BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 31, 2009

Jom Makan !!

27 Julai merupakan hari terakhir bersama Kak Hani. Petang ni Kak Hani akan pulang semula ke Abu Dhabi. Esok pula, Mardhiah akan menuruti Kak Hani ke Abu Dhabi sebelum berangkat ke Korea. Sedikit teruja pada hari ini kerana tidak pernah dalam sejarah hidup sinar di Mesir, singgah dan menjamu selera di dua buah restaurant yang berbeza dalam jangka masa yang sangat singkat. Tak sempat pencernaan nak berlaku rasanya. Tapi disebabkan ada tetamu penting =) kena la bawa kan. Walauapapun daku sangat seronok dapat luangkan masa bersama antum. Moga redha Allah bersama kita. Terima kasih kerana sudi bersama kami di Bumi Mesir ini. Kedatangan antum kegembiraan kami.


27 Julai 2009

~::Cinnabon::~


My favourite place and thus one cinnabon please !! Mcdee, hurry up..

Today mine is "Caramel Pecanbon"~Yummy

Next station :: Mori Sushi (^_~)

smile =) :: 2 sis



1st- Oishii Sushi Maki- Salmon with Mushroom

2nd- Special Ura- Ura Crab & Shrimp Paste- Sedap!!

3rd- Hoso Kana Maki- Crab roll

Alhamdulillah...

Sekian sahaja slot pada hari ini.

Jumpa lagi dalam rancangan Jalan-jalan cari makan.

Salam Mahabbah semua!!

Thursday, July 30, 2009

::JaTiH::

~::Jaulah Tanta-Iskandariah::~
Biarpun tempatnya biasa- Suasana ini tetap luar biasa


Menerima kunjungan daripada sahabat lama semestinya menjadi kegembiraan buat kami di Mesir ini. Maka dengan keizinanNya jua kami mengembara hingga ke Tanta dan Iskandariah dalam 'dimensi' yang berbeza. Sungguh cantik penyusunan Allah mengatasi perancangan manusia itu sendiri. Manusia sentiasa ada lemahnya di sana sini. Perkumpulan kita pada hari-hari yang lalu diharapkan beroleh redha Allah dan pengampunan daripada-Nya.


24 Julai 2009


Tatkala mereka di Malaysia, Kami masih di sini

Kaherah-Tanta Kemudian baru ke Iskandariah

Kami menanti (^_~)

Akhirnya dia datang juga, tepat waktunya

Triffle yang lazat (^_^) Syukran tantawian



bergambar di tanta sebelum ke Iskandariah

Alhamdulillah selamat sampai di Alex, Mahattah Sidi Ghaber

"Eh , ramainya orang kat kedai tu, ade sale ke? Jom pegi nak !! "
"Tak yah la, malam dah ni. Baik isi perut"
"Lah gaduh rupernya"
"Tak jadi la. Baik kita menjauhi.. Jom pi makan yuk"

Banyaknya ikan terbang =)


Side dishes dah sampai, main dishes lambat lagi


Mampukah dihabiskan...Malaysia boleh!!

25 Julai 2009

Here we come!! serang!!

Teringat jordan ketika ini, mendamaikan.

Kak Hani, hati-hati !! Rindunya la, datang lagi ye.

Pemandangan ini tiada di Kaherah...leka pula tengok lautan yang biru

Next pit stop :: The Roman Theatre

kami yang punya !!

Siapa nak buat pengumuman, dipersilakan.

Ke Bibliotheca Alexandrina, Perpustakaan yang menarik.

Seni bina yang unik


Seronok kalau dapat study sini selalu


Susun atur yang kemas, terasa berada di bumi asing. Kecanggihan yang terserlah.

26 hb Julai
Destinasi terakhir~Montaza

Pintu masuk utama

Nak picnic, hidang-hidang ye...


Sahabat lain menghidang, sedap je dia ni calling (^_~)

Eh, dah siap? Apa lagi, jom makan!!

Istana Raja Farouk


~ All for One, One for All~
::Jazakumullah khairan kathira atas kerjasama dan sokongan yang diberikan
Afwan atas segala kekurangan dan kelemahan majlis dan diri ini::
Ya Allah satukanlah hati-hati ini dalam mentaati-Mu

sinar~islami
el-fahmy allay
:: status homealone ::

~Credit all pic to 2sis~

Tuesday, July 28, 2009

Palestine, emang gue pikirin !

Alhamdulillah selesai membaca !!


sememangnya kita pedulikah?


Buku ini UniK !


Alhamdulillah selesai sudah sinar menghadam buku ini. Buku ini sangat unik dan 'informative'. Erm kenapa unik? kenapa ya agaknya? Lain dari yang lain dan kulit bukunya sahaja unik bahkan disusun dalam dua versi. Selesai sahaja anda membaca bermula dari slide A (cover depan) anda perlu memulakan pembacaan dan membalikkan buku kepada slide B untuk meneruskan pembacaan.Unik bukan? (^_~) Lebih baik memiliki, anda pasti teruja dengan keunikannya

Palestina Milik Kita !!

Pada suatu pagi, sedang kami membelek silibus kelas arab untuk dibincangkan pada hari tersebut, maka sampailah ke topik pembangunan dan kegemilangan Islam. Di situ diterangkan ketiga-tiga tempat yang sangat bermakna bagi kaum muslimin. Makkah, Madinah dan Al-Quds. Bagus sekali silibus kelas arab ini sentiasa menyamai buku dan kelas-kelas agama yang daku dalami. Allah Maha Perancang. Dicurahkan kefahaman tidak kira ruang.

Daku senyum sendiri bila mengingat kelas arab yang sudah tamat kala ini. Alhamdulillah imtihan berjaya kami harungi dan akan meneruskan ke level seterusnya selepas cuti nanti. Baiklah lupa pula kena sambung cerita. Lalu Ustaz Muhammad Said pun bertanya(dalam bahasa Arab).

"Milik siapakah Palestine sebenarnya, orang Palestine atau kaum Yahudi"

Dalam hati, "Milik kitalah, bukan Palestine sahaja"

Tapi jawapan ustaz adalah antara a and b. Yahudi for sure bukan. Berbelah bagi nak jawab. Maka dikatakan Palestine.

Pantas ustaz senyum dan berkata "Palestina lil Muslimin jami3an laisa Yahud wa Palestine faqad" (Palestina untuk semua Muslimin bukan Yahud atau Palestina sahaja)

Aduh ustaz suka macam ini. Betul daku sokong tanpa bantahan. Sungguh saat itu pelbagai cerita ustaz buka. Sesuai sekali saat itu buku Palestine sedang daku hadamkan.


Ya !! Palestine milik kita. Namun setelah menjalani sejarah yang panjang, bangsa Yahudi mendirikan Negara Yahudi di atas darah bangsa Palestina. Mengapa mereka kepingin benar tanah palestina, pertama alasan sejarah bahawa nenek moyang merekalah pemilik sah dari negeri Palestina. Kedua alasan agama. Menurut mereka Tuhan sudah lama menjanjikan tanah Palestina buat mereka sejak berabad-abad yang lalu. Buku ini bakal menjawab dan menyangkal dakwaan mereka memiliki Palestina. Yang berhak sebenarnya adalah kita wahai umat Islam seluruhnya. Kita !! bukan rakyat palestina sahaja. Isu mereka isu kita sebenarnya.!! Isu Kita!!


Sedihnya sekarang dunia seakan-akan membisu menghadapi tindakan zionis Israel. Media massa sahaja sudah berat sebelah hingga kejahatan sebenar disembunyikan. Daku sendiri ketika di Jordan pernah melihat siaran dari negera tidakku iktiraf ini. Kepalsuan belaka. Pengeboman kecil di wilayah mereka. Riuh satu dunia mahu dicerita. Tapi kekejaman mereka cepat-cepat disembunyikan. Pembantaian penduduk tempatan dengan halus dikatakan ‘membela diri’. Penculikan anak-anak Palestina disebut ‘Tindakan pencegahan terorisme’. Apa kita buta menilai semua ini. Aduh tiada langsung perikemanusiaan. Sekolah-sekolah dan masjid dibom dikatakan ‘mempromosikan perdamaian’. Enak sungguh mereka bertopengkan kata-kata manis berbicara. Siapa yang diancam dan patut digelar terrorist sebenarnya. Anda wahai Kuffar mungkin boleh bergelak ketawa memamah saudara saudara kami tapi tidak sesekali di depan Dia

Mereka bersungguh, KITA?

Zionis pernah menawarkan pada Sultan Abdul Hamid ii untk menjual Palestina pada mereka dengan imbalan penghapusan hutang Khilafah dan wang dalam jumlah yang besar. Khalifah menolak dengan kata-kata yang masih terkenal hingga sekarang. “Aku lebih memilih memisahkan dagingku dari tubuhku sendiri daripada memisahkan Palestina dari tubuh kaum Muslimin”

Namu masa berlalu. Ternyata mereka merancang dengan terperinci dikala umat Islam sibuk dengan duniawi. Perancangan diteruskan dengan perpindahan Yahudi secara berperingkat (aliyah) dan ditteruskn dengan Deklarasi Balfour (2 November 1917). Tambah pula mendapat sokongan padu daripada Inggeris, Zionis bijak mengambil peluang. Namun tindakan mereka akhirnya meragui Inggeris lalu pihaknya membatasi imigran Yahudi melalui White Paper Komisi Peel (Mei 1939). Justeru Israel berpaling pada Amerika dan mempergunakan kuasa ekonominya untuk membantu mereka menjayakn misi pembinaan Negara Israel. Israel akhirnya berdiri pada 14 mei 1948 (tidak diiktiraf oleh Sinar). Hingga sekarang jika dilihat kita sendiri pun tahu bagaimana kan.

Road to victory

Terus dengan jalan apakah Palestina akan terbebas? Padahal sudah bermacam tindakan diambil oleh Pemimpin Arab dan Palestina. Hmm ternyata masalahnya sederhana. Jihad belum lagi menjadi jalan yang semaksimanya untuk pembebasan Palestina. Jihad bererti kesungguhan dalam niat dan usaha. Niat harus benar iaitu untuk Allah semata-mata. Usaha juga harus benar iaitu berjuang dengan semaksima mungkin dengan jiwa dan harta.

Ya Allah,
menangkanlah Islam dan kaum Muslimin,
Menangkan para mujahidin yang ada dipenjuru timur dan barat
Ya Allah,
Turunkan kepada mereka kemenangan yang gilang-gemilang
Ya Allah,
Satukan hati-hati mereka, berilah keteguhan,limpahkan kesabaran

Muhasabah Waktu

Muhasabah waktu-waktu ku~Pasca peperiksaan


PAGI!!!
Maha Suci Allah Yang Menghidupkan kita hingga hari ini.
Kenapa diucapkan kalimah pagi kerana di pagi hari kita sentiasa bersemangat untuk memulakan sesuatu dan melaksanakan pekerjaan. Maka ucapkan pagi selalu. Pagi !! Bersemangat wahai teman- temanku

Alhamdulillah selangkah musim berlalu mengiringi detik dan jua waktu. Akhirnya fatrah peperiksaan yang mengetirkan jiwa setiap penuntut ilmu di ardul kinanah ini juga berlalu.

Namun cuba kita putarkan kembali saat-saat itu. Kita berpagian dengan tahajud kemudian jadual harian dipenuhi membaca, ibadah, makan dan minum. Kitaran masa kita berlegar hanya di situ. Tidak dinafikan padat rutin harian kita ketika peperikasaan dengan kalam-kalam yang baik dan ibadah yang berterusan. Justeru menjadi persoalan buat jiwa manusia yang sentiasa lemah dengan dugaan. Bagaimana kondisi iman dan status ibadah kalian ketika ini? Adakah kalian mengganti tidur yang tidak mencukupi? Amalan bagaimana? Meningkat? Atau dipenuhi dengan marathon movie dan ‘games’? Maka apa sebenarnya yang menggerakkan kita untuk beribadah selama ini?Adakah semata-mata ingin meraih kasih Allah supaya keputusan peperiksaan nanti cemerlang. Hanya sekadar itu kah?



Hari-hari yang berlalu adalah imtihan,

hari-hari yang mendatang jua adalah imtihan.

Maka tidak dapat tidak mujahadah itu sentiasa diperlukan.


Jika kita hendak membuka mata hati kita, mata yang dapat menembus apa yang tidak dapat ditembus oleh mata kepala, mata yang sentiasa mengatakan kebenaran, mata yang mencintai yang haq, mata yang dapat memahami pesan-pesan Allah swt dan rasul-Nya, seharusnya kita dekatilah kalamullah. Peringatkan diri sentiasa kerana manusia itu mudah lupa.

"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada".
(Q.S. al-Hajj : 46)

Teringat kata-kata seorang Tokoh Mujahid Islam Dr Abdullah Azzam dalam sebuah bukunya :
“Mereka yang memasang cita-cita yang tinggi ( untuk melihat kemenangan Islam) tanpa membuat apa-apa persediaan adalah merupakan mereka yang berjiwa KECIL.”
Oleh yang demikian, teman-teman sentiasalah berhati-hati dalam mengurusi masa kalian. Hatta kecemerlangan sudah digenggami ketahuilah masih panjang perjalanan ini. Jangan cepat berpuas hati.

Dalam konteks seorang pelajar kita mungkin cemerlang. Namun seiringkah apa yang ada di dalam hati. Ingin melihat Islam berkibar diseluruh dunia namun hakikat diri kita tidak selari. Kita mengecilkan jiwa kita dengan maksiat dan dosa yang majoritinya kita sendiri mudah terlepas pandang.

Ayuh syabab sekalian! Sesiapa pun kita, apabila ber’tittle’kan Muslim. Ciptalah peluang untuk dirimu mengenal Khaliq yang Maha Besar. Itulah tujuan utama kita diciptakan

Org yg lemah - menunggu peluang.
Org yg pandai - memanfaatkan peluang
Org yg berjaya - mencipta peluang

Dalam tempoh waktu kita bercuti ini, rancanglah cuti kita sebaiknya. Di situ wujudnya peluang meningkat diri tak kurang juga mampu membunuh potensi diri kita. Bijaklah memilih dan mengisi masa lapang dalam usia muda ini dengan program-program tarbawi.

Rasulullah saw bersabda, “ Ada dua nikmat, di mana banyak orang yang tertipu dengan keduanya ; nikmat sihat dan waktu lapang
(H.R Bukhari dari Ibnu Abbas)

Justeru sahabat-sahabat yang dikasihi. Bangunlah diri agar sentiasa merasai pengawasan daripada-Nya. Anda bukan muslim, mukmin dan amilin separuh masa tapi sepenuhnya. Jangan memilih waktu untuk beribadah. Kalian akan menyesal.

Sinar~Islami
20th July 2009
Publish~The Zikr

Friday, July 17, 2009

Hadiah buatmu pejuang

Pertama video ini untuk kalian



Kedua lirik nasyid ini untuk kalian juga
SUNNAH ORANG BERJUANG
Lirik Nasyid :Hijjaz

~::~
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..
...........................
Selamat beramal semua..
Sedang menghayati derita saudara kita di Palestina
Buku Palestina, emang gua pikirin dan ulasan ustaz di kelas amat membantu
Al-QUDS Milik Muslimin, Bukan ahli Palestine atau Yahudi!!
Terus mendoakan semua umat Islam ya (^_^)

Thursday, July 16, 2009

~::Result 2008/2009::~


Berakhirnya Praklinical

Selamat tinggal Tahun 3 dan Ahlan pula Tahun 4

~Taman Kanak-kanak praklinikal~

Hari ini benar-benar berlalunya pra-klinikal dalam hidupku. Kamus Tahun 3 kututup kemas. Dari sudut ilmu takkan kututup. Biarlah pelbagai peristiwa yang berlalu, berlalu. Namun pengalaman dan pengajaran itu harus diambil. Kubangkit dengan dorongan yang SATU. Jiwa sedikit tenang di sebalik kesibukan musim panas ini. Debaran menunggu keputusan berakhir jua. Ramai yang berjaya melayakkan diri ke tahun 4 dengan mengulangi kecemerlangan di Tahun Satu dahulu. Antum hebat. Tahniah daku ucapkan.


Sedang asyik berpathology (^_~)


Sungguh berdebar menantikan saat ini. Keputusan peperiksaan akhir tahun 3 keluar hari ini. Mana tidaknya selalu di khabarkan Tahun 3 Tahun 'horror'. Bisa menenggelamkan siapa sahaja. Mind set kita perlu ditukar. Yakin boleh. (^_^) Harapan yang tak putus-putus kuharapkan agar dapat bersama teman-teman di tahun 4. Alhamdulillah termakbul juga. Diriku berdebar malah turut ada insan-insan lain juga yang tidak senang duduk dibuatnya. Umi, Walid dan insan yang mendoakn, alfu syukran along ucapkan. Maaf buat kalian tertunggu-tunggu. Buat adik-adik junior yang akak kasihi, InsyaAllah kenangan terindah di tahun 3. Penat itu biasa dan selepas kesulitan itu ada kesenangan. Akhirnya kemanisan akan dirasai dan kita lebih menghargai masa lalu.


Tahun Tiga Tahun Unik

Kalau dulu di tahun satu dan dua, subjek Anatomy, Physiology, Biochemistry dan Histology menemani. Di tahun 3 berputar 180 darjah kepada Pathology, Pharmacology, Microbiology dan Parasitology. Semuanya subjek sungguh menarik dan menuntut untuk dipelajari dengan sebaiknya sebelum melangkah ke tahun 4. Setiap subjek ada keunikan tersendiri dan ada keperluannya juga. Terasa lebih dekat dengan penyakit.

Banyak itu sentiasa

Susah itu biasa

Senang itu pun ada

Kalau dulu, pagi-pagi masih ingin bermalasan tapi tidak di Tahun 3. Kurangkan mimpi, hidupkan realiti. Nak di bandingkan 3 tahun sebagai pelajar praklinikal, tahun 3 inilah menuntut keringat berlebihan. Hatta kurang nutrisi dibuatnya. (^_~)

Tahun Tiga Pelbagai Kisah Suka dan Duka



Dari awal tersingkapnya tirai tahun 3, taklifan diberikan. Mendung dan kelabu sahaja jiwa dibuatnya. Terkejut pada awalnya, sedih dan tidak terkata di pertengahannya dan di pengakhiran, hingga daku sendiri tak menjangka. Semua dalam genggamannya. Daku pasti dan daku tahu, ada hikmah disebalik semua ini. Ya rabb ampuni aku jika amanah yang kupikul ini tidak dijalankan sebaiknya. Jazakallah buat semua teman-teman yang sentiasa beri sokongan. Antum yang terbaik.

Kami...Perantau Musafir Perjuangan

Sungguh banyak pengalaman kutimba pada sesi ini. Pengalaman hidup baru. Ada yang hadir dan ada yang pergi. Semuanya silih berganti. Sebenarnya daku mentah dalam banyak hal. Ramai yang sudi mengajar. Moga Allah membalasinya.



Jauh merenung dari Bumi Syria


Perkelanaanku ke bumi Jordan dan Syria sedikit sebanyak mengubati ruhani dan jasmaniku. Benarlah melihat alam itu, terselit hikmah penciptaan yang besar. Ketenangan ku disana. Cintaku pun disana. Sungguh damai tika meluangkan waktu-waktu itu bersama teman-temanku. Rindu pada keharmonian Masjid Umawi.


Dalam apa jua hal, Allah lah selayaknya tempat kita bergantung. Berkongsi pesanan Ibnu Qayyim


  1. Dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terungkai kecuali menerima kehendak allah s.w.t
  2. Dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dgn allah swt.
  3. Dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali merasai nikmat allah swt.
  4. Dalam hati manusia ada kegelisahan dan akan tenang damai bila berlindung, berteman dan berjumpa dgn allah swt.
  5. Dalam hati manusia ada penyesalan dan akan padam bila redha dengan suruhan dan larangan, qada qadar allah senantiasa bersabar sehingga menemui yg azali.
  6. Dalam hati manusia ada hajat dan tdk akan terbendung kecuali kecintaan pd allah dan bermohon pd nya. Senantiasalah berzikir kpdnya wassalam
Patah tumbuh Hilang berganti?


~Kepada-Nya kita kembali~

Tragedi 11 june kemas dalam ingatan. Sedikit sebanyak memberi impak pada daku dan rakan-rakan. Namun ramai berjaya atasi hari-hari yang berlalu dan yang mendatang dengan tabah dan azam baru. Jujurnya daku terkesan. Memang langsung tidak boleh dilupakan. Alhamdulillah rahmat dan kasih sayang Allah pada kami sangat luas. Syukran pada semua saling memberi sokongan. Moga Allah rahmati kita semua.

Dibantu tanpa jemu

Diberi kekuatan tika lesu

Dibantu tanpa ragu

Moga ruh sahabat kami dicucuri kasih sayang daripada-Nya. Moga Allah nukilkan buat kita yang masih terus berjuang ini takdir yang tercantik buat kondisi iman masing-masing. Dia Maha Mengetahui. Kehilangan seorang ketua, sahabat tiada ganti. Cuma akan hadir lebih ramai kenalan dalam hidup ini. Tapi takkan sama. Dalam apa jua keadaan...sama-samalah kita kembali kepada Allah. Disitu ada ketenangan.

Tahun 4 bakal membuka tirainya



Setinggi-tinggi kesyukuran sekali lagi. Walaupun senyum riang tak kurang juga tangisan kecil diri sendiri mendapat natijah ini kerana Allah cukup sayang dan dia telah beri yang terbaik untukku kali ini. Tahun 4 ini akan digunakan sebaiknya. Mengorak langkah lebih jauh sebelum terjun ke dalam medan amal sebenar. Sungguh Ya Allah, Engkau telah beri yang terbaik. Redha dari-Mu kuharapkan. Pimpinlah daku hingga keakhirnya. Doakn sinar !! (^_~)
Selamat melangkah ke tahun 4 pula. Doakan kami.

Tuesday, July 14, 2009

Teka-teki Rimba

~ Rindu kehijauanmu Malaysia~


Teringat daku akan perkhemahan remaja yang pernah diikuti dahulu. Walaupun sudah lama berlalu, namun detik-detik itu akan terus mekar dalam ingatan kerana banyak ilmu daku perolehi.

Suasana rimba tika itu sungguh mendamaikan. (^_^). Damai dirasa.
"Ok semua, Alhamdulillah kita sudah sampai ke check point yang seterusnya. Jadi seperti biasa akan ada tugasan yang perlu kalian laksanakan. Moga amal yang sedikit ini Allah terima. Walaupun kita mendaki bukit, insyaAllah ada nilai tambah dari sudut keimanan kita pada-Nya," Kata Abang Khalid selaku Ketua Kem Komandan pada kami semua.

Kepenatan ternyata buat anak-anak muda belasan tahun. Namun sinar di wajah terpancar riang. Malah kami sendiri tidak mahu kalah kerana kami anak muda. Dapat berehat suatu kepuasan dan bukan sebarang rehat kami terima.

"Yang puteri sila kumpul di belakang bersama fasilitator antunna manakala putera sila berkumpul di hadapan ana mengikut kumpulan. Arahan seterusnya akan diberikan oleh fasilitator masing-masing. Selamat berehat dan selamat mentadabbur," tambah kem komandan kepada kami semua

Kami bertindak mengikut arahan. Bergeraklah kami semua. Seperti di arahkan kami duduk di dalam kumpulan beralaskan rumput dan tanah. Kepenatan meredah hutan diganti rehat yang menyegarkan iman.

"Assalamualaikum wbt, penat ke adik-adik?" tanya Kak Iman dengan lembut.
"Tak la kak. Seronok dan best. Macam-macam kami dapat," Kata Sarah, ahli kumpulan ku yang sememangnya sangat bersemangat. Kami turut mengangguk sambil tersenyum.

"Alhamdulillah, bagus adik-adik akak ni. Kita terus ya. Masa pun suntuk. InsyaAllah di sini ada dua tugasan yang perlu antunna selesaikan. Setiap kumpulan berbeza di anta satu sama lain bagi tugasan pertama iaitu hafalan hadith atau ayat Al-Quran manakala bagi tugasan kedua antunna di beri teka teki yang perlu diselesaikan dan di bentangkan kepada kami semua sebentar lagi"

Setiap ahli diberikan kertas kecil. Kumpulan kami mendapat hadith yang perlu dihafal dan diperdengarkan kepada Kak Iman. Daku tertarik pada tugasan kedua. Ya teka teki. Sarah membaca teka teki itu dengan kuat agar setiap ahli dapat mendengar dan mula berbincang.

1.Benda apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2.Benda apa yang paling jauh di dunia?
3.Benda apa yang paling besar di dunia?
4.Benda apa yang paling berat di dunia?
5.Benda apa yang paling ringan di dunia?
6.Benda apa yang paling tajam di dunia?

Begitulah yang termaktub di kertas kecil itu. Wah soalannya baik sekali. Daku pernah membacanya. Tapi serius daku lupa. Cuma dua teka teki dapat ku agak dari 'long term memory' yang Allah kurniakan. Aku senyum sendiri. Seronok juga lupa. Moga lepas ini jangan lupa dah.
Ada yang lebih dekat?

Mulalah Sarah berteka-teki. "Maih chek teka, paling dekat dengan kita ibubapa la kan. Ringan macam kapas ke, tajam macam pedang atau keris ke," sambil tangannya mencucuk pinggangku lagak macam pendekar zaman dulu kala. Mahu menjerit rasanya. Threshold geliku rendah. Gelak kami semua.

ringan?


Tersenyum Kak Iman melihat gelagat adik-adiknya. Kemudia dia berdehem. Hehe kami kembali fokus. Maka perbincangan bermula...Itu gunanya team. Untuk sama-sama selesaikan.

Setajam inikah?

~::~


Tersenyum sendiri bila mengingatkan saat-saat itu. Riang dengan gurau senda. Sekarang masing-masing sudah bertebaran di bumi Allah mengali ilmu di segenap alam raya.


Cukuplah sekadar itu memori lalu kuputarkan. Ha teman-teman sekalian. Apa agaknya jawapannya ya?? Sekadar rehat-rehat minda sekali sekali.