BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 15, 2012

Catatan Bunda : 10 Minggu usiamu. Alhamdulillah..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Kalimah agung yang mampu diucap oleh hamba lemah seperti saya. Diizinkan Allah bernikah dengan seorang pemuda sudah cukup beerti buat saya. Tidak pernah tergambar wajah sebenar perkahwinan, Alhamdulillah hari demi hari perkahwinan yang dibina kian matang dan yang penting setiap detik merupakan ruang untuk kami cari kebersamaan dan lakukan pembaikan.

Kini perubahan fasa dirasai, diizinkan Allah merasai kebesaranNya dengan diciptakan segumpal daging  dan ditiupkan ruh kedua di dalam jasad sendiri. Allahuakbar. Saya disahkan hamil pada 23 Oktober 2012 dengan usia kandungan 6 minggu 5 hari. Tiada perubahan ketara pada badan saya namun melihat kantung kecil melalui ultrasound membuatkan diri takjub dengan kebesaranNya. Tanpa saya sedari, ada sahaja nikmat yang Allah beri. Ini hadiah termahal buat saya dan suami di awal usia perkahwinan kami. Walaupun pernah melihat hasil ultrasound pesakit-pesakit di hospital, melihat hasil ultrasound sendiri membuatkan diri teruja. Maha Besar Pencipta diri.

Buku tambahan untuk peperiksaan akhir ini.. (^_^)
Doakan saya, cemerlang imtihan, sihat kandungan.
Pada 12 November sebelum berangkat pulang ke Mesir, disempat juga berjumpa Murabbiyah dan ditakdirkan pula jumpa di klinik beliau bertugas. Dapatlah kami melihat 'insan kecil' melalui ultrasound lagi. Usianya sudah 9 minggu. Melihat degupan jantungnya membuat saya dan suami tersenyum dan lafaz Alhamdulillah tidak putus kami ucapkan. Kalau sebelumnya hanya kantung kecil, kini kami dapat melihat jantung dan mendengar degupannya.

Hari ini insyaAllah sudah 10 minggu. Syukur padaNya.

Sungguh fasa menjadi ibu hamil ini sungguh mendebarkan. Pergantungan pada Allah harus 100%. Hanya Allah yang mampu menjaga sepenuhnya tumbesaran bayi di dalam kegelapan rahim. Selaku si ibu, hanya aspek pemakanan dan kesihatan diri yang mampu dipantau. Moga Allah melindungi kami.

"Ya Allah, jagalah anakku di dalam kandunganku. Sihatkanlah dia. Engkau jua penyembuh dan tidak ada penawar melainkan penawarmu. Penawar yang tidak meninggalkan sebarang penyakit. Bentukkan dia dalam rupa yang cantik dan elok, dan keluarkanlah dia dihari kelahirannya dengan mudah dan selamat."

"Ya Allah, jadikan dia sihat, sempurna, cerdik, berakal, alim, bijak, mukmin soleh yang ditumpukan kepada kebaikan juga diizinkan menjadi tetamu di Baintul Haram."

"Ya Allah, indahkan akhlaknya dan fasihkan lidahnya, perindahkan dirinya dengan bacaan ayat Al-Quran dan hadith dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W" Ameen..

Saya dan Peperiksaan Tahun Akhir Kuliah Perubatan (2006- Jan 2013) : Doakan ya...!

Perjuangan selama 6 tahun setengah di bumi kinanah ini akan ditamatkan dengan peperiksaan akhir yang bakal bermula dalam 12 hari lagi pada 28 November 2012. Peperiksaan ini bakal berlangsung selama 2 bulan. InsyaAllah selesai pada 23 Januari 2013. 

Sungguh pun diberi 'study leave' selama hampir 4 bulan, masa itu pantas sahaja berlalu dan dirasakan suntuk pula waktu. Moga Allah ampunkan saya jika ada kelalaian dalam memanfaatkan waktu dan Alhamdulillah suami selalu mengerah diri untuk belajar sepanjang tempoh dihabiskan di Bandung mahupun di Malaysia bersamanya. Diusung buku seberat 15kg ke mana sahaja kami pergi, dari rumah di Selangor ke Bandung, dari Bandung ke Selangor, dari Selangor ke Langkawi dan Terengganu. Akhirnya kembali ke Mesir tanggal 13 November. Alhamdulillah, segalanya Allah permudahkan.

Kini saya di Mesir ditemani rakan serumah, 'insan kecil' dan sokongan padu daripada suami dan keluarga di Malaysia. Semoga Allah beri keberkatan ilmu dan waktu serta kekuatan  ingatan, jasadi dan ruhi dalam mendepani peperiksaan kali ini. Sudah pasti targetnya mahu mumtaz, cemerlang dunia akhirat kerana ilmu ini bakal digunakan sepanjang hayat saya nanti. Moga kecemerlangan milik saya dan kawan-kawan seperjuangan. Ameen. Doakan kami  menjadi doktor yang cemerlang deen, ilmu dan akhlaknya.

Akhir kalam, saya memohon maaf pada suami saya, Ummi, Lek, Ibu, Abah, adik-beradik, ipar-duai, keluarga, guru-guru saya, ahli rumah saya di Mesir, sahabat-sahabat saya dan kenalan saya sekiranya pernah terkasar bahasa, tersalah bicara dan ada perilaku yang tak berkenan di mata. Mohon juga halalkan makan minum dan pemberian selama ini. Moga Allah berkati dan menganjari pahala pada kalian semua. (^_^) Ameen.

InsyaAllah jadual peperiksaan saya ada di bawah ini. Mohon doakan saya pada tarikh-tarikh ini ya. Jazakumullahu kheiran kathira semua.

Internal Medicine's Written Exam

28/11/2012 - Paper 1
1/12/2012   - Paper 2 
3/12/2012   - Paper 3
Surgery's Written Exam

17/12/2012 - Paper 1
20/12/2012 - Paper 2
22/12/2012 - Paper 3

Internal Medicine's Clinical Exam

25/12/2012 - Oral
27/12/2012 - Short Cases
30/12/2012 - Long Case
1/1/2013     - X-ray & ECG
3/1/2013     - Dermatology & Andrology
9/1/2013     - Clinical Pathology

Surgery's Clinical Exam

12/1/2013  - Oral Operative
16/1/2013  - Long Case
21/1/2013  - OSCE
23/1/2013  - Surgical Pathology & X-ray.

Sunday, October 07, 2012

Kembara Indonesia : Hidup Sihat di Bandung


Bandung selain menjadi tempat pelancongan dan membeli belah di kalangan pelancong mahupun masyarakat setempat, turut tidak terlepas sebagai destinasi sihat untuk jasmani. Saya diberitahu suami, penduduk di sini suka bersukan. Setidaknya itu menjadi rutin mingguan ataupun rutin harian mereka. Patutlah mereka slim pada hemat saya.

Meriahnya kompleks sukan mereka.

Alhamdulillah pernah turun ke Sabuga (kompleks sukan). Saya naik hairan melihat, gelanggang bola keranjangnya meriah, tennisnya riuh apatah lagi padang bola dan balapan. Ramai yang berjogging, berlari dan ada juga kolam renang. Banyak lagi kemudahan yang disediakan untuk bersukan. Tua, muda, kaya, miskin, lelaki dan perempuan semuanya bersukan. Kalau saya yang tinggal berdekatan kompleks sukan Bukit Jalil, keadaan berbeza, selalunya sunyi dan tidak semeriah ini. Yang meriahnya hanya ketika ada kejohanan sukan, pameran atau ekspo di situ.


Car Free Day (CFD)

Selain itu, setiap hari Ahad di Bandung, Jalan Ir. H. Juanda(Dago dan Jl. Buah Batu akan dikosongkan dari kenderaan, hanya dibenarkan pejalan kaki dan mereka yang berbasikal. Setakat ini saya sudah 3 kali ke CFD di Dago. Acara ini bermula dari 6 pagi hingga 10 pagi. CFD ini dimanfaatkan oleh masyarakat Bandung dan juga pelancong untuk berolahraga atau sekadar menikmati udara kota Bandung di pagi hari. Pelbagai aktiviti yang ada antaranya senam aerobik, jogging, berbasikal, dan persembahan (menari, memasak, menyanyi). Di samping itu juga, diwujudkan booth kecil untuk pemeriksaan kesihatan dan kecemasan sekiranya berlaku kecederaan. Menarikkan?


Mari kita ke CFD!
Kami odw, ada yang dalam perjalanan pulang.. Seronok, boleh dijadikan aktiviti keluarga.

Selesai parking. Lihat signboard itu.. Kita sudah sampai!
Berbasikat tidak kira usia.. Ada juga yang berjalan dan ada juga yang jogging.
Pelbagai ragam janji kita relaks..

Ada juga yang memakai custume menarik untuk membuat promosi.
Selain aktiviti yang menyihatkan dan menceriakan, pastinya kewujudan kedai, gerai dan booth memeriahkan lagi hari ini. Ramai yang mengambil peluang ini untuk menjual sambil beramal. Ada bermacam-macam jenis jualan; makanan, pakaian, mainan, alat sukan. Pastinya yang menarik perhatian saya adalah makanan, apatah lagi bila terjumpa Pempek. Ohhooo.. memang sedaplah Pempek Ratu ni. Terbaik! Maka dikesempatan ini, sebagai pelancong bolehlah mencuba masakan Indonesia. Tidak salah merasa dan itulah salah satu kepuasan mengembara. Kepelbagaian dalam budaya, masakan sesebuah negara membuatkan kita semua unik.


Jual...Jual...
Ohho.. Pempek!
Terbaik!
Rasa lapar pula.. Tak cukup makan di sini, kena bungkus satu.

ZEN Family Reflexology

Sekali sekala bila sudah penat bekerja atau menguruskan rumahtangga, tidak salah memanjakan diri di rumah urut yang dipercayai. Untuk kali ini, kami mencuba Zen Family reflexology. Ada juga khabarnya setelah penat shopping di Pasar Baru (antara tarikan di Bandung) pasti ada yang ke sini. Maklumlah, di Pasar Baru kuat berjalan. Selesai shopping baru terasa penatnya.

Ada baiknya sebelum ke sini, kita membuat tempahan untuk memastikan perkhidmatan dapat disediakan, apatah tempat ini menjadi tumpuan. Usai sahaja masuk ke ruangan pendaftaran, udara yang segar ala-ala pudina dapat nikmati dan terasa relaks.

Kami pengambil perkhidmatan reflexology selama 1 jam setengah di mana kaki dan bahagian belakang akan diurut. Terpulang kepada pelanggan ada yang mahu urut kaki dan ada yang mahu seluruh badan. Pasti harganya dan masa yang diperlukan juga berbeza.

Welcome to ZEN.
Selamat datang..

Murah pun murah.. Service pun terbaik.






Alhamdulillah sambil diurut boleh menonton tv yang disediakan untuk setiap pelanggan. Ada juga yang tertidur. Maklumlah tempatnya tenang. Selain itu turut disediakan minuman. Sedap juga air teh yang disediakan. Anda bebas membuat apa sahaja ketika diurut janji jangan menganggu therapist melakukan kerja mereka.

Selesai sahaja diurut, terasa kaki semakin ringan dan sakit belakang pun hilang. Alhamdulillah. Hati senang, hidup sihat dan rasa tenang.

Ayuh hidup sihat!


Tuesday, September 18, 2012

Kembara Indonesia : Pempek vs Es Campur Special Duren

Pempek oh Pempek..

Pempek, Empek-empek atau mpek-mpek adalah makanan palembang yang cukup memikat hati saya. Rasanya mirip keropok lekor tetapi berbeza cara hidangnya. Dimakan bersama mee, hirisan timun dan juga kuah cuka menjadikan pempek kombinasi sempurna buat saya. Pertama kali merasa makanan ini bukanlah di Indonesia sendiri tapi di sebuah restoran di Gami', Hayyu Asyir Mesir (paling sedap hingga kini). Kemudian bermulalah sikap mengidam dan mengada-ngada mahu makanan ini selalu. Saya juga tidak habis habis meminta suami belanja saya ketika sampai di Indonesia.

Alhamdulillah, suami mana tak kasih isteri.  Ketika di Tasik, kami sedang berjalan di foodcourt Toserba Yogya, saya ternampak kedai Pempek.. Tersasul perlahan kalimah Pempek. Peka sungguh suami saya, lalu di beli " Khas untuk isteri," katanya sambil kenyit mata. Alhamdulillah sedap seperti di restoran Indonesia-Mesir dan rasanya sama!

Pelbagai pempek untuk dipilih.
Lihat saya pempek, terliur terus saya dibuatnya. Saya meminati Pempek Kapal Selam kerana didalamnya ada inti telur. Berbanding pempek lain yang kosong dan lebih mirip pada keropok lekor. Kalau di Malaysia, sudah pasti keropok lekor tiada tandingan. Alhamdulillah sekarang saya boleh melabel yang mana sedap dan kurang sedap. Hehe 'penyakit' yang sama saya suka lakukan pada Char Kuew Teow. Maklumlah kalau sudah minat kita akan cuba memesan dan membandingkan supaya dapat menikmati yang masakan yang terbaik. Boleh datang lagi ke kedai yang paling sedap. Betulkan?

 Inilah pempek kapal selam pertama saya di indonesia
Kalau sebelum ini di foodcourt Toserba Yogya, kali ini mencuba di Pempek Bu Srie.
Boleh tahan juga rasanya. Cuma mee diganti sooun.

Lepas ni kalau sudah berjauhan dengan pempek, tekad di hati mahu mencari resepi. Wait & see. Erm, kerana tertarik dengan pempek, gatal juga tangan mengoogle sejarah si pempek idaman hati ini. Lalu terjawablah oleh pakcik Wiki. Mari baca di SINI.

Es Campur Special Duren .. Durian tu!

Saat ini saya sudah di Bandung tapi masih terbayang-bayang Es Campur Special Durian di Tasik Malaya. Saya bukanlah peminat durian segar dan tegar cuma agak meminati makanan yang dioleh daripada Durian. Ehem...Sedap hingga payah juga mahu diterjemah dengan kata. Tinggallah gambar sebagai cerita.

Kali pertama mencuba...

Enak bangat! 
 Es campur special durian hasil pengamatan saya adalah campuran 3 ulas durian, hirisan mangga, nenas, avocado, kelapa, cincau, jelly, nata de coco, tapai pulut hitam dan kuahnya santan. Hehe, mungkin ada yang saya tertinggal. Pastinya rahsia tuan kedai kan..

Di hadapan kedai. Menjual durian dan Ex Campur. Kali ketiga dan terakhir kami menjamu selera di sini.

3 hari berturut-turut kami singgah di kedai ini hinggalah hari terakhir kami di Tasik Malaya. Mujur juga terlambat cuba Es Campur ni, kalau tidak berminggu-minggu la pakcik kedai ni melayan kami.  Sampai sekarang masih terbayang-bayang. Nak ke Tasik? Entah bila la kan. Boleh tahan perjalanannya, laluan bergunung ganang, bersimpang siur. Kalau jalan tidak macet (bahasa indonesia) zahmah (ammiyah Mesir) atau laluan trafik sesak bak kata laporan semasa mahu 4 jam juga, kalau sesak boleh jadi 6-7 jam atau lebih. Dasyat juga.

Itulah cerita Pempek dan Es Campur Duren Special. Dua jenis makanan di bumi Indonesia yang berjaya memikat hati saya. Maka, kalian boleh juga mencari nanti ya kalau singgah di bumi jiran ini.

Wednesday, August 29, 2012

Kembara Indonesia : Jalan-jalan cari makan di Tasik Malaya

Sepanjang duduk di Tasik Malaya, perkara yang Sinar suka cuba adalah makanannya. Walaupun nama masakan hampir sama di setiap kedai, namun rasanya cukup berbeza dan pastinya sedap.

Di sini suami Sinar cukup teliti dalam memilih makanan, baik dari segi kebersihan hinggalah kelazatannya. Memang terbaiklah citarasa suami. Jadi makanan yang saya rasa setakat ini Alhamdulillah memenuhi citarasa saya juga. Sampai saya ternanti-nanti ke mana lagi suami nak bawa.

Beliau pasti tanya, " Nur nak makan apa?"
Saya pasti jawab," Ikut Abang.." Maklumlah nak 'demand' pun bukan tempat kita. Hehe..
Lepas makan pasti di tanya, " Macam mana? Suka?"
Saya pasti jawab, "Sedappp, suka!"

Ok, sekarang biar gambar bercerita. Juadahnya ringkas tapi rasanya ada ummmp! Hingga menjilat jari.

Nasi Timbel Mama Mia. Kedai pertama untuk makan malam setibanya kami di Tasik Malaya.
Tempe dan tauhu goreng antara lauk yang wajib. Daun pisang menaikkan aroma nasi. Ulaman pula membangkitkan selera. Sudah pasti ayamnya sedap!
Kami ke gerai Ayam Penyet Wong Solo pula.
Turut menjual Lele Penyet (^_^) Rangup! Sedap!


Kami datang lagi ke sini. Ayam penyet untuk saya dan Lele penyet untuk abang.
Di suatu petang yang indah, kami singgah di tepi sawah menikmati air kelapa muda di gerai. Fresh!
Kami ke Saung Anyar... Nikmati udara sawah.
Juadah kami;
TO Bakar(Nasi) Ayam bakar madu, Ikan bakar madu, Kangkung goreng, Jus Sirsak (Durian belanda) dan Air Teh O.
Kami ke Saung Anyar lagi. Juadah yang berbeza. Cukup memikat hati.
Makanan tradisi. Ala-ala putu piring kita di Malaysia.
Dasyat sungguh bubur di sini. Penuh!
Murtabak Ramayana.. Antara yang glamour di sini.
Dahla besar, sedap sampai tak cukup untuk kami berdua. Memang makan berdua jadi lebih sedap sebab berebut kan..
Ahha... tiba-tiba saya pula jadi terliur sendiri. Alhamdulillah masih di Tasik Malaya lagi. Sudah pasti saya nak ucapkan seinfiniti terima kasih pada suami kerana cukup mengambil berat perihal makan dan keselesaan saya di sini. Terbaiklah abang! (^_<)v

Kawan-kawan lawatlah negara jirannya ni. Ada banyak persamaan dan perbezaan yang kita patut terokai. Bukan bab makan je ye. (^_^)

Monday, August 27, 2012

Kembara Indonesia : Damainya Tasik Malaya

"Indonesia here I come (^_^)"

Itulah ayat yang tidak saya sangka diberi keizinan olehNya untuk diungkap semula. Alhamdulillah saya dapat bertandang ke Indonesia buat kali ketiga. Pantas sungguh masa berlalu. Kenapa saya pergi  kali ini? InsyaAllah menemani suami yang masih bertugas di sini sebelum majlis graduasi. Alhamdulillah kali kedua bersamanya.
Walaupun masih Bahasa Melayu tapi agak aneh untuk saya..
Seperti sebelumnya Bandunglah tempat saya dan suami mendarat. Bezanya kali ini saya tidak hanya menetap di Bandung seperti sebelumnya. Saya ke Tasik Malaya, sebuah kota di Jawa Barat terletak di antara Bandung dan Purwokerto. Di khabarkan tempatnya hanyalah kecil. Ala-ala kampung kata suami. Yang terbayang di mata saya mungkinkah tinggal di kawasan hulu barangkali. Tambah lagi suami puas bertanya betulkah mahu ikutnya ke sana, susasana tidak seperti Bandung, bekalan airnya berkarat, makanannya tak seperti Malaysia. Untuk saya, itu tidaklah menjadi hal yang penting saya mahu menemaninya. Apatah lagi, saya juga perantau dan Mesir sudah cukup mengajar saya banyak perkara. Yang untungnya saya antara peminat makanan indonesia baik jawa, sunda dan palembang. Maka berbungalah hati saya mahu ke Indonesia tidak kiranya apa cabaran sekalipun.

Sekarang saya sudah pun 5 hari di Tasik Malaya. Saya menginap di Pondokan Amanah. Alhamdulillah selesa. Rumah-rumah di sini kelihatan kecil, rapat, comel dan cantik warnanya. Ceria sahaja kawasan perumahan kami. Damai... dan tidak pula saya sangka ada beberapa mall dan restaurant yang tak kurang hebatnya (^_^) Tidaklah hulu seperti yang saya sangka.

Di sini saya banyak memanfaatkan masa untuk mengenali suami, ulangkaji untuk peperiksaan akhir dan menikmati ketenangan Tasik Malaya seadanya..

Erm.. Lepas ni Sinar akan kongsikan tentang jalan-jalan cari makan... Umpppp.. Lazat! (^_<)

Thursday, August 23, 2012

Aidilfitri 1433H

Moga kita terus istiqamah pertingkatkan amal diri.

Salam Aidilfitri daripada kami buat rakan blog yang disayangi. Moga redha Allah bersama kita. Maafkan salah silap sinar ya.

Alhamdulillah, sudah 5 Syawal kita hari ini. Sinar pun sudah terbang ke Bandung bersama suami tercinta. Selamat tiba semalam di tanah ini. Alhamdulillah dulu kami jauh, kini kami dekat (^_^) Baki seminggu Ramadhan hingga kini masih dipinjamkan waktu untuk bersamanya. Sungguh Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Moga Dia terus melimpah rahmat ke atas kami dan kalian juga.

Sudah pasti Aidilfitri ini cukup berbeza buat diri. Bergelar seorang isteri dan punya keluarga baru membuatkan Aidilfitri kali ini penuh warna-warni. Alhamdulillah dapat juga beraya dengan keluarga sendiri. Indah! Saya cuba memaknakan Aidilfitri kali ini, kerana mungkin Ramadhan dan Syawal tahun depan bukan sebegini, apatah lagi kalau sudah bergelar Dr. Ramadhan dirindui, Syawal dirai. Kedua-dua bulan ada 'special'nya.

Tahun ini saya beraya di Terengganu lebih tepat di Marang (keluarga suami) dan Besut (keluarga sebelah Ummi). Perjalanan kali ini bermula 2 hari sebelum Syawal tiba dengan menaiki kerata Unser yang dipandu oleh suami secara bergilir. (^_^) Seronok rupanya bila merasa suami pandu kereta. Kami terlebih dahulu bermalam di Marang manakala keluarga terus ke Besut. Berbuka puasa bersama keluarga baru, terbit juga rasa segan. InsyaAllah usaha untuk menyuaikan diri dan keluarga suami sangat terbuka dan terasa dirai.

Esoknya pula hari terakhir berpuasa, malam raya disambut dengan majlis berbuka puasa dengan keluarga Ummi di Besut. Selesai berbuka, tiba pula giliran acara memanggang ayam, kambing dan membakar satay. Best, riuh dan meriah. Kemudian setelah selesai, saya dan suami bertolak semula ke Marang, kampung suami untuk beraya di sana.

Pagi raya seperti biasa, diizinkan solah sunat hari raya bersama suami dan keluarga mertua. Usai solah kami bersalaman dan mohon kemaafan.


Raya kedua pula diadakan rumah terbuka dan kenduri aqiqah di Marang untuk anak saudara kami Faqihah Nur Insyirah. Membantu selagi yang terdaya dan pastinya paling segan untuk menyambut tetamu. Maklumlah masih baru dalam suasana 'loghat terenggnu' tapi Alhamdulillah segalanya lancar. Dapat bertemu beberapa sahabat yang dirindui. Sekali lagi Aidilfitri saya diceriakan dengan kehadiran mereka.


Rasa lucu pun ada beraya kali ini. Rasa kekok itu sedikit demi sedikit hilang bila suami berperanan untuk mendekatkan diri saya dengan keluarganya dan sungguh beliau sangat membantu untuk meraikan Syawal ini. Alhamdulillah. Moga Allah pelihara dan lindunginya selalu.

Jutaan terima kasih buat suami tercinta, Ibu, Abah, Kak Long & suami, Angah & Aisyah, Ayie, Milah, Inah, Amad dan Bibik kerana menerima kehadiran saya di pagi raya. Maafkan kekurangan ahli baru ini. Terima kasih juga buat Ummi, Lek dan adik-adik yang sentiasa menceriakan hati Alongmu ini serta kawan-kawan yang sentiasa ingat dan tidak lepas doakan diri. Moga Allah berkati kalian semua. Selamat menyambut syawal, salam aidilfitri maaf zahir batin (^_^)

Tuesday, August 07, 2012

Tahun Akhir : Ramadhan terakhir di Mesir

Hari ini saya bakal berangkat ke Malaysia untuk 'study leave' sebelum peperiksaan akhir sebelum bergelar Dr. Mohon doa semua agar selamat sampai dan cuti ini dimanfaatkan sepenuh untuk study dan beberapa tanggungjawab lain. Mahu jadi yang terbaik dalam segala hal. At least cuba la kan..

Erm, nanti nak coret fasal Ramadhan di sini. Tersangat indah.. Semalam sempat melihat gelagat arab di jalanan  berbuka puasa :) Saling memberi makanan dan minuman pada mereka dalam kerendaan. Menabjubkan!

(^_^) Nervous pula nak balik ni. Gembira sebab nak jumpa keluarga apatah lagi suami tercinta. Sedih bila fikir.. inilah summer terakhir dan Ramadhan terakhir sebagai pelajar di Mesir ini.

Ok. Doakan saya dan maafkan salah silap ya...

Wednesday, July 04, 2012

Harga Sebuah Perkahwinan : Bukan Sebatas Dunia, Bicara dan Rasa..

Angka 5 datang lagi. Suka benar dengan angka itu kerana angka yang sangat rapat dengan diri. Hari ini genap 5 bulan pernikahan kami (4Feb-4Julai). Alhamdulillah, terisi dan taaruf masih berterusan. Menilai perjalanan sebuah perkahwinan bukanlah semata dari luaran tapi dalaman dan pengalaman. Ya, saya akui, saya masih HIJAU di alam ini.

Moga dengan warna pakaian inilah kami di akhirat nanti...

Dunia maya hadir sebagai pelengkap diri

"Skype tu apa?" tanya saya pada Lek dan seorang kawan diawal taaruf dengan Skype. Sudah bertahun di perantauan tapi skype tidak pernah disentuh. Maklumlah kalau rindu keluarga, terus sahaja buat panggilan ataupun ym. Berdolak-dalik mahu menginstall Skype. Akhirnya perkahwinan jarak jauh ini mengkehendaki saya menggunakan khidmatnya. Khidmat percuma tapi tidak ternilai untuk saya.

Jangankan skype... Dalam fasa-fasa hendak berkahwin pun baru mendekati dunia maya lebih jauh.

Lepas tunang baru tahu apa itu fb..
Lepas kahwin baru manfaatkan whatapp semaksimanya.. 
Lepas kahwin baru teringin guna voip..

Dunia tu walaupun kadangkala kita rasa ketinggalan tapi bila saat diperlukan baru rasa ada kemanisan.. 

:) Maka, ada benda yang Allah tangguhkan untuk sebuah kebahagiaan di hadapan. :)

Alhamdulillah... di dunia walaupun rasa ketinggalan bukanlah satu kerugian, namun manis bila kita gunakan dunia untuk keperluan bukan sekadar kemahuan.

Selagi mampu, senyum pilihan hati!

Setiap kali di awal bicara, lewat telefon mahupun skype hatta sms sekalipun, senyum seperti ini (^_^) mahupun ini =) sudah menjadi tradisi kami. Walaupun selepas itu, perbincangan serius ataupun sedih mengisi. Selalunya, kami pasti tersenyum mahupun tertawa. Itulah.. Damai.. Senyum adalah sarana pengikat hati, pertautan jiwa. Mampu memberi kesan lebih daripada apa yang boleh dilahirkan oleh nilai kebendaan. Alhamdulillah melalui komunikasi verbal dan nonverbal kami belajar mengenali.

Sesungguhnya, “Senyum itu akan terasa berat dilakukan bagi jiwa yang belum dibiasakan dengan kebaikan”. (Muhammad Qutb)

Namun bagi sang isteri, senyuman itu bertambah-tambah pahalanya. Masihkah ada pilihan lain? Kasihnya Allah pada wanita.. Setiap perilaku yang baik adalah ibadah dan pahala. Hingga kini, menatap suami sahaja senang sekali senyuman terukir. Jauh itu mendekatkan. Justeru, railah sesiapapun yang ada disekeliling dengan senyuman, apatah lagi yang dekat di mata. InsyaAllah, akan ada kedamaian di celah-celah kesibukan mahupun kesedihan. Maklumlah hati kita selalu sibuk dengan benda yang kita tidak nampak yang akhirnya membunuh senyuman.

Lembut bicara, tuturkan kalimah cinta

Rasulullah saw telah bersabda: “Mahukah aku kabarkan kepada kalian tentang orang yang diharamkan dari neraka atau neraka diharamkan atasnya? Yaitu atas setiap orang yang dekat (dengan manusia), lemah lembut, lagi memudahkan.” (HR. Tirmidzi)

Sudah pasti dalam pernikahan berhajatkan pada madah bicara penuh kesopanan dan kelembutan. :) Itulah yang harus dikekalkan sepanjang perkahwinan. Dengan kelembutan mampu menyentuh jiwa insan dan menuturkan kalimah cinta tanpa paksaan.

Cuba hayati nasihat Rasulullah ini. Anggaplah Rasulullah sedang mengingatkan kita ketika baginda menasihati isterinya: “Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah itu Maha Lembut, Dia mencintai sikap lemah lembut. Allah memberikan pada sikap lemah lembut sesuatu yang tidak Dia berikan pada sikap yang keras dan juga akan memberikan apa-apa yang tidak diberikan pada sikap lainnya.” (HR. Al-Bukhari)

Dunia dan akhirat mahu dimiliki

Dunia sahaja tidak menjanjikan apa apa. Apa yang kita suburkan demi perkahwinan seperti mentaati suami, senyuman, gurauan hanya tinggal dunia jika tiada ketulusan. Dunia penuh dengan peluang namun peluang perlu ada asas untuk membuahkan hasil di akhirat sana.

Jadilah perkahwinan sebatas dunia jika, kebahagiaan di dunia sahaja yang kita inginkan. Berapa ramai yang megah dengan majlis persandingan, pakaian pengantin, kecantikan dan kekacakan, keakraban yang dipertontonkan. Namun semua itu sebatas luaran. Terlalu banyak ilmu perkahwinan yang harus kita terokai hatta sudah selesai berakad nikah kerana syurga suami pada isteri dan anak-anak. Tarbiyah imaniyah dan tarbiyah tzatiyah sebuah keluarga harus diisi demi akhirat sana. Sungguh, banyak nasihat dari mereka yang lebih berpengalaman saya ambil buat bekalan.

Lazimi zikir seperti  Alhamdulillah, Subhanallah dan wallahuakbar ketika bersendirian. Bahkan lazimi istighfar kerana boleh sahaja disebabkan dosa, hati kita keruh, kurang cahaya, kurangnya cinta untuk kita kongsikan dengan orang yang kita sayang..

InsyaAllah dunia dan akhirat milik pasangan, jika neraca Allah jadi timbangan :) Tiadalah harga perkahwinan itu sejumlah mahar Rm sekian dan sekian tapi lebih dari segalanya. Bahkan jauh sekali sebatas dunia. Harga perkahwinan letaknya pada redha Allah dan suami yang mentaati Allah :) Maka, lengkaplah!

Thursday, June 14, 2012

KISAH SYURAIH AL-QADHI DAN ISTERINYA


KISAH SYURAIH AL-QADHI DAN ISTERINYA

Syuraih Al-Qadhi  pernah menceritakan kehidupan rumah tangganya kepada seorang sahabat, Asy-Sya’bi. “Selama 20 tahun aku tidak melihat isteriku berbuat sesuatu yang membuatku marah.” Asy-Sya’bi bertanya, “Mengapa demikian?”

Syuraih berkata, “Mulai malam pertama yang aku lihat padanya adalah keindahan dan kecantikan belaka. Di malam pertama aku berniat dalam hati untuk solat dua rakaat sebagai ungkapan rasa syukur kepada Allah s.w.t. Ketika aku menoleh untuk melakukan salam, aku melihat mendapati isteriku menunaikan solat denganku.”

Isteri Syuraih mengulurkan tangannya seraya berkata, ‘Selamat datang wahai Abi Umayah. Alhamdulillah aku memuji dan memohon pertolonganNya. Semoga selawat dan salam atas Nabi Muhammad dan keluarganya. Sesungguhnya aku adalah wanita asing bagimu. Aku sama sekali tidak mengetahui akhlakmu. Maka terangkanlah kepadaku apa yang engkau sukai sehingga aku akan melakukannya dan apa yang tidak engkau sukai sehingga aku meninggalkannya.’

“Aku yakin,” Isteri Syuraih melanjutkan, ‘di antara kaummu pasti ada orang yang ingin mengahwinkan wanitanya denganmu. Begitu pula kaumku terdapat lelaki yang sekufu denganku. Akan tetapi apa yang telah ditetapkan Allah harus dilaksanakan. Sekarang aku telah menjadi milikmu. Lakukanlah sesuai dengan  apa yang diperintahkan Allah kepadamu, Aku ucapkan sampai di sini saja, dan aku memohon ampun kepada Allah untukku dan untukmu.’

Syuraih berkata, “-Demi Allah wahai Asy-Sya’bi-, ia membuatku berhajatkan kepada khutbah seperti yang diucapkan isteriku,” Kata Syuraih pada sahabatnya itu.

Maka Syuraih menjawab ungkapan isterinya ‘Alhamdulillah segala puji bagi Allah, selawat dan salam untuk Nabi Muhammad dan keluarganya. Sesungguhnya engkau mengatakan suatu pembicaraan yang bila engkau teguh di atasnya, maka itu menjadi keberuntunganmu, dan jika engkau meninggalkannya, maka itu menjadi hujjah atasmu. Aku menyukai demikian dan demikian, dan tidak menyukai demikian dan demikian. Apa yang engkau lihat baik, maka sebarkanlah, dan apa yang engkau lihat buruk, maka tutupilah!’

Ia mengatakan, ‘Bagaimana kesukaanmu dalam mengunjungi keluargaku?’
 ‘Aku ingin suami anak perempuanku tidak membosankanku,” jawab Syuraih.
 Ia bertanya, ‘Siapa yang engkau sukai dari para tetanggamu untuk masuk ke rumahmu sehingga aku akan mengizinkannya, dan siapa yang tidak engkau sukai sehingga aku tidak mengizinkannya masuk?’ Maka Syuraih pun menghabiskan malam pertama tersebut dengan perbincangn penuh kelembutan dan kebahgian.

Syuraih berkata, “Aku hidup bersamanya selama setahun pertama itu, aku tidak pernah melihat kecuali yang menenangkan” Demikian Syuraih menceritakan kebahagiaan keluargnya kepada Asy-Sya’bi.
Demikianlah lembutnya penampilan isteri Syuraih pada malam pertama itu. Ia tampak memiliki kematangan emosional yang amat bagus, tenang, tidak tergesa-gesa dan mampu berbicara lancer. Sikap ini terbangunnya suasana yang indah dan menyebabkan Syuraih pun mengambil sikap yang sama, tenang, lembut dan tidak tergesa-gesa.

Petikan : Buku Di Jalan Dakwah Aku Menikah, Cahyadi Takariawan

Alhamdulillah kisah ini menjadi teladan sebelum menikah dan seusai menikah. J Teladan bersama. Selamat persiapkan diri samada yang bakal dan sudah menikah. Hari ini kisah Syuraih Al-Qadhi di ulang semula oleh Murabbiyah (^_^) Berusaha untuk menjadi yang muslimah terbaik dunia akhirat.

Monday, June 04, 2012

Kebahagiaan Itu Ada!

Dengan namaMu Ya Allah, hambaMu menulis.

Di mana kebahagiaan?

Kebahagiaan... Semua orang mahu bahagia. Namun bahagia itu ada di mana?

Saya yakin, saya dan kalian yang sedang membaca sebenarnya insan yang ingin bahagia. Betul bukan? Dan atas hakikat dan fitrah itulah kita terdorong untuk mencari kebahagiaan (^_^)

Dan di saat pencarian itu, terlihat di mata kita kebahagiaan itu ada pada kejayaan, kekayaan, keluarga, kerjaya dan hampir apa sahaja apa yang ada di dunia.

Namun Allah hadir memberi peringatan;

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia”. (Al-Kahfi: 46).


Hadith juga disampaikan daripada Zaid bin Tsabit r.a bahawa Nabi saw bersabda:

“Barangsiapa yang menjadi dunia sebagai perhatiannya, pastilah Allah akan cerai-beraikan kesatuannya dan Allah menjadikanya miskin kepada dirinya. Allah tidak mendatangkan dunia kepadanya melainkan apa yang ditentukan Allah kepadanya”. (Al-Munziri)

Di dalam sebuah hadith daripada Ibn Abbas r.a, Nabi saw bersabda:

“Seandainya Anak Adam diberikan satu lembah emas (pastilah ia merasa tidak cukup bahkan) akan mengharapkan supaya dia memperolehi dua lembah. Seandainya Anak Adam memperolehi dua lembah emas (pastilah ia merasa tidak cukup bahkan) akan mengharapkan supaya dia memperolehi tiga lembah. Perut Anak Adam tidak akan penuh melainkan diisi dengan tanah!”. (Bukhari)

Begitulah...Kalau dunia yang kita kejar, kita makin ketagih untuk mendapatkan dan tidak akan pernah puas. Jika sandaran kita dunia, kita dikejar oleh dunia. Lelah dan sangat meletihkan. Kita terhambat dengan hambatan dunia hingga serba tidak cukup. Kita akan sedih dan putus asa ketika gagal, miskin, tiada keluarga dan hilang kerjaya.

Berlainan sekiranya yang mendorong kita adalah akhirat. Apabila kita gagal mendapatkan kita redha namun tidak mematahkan semangat untuk terus berusaha dan berusaha. Apabila kita berjaya mendapatkan kita bersyukur dan terus melakukan dengan lebih baik tanpa meletakkan dunia di hati, cukup sekadar dalam genggaman.


Kebahagiaan itu ketenangan hati, kelapangan jiwa dan kerehatan nurani.


“Dia-lah yang Telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang Telah ada)”. (Al-Fath: 4)

Kebahagian itu ada pada keimanan. Ketenangan itu adalah ciri sebenar kebahagiaan. Tidak goyah walau diuji (^_^) Inilah hidayah Allah.. Kebahagiaan hakiki. Sukar sebenarnya mahu diunggap dengan kata-kata melainkan merasanya sendiri.


Imam Ibn Qayyim menyatakan: “Sesungguhnya di dalam hati terdapat kotoran yang tidak akan hilang melainkan menerima perintah Allah. Di dalam hati terdapat kebuasan yang tidak akan lenyap melainkan dengan berjinak dengan Allah. Di dalam hati terdapat kedukaan yang tidak akan pergi melainkan gembira dengan mengenaliNya, benar dalam melaksanakan perintahNya. Di dalam hati terdapat keresahan yang tidak akan berasa tenang melainkan berkumpul keranaNya, menuju kepadaNya. Di dalam hati terdapat api kekecewaan yang tidak akan padam melainkan dengan pasrah dengan perintah, tegahan dan ketentuanNya, dan sentiasa sabar di atas perkara tersebut sehingga menemuiNya. Di dalam hati terdapat hati yang mati yang tidak akan hidup melainkan mencintaiNya, bertaubat kepadaNya, sentiasa mengingatiNya, benar-benar ikhlas kepadaNya sekalipun diberikan dunia dan segala isinya tidak akan mampu menghidupkan kematian itu selama-lamanya”.

Sayu... Semoga Allah campakkan keimanan, ketenangan dan kebahagian dalam jiwa-jiwa kita. Semoga segala keluh-kesah juga hilang dari jiwa kita. Rehatlah ruhani, cergaslah jasmani untuk terus beribadah pada Yang Maha Esa.

Saya, mereka dan kalian. InsyaAllah mampu bahagia!



Sesungguhnya saya, menulis di medan ini untuk mencari amal untuk dibawa pulang. Menulis buat hati saya lega. Saya tidak pernah sempurna dan selamanya tidak akan pernah. Kerana rahmatNya mata mampu melihat, jari mampu menulis, kaki masih mampu berdiri. TanpaNya juga saya tidak mampu merasa apa itu bahagia.

Akan hadir satu saat, saya lenyap dari dunia penulisan dan ketika itu yang tinggal hanyalah coretan ini buat kenangan keluarga, suami tercinta dan sahabat. ANDAI saya punya musuh, saat itu hilanglah saya sebagai musuhnya dan legalah saya kerana kalian tidak mendapat dosa kerana kewujudan saya. (^_^) Maafkan saya atas kekurangan.

Berat juga membawa nama 'Hidayah' kan? Erm...kerana hidayah (baca : petunjuk) itu milik Allah. Allah beri hidayah kemudian Allah juga boleh mengambil semula. Selagi saya hidup harapan saya, hidayah itu masih di sisi saya hingga saya pulang apatah lagi saat berubah fasa demi fasa kehidupan. Dan yang pasti ' Hidayah', anak Ummi Lek ini dan isteri Abang pastinya akan kembali kepada Pemiliknya setelah Allah berikan pada kalian :) Semoga kehadiran saya buat kalian bahagia dan ketahuilah kehadiran kalian buat air mata saya bertukar jadi mutiara :) Saya bahagia kerana susah senang kita bersama. Kalian sentiasa mengingatkan saya pada Allah Pemilik kita semua.

Hari ini 4 Jun 2012, genap sudahlah 4 bulan pernikahan kami. Alhamdulillah 4 bulan yang banyak mengajar erti kehidupan (^_^) Masih banyak lagi yang harus dipelajari dan doa itu pengikat serta ketenangan kami. Satu demi satu ujian Allah selesaikan dengan caraNya tersendiri. Sungguh didikan Allah itu Maha Sempurna!

Dunia walaupun sementara, setiap detiknya punya nilai tersendiri. Bersyukur dikurniakan suami merangkap sahabat hati, penasihat diri dan teman hidup yang sangat memahami persis namanya :) Moga Allah berkati mahligai yang terbina dengan penuh sakinah, mawaddah wa rahmah ♥ Ameen.

Thursday, May 31, 2012

Hari ini kita teroka!

Hari ini tiba dengan izinNya
Dan itu sahaja peluang kita
Yang hakikatnya bukanlah milik kita
Hanya milik Sang Pencipta...

Semalam bukan milik kita,
Sudah berlalu di pelupuk mata.
Apatah lagi esok yang belum tiba.
Andai maut menjengah di malam hiba,
Pasti hilanglah peluang, tiada kedua..

Kau dan aku punya cerita,
Kau dan aku punya cita-cita,
Kau dan aku punya cinta,
Namun....
Sejauh mana aku meletakkan-Nya dalam 3 ta?

Kita tenggelam dalam bicara,
Di mana rezekiku?
Di mana jodohku?
Bilakah ajalku?
Namun....
Sejauh mana amalku menuju bicara?
Di mana keyakinan kita yang membara?

Maka, tinggallah kita terpaku seketika,
Merancang hari untuk diteroka,
Biar sesaat kita melakar cerita,
Agar terlaksana cita-cita,
Hidup penuh dengan cinta,
Untuk kita sebarkan Islam di dunia.

Hari ini kita melangkah, dengan semangat tanpa kalah..!

Wednesday, May 16, 2012

Salam Mahabbah Pendidikku


Pagi ini terbayang-bayang lubuk tarbawi. Tempat jatuh bangun saya selama ini :) Hingga kini, percutian musim panas pasti tempat ini saya kunjungi.

Teringat sangat dekat Kak Lang (Cikgu Nur Laili). Tak terhingga jasanya pada diri ini. Lebih dari seorang guru dan warden peranannya pada diri. Sangat protective orangnya.  (^_^) Pastinya pulut ayam ana tak lupa. Rindu makan bersama.

Pagi ini juga teringat sangat pada Cikgu Azmi Bahari, Cikgu Zaiton (Jazakumullahu kheiran kathira Cikgu atas nasihat dan pedoman hingga kini), Cikgu Ros, Ustaz Shaari, Cikgu Norizan ( Buku Satu Rasa Dua Hati kemas di almari dan di hati), Ustaz Mahathir, Ustazah Khairol (Mabruk Ustazah! Tak sabar nak jumpa), Ustaz Zainuddin dan Cikgu Shima (Pasangan yang asyik tersenyum) Paling lama tak jumpa dan peringatannya selalu bergema pastilah Cikgu Mai dan Pakcik Rosdi. 

Pastinya tak lupa buat mereka yang bertungkus-lumus mentadbir, Ustaz Omar, Ustaz Hadi, Ustaz Rahim dan Sir Abduh (Lama tak jumpa Tok Teh). Kalian dekat di hati.

Moga Allah cucuri rahmat buat arwah Ustaz Dahlan, Ummi, Cikgu Yahya, Cikgu Desa yang dikasihi. Pemergian kalian sangat dirasai. Rindu taujihat yang selalu diberi.

Moga Allah berkati semua guru-guru saya sejak dari kecil hingga ke universiti (^_^)
.....................................................................
Alhamdulillah dapat 'cikgu' baru tahun ini. <3 (^_<)

Friday, May 04, 2012

Kepimpinan: Anugerah dan Amanah! Pimpinlah dengan sedar!

Pemimpin kecil berjiwa besar

Menyebut soal pemimpin pasti tertanya-tanya, siapakah yang digelar pemimpin? Justeru pasti terasa bukanlah kita orang yang selayaknya. Persepsi yang sememangnya salah kerana tanpa kita sedar, setiap hari lagak kita adalah lagak seorang pemimpin. Tidak percaya?

Lihat sahaja kehidupan seharian, baju apa harus dipakai, lauk apa harus dimasak, buku apa harus dibaca, jam berapa mahu tidur, semua kita tentukan sendiri. Jarang sekali kita mengikut orang sekeliling. Walaupun mungkin bertanya pendapat, akhirnya keputusan di tangan kita juga. Benar?

Percaya atau tidak manusia secara lahiriah sudah dilahirkan sebagai pemimpin. Sebaik sahaja celik melihat dunia, Allah mengizinkan kita mengerakkan mata, jari, mengagahkan tangan dan kaki untuk merangkak. Kemudian bertatih dan berlari sendiri. Setiap daripada kita berbeza usia untuk pertama kali kita berjalan tanpa dipimpin ibubapa kita. Allah jugalah yang membimbing kita untuk menjadi pemimpin di saat kecil. Puas emak dan ayah memberi sokongan untuk melihat perkembangan kita tetapi jika tiada sistem pimpinan dan kawalan dalam diri, kita tidak mampu bergerak ke suatu tahap yang lebih baik.  Sorokan mereka hanya tinggal sorakan jika kita tidak mempunyai keinginan.


Ya, saat kita kecil, kitalah ‘duta kecil’ malah pemimpin kecil yang memiliki cita-cita besar untuk berusaha merubah diri dari tidak tahu kepada tahu. Dari merangkak hinggalah berjalan. Hebat bukan…?

Setiap daripada kita adalah pemimpin

Setiap individu sudah Allah takdirkan menjadi pemimpin untuk dirinya. Inilah anugerah buat makhluk bernama manusia. Bergelar pemimpin berupaya menentukan pilihan. Allah bentangkan jalan ketakwaan dan kefasikan. Jika pilihan kita menepati apa yang Allah gariskan iaitu jalan ketakwaan, pahalalah milik kita. Bukankah itu anugerah untuk menambah amal?

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ عَلَيْهِمْ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

Ibn umar r.a berkata : Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda : Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannnya. Seorang pemerintah akan diminta pertanggungjawaban  perihal rakyat yang dipimpinnya. Seorang suami akan ditanya perihal keluarga yang dipimpinnya. Seorang isteri yang memelihara rumah tangga suaminya akan ditanya perihal tanggungjawab dan tugasnya. Bahkan seorang pembantu yang bertugas memelihara barang milik majikannya juga akan ditanya dari hal yang dipimpinnya. Dan kamu sekalian pemimpin dan akan ditanya (diminta pertanggungan jawab) darihal hal yang dipimpinnya. (Bukhari dan Muslim)

Nah, sudah terang pesanan Rasulullah s.a.w. ini. Setiap manusia adalah pemimpin, paling tidak, pemimpin pada dirinya iaitu dengan pemimpi jiwanya dalam segenap kehidupan, memilih antara yang hak dan bathil. Pemerintah adalah pemimpin, suami adalah pemimpin, isteri adalah pemimpin, agamawan adalah pemimpin, doktor adalah pemimpin, pelajar adalah pemimpin dan sesiapa sahaja adalah pemimpin terhadap amanah yang telah diberikan. Itulah tanggungjawab kita. Setiap apa yang kita pimpin ada hak yang perlu kita tunaikan.

Gambar Hiasan : Sumber Dr Amad's Blog

Wanita juga tidak lepas dari tanggungjawab ini..

Terbayang-bayang wanita Palestina mencorak anak lelakinya..

Harus mula bersiap dari sekarang! 


Pemimpin adalah mutiara ummah

Selain itu perlu diingatkan bahawa, kita dipimpin oleh Islam melalu Al-Quran, Hadith dan mereka yang terpercaya untuk memimpin. Tanpa panduan kita mungkin teraba-raba dalam mencari contoh khudwah (contoh). Biarlah kita memimpin dalam keadaan tahu akan hukum-hakam yang Allah gariskan. Jangan zalim di pertengahan jalan.

Kita menginginkan ummah yang mampu membawa keindahan Islam ke seluruh dunia. Tidak lain dan tidak bukan apabila wujudnya pemimpin yang mengutamakan manusia di sekelilingnya, melaksanakan amanah sebaiknya, ambil berat isu semasa, bahkan bercita-cita mengubah keadaan ummah Islam hari ini. Justeru pemimpin yang Allah suka bukan sahaja memimpin dirinya namun keluar memimpin ummah di sekitarnya. Dia mahu bergandingan dengan masyarakat untuk menyebarluas Islam yang dia percaya. Itulah mutiara di tengah ummah.

Tidak perlu pemimpin masa hadapan. Kenapa?

Pasti terkejut bukan. Ya itulah kenyataan. Kita lupa, bila mana slogan pemimpin masa hadapan dilaungkan justeru semangat kita pudar dek merasakan akan hadir pemimpin masa hadapan, bahkan kita sebenarnya wujud pada masa kini dan belum tentu kita miliki masa hadapan. Jadi yang harus diperjuangkan adalah masa  kini yang pasti. InsyaAllah perjuangan masa kini akan menatijahkan pemimpin masa hadapan. Ingatlah sabda Rasulullah saw;

“Tidak beriman orang yang tidak bisa menjaga amanah yang dibebankan padanya. Dan tidak beragama orang yang tidak bisa menepati janjinya.”

(Hadith Riwayat Ahmad Bin Hambal)

Na’uzubillah, marilah kita renungkan dan kilatkan iman di hati supaya sedar akan amanah ini.

Matahari akan terbit, maka sedarlah wahai teman!

Kalau anda memandang jauh ke hadapan, terpampang di sana sebuah harapan yang akan memenuhi hidup anda; harapan yang positif. Harapan harus tetap ada dan tertanam kuat di dalam jiwa. Harapan adalah potensi yang mendorong lahirnya gerakan dan produktiviti dalam beramal. Biar pun susah bergelar ‘pemimpin’ ketahuilah Allah menanti kita di akhirat sana dengan kenikmatan yang tidak mampu kita bayangkan.

Berbuatlah demi Allah untuk membangunkan ummah sebagai pemimpin masa kini dan juga masa hadapan, InsyaAllah.

Sinar~islami :
Risalah Buat Setiap Muslim dan Muslimah Jamadilakhir
El-Fahmy Alley
...........................................................................
Alhamdulillah, sedikit perkongsian di hari Jumaat yang barakah ini. Bukan mudah saya mencoret penulisan di atas. Atas permintaan sahabat, saya gagahkan juga supaya pesanan ini sampai ke dalam jiwa dan sesuai untuk sahabat-sahabat baca. Sungguh, saya juga sedang belajar menjadi pemimpin yang Allah redha. Moga Allah terus pimpin jiwa-jiwa kita untuk mendukung risalahnya. Moga kemanisan Islam kita terapkan dalam keluarga, rakan taulan, masyarakat dan negara kita. 

Wallahualam.. Salam jumaat buat semua. Jumaat terindah buat saya hari ni. Sujud syukur!

Thursday, April 19, 2012

Love, Cinta, Hubb

Praise be to Allah who blessed us with the guidance of His prophets and messengers. Praise be to Allah who knows our needs and answers our calls and brings peace to our hearts. Praise be to Allah who breathed into us of His Spirit and placed the light of His guidance in our inmost being. Whomever Allah guides, no one can misguide, and whomever Allah misguides, no one can guide. We put our trust in Allah and seek His forgiveness, aid, and support. May Allah guide us till the way through.

We are nothing without Him right? Yet all praise just for Him. (^_^) What a pleasant day I have. Can we talk about love today? 




 ♥ Dengan cinta & kasih sayang terpadamlah sebuah kesalahan ♥ 


Mari teliti kehidupan kita hari-hari. 

Ada saja kesalahan dan kesilapan yang acapkali kita lakukan.
Hati kawan terguris kerana kita,
Hati ibu menangis kerana kita,
Hati kita gelap kerana dosa-dosa kita.

Tapi apa Allah kata..

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (Al Baqarah: 222).

Keutamaan apalagi yang lebih besar buat orang yang bertaubat mendapatkan keampunan daripada Allah , hingga keburukan mereka digantikan dengan kebaikan?

“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Nah, tidakkah kita melihat kasih sayang Allah pada kita setiap waktu.. 
RahmatNya juga terbuka luas.. 

 ♥ Sebarkan cinta ♥ 

Mengapa tidak kita aplikasi sikapNya dalam mengurusi cinta sesama manusia. Cinta dan kasih sayang biarlah berpanjangan. Pasakkan dengan keimanan agar ketika kita goyah, masih mempunyai dasar untuk kita berpaut. Terasa malu saat diri tidak mampu membalas segala cintaNya dan menyebarluas kasih sayangNya. Ayuh mulakan azam baru..

Let's spread the love... ♥ For my dear hubby, my family and my beloved friends.. without love we are nothing seen. May Allah nourish us with His blessing, love and forgiveness.

(^_^) Moga Allah terus hidup suburkan hati kita ini dengan cinta dan kasih sayang hinggalah dijemput pergi. Let me share a hadith.

A man once came to the Prophet (pbuh) and asked him about the hereafter. The Prophet asked him, “And what have you prepared for that time?” The man replied, “Nothing, except that I love Allah and I love you.” The Prophet (pbuh) answered him, “You are with the ones you love.”

Thus, love that which Allah loves! Love Allah with all your hearts! Do not stop remembering Him and don't ever stop spreading the love. Islam is deenul haq wa deenul hubb ♥

Monday, April 09, 2012

Tiada Rahsia antara Dia dan aku

Setiap helaian nafas,
adalah antaraku dan Penciptaku,
Segala langkahku, Dia tahu
Segala percakapanku, Dia tahu
Tiada rahsia, antara aku dan Penciptaku..

Adakala kusedar tugasku di dunia,
Adakala kuterleka dihimpit sejuta rasa,
Tiada siapa yang tahu,
detikan hatiku...
melainkan Dia, Pemilik hatiku

Allah tersangat tahu apa dalam diriku,
Allah tahu baik burukku,
Allah tahu lebih dan kurangku,
Allah tahu pahala dan dosaku,
Allah tahu apa yang tidak kutahu,
Tiada rahsia antara aku dan Allah, Penciptaku..

Tergiang sebuah pesanan di gegendangku

"Maka kawallah hatimu, "
"Maka kawallah kata-katamu,"
"Justeru, perhalusi niatmu, "

Sungguh kerana tiada rahsia,
antaraku dan Penciptaku.
Lantas, kusujud tanda lemahnya diriku
"Ighfir zunubi Ya Allah"
Kalimah yang bisa mengetarkan jiwa lemahku...
................................................................
Mengharap Penjaga rahsia segala rahsia menjagaku... kerana sungguh Dia mengetahui setiap detik hidupku namun diriku sendiri tidak tahu. Hebat sungguh Pemilik hatiku, Perahsia Agung supaya kita lebih terus dan terus mencariNya. (^_^)

Saturday, April 07, 2012

15 Jamadilawal 1433H : Masih ada yang sayang


Hidup ini penuh dengan kasih sayang...
Sama ada kita boleh merasa atau sebaliknya...

Dalam kesibukan kita mengurus kehidupan, akan tiba saat kita rasa sendirian dalam menghadapi hidup yang penuh seribu satu ragam. Dalam kesesakan jiwa, kita rasa kita tidak punya sesiapa, seakan-akan kita dibuang dari kamus kehidupan mereka yang wujud di sekeliling kita.

''Mereka tak pedulikan aku! Mereka tak sayangkan aku!" Hati meronta...

Itulah ujian perasan. Sebuah ujian yang kita akan hadapi dan bertarung setiap hari.

Nah, kita lupa. Saat kita bersendirian, kita bersedih... ada Allah yang terus setia menemani. Dia membelai jiwa kita dengan sebuah ujian. Bukan ujian untuk melemahkan, namun memberi sebuah kekuatan.

Ada kebenaran dalam lagi Zain Bhikha ini...

When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

Indah bukan liriknya. Ya, Allah tahu dan Allah masih sayang kerana itu dikurniakan kita waktu untuk perbaiki matlamat kehidupan, diberikan waktu untuk kita perbaiki diri dengan menyedarkan kita melalui sebuah ujian.

Seharusnya capailah Al-Quran dan tanyalah diri, " Apa ya Allah ingin bicara padaku hari ini?"

"Katakanlah, "Sesungguhnya solahku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam." [Al-An'am:162]

BicaraNya lagi

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." [ Ali-Imran:139]

Kemudian tanyalah diri

Did I live for Allah & His Messenger?
Did I really love Allah & His Messenger?
Did I matter to the Ummah?

Nah kalau inilah soalannya, kita tiada masa untuk berendam lama dalam sebuah kesedihan mahupun berpeluk tubuh dengan himpitan dunia dan terus hanyut dibawa keseronokan dunia. Kita akan menongkahnya. Bergerak maju dan terus melangkah hingga ke pintu syurga. Kita tidak selayaknya memikirkan kepentingan diri semata-mata tapi perlu lihat lebih jauh untuk Ummah Islam keseluruhannya.

Justeru, wahai temanku.. Kita punya tugas (^_^) Jangan risau, Allah masih sayang dan InsyaAllah masih ada lagi yang sayang kita. Cuma kita yang tidak sedar kehadiran mereka. Lihatlah kiri dan kanan. InsyaAllah akan ada...

.................................................................................

15 Jamadilawal 1433H

Apa 'significantnya'? Diri merenung jauh...

Sudah bertahun-tahun hidup di dunia...
Sudah dua bulan juga marhalah baru dilalui...
Setapak kaki melangkah dan akan terus melangkah...
Moga baiklah pengakhiran ini hendaknya. Mohon doa..


Angka 1 dan 5 sudah Allah takdirkan untuk saya dan di sebaliknya punya pelbagai cerita... Semuanya dengan izin Allah, siapalah kita untuk menidakkan segala perancanganNya. Akan terus positif melihat perancanganNya. (^_^)

Alhamdulillah terasa kasih sayang Allah dalam mendidik diri yang sering terlupa. Dihadirkan insan-insan penyayang setiap hari. Masih ada yang sayang. Saya percaya Allah tidak membiarkan kita sendiri. Syaitan sahaja yang suka mencucuk jiwa kita.

Marilah kita terus senyum menghadapi kehidupan ini.