Islam boleh Malaysia boleh++

~a night before 5th january~


~mereka turut membantu ^-^~



~Bersama rombongan Dr Jemilah~beside me


Seterusnyanya, Alhamdulillah menerusi wakil PERUBATAN, bantuan yang telah dikutip hampir mencecah 11 ribu lebih berjaya disalurkan. Tahniah buat semua yang menyumbang moga inilah saham kita di akhirat kelak.

Info terkini boleh lawati Al-Jazeera, infoPalestina & ect~Ikuti perkembangannya~

rabbuna yusahhil!
Allahummansur ikhwaanana fi ghazah
Ya zaljalaali wal'izzah

Monday, January 05, 2009

My Birthday!


~Hakikat sebuah kehidupan~



~Masa akan terus berlalu ~



...Allah is alwayz with us...

~sekalung perhargaan buat teman2 yg mengwish sehari suntuk ^-^~
::wil be updated::


a night with Mercy~

a time with no body~

a day with wishes~

and every time with HIM~

Palestin issue:: evil exist only when good remains silent:: our issue

Jordan reconsidering

::Jordan 'reconsidering Israel ties' ::

Jordan's prime minister has said his country may review its diplomatic ties with Israel in the wake of the offensive in Gaza.

"Jordan will look into all options, including reconsidering relations with Israel," Nader Dahabi told legislators on Sunday.

"There is no way we would remain silent when this threat affects the security of the entire region."

Jordan and Egypt are the only two Arab states to have normalised relations with Israel. Amman also has strong ties with the US.

But with public criticism mounting, the government is facing pressure to rethink those diplomatic links.

Earlier thousands of students from universities across Jordan marched to the parliament in Amman demanding the freezing of diplomatic relations with Israel and the expulsion of the Israeli ambassador.

Jordan is home to nearly three million Palestinian refugees, the majority of whom have been naturalised as Jordanian citizens but who remain strongly attached to their homeland.

One female student protester told the Reuters news agency that "we'll continue taking to the streets, otherwise we'll be like Egypt that is doing nothing".

The protesters said they would stay on the streets until their demands were met.
Jordanians have held street protests and rallies nationwide since the Gaza offensive.

On Friday around 60,000 protesters, with some chanting "No Jewish embassy on Arab land", answered an opposition call for a show of support for Hamas.

Security forces have been bracing for violence but have largely allowed demonstrations to proceed.

Riot police did, however, fire teargas and make arrests as they pushed back hundreds of protesters marching on the Israeli embassy after Friday prayers.
~AlJazeera~

PErhap will Egypt think twice??

Saturday, January 03, 2009

Preparation for Examination

::Preparation For Examination::


1- Gunakan Kelebihan dan perbaiki Kelemahan

Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk belajar berdasarkan KELEBIHAN diri masing-masing. Jika kita dikurniakan kelebihan mudah memahami dalam kuliah, maka manfaatkan masa di dalam kuliah sepenuhnya. Jika kita dianugerahkan kelebihan mudah menghafal dengan cara mendengar, maka rakamlah dan dengar semula kuliah itu. Jika kita penggemar slide-slide yang disediakan doctor, maka ambillah dan manfaatkan sepenuhnya. Cuba analisis diri kita, dan cari kelebihan yang boleh kita gunakan.

2- Jauhi penyakit 2C (Compete dan Compare)
  • Tidak dinafikan bersaing akan membuat kita lebih semangat untuk belajar. Menjadi booster kepada kita. Tetapi berhati-hati, jika terlalu suka bersaing, kemungkinan kita akan kehilangan akhlak dan sifat seorang islam itu sendiri. Contohnya, selalu berebut-rebut perhatian pensyarah sehingga sentiasa ingin mendominasi sesuatu sesi tanpa memberi peluang rakan-rakan yang lain.
  • Sanggup berselindung mengatakan kita tak study sedangkan kita dah study.

Menyorok info-info, buku, slide atau ilmu yang bermanfaat supaya kita boleh lebih dari orang lain.

Membanding-bandingkan diri dengan orang lain juga amalan yang tidak elok. Setiap orang telah Allah beri kelebihan dan kekurangan masing-masing. Amalan suka “compare” akan menyebabkan kita merasa diri “inferior” jika kita kurang dan “superior” jika kita lebih baik dari orang lain. Compare hanya elok jika dilakukan untk diri-sendiri. Membandingkan diri kita dahulu dan kini. Atau dalam erti kata lain, muhasabah diri, dan seterusnya teruskan usaha membaiki.

3-Berkongsi~sharing is caring~

Ilmu itu seperti air, jika air dibiarkan bertakung di dalam bekas, maka ia akan berkeladak, menjadi tempat membiak nyamuk Aedes yang membawa bencana kepada orang. Alirkan air itu supaya bermanfaat untuk semua. Ilmu sifatnya semakin diberi semakin bertambah, bukan seperti harta. Amalkan “win-win situation”. Dengan berkongsi, kita bukan sahaja membantu orang lain malah membantu diri sendiri.Inilah sinergi di mana 1+1 bukan 2 malah boleh menjadi 10.

4- Jauhi diri dari maksiat


Imam syafi’e pernah kehilangan hafalannya kerana TANPA SENGAJA terlihat betis seorang wanita yang terselak kainnya. Ketika mengadu kepadanya gurunya, gurunya menasihatkan supaya meninggalkan maksiat kerana sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya,

Dan sesungguhnya cahaya Allah itu tidak akan dianugerahkan kepada mereka yang melakukan maksiat. Jadi, selain daripada memperbanyakkan amalan-amalan taqarrub kepada Allah, jangan lupa untuk meminimumkan maksiat-maksiat yang terkadang menjadi kebiasaan dalam diri. Mengumpat, mengeluh, tidak menjaga mata, bercakap perkara sia-sia antara maksiat-maksiat dan dosa yang sering kita terlepas pandang.

5- Perbetul dan pelbagaikan niat

3 niat yang sepatunya ditanam dalam diri penuntut ilmu.

1. YA Allah, Aku belajar ini semata-mata kerana mencari keredhaan-MU,

2. Aku belajar ini untuk menghilangkan kejahilan diriku dan agar ilmu ini boleh kuajarkan kepada orang lain,

3. Aku belajar ini untuk memartabatkan agama-MU di mata dunia.
Selain niat-niat ini, banyak niat lain yang boleh ditambah. Pelbagaikanlah niat, kerna setiap amalan bergantung pada niat. Hayati niat-niat kita, jangan sekadar mind-setting sahaja.

KESIMPULANNYA, jika kita kata belajar perubatan salah satu cara kita berdakwah, bekerja untuk islam, jihad kita, maka jihadlah sebenar-benar jihad. Bersungguhlah dalam jihad kita. Jika seorang anak palestin boleh berdiri di barisan hadapan berjihad melawan kereta kebal walaupun hanya berbekal sebutir batu, di mana sifat malu kita, jika kita tidak berjihad sehabis daya walaupun telah diberi bermacam-macam nikmat dan kesenangan? Setelah lelah, mengah berusaha, berjihad, maka bertawakallah. Kerana peperiksaan itu juga menguji sejauh mana tawakal dan kebergantungan kita pada ALLAH. Serahkan segalanya pada DIA.

Edaran:: Biro Akademik 2008/2009~Unit Risalah dan Penerbitan~