BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 29, 2008

::Hijrahkan diri::


~Hijrahkanlah diri~

~Mantapkan Akidah Tinggalkan jahiliyah~

Sesungguhnya hari hari telah berlalu, tidak sekali meninggalkan jejak untuk diikuti bahkan hari mendatang belum pasti jua medan mana akan kita tempuhi. Ya, seolah-olah tersepit di antara waktu. Namun inilah kehebatan masa, Hanya Allah yang mengetahui hal-hal yang tersembunyi. Kita merancang dan Dia juga merancang. Maka rancanglah sebaiknya kehidupan ini. Moga tidak sia-sia hidup kita di perhentian dunia ini.

Penghargaan buat diri

" Katakanlah: Sesungguhnya solahku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada sekutu bagiNy a dan demikian itu diperintahkan bagiku dan akulah yang pertama-tama menyerah diri kepada Allah S.W.T.. "
(Surah al-An'am: ayat 162-163.)

Laungkanlah kalimah syukur, panjatkanlah pada-Nya kalimah tauhid yang tertinggi berulang-ulang kali. Raikan kemunculan tahun baru dan tekadlah berazam agar terus dan terus mentaati Allah dan rasul-Nya. Ibarat lagak Laksamana Sunan tak putus-putus mendoakan “Ya Allah..aku mohon.. panjangkanlah umurku dalam mentaati-Mu dan mentaati rasulmu,”

Berikan penghargaan pada diri dengan perbanyakkan amal serta perbaharui dan perkemaskan azam. Zahirkan setiapnya dalam keadaan sedar dan bersungguh-sungguh. Rungkaikan segala konspirasi diri untuk terus maju. Sudah.. jangan dikenang masa silam yang mampu merentap semangat juangmu. Lakukan perubahan. Satu anjakan paradigma perlu dilaksanakan. Masa sudah suntuk.~ Kematian itu pasti... Hidup, insyaAllah~

Tempelan maya, realitikanlah...


~kenangan masa lalu, kekuatan masa kini~


Jika ingin sehebat Abu Bakr, setegas Umar, setabah Siti Khadijah, Sepintar Aisyah dan selincah Hamzah dalam mengempur dan mengoncangkan dunia..Jangan hanya diangan-angankan tanpa usaha. Realitikan impian itu. Takkan pernah sama orang yang bekerja dengan orang yang bersahaja. Takkan sama orang yang bersuka ria dengan dunia dengan orang yang serius di jalan akhirat !! Bisa sungguh kata-kata ini. Tapi ini hakikat yang perlu kita sedari. Inginkan kebahagian abadi perlu kepayahan duniawi.


Hijrahkan diri..berjihadlah

Sesuatu kemenangan dan kejayaan tidak akan tercapai melainkan dengan jihad (perjuangan) dan setiap perjuangan itu tidak akan hakiki melainkan dengan pengorbanan. Di dalam Al-Quran galakan dan perangsang berhijrah sama nilainya dengan galakan dan perangsang untuk brjihad. Ini membayangkan hubungan erat antara hijrah dan jihad.

“ Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh ( itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah?. Maka bergembiralah dengan jualbeli yang telah kamu lakukan iut dan itulah kemenangan yang besar. “
(Surah at Taubah : 111)

Sabda Rasulullah s.a.w bersabit dengan hijrah :

“ Diriwayatkan daripada Saidina Umar bin al-Khattab r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka Hijrahnya itu kerana Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia akan mendapatkannya atau kerana seorang perempuan yang ingin dikahwininya maka Hijrahnya itu mengikut apa yang diniatkannya “

Akhirul kalam, moga kita renungi pengertian hijrah dalam diri, sirah mungkin kita sudah hadam sebaiknya namun sejauh mana memanifestasikan ia dalam jiwa hamba. Salam Mahabbah buat semua. Salam ma’al Hijrah buat semua.

Sunday, December 28, 2008

Kisah yang tiada noktahnya?

Kisah yang tiada noktahnya??

~kredit to infopalestina~




Hari ini seperti biasa, pharma dan patho mengisi jadul kuliah. Minggu ini juga tahun 2008 bakal melabuhkan tirainya dan paling penting kalendar hijrah sudah pun bertukar.. Ahlan Ahlan 1430H. Mmm kesejukan pula sentiasa menyelubungi ardul kinanah. Seusai sahaja kuliah tamat, masing2 pulang, namun hari ini daku melambatkan langkah biarlah menjadi mutaakhirun...Berjalan dengan seorang teman sekuliah membuatkan daku senang berbicara dengannya.

~Jalan ini kuredah selalu~

Bersembang dan terus bersembang hinggalah kami ingin melintasi jalan besar Syari3 kasr el-einy...masing-masing terpana apabila melihat segerombolan manusia sedang memegang bendera Palestin dan memegang banner tertentu. Apalagi perasaan ingin tahu mendorong kami menuju ke sana. Sudah pasti ini demonstrasi tentang Palestin. Tiba-tiba teringat kami di nasihati menjauhi sebarang perkumpulan..Ha peduli apa isu ummah lebih diutamakan.. Sambil melencong ke Pyramid (kedai makan) dan bertanya kepada penjaga kaunter maka benarlah. Siapa tak protes. Palestin sekali lagi di ancam bahaya. Televisyen pun sedang menayangkan siaran pengeboman. Peluang ini tak dilepaskan. Berita juga hangat menunjukkan kekejaman yang berlaku. Panas hati dibuatnya. Rafah juga terkena tempias mana tidaknya. Berdasarkan peta kami sekarang sedang berjiran.. Aduh selama ini kita hanya diam sahaja.. Lebih menyakitkan daku sekarang hanya berjiran. Hakikat ini amat memedihkan.



~kesedaran itu diperlukan~


Sebak tak terungkap. Teman ku berada di luar. Daku yang masih melihat berita itu tak semena kesedihan mula membenihkan mutiara. Ya di luar sana ada insan-insan yang prihatin terhadap nasib ummat..tapi sampai bila harus begini..Ya Rabb ku tahu kemenangan pasti milik mukmin..Ya Rabb kurniakan kami kesabaran dan teguhkan kami dalam perjuangan..Setakat ini bantuan kewangan, demonstrasi,doa dan ect dari insan yang hidup hatinya tak pernah putus untuk saudara Palestin. Tertanya juga pada diri, bila akan lahir Salahudin abad ini. Kalau di baca novel Islamik dan cerpen, ramai sahaja penulis mengimaginasikan kemunculan..namun bila ia akan jadi kenyataan ?

Sungguh penantian satu penyeksaan dan memerlukan pengorbanan yang tingi. Maaf yang patut diriku ungkap sebagai mukmin sepatutnya hakikat sebenar penantian menuntut infiniti kesabaran. Daku sendiri tulus mengatakan tak mampu menjadi Salahuddin tapi mungkin generasi bawahku. Mungkin kalian yang sedang membaca..Moga2 begitulah.. Daku yakin walau pembukaannya belum tiba.. tapi Hari itu pasti ada.. dan akan ada noktahnya.

Apa usaha kita?? 300 orang sudah terbunuh oleh zionis durjana..


BANDAR GAZA 27 Dis. - Lebih 155 orang terbunuh manakala 310 lagi cedera, apabila pesawat pejuang Israel melancarkan kira-kira 30 peluru berpandu ke arah kedudukan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, hari ini.

Serangan besar-besaran yang bermula pada pukul 11.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) itu memusnahkan ibu pejabat serta beberapa pekarangan polis Hamas dan menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan lain.

Mangsa yang terkorban termasuk 120 di bandar ini dan 23 lagi di Khan Younis dan Rafah, lapor Al Jazeera dengan memetik kenyataan ketua perkhidmatan ambulans di Gaza. Antara yang terbunuh ialah ketua polis Gaza, Mejar Jeneral Tawfiq Jabber.( Agensi~utusan)


Latest di infopalestina

Wednesday, December 24, 2008

Di sebalik mutiara

~Di sebalik Mutiara~



Indah sungguh sang mentari
Menerangi alam di siang hari
Terasa bererti hidup ini
Andai mutiara terus di cari


Ha..mutiara apa pula yang ana singkapkan ini.. Kalau dahulu di sekolah, puas para murabbi dan senior meninggal kesan di hati kami, “carilah mutiara di sini, selami biah tarbawi, biiznillah kalian akan temui’ ini harapan yang mendalam ana kira. Sudahkah kita temui..?? Satu persoalan satu renungan buat diri dan teman seperjuangan dahulu dan teman ingatan sentiasa saban hari…

Tadi adalah satu muhasabah diri namun ingin sekali dikaitkan dengan realiti…
Di sebalik kepekatan jahiliyah masa kini masih ada mutiara yang kita boleh cari, Cuma persiapan perlu ada, merentas lautan bukan mudah kerna seorang penyelam perlu persiapan dan keteguhan yang tinggi..mencari sesuatu yang pasti disebalik ujian yang kurang tafsiran perlu pada keyakinan menggunung tinggi.

Mmm…Mutiara merupakan sesuatu yang berharga dan punya nilai estetikanya tersendiri. Kalau Islam boleh diisbatkan gitulah nilainya tapi bahkan lebih tinggi dan infiniti selayaknya. Satu proses pencarian itu pasti tanpa henti. Kalau proses pembentukan mutiara sudah makan masa..proses pencariannya apatah lagi.. mencari nilai hidup yang tinggi perlu kesabaran yang tinggi, perlu semangat juang tanpa henti, perlu pada keyakinan teguh berdiri tak takut dihina atau dicaci apatah lagi mati kerana jihad cita- cita tinggi.. Memang indah beritma di sini..Kata-kata mudah dinukilkan tapi hasil payah dibentangkan.Fitrah manusia sendiri ingin kebaikan namun pelaksanaannya sentiasa samar-samar dan penuh rintangan…



~Sejuknyer~


Sebenarnya hari ini mengamit memori lalu mengingatkan diri pada significant mutiara dalam kamus hidup ini.. Angin ardul kinanah hari ini menghembus deras, Kesejukan dan debu menerpa diri.. Kuat sekali..boleh melayang dibuatnya… pantas debu itu mengingatkan daku pada amalku, bertambahkah, berkurangkah atau selama ini hanya sia2 seperti habaan manthura~seperi debu2 beterbangan~ dan disebalik debu juga masih banyak kisahnya. sungguh tersirat degala penciptaan-Nya.

Dua kali rasanya mutiara ini ditimbulkan dalam hidupku yang penuh coretan dalam pencarian sebuah makna kehidupan>>di sekolah dan di sebalik kota debu ini…Berligar-ligar pesanan >> carilah mutiara disini.. di sebalik debu-debu berterbangan pasti ada noktah keajaiban dalam pembentukan kesedaran. Nilai ia terletak kepada sejauh mana kepayahan dan penat lelah mencari kerna sejauh itu juga kemanisan yang bakal diperolehi. Inilah antara bekalan menuju ukhrawi, terus mencari redha Illahi biar lautan dan daratan mana kita diami.Suka duka pasti menghiasi pentas lakonan ini.~rungkaikan segala konspirasi diri~AYUH !

ALLAH S.W.T. telah berfirman,

“ Sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali). Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yang membuatkan kamu menangis. Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali “

Di sebalik debu blog ini, ana bersihkan dengan renungan mutiara ini..melangkau penghujung 2008 ini, sudah banyak peristiwa, suka dan duka ditelan bersama blog tercinta ini. Blog antara medan meluah rasa, melakar rahsia minda, memutar nyanyian jiwa dan degup jantung kehidupan penulis sebagai jiwa hamba.. Hidup hamba hina tanpa belas ihsan dari-Nya. Akhir bicara, maaf dipinta~

Thursday, December 11, 2008

~Open house~


~Raya ketiga dimeriahkan~

syukran pada semua yang hadir

terima kasih pada pujian dan kritikan ^-^

::Selamat Beraya dan pulang ke kampus semula::

Tuesday, December 09, 2008

Aidiladha 1429H


::Kullu 3am wentu Bekheir::


Alhamdulillah Alhamdulillah, Allah masih temukan dengan hari bahagia ini.


Dalam Kerinduan::

Sembang-sembang sebelum raya bersama umi tercinta::


" Rindu Ummi pada Mekah tak terubat lagi, rasa nak pi lagi macam tahun lepas. Umi & Lek saja bagi nama kat tabung haji, saja Ummi nak test..Along tau..turn umi kalau ikut tabung haji 2000 lebih..Biiznillah lambat la jawabnya..Ummi umur 6o lebih dah tym tu.. ade lagi tak tahun tu ntah..yang pasti Along pun dah 30 lebih"


Tersenyum sahaja daku mendengarnya. Tua dah anak umi tu...He2..Mereka bertambah rindu untuk pergi semula, daku mula masih mengharapkan di panjangkan umur agar sempat melangkah ke sana...Ya rabb izinkan yang terbaik buatku...

Aidiladha 1429::

Ukhwah dieratkan, majlis dimeriahkan


Berbalik pada raya tahun ini, mabruk diucapkan pada ajk pelaksana Qurban dengan temanya yang gah ~Pengorbanan manifestasi kehambaan~ fuh sungguh menusuk dan panahan tema itu tepat mengarah ke lubuk hati, ibarat sinar keinsafan menjalar dalam diri...

Walaupun tempatnya nun jauh di sana...Haiyu Asyir menjadi pilihan..tetapi sesekali tidak mematahkan semangat ahli untuk sama-sama turun padang memeriahkan hari mulia ini. Maka benarlah Islam itu agama persaudaraan kerana keterikatan akidah lah yang mampu menyatukan mereka.

Alhamdulillah, kalimah syukur pasti menghiasi bibir majoriti ahli kerana 4 ekor unta dan 14 ekor kambing berjaya ditumbangkan. Moga binatang sembelihan ini menjadi tunggangan di syurga kelak. Setidaknya mohon Allah terima amal soleh ini hendaknya. Rasanya biarlah gambar berbicara. Akhirul kalam, salam mahabbah dan salam kemaafan buat semua teman dan mereka yang mengenali diri.

~Where is my snow white?~

Snow white bunting rupanya...


Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..wa lilla ilham

semangat ikhwah melapah~kredit to camel~


~riang ria kanak2 ini menghiris daging~

Kullu sanah wentu toiyibah

Sunday, December 07, 2008

Kehilangan yang Menyeksakan

~Hidup perlu satu renungan~

Termenung panjang daku di suatu petang, mengingati sebuah perbualan.


“ Agaknya apa pendapat anti kalau individu mula hilang keyakinan pada Allah"


Saat itu aku terkedu, perbualan sepi, akhirnya kutanya apa yang terbuku dihatinya. Nadanya sahaja sudah berbaur seribu satu bebanan yang tidak terhingga. Akhirnya masa melaksanakan misinya. Lalu satu persatu masalah terungkai seadanya. Simpati kulihat dia diuji sebegitu rupa hingga keyakinannya tergugat dek dugaan yang baginya Maha berat.


Kukata padanya “Allah sangat menyayangimu lalu anti Allah uji, anti perasan tak sebahagian doa anti sudah Allah angkat? Tapi resam hidup, ujian mana tak pernah bertandang, anti kata anti cinta pada Allah, lalu Allah uji sejauh mana kecintaan. Adakah kerana ini anti mula mencurigai keikhlasan cinta hakiki yang Allah tunjukkan”

~Tabahla wahai teman~


Berderai air matanya..sebak didada ku jua tak terhingga.

YA..mudah untuk kuberkata tapi berat lagi si penanggungnya. Kuharap Allah lah pemudah situasi ini. Takkan kubiarkan temanku ini terjerumus ke lembah neraka sebelum sempat aku menyambut tangannya. Teman kuakur. Dia nampaknya gagahi dirinya utk hadapi kehidupan yang penuh tribulasi ini.

Perbualan yang panjang itu sangat menyedihkan diriku sebagai seorang sahabat. Kehilangan seorang teman sudah pasti menyeksakan apatah lagi kehilangan teman seakidah. Dan sesungguhnya Allah lah pemilik hidayah. Ya Rabb kekalkan kami di atas jalan-MU. Mantapkan keimanan kami Ya Illahi.

Iman itu cermin

Hakikat iman kepada Allah S.W.T. adalah satu hakikat besar yang mencakupi seluruh kehidupan manusia. Apabila iman bersemi di dalam hati seseorang, maka iman itu akan terus menjelmakan kesannya dalam bentuk amal perbuatan, kegiatan dan perjuangan yang mengharapkan Allah S.W.T. atau redha Allah S.W.T.. Dia taat kerana Allah S.W.T.. Dia tunduk dan patuh kepada titah perintah Allah S.W.T. sama ada kecil atau besar.

Tidak bersekongkol bersama-sama hakikat Iman itu hawa nafsu dan syahwat yang sering mengajak manusia menyeleweng daripada ajaran Allah S.W.T.. Bahkan iman itu akan mengajak nafsu dan syahwat untuk tunduk mengikut ajaran Muhammad S.A.W. yang didatangkan daripada Allah S.W.T..

Imanlah yang akan mencernakan keseluruhan aspek kehidupan manusia yang meliputi bisikan jiwa, cetusan hati, keringinan roh, kecenderungan fitrah, gerakan jasmani, tindakbalas pancaindera dan semua perbuatan samada semasa bersendirian mahupun di depan orang ramai mengikut kehendak Allah S.W.T..

Ujian satu tingkatan iman

Sebagaimana yang difirman oleh Allah taala yang bermaksud:

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

(Al-Ankabut: 2-3)


Para sahabat Rasulullah tidak putus-putusnya mengalami berbagai penderitaan dan kesulitan dalam dakwah. Sejarah menggambarkan kepada kita bagaimana penderitaan para sahabat yang mengalami permusuhan dari golongan kuffar dan musyirikin Mekah. Para sahabat dari kalangan dhu’afa mengalami penyiksaan yang kejam, seperti yang dialami Bilal bin Rabah dan Amar ibn Yasir.

Tarbiyah Imaniyah menempa ruh seorang mukmin untuk bertaqwa kepada Allah, kukuh dan kuat menghadapi badai kehidupan, serta mampu mengendalikan pikiran dan perbuatannya dalam menghadapi sikap sahabat mereka yang ujub atau berbangga dengan pendapatnya sendiri.

Ujian itu perit namun penuh kemanisan...

“Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat, dan sesungguhnya hal ini sangat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.”

(Al- Baqarah: 45)

Wednesday, December 03, 2008

~Hoping~


...Allah is alwayz with us...

^-^Hoping^-^


T4
Album : Optimis Sajalah
Munsyid : Tashiru
http://liriknasyid.com

Ayunkan langkah kaki
Jangan pernah kau ragu
Hadapi hari dengan penuh keyakinan
Karena masa depan penuh dengan rintangan
Halangan dan cobaan yang selalu menghadang
Tapi itu semua hanyalah ujian yang harus kita arungi
Untuk mendapatkan kemuliaan di hadapan
TuhanDengan tak lupa sebut nama-Nya
Reff:Bertasbihlah lalu bertahmidlah
Lalu bertahlillah lalu bertakbir
Memahabesarkan asma-Nya
Subhanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallah wallahu akbar

Saturday, November 29, 2008

::MAP 6 memoire::

~Mesyuarat Agung PERUBATAN ke-6~




~memang mendebarkan~


Tatkala tibanya hari ini, satu pengharapan mahupun satu pembaharuan didoakan. Moga hari ini berlalu dengan hikmah dalam redha-Nya.



~Saat mensyuarat berlangsung~

~Ajkt 2007/2008 dalam kenangan~

Debaran demi debaran kian beransur hilang, seusai saja sesi pembentangan laporan aktiviti tahunan PERUBATAN 2007/2008 berjalan, Alhamdulillah muhasabah dan feedback yang diterima penuh makna dan penuh hikmah oleh sidang warga dewan..Syabas untuk semua. Idea2 matang dan kritikan membina antara bekalan berguna untuk memperkemaskan gerak kerja ajkt sesi akan dtg..moga Allah mudahan urusan kita semua

Sesi pembentangan dan perbahasan usul antara yang menarik minat sidang dewan turut berjalan dengan lancar. Kesemua perwakilan memberi komitmen yang baik..Tak seteruk yang daku gambarkn, tapi biasalah perdebatan terasa jua.. ibarat di dewan rakyat pula... Namun kalimah syukur tak putus2 diucapkan kerna suasana sunguh harmoni bagi mencapai satu visi kebersamaan sesama ahli. Di sinilah pentingnya sikap berlapang dada dan toleransi... inilah antara ciri daie dan penegak deen Illahi, moga sama2 tampil berani suarakan hak pada masa akan datang sambil kita terus develop diri dengan acuan Illahi.

Akhirnya kemuncak tiba jua. Hampir sebulan bumi mesir ini dihangatkan dengan sesi melobi dan sesi membakar serta seangkatan dengannya. Justeru sudah pasti pengumuman pilihanraya dan perlantikan ajkt 2008/2009 dinanti-nantikan. Alfu mabruk diucapkan pada JPP kerana telah menjalankan amanah dengan sebaiknya. Proses pilihanraya tahun ni sgt kemas gerak kerjanya...Dan jutaan tahniah utk mereka yg dilantik..rabbuna ma3aku..Mmm pasti ada hikmah disebaliknya dan terus meneruslah bergantung harap pada-Nya. Mohon kekuatan dan terus memositifkan diri dengan taklifan ini. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui segala sesuatu.

Akhirul kalam, moga ajkt yang dilantik mampu memberi komitmen yang lebih baik dan terus bergerak maju dengan sokongan dari semua pihak. Sama-sama mengerakannya kerana PERUBATAN milik semua.

~Tidak akan ada kejayaan tanpa kekuatan, dan tidak akan ada kekuatan tanpa kesatuan, dan tidak mungkin akan terbentuk kesatuan kecuali dengan adanya silaturrahim~

Memperteguh kesatuan, Menyemarak kecemerlangan

ps::maaf segala kekurangan diri~hidupkan takmil wa istikmal`~islam itu indah

Tuesday, November 25, 2008

Zzzz


ZZZzzzz…



“Ana letih la.Ana tidur dulu ya,” “Dah lewat malam ni kena tidur la. Takut esok ngantuk dalam kelas pulak”

Sesungguhnya kalam inilah yang biasanya dilafazkan apabila malam melabuhkan tirainya dan apabila letih tak tertahan lagi.Bagai tak dapat dipisahkan, keinginan tidur dari kehidupan manusia.Justeru apa pentingnya tidur ini kepada seorang mukmin serta apa untungnya pada sistem tubuh badan. Sesungguhnya segala penciptaan ada hikmah yang tersembunyi dan bukan kesemuanya boleh disingkapkan melalu kajian saintifik mahupun mengikut logik akal yang terbatas ini.

Hakikatnya, tidur sudah menjadi salah satu rutin harian kehidupan manusia secara amnya. Tidur juga bagaikan pelengkap kitaran hidup seorang insan dalam berubudiyah kepada Rabbul Jalil . Maha suci Allah mencipta segala sesuatu sesuai dengan kehendak makhluk ciptaannya. Apabila sudah memerah keringat di siang hari maka didatangkan malam untuk hambanya merehatkan diri.Tepat sekali seperti dalam firman Allah s.w.t :

“Dan kami jadikan tidurmu untuk istirehat,dan kami jadikan malam sebagai pakaian dan kami jadikan siang untuk mencari penghidupan.”
(An-naba’:9-11)


Setelah berdekad lamanya dalam pengkajian corak tidur oleh para sainstis, banyak penemuan tentang kepentingan tidur yang telah ditemui. Oleh itu terdapat dua teori asas tentang keutamaan tidur yang boleh dikongsi bersama.


~^-^~



  1. Pemulihan (Restorative)-Tidur membolehkan badan dan minda kita untuk kembali cergas,bertenaga dan cerdas. Kajian telah menyatakan bahawa semasa tidur otak boleh menjalankan tugasan mengemas kini data seperti menyusun semula memori ’long term’ mahupun ‘short term memory’, mengintegrasikan maklumat baru dan memulihkan tisu dan saraf serta pelbagai lagi perubahan kimia di dalam badan.
  2. Penyesuaian (adaptive)-Tidur juga boleh dikategorikan sebagai salah satu bentuk penyesuaian badan bagi memastikan produktiviti badan untuk bekerja di siang hari tidak terjejas.Pada kebiasaannya kuantiti dan kualiti tidur yang di perlukan adalah berkadar terus dengan kuantiti dan kualiti daya penghasilan kerja pada keesokan harinya.

Dr Willian Dement, salah seorang diantara perintis dalam kajian tidur ini mengatakan bahawa kebanyakan mahasiswa yang memasuki kolej dan universiti mempunyai pengetahuan tentang kesihatan tapi tidak mempunyai pengetahuan tentang nilai dan kepentingan tidur. Beliau juga turut menyarankan agar mahasiswa tidak hanya mengambil berat akan penjagaan tubuh badan serta pengambilan makanan yang bernutrisi tapi turut menitikberatkan soal tidur yang berkualiti untuk kestabilan dan kelancaran sistem koordinasi tubuh badan. Ketiga-tiga elemen ini penting untuk kesihatan dan dikenali sebagai “fundamental triumvirate of health”. Namun sebagai insan yang bergelar mukmin, tidur yang cukup juga tidak memadai andai ibadah tidak dijaga. Inilah yang membezakan mukmin dengan manusia lain. Inilah kelebihan yang sedia ada kerana setiap ibadah yang diperintahkan membantu dalam melancarkan sistem aliran darah dan pelbagai sistem badan yang lain. Contohnya ketika kita bersujud dalam solah sebenarnya membolehkan hampir keseluruhan kawasan di bahagian otak menerima jumlah darah lebih dari keadaan biasa.Begitulah agungnya penyusunan Allah.

Tahukan anda bagaimana kita tertidur?. Mengikut kajian saintifik , badan manusia akan diransang untuk tidur apabila menerima isyarat dari ‘Circadian clock’ atau juga dikenali sebagai ‘Circadian rhythm’. ‘Circadian clock’ diibaratkan sebagai kitaran jam yang terdapat dalam badan(internal biological clock) iaitu seperti sebuah perisian yang mengawal dan mengesan perubahan biological di dalam badan. ’Circadian clock’ bekerja seiring dengan kehadiran adenosine iaitu sejenis neurotransmitter(bahan kimia yang terdapat di kawasan saraf) yang mampu memperlahankan segala aktiviti badan. Semakin banyak adenosine berkumpul di otak semakin mengantuk individu tersebut. Namun secara keseluruhannya fenomena mengatuk dan keinginan untuk tidur ini masih sukar untuk disingkap secara saintifik.

Adakah kita mengetahui bahawa tidur juga mempunyai peringkat dan fasanya? Agaknya bila kita diulit mimpi? Hasil kajian yang telah ditemui membahagikan tidur kepada 2 jenis iaitu REM(Rapid Eye Movement) dan NREM(non-REM).REM adalah peringkat dimana kita bermimpi. NREM pula dibahagikan kepada 4 fasa iaitu:

Fasa 1: (Separuh tidur/drowsiness)- Fasa ini mengambil masa 5-10 minit. Mata akan bergerak dengan perlahan dalam keadaan kelopak mata tertutup dan aktiviti yang dilakukan oleh otot badan berkurangan.Kalian akan mudah terjaga pada fasa ini apabila ada gangguan.

Fasa 2: (Light sleep)-Kemudian pada fasa ini mata akan berhenti bergerak, denyutan jantung makin perlahan dan suhu badan mula berkurangan.

Fasa 3 & 4: (Deep sleep)-Apabila memasuki fasa ketiga dan keempat kebiasaannya anda amat susah dikejutkan. Namun bagi mereka yang terjaga pada fasa ini akan mengalami masalah untuk meyesuaikan diri dan akan berasa pening serta kestabilan badan terganggu untuk beberapa minit selepas terbangun dari tidur. Anak-anak kecil biasanya mudah mengalami mimpi buruk,mengigau,berjalan dan kencing malam ketika fasa ini.


Ketika fasa ‘REM sleep’ iaitu ‘Dream sleep’ ia memakan masa 70-90 minit dari kitaran tidur . Apabila anda memasuki fasa ini kebiasaannya kita akan mengalami 3 hingga 4 episod mimpi setiap malam. Bebola mata kita akan bergerak dengan laju dalam keadaan terpejam dan disebabkan inilah fasa ini dikenali sebagai ‘rapid eye movement (REM) sleep’

Setiap fasa tidur memainkan peranan yang penting. Walaubagaimanapun ‘deep sleep’merupakan fasa yang paling penting kerana inilah fasa pertama bagi otak mengemas kini data dan rehat secukupnya. Sekiranya kita tidak mendapat deep sleep yang secukupnya kita akan mendapat ganguan tidur yang boleh memberi impak pada kecergasan tubuh badan. Kajian juga mendapati bahawa sistem ketahanan atau sistem imuniti badan juga akan meningkat pada fasa ini serta semua tenaga di kumpulkan semula untuk melakukan proses seterusnya.

Dewasa ini ramai juga di kalangan kita mengalami gangguan tidur seperti insomnia iaitu mengalami masalah untuk tidur. Justeru golongan ini mengalami kemurungan, kelesuan dan hilang tumpuan untuk melakukan kerja pada siang hari. Gangguan tidur juga boleh meningkatkan kandungan ‘stress hormone’ iaitu kortisol dan merencatkan tindakan insulin untuk menukarkan glukosa untuk disimpan. Masalah ini juga boleh membantutkan pertumbuhan kanak-kanak kerana hormone pertumbuhan lebih banyak dirembeskan pada waktu tidur.Oleh sebab itulah kanak-kanak dan bayi memerlukan tidur yang lebih lama berbanding orang dewasa.


~Tidur itu perlu, bukan paksa diri dan berlebihan kuantiti~


Tuntasnya, tidur yang berkualiti diperlukan untuk memaksimakan potensi diri untuk berubudiyah kepada Allah. Maka sama-sama kita hindari dari perkara yang boleh mengganggu proses tidur kerana sekiranya kita memandang perkara ini secara remeh maka kitaran hidup dan produktiviti kerja kita pasti tidak memuaskan. Keseimbangan di antara kehendak rohani dan jasmani haruslah diutamakan kerna mukmin yang kuat itu lebih disukai Allah. Namun qiamullail juga tidak harus diabaikan kerana qiamlah pelengkap dan penghias proses tidur seorang mukmin. Maka Allahlah selayaknya disembah kerna Dialah yang memberi kesempatan untuk kita memberi peluang kepada badan berehat setelah seharian beribadah padaNya. Akhir kalam setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan dan FirmanNya sebagai renungan agar kita sentiasa hargai nikmat kesihatan yang diberikan.

“Dan kerana rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang,supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.”
(Al-Qasas:73)

~Sinar_islami~
8 nov 2007
~Risalah kesihatan edisi Umah kelate::publish~

Wednesday, November 19, 2008

~Bangunlah Membina Kekuatan~

Qum, Faanzir !

Bangkit dan berdirilah. Susun barisan dan kekuatan. Barisan dan kesatuan Umat. Kobarkan semangat dan seruan. Seruan kepada kebenaran dan peperangan terhadap kebathilan. Gemakan sentiasa Kalam Illahi, kumandangkan selalu suara dan seruan kebenaran. Hingga seruan itu samapai kepada setiap manusia. Gempitakan kepada dunia dan kepada manusia ajaran agama Tauhid, ajaran Cita dan Cinta.


Warabbaka fakabbir !


Besarkan Tuhanmu, di atas segala ! Tak ada menyamai Kebesaran-Nya. Tiada kekuasaan yang menyamai Kekuasaan-Nya. Tiada urusan atau kepentngan yang lebih daripada urusan dan kepentingan menjalankan perintah-Nya. Semuanya kecil di hadapan Allahu Akbar. Fana, lenyap dan binasa segala dalam keBaqaan-Nya. Tiada harapan selain kepada keredhaan-Nya belaka. Tiada kesulitan apabila Ruh telah bersambung dengan Allah. Semuanya amat mudah bagi-Nya.


Wathiabaka fatohhir!


Bersihkan dirimu, lahir dan batinmu! Hanya dengan kesucian ruh, Amanah dan Risalah ini dapat engkau jalankan. Risalah dan Amanah ini adalah suci. Dia tidak boleh dipegang oleh tangan yang kotor, jiwa yang berlumuran dosa dan noda. Hanyalah dengan kesucian ruh engkau dapat memikul tugas dan beban berat dakwah ini. Suci dan menyucikan, itulah peribadi Mukmin yang sejati. Tangan yang berlumuran darah maksiat tidak mungkin akan mampu berbuat kebaikan kepada dunia dan manusia. Jiwa yang kotor dan penuh dosa tidak mungkin akan memberikan isi dan erti pada dunia dan manusia.

Warrujza fahjur !


Jauhilah maksiat, Dosa itu akan menodai dirimu, akan menghitamkan wajah hatimu. Engkau tidak akan sanggup menghadap, jika mukamu tebal dan hitam dengan dosa dan maksiat, Namamu akan cemar di hadapan Rabbul Izzati kalau larangan-Nya tidak enggkau jauhi. Bersihkanlah dirimu, keluargamu, masyarakat, bangsamu dari kemaksiatan dan kemungkaran. Makruf yang harus ditegak dan mungkar yang harus ditumbang, adalah program perjuanganmu. Al-Haq yang dimenangi dan bathil yang harus dibinasakan, adalah acara dan jihadmu.


Wala tamnun tastakthir!

Jangan engkau memberi kerana harap balasan yang banyak! Jalankan tugas ini tanpa mengharapkan balasan dan ganjaran dari manusia. Menjalankan tugas adalah berbakti dan mengabdi, tidak mengharapkan balasan dan pujian, keuntungan benda dan material. Kekayaan manusia tidak cukup untuk membalas kerja Dakwahmu yang tidak ternilai itu. Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan keredhaan Allah.

Walirabbika fasbir!


Kerana Tuhanmu, hendaklah engaku bersabar! Lakukan tugas dakwah ini dengan segala kesabaran dan keteguhan. Sabar menerima musibah yang menimpa, ujian yang silih berganti. Sabar menahan dan mengendalikan diri. Tidak putus asa dan hilang harapan atau kecewa melihat hasil yang ada atau tidak seimbangnya hasil dan pengorbanan yang diberikan. Hanya dengan sabar akan menyampaikan engkau kepada tujuan.


~Surah Al-Muddatsir:2-7~

Thursday, November 06, 2008

The Great Man

::The Great Man ::

To be a great man you must....

Ramai ahli falsafah cuba untuk mentafsirkan apakah faktor yang menyebabkan seseorang manusia biasa boleh menjadi luar biasa. Namun pada kite daie ilallah, sudah tentu kita tidak berpegang pada neraca ahli falsafah semata-mata kerana hakikat kehebatan adalah menurut Islam yang kita cintai ini. Sebuah dustur yang diturunkan untuk manusia dan aplikasinya untuk manusia, bukan untuk menjadi perangkap habuk-habuk di atas almari kaca dan juga alat pembangga manusia yang kurang mengerti di mana Al-Quran perlu diletakkan. Pastinya bukan hiasan tapi ia bertakhta dan letaknya di hati..kemas lagi rapi


Ikhwah akhawat yang ana kasihi, pengertian kehebatan seseorang manusia terletak pada neraca langit, yakni neraca yang ditentukan oleh Allah swt untuk menentukan kesejagatan dan kedamaian umat manusia. Allah swt berfirman dalam Al-Quran mafhumnya sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.Justeru jadilah pemuda dan pemudi yang daban waktu mengingati Allah.

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka

(Kahfi:13)

Oleh itu sahabat sekalian, kita sudah sedia maklum akan keutamaan beramal soleh untuk menggapai redha Allah swt. Namun bagi kita bukanlah kita hendak meperbaiki diri kita semata-semata, tetapi juga rakan-rakan di sekeliling. Rakan-rakan yang baik akan menghasilkan persekitaran yang baik. Moga segala kebenaran yang terpampang di depan mata mampu melahirkan hati kita yang hidup dan dikongsi bersama bukan hanya buat diri sendiri sahaja..teringat pula status ym sahabat ana..apa yang datang dari hati terbias pada aksi..tersentuh lak ngan frasa ni..mmm moga tindakan yang kita lakukan adalah imbalan dari neraca Allah.

Berbalik kepada ayat di atas, menjadi manusia bertakwa adalah semulia-mulia manusia. Cuba sahabat-sahabat bayangkan semulia mana manusia yang bertaqwa dan mengajak dan mengajar orang supaya bertaqwa kepada Allah? Maka disitu tentulah darjatnya tidak sama dan pahalanya berbeza-beza. Berdasarkan itu dapat kita simpulkan dari tajuk kita, siapakah the great man?

The great man is a man who makes other great men.

Semulia dan sehebat manusia ialah Rasulullah saw. Kita lihat bagaimana baginda dapat membina sahabat yang terkenal dengan kehebatan masing-masing. Baginda hebat kerana dapat membina sahabat-sahabat yang hebat. Dan hingga akhirnya Islam mencapai ustaziatul alam dan membawa rahmat ke seluruh dunia.

Allahu akbar!! Allah Maha Besar!! Allah The Greatest. Itulah puncak kehebatan yang ada. Allah yang mengutuskan Nabi Muhammad yang hebat, menurunkan al-Quran yg hebat, dan menjadikan Islam yang hebat sebagai Deen manusia.

Ikhwah akhawat sekalian, janganlah berputus asa dalam dakwah. Jadilah insan yang hebat, dalam ertikata orang yang hebat ialah orang yg menjadikan orang lain hebat. Kisah manusia hebat bukanlah terbukti dia hanya hebat seorang diri, tapi boleh membangkitkan beribu malah jutaan manusia lainnya. Seperti kata-kata Hasan al-Banna ketika ditanya mengapa beliau tidak menulis buku sedangkan dia ulamak hebat. Tapi daie ilallah ini menjawab, Aku hanya berminat menulis manusia. Juga insan lumpuh yang hebat bernama Syeikh Ahmad Yasin, ketika ditanya tidak takutkah beliau dibunuh oleh Israel. Beliau menjawab, Andai seorang Syeikh Ahmad Yasin terbunuh, akan bangkit seribu lagi syeikh Ahmad Yasin!

Ikhwah akhawat sekalian..jadilah insan yang hebat!! Ayuh bangkitlah gegarkan dunia


ps::koleksi artikel daripada mentor setelah diubah suai oleh ana. Moga peringatan yang sikit ini menjadi pemangkin untuk kita terus maju kehadapan. Syukran kepada penulis asal.

Tuesday, October 28, 2008

Hak milik tetap


::Hak milik tetap ::


Siapakah kita…??

“Buku ni milik siapa ya? Biar je merata-rata..aihh,” rugut Sarah melihat buku Physiology yang tidak bernama di atas meja studynya..

Bacalah dengan nama Tuhan-mu yang menciptakan!! Setiap barang pasti ada tuannya maka setiap makhluk ada Penciptanya. Itu logika alam dan sememangnya sudah termakhtub dalam A-Quran pada kalam pertama Allah swt buat Junjungan tercinta di Gua Hirak. Namun masih ramai lagi manusia yang tidak bertuhan, bukan tidak tahu..tahu tapi tak mahu..itu yang parah…lebih parah lagi ada yang bertuhan namun masih meragukan kebenaran..Moga Allah buang segala keraguan hamba-hambanya yang mencari sinarnya..tidak patut bukan??

“ Bacalah dengan nama Tuhan-mu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhan-mulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia dengan perantaan kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya,”

(Al-Alaq:1-5)


Sedarlah manusia

Allah lah yang mencurahkan ilmu, itupun manusia masih angkuh, tidak sedar nikmat itulah yang Allah berikan jua. Ditambahkan lagi kekayaan dunia menyebabkan dia lupa siapa dirinya. Nikmat sihat, nikmat bernafas semua milik Allah…Bahkan dirimu jua miliknya..

“Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas kerana dia melihat dirinya serba cukup..”

(Al-Alaq:6-7)


Padahal setiap pancaindera, ketinggian iQ semua kurniaan Allah. Hinalah rasanya.. puas sudah Allah memberi peringatan tapi kita buat endah tak endah..Hingga peringatan ini Dia nukilkan ::

“Apakah mereka mengira, bahawa Kami tidak mendengar rahsia dan bisikan mereka? Sebenarnya (Kami mendengar), dan utusan utusan (malaikat-malaikat) kami selalu mencatat di sisi mereka.”

( Al-Zukhruf: 80)


Insaflah wahai diri. Kau akan tewas jika terus menyombongkan diri. Lihatlah sekeliling mu dunia berjaya memperdayakan ramai orang hingga ramai tewas di lembah persinggahan ini..ramai yang lupa ambil bekalan. Sedarlah Dunia ini hanya pelabuhan, menepati perumpamaan yang diberikan oleh Imam ghazali kepada dunia sebagai pelabuhan semata. Bagi anak-anak kapal yang cerdik akan mengambil bekalan semasa kapal berlabuh untuk kesenangan pelayaran pabila diteruskan tetapi rugilah bagi anak2 kapal yang hanyut dengan keseronokan dan kelalaian di bandar hingga lupa bekalan yang diperlukan. Dunia tak perlu dipersalahkan yang salah adalah diri sendiri. Kenapa?? tanyalah diri anda biarkan fitrah hati menjawabnya..

Sedarlah jua kita bakal dikembalikan kepada Allah hatta dunia jua ibarat menyuruh kita pergi..menghadap Pencipta Yang teragung yang turut menciptakan dunia ini. Tika itu kita dibaluti kain kafan, tiada harta , tiada ibu ayah menemani, tiada anak isteri mengiringi dan hanya amalan dunia peneman abadi..untunglah jika amalan kebaikan mengatasi amalan kejahatan.. Soalan di alam kubur lama sudah bocor, tapi yakinkah kita akan mumtaz dalam peperiksaan ini. Bersediakah kita untuk itu ? Jadi fikirkanlah sia-siakah kita hidup di dunia ini? Hanya perlu mengejar ijazah dan kehormatan di alam fana ini atau perlu mengejar pHD di akhirat sana…??


Erti cinta hakiki

Cinta hakiki harus memiliki dan dimiliki..Gi mana ya??

Apabila sifat-sifat terpuji bersinar gemilang dalam jiwa manusia hatinya akan terarah mencari cinta hakiki. Hatinya rasa dimiliki oleh Yang Maha Esa, Yang Maha Mengasihi dan Yang Maha Hebat hingga infiniti, Bagi insan yang sudah jumpa matlamat abadi hidupnya akan rasa dia Milik Allah. Itulah Pencipta dirinya dan itulah tempat dia kembali. Justeru dia teguhkan hati untuk mendukung kalimat La ilahaillallah seteguh hati walau ditindas walaupun dia tahu perjalanan seorang muslim mukmin takkan pernah dihampari permaidani merah. Bahkan dia terus berusaha untuk memiliki cinta hakiki..

Itulah hasil desakan nurani dan ledakan takwa mendorong untuk memiliki cinta agar mencari satu cinta yang memang hanya patut dimiliki oleh orang dirinya. Justeru kita bagaimana? Sudahkah mula buka langkah atau hanya tunggu cinta hadir tanpa berusaha. Memiliki cinta Allah bukan hanya mudah ditutur tapi perlu dilaksanakan.

Di dalam Ihya Ulumuddin, Imam Ghazali berkata, “Antara tanda cinta hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir ataupun batin. Oleh itu,seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah.”

Hak milik tetap

Kita hak milik tetap Al-khaliq. Hingga kapan pun title kita tetap hamba Allah walaupun kita bangsawan, fakir miskin hatta tukang sapu sekalipun di dunia ini. Tidak harus ada diskriminasi jika kita jelas bahawa kita juga insan biasa. Kita masih perlukan Allah. Dalam Islam kualiti hakiki hanya tercapai apabila keredhaan Allah dijadikan matlamat. Hiduplah dalam kualiti yang Islam kehendaki. Bukan menjadi Muslim sekali sekali tapi setiap masa bahkan bukanlah pula separuh masa. Moga hati kita akan terus bersinar dengan gemilang agar Allah terus menerus ilhamkan hati itu pelbagai ilmu dan petunjuk. Wallahu'alam

Saturday, October 25, 2008

Semarak Fitrah 2008


SEMARAK FITRAH 2008


Julung julung kalinya PERUBATAN mengadakan sambutan hari raya dengan konsep terbuka..berlangitkan awanan dan bintang di malam hari.. Open concept la kiranya..Tahniah Tahniah walau macam-macam dugaannya.. satu kelainan dan insyaAllah menjadi satu pengalaman yang berharga buat semua.. Kita sama-sama belajar dari dugaan ini.. Biar hujan mencurahkan isinya namun Program tetap berlangsung seadanya..

and always always trust
...Allah is alwayz with us...

::Allah lebih mengetahui::

Hujan bertandang namun mereka terus berusaha...


chaiyuk chaiyuk..

~air oh air~

mampu tersenyum akak tu akhirnya..Syabas !!



warna warni di akhir syawal...


~makin ramai~

Nazrey Johani pun ade~::beli lah kamus Al-Miftah::promosi

Sedap... tapi tak puas lak makan

Tuesday, October 21, 2008

Video promo Semarak Fitrah 08

::~Promo Semarak Fitrah 08~::

Jom pi Jangan tak Pi..kot2 la ade org nak bgi duit raya ^-^

Saturday, October 18, 2008

program sambutan pelajar baru


~PSMB~
15-17 oct 2008
DMAK

::mabruk semua::


Alhamdulillah selesai sudah Program Sambutan Mahasiswa Baru PERUBATAN 2008. Jutaan tahniah pada Ahli Jawatankuasa pelaksana PSMB.. Moga Allah balas jasa kalian. Tak terhitung kepenatan antum rasanya...

Kesyukuran juga dirafa3kan kerana Allah juga masih memberi barang waktu untuk mengenali insan baru..moga kehadiran antum menyemarakkan lagi proses pencarian ilmu di samping proses tarbiyah imaniyah terus berjalan.

:: Ahlan Ahlan Ahlan ila Misr ::


~Cik puan merasmikan~ade gaya :) tahniah REM

dan yang paling best dan menaikkan semangat adalah lagu temanya . Harapnya keadilan akan tertegak dengan kebangkitan para pemuda dan pemudi yang ikhlas berjuang di jalan Allah..Moga2 kitalah insan itu..


::Gelombang keadilan~::


Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati


Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga

Ya Allah kabulkanlah kerna itu jua harapan kami.. Semoga terbit kesedaran bgi semua yang terlibat menjayakan program ini..bukan suka2 tapi penuh seribu harapan agar kita beroleh mutiara disebalik debu-debu yang ada..InsyaAllah aktiviti sudah menarik cuba tunggu kita digestkan apa yang ingin di sampaikan di ardul kinanah ini...

~si buta dibantu si celik ~

:: kombinasi kerjasama antara intipati meraih kejayaan::

++Duhai diri dan adik yang dikasihi++

Ingatlah tanpa Allah hidupmu sia..tanpa teman hidupmu sunyi tanpa bicara..tanpa teman takkan mampu kau hidup sendiri..tambah lagi jika kau terus menyisihkan diri dari Rabb yang menciptakan diri mu.. justeru jangan terus butakan hatimu . Biar buta mata tapi hati terus di sinari hidayah dari pemilik Nur tertinggi.. namun syukur seadanya jika nikmat pancaindera dikau cukup sempurna..syukurlah seadanya.. dan terus, terus mencari kebahagian hakiki bersama-sama temanmu disamping jihad mencari ilmu..

~Salam mahabbah buat semua~

Thursday, October 09, 2008

Jalan Cinta Para Pejuang

Mari bedah buku...



~Jalan Cinta Para Pejuang~`

Di sini, ada cinta dan tujuan
Yang membuatmu menatap jauh ke depan
Di kala malam begitu pekat
Dan mata sebaiknya dipejam saja
Cintamu masih lincah melesat
Jauh melampaui ruang dan masa
Kelananya menjejakkan mimpi-mimpi

Lalu di sepertiga malam terakhir
Engkau terjaga, sedar dan memilih menyalakan lampu
Melanjutkan mimpi indah yang belum selesai
dengan cita yang besar, tinggi, dan bening
dengan ghairah untuk menterjemahkan cinta sebagai kerja
dengan nurani, tempatmu berkaca tiap kali
dan cinta yang selalu mendengarkan suara hati

Teruskanlah melangkah di jalan cinta para pejuang
menebar kebajikan, menghentikan kebiadaban,
menyeru kepada imman
walau duri merantaskan kaki
walau kerikil mencacah telapak
sampai engkau lelah, sampai engkau payah
sampai keringat dan darah tumpah
tetap yakinlah, bidadarimu akan tetap tersenyum
di jalan cinta para pejuang

Ya…ada apa dengan cinta..??

Cinta bisa menakluk atau ditakluk..??

Amor vincit omnia. Love conquers all. Cinta akan menakluk segalanya. Itulah kebiasaannya bagi mereka yang sedang hangat bercinta. Kalimat inilah yang seringkali merasuki jiwa anak muda bahkan sesiapa sahaja jika Allah bukan pendahulu segalanya. Jiwa dan jasad mereka dikuasai oleh cinta hingga cintalah pemandu kehidupan mereka. Cinta biasa adalah cinta kosong,cinta yang merugikan iman dan akhirat. Walaupun lautan dan bara api sanggup diredahi namun pabila cinta teruji, mereka sanggup korbankan diri. Ya apabila jiwa ditakluk oleh cinta, mungkin gunung itu mampu di daki, mungkin lautan mampu diseberangi, namun dia mudah tewas dalam memilih cara menamatkan riwayat cinta, ditolak maka dia memberontak lalu ingin terus membunuh diri, terus cinta menamatkan anugerah akal lalu tidak dapat berfikir dengan sewarasnya. Maka timbullah kisah Laila Majnun serta Romeo & Juliet. Seperti inikah yang kita mahu? Tewas dengan cinta, hilang arah, hilang segalanya…

Di jalan cinta para pejuang, perjuangan pertama adalah pergelutan jiwa. Pergelutan jiwa untuk menaklukkan cinta itu sendiri. Di jalan cinta para pejuang juga kata-kata amor vincit omnia sejak awal lagi sudah dipadamkan dari kamus seorang pejuang kerana cinta takkan pernah menakluk kita bahkan kitalah yang akan menakluknya. Sungguh daku rasa seolah terjaga dan sinis buat diri yang masih bermalas-malasan. Peringatan berguna buat diri. Di jalan cinta para pejuang kelak kita mungkin akan menghadapi para ‘pejuang’ lain. Seperti mana kita meyakini Allah, mereka juga meyakini sesuatu. Sesuatu itu yang mengerakkan mereka. Mereka berjuang seperti mana kita berjuang. Dan pasti akan ada pertempuran san pertempurannya adalah pertempuran iman, maka bersiap sedialah selalu di jalan cinta para pejuang. Ya bersiap sedialah...

Ya di jalan cinta perlu ada tapaknya..

Tapak pertama adalah visi yang mengerakkan dan mengarahkan cinta…

Dalam alam nyata, memori dan persepsi biasa kita ringkas menjadi pengetahuan.”Dan visi”, kata Elbert Einstein,”Jauh lebih penting dari pengetahuan.”Mengapa? pengetahuan bersifat lampau, sudah berlalu dan terbatas. Sedangkan visi adalah masa hadapan yang tak terbatas. Visi lebih besar daripada sejarah, lebih besar daripada beban kita, lebih besar dari luka nestapa emosi kita di masa lampau. Dengan visi juga kita mampu membangunkan sebuah gambaran ideal dalam perspektif jangka panjang.

Bahkan kadangkala kekuatan visilah yang mampu mengerakkan jasad untuk bekerja walaupun hanya dengan kata-kata sederhana. Mereka yang mengatakan “susah tapi boleh” pasti akan membulatkan tekad untuk menyelesaikan visi hatta apapun kerja walaupun aral melintang, ia pasti akan sanggup redahi asalkan kerjanya berjaya dilaksanakan kerana mereka juga turut percaya firman Allah:

“Sesungguhnya selepas kesulitan itu ada kemudahan”

Namun sebaliknya, orang yang mengatakan “boleh tapi susah” lebih cenderung untuk membesarkan penghalang dan sentiasa mencari alasan hinggakan dia tidak bertindak akhirnya.

Justeru kita perlu sedar bahawa kita ada visi iaitu akhirat tempat abadi, nikmat tiada tandingan duniawi. Cintakan Allah pengerak segala gerak geri pejuang Illahi. Bahkan visi itu perlu sentiasa bermodalkan kesedaran agar kita selaku di jalan pejuang tak mudah larut dek suasana jahiliyah yang mengcengkam..

Oleh itu mana mungkin, sirna cinta akan terus kekal tanpa ghairah mencintai Illahi. Maka hadirnya tapak kedua melengkap visi. Ghairah perlu bertandang.

Mari kita lihat peribadi ini iman pengerak segalanya. Iman penakluk cintanya. Dialah Umar Al-Khatab yang digeruni sentiasa tekun dengan urusan Islami hinggakan hati nya menjadi makmum bagi kerja-kerja cinta yang dilakukan amal salehnya..bahkan kedasyatan lafaz cinta Umar pada Rasulullah saw melebihi segalanya juga atas dasar tolakan iman..Fuh dasyat bukan..Keghairahan cintakan Pencipta akan menghasilkan peribadi yang penyayang dan berkarisma tinggi..keghairahan yang terarah inilah akan membeningkan cintakan Illahi justeru sentiasa kasihkan pejuang Islam yang lain..

Tapak ketiga menyusul pula iaitu nurani si penyuntik semangat juang si srikandi dan rijal islami. Setiap kita punya hati dan di dalamnya nurani kita terus bergetar menyuarakan pesan Illahi. Tetapi bisikan nurani inilah yang akan terhijab jika noda masih bersarang dihati. Inilah yang perlu dikhuatiri. Pejuang perlu sentiasa monitor hati kerana hawa nafsu boleh bertingkah dengan suara hati nurani kita sendiri hinggakan kita tersalah pertimbangan dalam melakukan tindakan. Takut juga maksiat yang kita pilih kerna tersalah buat pertimbangan. Maka sentiasalah bertaubat, bersyukur dan membasahi bibir dengan mengingati Allah. Nuranimu pasti akan terus berbisik dan melaungkan kebenaran dengan nyata akhirnya..

Di jalan cinta para pejuang, disiplin menjadikan kita terus amanah dengan tanggungjawab yang diberikan..Dijalan cinta para pejuang, penglihatan kita awasi, pendengaran kita batasi, kesucian maruah dan diri kita belaia, suruhan illahi kita patuhi, larangan Allah kita jauhi..ini perlukan komitmen, perlukan disiplin yang tinggi…Inilah tapak yang terakhir..pelengkap pada visi,ghairah dan nurani..

Selamat melayari kehidupan di jalan cinta para pejuang.
Sekian saja post mortem daripada insan kerdil bernama sinar~islami.
Mari membaca teman-teman supaya hati terisi iman pun berfungsi.

::sinar Islami
Pars International hotel,
Bahrain
5 oct 2008
~syukran pada yang memberi~
::siap sepenuhnya 13oct::

Friday, October 03, 2008

celoteh raya

Al-kisahnya bermulalah....

Beberapa hari sebelum raya..
Apabila berbicara tentang pentingnya menjaga hubungan persaudaraan ni teringat la satu kisah...pada suatu pagi..bagi memenuhi hajat Tok wan, Chek Do pun membawa la kami ke pasar kuala besut.. mcm2 ade.. cadangnyer nak usha2 pakaian di sana, alih berkenan la nak membeli di sebuah kedai ni.. leka punya leka.. sambil tu nak dapat murah try la kechek kelate..sbb major org besut kechek kelate..walau tak jadi..hentam je la..penat je berlakon..makcik tu suh tgu jap..lepas tu dia pun datang la..terlihat oleh nyer nenek ku disebelah..terkejut dia..rupanya sedara..apa lagi dapat la murah..lebih murah..terdetik la dalam hati "bakpe tak bgi free jah"...

29hb sept

Alhamdulillah...Hampir keseluruhan family sudah pulang ke kampung dan pada malam ini juga turut meraikan ulang tahun si kecil Ezra yang sudah pun berumur 5 tahun.. Bukan apa.. ini juga dapat menceriakan malam-malam akhir serta merapatkan hubungan sanak saudara.. yang paling gembira adalah budak2 kecil kerana geng mereka sudah pulang.. jadi inilah masanya utk mereka bermain dan bergurau senda... itulah karenah budak2 . Moga jadi anak yang Solehah Along ucapkan..


~Jenuh juga menghabiskan~

~Ezra berbaju biru~

30hb sept

~mengingat kembali saat menanti lebaran~

Mmm kekalutan petang ini tak terungkap dek kata...sempat juga berbuat mcm2..saat kami kaum hawa sibuk di dapur menyiapkan juadah berbuka dan persiapan esoknya raya.. sakan pula kaum ayah membawa anak2 kecil ke pantai..

~pantai inilah menjadi sasaran~

~walidku dipantai~

~kanak-kanak yang masih belajar~

1 syawal tiba akhirnya...

Ramadhan berlalu..sedih rasanya. Moga-moga, kita benar-benar meraikan Ramadhan yang dilalui…dan bersyukur atas kesempatan yang Allah berikan. Bukan meraikan, Ramadhan yang telah pergi… sepatutnya kita merindui. Justeru kesyukuran dirafa'kan kerana masih dikurniakan usia untuk menghabiskan madhrasah Ramadhan dengan jayanya.. wallahualam.. moga amal diterima


Selamat Hari Raya AidilFitri

kami ucapkan pada semua

...usrati..tiada dalam gambar: Solehin & Hanisah

cepat..!!cepat..!! duit raya RM 50 kata yb kita..^-^


~sedang merindui kalian~Raya Kedua

~mereka tetap riang~