BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 05, 2026

Road to Bandung 2025

...Allah is always with us...


Alhamdulillah. 
Hiruk pikuk kehidupan memberi kami ruang berhenti sejenak, memikirkan ruang untuk mencipta kelainan. 

Sejak sekian lama akhirnya Bandung menjadi pilihan kami memecahkan ruang.

Alhamdulilah.. Satu perjalanan. Sudah lama tidak ke Bandung, perancangan sebelum Hana dua tahun tergendala hingga hampir 8 tahun umurnya. Sempatlah kami buat persiapan sikit demi sedikit. Nuha dan Iman pernah merasa kedinginan dan kesibukan kota Bandung


Allah izin juga menjejakkan kaki dengan anggota tambahan. 

✨Kita adalah Keluarga

Kembara jauh pertama kali kami semua bersama Faheem. Jejaka tambahan.

Kakak-kakak pula makin prihatin dan belajar menyantuni satu-sama lain. Bukan mudah, tapi bakal mustahil jika tidak dididik dari awal. Berkelana di tempat orang, kena saling menjaga, prihatin dan tidak boleh egois. 

Warna-warni sungguh. Faheem memang memeriahkan suasana dengan kecomelannya, kecerdasan dan kecergasannya yang berganda. Menguji kesabaran dan stamina kami. 
 
Tanpa mereka tiadalah percutian yang indah ini. Alhamdulilah..

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ
Safar Saied para musafir


✨ Percutian dan matematik kehidupan

Dalam perjalanan takkan lari dari angka yang penuh makna dan ertinya. 

Kami berenam, kena pastikan semua ada sebelum melakukan pergerakan. Supaya tiada yang MIA. 

Waktu di Bandung lebih awal sejam..

Sesayang mana pun Malaysia kena patuh waktu setempat supaya cakna waktu solat dan waktu perjalanan.  Angka juga mencetus rasa ingin tahu berapa KM perjalanan, berapa tempoh masa untuk sampai.
 
Almaklum kami lebih ramai perempuan, angka rupiah la paling menarik minat. Jual beli dalam Rupiah yang mencecah jutaan membuatkan anak pun meragui urusan jual beli mereka. 

Muamalah sesama insan inilah mengajar anak, angka bukan sekadar angka. Angka adalah pengorbanan dan penghormatan. Jika kita tidak menjaga, bakal kacau kehidupan.

Hari Pertama yang dinanti.. Nukilan bersama suami. 

Jaulah ke Bandung dulu-dulu
Ketika itu kami masih muda tang-tang.
Ketika itu anak dua orang.
Ketika itu barang sedikit.
Ketika itu… hidup ringkas.

Akhir 2025, kami kembali.
Ketika ini kami masih muda juga—
cuma tidak semuda dulu.
Ketika ini anak bertambah dari dua kepada empat.
Ketika ini barang makin banyak.
Ketika ini… hidup makin berwarna.

Target jaulah kali ini sederhana sahaja:
ziarah teman menyambung silaturahmi,
wisata kuliner, dan berwisata tanpa mengejar apa-apa.

Perjalanan bermula dari KLIA2,
ke Bandara Soekarno-Hatta,
terus ke Stasiun Halim naik Whoosh,
turun di Padalarang,
sambung feeder train ke Stasiun Bandung,
dan akhirnya ke Airbnb.
Bergerak sekitar 8 pagi,
tiba di penginapan hampir 7 malam.



اَللّٰهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِعَنَّا بُعْدَهُ اَللّٰهُمَّ اَنْتَ الصَّاحِبُ فِى السَّفَرِوَالْخَلِيْفَةُفِى الْاَهْلِ

“Ya Allah, mudahkanlah perjalanan kami ini, dan dekatkanlah kejauhannya. Ya Allah yang menemani dalam perjalanan, dan Engkau pula yang melindungi keluarga.”

سُبْحَانَ الَّذِىْ سَخَّرَلَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِيْنَ وَاِنَّآ اِلَى رَبّنَا لَمُنْقَلِبُوْن

“Maha suci Allah yang memudahkan ini (kenderaan) bagi kami dan tiada kami mempersekutukan bagi-Nya, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.”





Lengkap satu hari — dengan segala drama kecil, rehat separuh jalan, dan muka anak-anak yang sabar.

Alhamdulillah, sudah merasa naik Whoosh sekali.
Dan saya rasa… sekali seumur hidup pun cukuplah.
Laju memang laju, tapi dengan empat orang anak dan barang satu keluarga, ia bukan lagi pilihan yang mesra jiwa dan bahu.

Capek deh.

Bandung tetap sama —
yang berubah cuma kita.


Hari kedua, kami hala ke Lembang.

Kami turun ke Bandung ketika minggu Nataru — musim cuti Natal dan Tahun Baru. Maka, secara jujurnya, memilih Lembang ketika ini memang bukan keputusan paling bijak. Trafik sesak, manusia ramai. Tapi kami tiada banyak pilihan. Jadi kami redha dan teruskan perjalanan. Hahaha.

Maceh pisan euy.

Saya senaraikan beberapa tempat wisata dan kuliner untuk singgah. Supir pula mencadangkan supaya kami ke lokasi yang paling jauh terlebih dahulu, sementara matahari masih tinggi. Masuk akal. Saya setuju.

Destinasi pertama kami: Orchid Forest Cikole.
Tempat ni sesuai untuk yang suka berjalan perlahan dan tarik nafas panjang. Dikelilingi hutan pinus, udara sejuk, suasana tenang. Ada pelbagai jenis orkid, laluan pejalan kaki yang cantik, jambatan gantung dan spot bergambar yang sederhana tapi cukup menyenangkan. Tempat untuk ‘pause’ sekejap dari hiruk-pikuk bandar.

⭐️ Rate: 3/5




Selesai berjalan turun dari kawasan hutan, kami singgah makan di Rumah Makan KLC. Setting rumah makan ni mengingatkan kepada Rembayung KA — bumbung tinggi, ruang luas dan nyaman untuk berehat sambil makan.

Namun, realitinya…
Trafik masih maceh parah.

Kami singgah pula di Farm House, sekadar ambil gambar dan jalan-jalan ringan mengisi masa yang berbaki.

⭐️ Rate: 3/5










Mungkin sebab dah pernah datang sebelum ni, rasa keterujaan tu sedikit berkurang. Tapi kali ini dapat naik keretapi dalam Farm House. 

Akhirnya, kami turun dan menuju ke Kampung Daun. Perut sudah lama berkeroncong. Masakan Sunda yang autentik, suasana dingin, hijau dan damai. Tempat ni memang ada ‘rasa’ dia tersendiri.

⭐️ Rate: 5/5

Ulang makan di sini berkali-kali pun, tetap tak pernah rasa rugi.

Macet dimana-mana, tapi Lembang tetep matak resep.

Hari Ketiga, Silaturahim sambil menikmati keunikan makanan setempat. 

Alhamdulillah, bangun pagi dengan semangat. Berpagian wajib menghadap seruan Illahi, bersihkan diri. 

Ikhtiar kami kali ini dengan probiotik tidak dilupakan. pun semua akur untuk menikmati wisata Kuliner 





Alhamdulillah. Misi menikmati bubur sedap untuk di makan harus dilaksanakan! 

Ayuh kita ke Kartikasari dahulu. Cari buah tangan dan kudapan. 
Kudapan sedap terbaru yang saya suka! 
MasyaAllah.. Ramai! Bukti wajib singgah


Alhamdulillah selesai kami di Kartikasari, langsung bergerak ke Jatinangor, ke tempat Dr Amad menuntut ilmu. 


Makan tengahari kami kali ini, disediakan khas oleh keluarga Pak Imam. MasyaAllah sedap! 

Terima kasih Pak Iman dan sekeluarga. 
















Monday, April 15, 2024

15.04.2025 Fasa baru lagi..

...Allah is alwayz with us...


Alhamdulillah.. 
Hingga 6 Syawal diberi peluang untuk menikmati keunikan hidup..
Semoga urusan hari ini dimudahkan Allah.. 
Melahirkan zuriat yang keempat.. 
InsyaAllah semoga semua anak Papa Bunda menjadi insan soleh dan solehah. 

Ameen. 



Thursday, April 11, 2024

Aidilfitri 2024

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالحَمْدُ لِلّٰهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الِلّٰهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلًا لَا إلٰهَ إِلَّا اللهُ وَلَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الكَافِرُوْنَ لَا إلٰهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الاَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إلٰهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ



...Allah is always with us...
Alhamdulilah.. 
10.04.2024

💐 Selamat Hari Raya Aidilfitri 💐



Saturday, January 06, 2024

5 Januari 2024

...Allah is alwayz with us...


Alhamdulilah.. Atas nikmat yang Allah kurniakan untuk 2023.

Tahun baru, hari baru.. Masa hadapan yang masih Rahsia.

Semoga Allah beri kesihatan dan  berkati kami, ampunkan salah silap kami, mudahkan jalan mencari RedhaNya jua. Ameen. 

Jazakallahu kheir kepada suami memberi izin ke sana sini, menemani kehidupan kami, anak-anak ketika saya di rumah, bekerja dan bersama sahabat baru dan lama. 

Jazakumullahu kheir pada keluarga semua, Umi Lek, Abah Ibu, adik-beradik, Cik Dah, Nurul, Na dan yang lain juga kerana banyak membantu dan mewarnai kehidupan.

Jazakumullahu kheir pada semua sahabat, kenalan baru yang memberi sokongan. 

Semoga kita semua berjaya dunia akhirat. Dan di himpunkan di syurga. Ameen.

Day 6 Padang - Klia

Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga terbang pulang.. 

Day 5 Padang

Pantai Air Manis terdapat lagenda Malin Kundang. Apapun kisahnya, semoga kita menjadi ibubapa yang baik, anak-anak yang baik juga. Ameen. Saling berpesan dengan kebenaran dan bukan memendam rasa. 

Nak ke Pantai Air Manis, pasti melalui Pelabuhan dan Taman SitiNurbaya. Sungguh la Sungai dan Laut itu Allah beri rezeki pada yang usaha.

Dah berusaha, jangan lupa mencari Tuhan, Allah yang Esa. Alhamdulilah dibina juga Masjid yang sangat selesa. Senibina juga memukau.

Kami terus ke airport, namun penerbangan dibatalkan dan ditunda keesokannya. 


Day 4 Bukit Tinggi-Padang

Sedihnya lalu Lubang Jepun ni.
Kewujudannya tak diketahui. TANPA pengetahuan orang setempat.
Selepas Nagasaki dan Hiroshima dibom, barulah ditemui itu pun selepas 1-2 tahun. 
Semua buruh disingkirkan tanpa belas kasihan..

Bijak sungguh mereka buat terowong ini, menghubung banyak tempat keluar, ada pengudaraan, memang rasa sejuk, banyak ruang dan bilik..

Boleh ambil strategi membina tapi niat dan matlamat mereka tak berperikemanusia jangan kita tiru pula. Allahu mustaan.

Seterusnya kami ke Kiniko Coffee

Tak lengkap jika tidak singgah Istana Basa Pagaruyung

Day 3 Bukit Tinggi

Alhamdulilah..
Dapat juga sampai ke tempat Kelahiran Buya Hamka.
Jalan ke sana mencabar juga dari Bukit Tinggi.
Kena pula musim hujan dan kerap kali tanah runtuh.

Tekadnya mereka zaman dulu dari Maninjau hendak ke tempat lain untuk meneruskan peradaban, permukaan berbukit bukau, ada tasik juga.

Bersungguh orang-orang di sana melengkapkan diri dengan ilmu dan ingin mengubah kehidupan walaupun tempatnya jauh ke dalam hutan.

Banyak lagi kita perlu belajar untuk keluar dari keselesaan.

Day 2 Bukit Tinggi

Perjalanan kali ini lebih santai dengan ahli keluarga sendiri.

Tak kami sangka juga, kehadiran kami kali ini sebaik sahaja tragedi meletusnya Gunung Merapi. Dekat sahaja sebenarnya.. Bahkan kami juga melalui lerengnya. Semoga yang terkorban di tempatkan bersama para solehin. Ameen. Dekat sahaja sebenarnya kematian kita. Muhabasah juga diri, apa lagi urusan dunia, amal yang boleh lagi dilakukan untuk akhirat.

Mereka penduduk yang berani. Kerana sifat Itulah banyak pertanian dan perusahaan boleh dimajukan. Bersyukur dan berterima kasih lah pada mereka. Anak-anak pun terkejut rupanya ada peradaban yang hebat di sekeliling gunung. 

Banyak perkataan baru juga kami belajar.
Anak-anak pun rasa teruja.

Gadang antara perkataan yang cukup popular. Gadang bermaksud besar.

Kalau semalam saya kongsikan moment di Rumah Gadang, kali ini saya bawakan ke Jam Gadang. 

Usai waktu makan, kami di bawa lagi ke rumah makan masakan Padang yang berbeza
Juadah seakan sama, tapi berbeza sebenarnya baik rasa, cara masak dan rupa.

Alhamdulillah untuk pengalaman ini...


Tuesday, December 19, 2023

Road to Bukit Tinggi-Padang Indonesia : Hari Pertama

 Alhamdulilah. Dengan izin-Nya sampai juga kami ke destinasi untuk teruskan pengembaraan di dunia ini.

Hajat suami nak sangat ke Bukit Tinggi - Padang. Alhamdulilah dapat juga bawa Ummi, Lek, Nuha, Iman dan Hana.. 

Tiket kami urus sendiri, manakala untuk urusan hotel, pengangkutan, 'tour' Alhamdulillah Ummi banyak Pengalaman dan rangkaian. Kali ni kita bekerjasama dengan Kita Holiday. Pengangkutan, Makan Minum, Penginapan semua diatur. 

Hari Pertama yang unik dan pengalaman berharga! 

Alhamdulilah perjalanan ke KLIA2 lancar dengan menaiki kendaraan sendiri. Kami bertolak dari rumah pukul 3 pagi. Pertama kali kami nak bawa anak-anak menaiki kapal terbang sejak covid melanda. Bahkan memang pengalaman pertama buat Hana juga. Debar juga untuk menyiapkan semua seawal pagi. 

Alhamdulillah sempat Subuh di KLIA2. Pukul 7.20 pagi kapal pun berlepas. Penerbangan memakan masa 1  jam 5 minit. Alhamdulillah tertunai hajat nak makan Nasi Lemak Pak Nasser. 

Sampai sahaja di lapangan terbang, cuaca mendung, hujan renyai. Sejuk pula. Kami disambut oleh Riko, pemandu pelancong. 

Perjalanan kami diteruskan ke Bukit Tinggi. Di dalam perjalanan kami dapat singgah di Air Terjun Lembah Anai, Museum Bustanil Arifin, Rumah Makan

Air Terjun Lembah Anai



Air Terjun Lembah Anai (dikenal juga Air Mancur, ejaan lama: Ajer Mantjoer) adalah sebuah air terjun yang terletak di Tanah Datar, Sumatera Barat. Air terjun ini setinggi 35 meter berada di tepi Jalan Raya Padang-Bukit Tinggi di kaki Gunung Singgalang. Air Terjun Lembah Anai merupakan bagian dari aliran Sungai Batang Lurah, anak Sungai Batang Anai yang berhulu di Gunung Singgalang di ketinggian 400 Mdpl. 

Museum Bustanil Arifin PDIKM

Kemudian perjalanan kami diteruskan. Sesampai sahaja di sebuah tempat yang lamannya penuh flora ala ala Istana.. Terpukau.. Terpesona saya melihat rumah berciri Minangkabau ini. Sangat terkenal dengan jolokan Rumah Gadang Minangkabau. 

Ketika di sana, ada jurucakap yang memberi info. Secara umum, Rumah Gadang mempunyai ciri yang berbeza mengikut suku. Kali ini kita melawat Rumah Gadang Temenggung. Rumah ini diketuai oleh ketua digelar Datuak untuk kegunaan suku. Namun Datuak tidak tinggal di Rumah Gadang. Rumah ni diwarisi oleh wanita tertua dalam suku. 

Ciri-ciri khas1

1. Ada anjung kiri (untuk perbincangan Datuak ibarat raja, Bundu Kanduang ibarat ratu. 

2. Manakala anjung kanan (untuk anak-anak perempuan beraktiviti dan berehat). 

3. Anak-anak lelaki  pula akan tidur di surau. 

4. Ada 8 bilik kecil untuk pasangan berkahwin. Pasangan baru berkahwin akan ditempatkan ke bilik pertama. Jika ada pasangan baru lagi, pasangan lama kena berpindah ke bilik seterusnya. Jika sudah penuh ke bilik, pasangan lama yang ke 9 terpaksa bersiap sedia masuk ke rumah sendiri. 

Di luar rumah gadang pula ada beberapa jenis tempat simpan beras yang dipanggil Rangkiang. Kegunaan dibezakan mengikut tiang. 

Tiang 4  untuk kenduri

Tiang 6 harian

Tiang 9 untuk membangun negeri

Kemudian saya rujuk juga secara spesifik tentang bangunan yang kami lawati ini seperti rujukan di bawah. 

Sebenarnya bangunan yang kami lawati ini bukan sekadar Rumah Gadang biasa. Bangunan ini ditubuhkan dengan tujuan untuk generasi masa hadapan.. Merupakan Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau atau biasa disingkat PDIKM. Bangunan ini juga merupakan museum di Sumatera Barat yang terletak di Kelurahan Silaing Bawah, Kecamatan Padang Panjang Barat, Kota Padang Panjang. Museum ini terletak di jalan utama Padang–Bukittinggi, berjarak sekitar lebih kurang dua kilometer dari pusat Kota Padang Panjang. Jadi senang untuk kita lawati. 

Terdapat pelbagai informasi dan koleksi mengenai kebudayaan Minangkabau baik berupa dokumentasi audio maupun visual.. .

Sejarah awal ditubuhkan untuk menjadi pusat rujukan buat generasi mendatang kerana banyak sumber berkenaan sejarah Minangkabau melalui pertuturan, manakala catatan, gambar banyak di luar negeri. Pada 8 Ogos 1988 diletakan batu pertama sebagai tanda pembinaan PDIKM di Padang Sarai, Kelurahan Silaing Bawah.  Bangunan PDIKM didirikan mengikuti bentuk Rumah Gadang, dan dirasmikan pada tanggal 19 Disember 1990.

Rujukan : https://id.m.wikipedia.org/wiki/Pusat_Dokumentasi_dan_Informasi_Kebudayaan_Minangkabau

Kraftangan Kulit yang berkualiti! 

Kagum saya melihat hasil kraftangan masyarakat di sini. Hebat! Tergoda jugalah dengan sepasang kasut kulit ☺️


Batik, sulaman, hasil tangan yang cantik! 

Alhamdulillah, sebagai pengemar batik. Memang rambang la mata melihat kain batik, jubah, blouse yang dipamerkan. Tak kurang juga, baju dan telekung pun penuh sulaman. Kaum wanita pun rambang mata. 

Makanan Minangkabau sedap! 

Memang sedap. Tak terkata. Rasa dari satu kedai ke satu kedai berbeza. 


Alhamdulilah.. 



Pastinya tidak lengkap kalau tak mencuba makanan di sini. 

Terkejut melihat juadah yang terhidang untuk menu tengahari Masakan Padang. MasyaAllah lauk pauknya... Pelbagai jenis. Pastikan jika mahu tukar, kita tukar sebelum menjamah. 

Nasi Padang memang berbaloi untuk dinikmati bersama keluarga. 

Sempat juga kami merasa Bika. Makanan ini ala ala lemping kelapa yang padu rasanya. 


Monday, October 23, 2023

Kematian yang Menghidupkan!

...Allah is alwayz with us...


Kisah mereka P a l e s t i n.. Menghidupkan
Dan mereka tidak mati..

Mereka hidup?
Ya siulan kebenaran, kemanusian berterbangan di angkasa..
Memberi suntikan kesedaran pada semua.




Isu ini seharusnya menjernihkan hati, menghidupkan lagi persaudaraan sesama agama dan kita tingkatkan khudwah untuk berdakwah.

Nak berdakwah ni, bukan boleh pilih pilih. Kita bukan tahu jugakan penghujungnya hidupnya mungkin sebagai Muslim. Selagi dia tak memerangi Islam terang-terang, santunilah mereka ikut panduan sirah. Lisan kita, tulisan kita, akhlak kita biarlah menjadi cerminan Islam... Walaupun tidak sempurna..

Firman Allah SWT:
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

Maksudnya: “Dialah (Allah SWT) yang telah menciptakan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya.” 

(Surah Al-Mulk : 2)

Allahu.. Kehidupan dan kematiaan adalah ujian untuk diri dan mereka yang ambil pengajaran. Alangkah indah yang syahid kan.. Hatta yang belum Islam pun terbuka mata di negera-negara luar dengan isu G A Z A ini. Kita rasa senang hati kerana rupanya ramai sukakan keamanan, kebaikan. Rupanya kita Muslimin yang banyak tidur, kita tak perkasa dakwah. Mungkinkah dosa sendirk mengkaburi fitrah hati? 

Memang isu kemanusiaan ni akan menjentik hati yang hidup, kerana hati asalnya FITRAH, suka kebaikan..

Cuma, entah la di mana.. Ralatnya sikap orang kita Malaysia ni.. Malah Melayu, Islam pula. Suka benar menjadi Tuhan, nak kutuk, kritik sebelah pihak, adilkah kita menilai 1 gambar, video dari entah siapa yang mana orangnya sedang buat kebaikan, sumbernya pun tidak dinyatakan, kita pun sebar kata nista, ulasan berat sebelah ikut firasat orang tertentu yang bukan pun maksum. Tak kenal pun figure yang mereka kutuk, sedap mengomen berjemaah. Sadis. Adakah pahala atau dosa berantai? Lepas tu kita ulas ikut fahaman kepartian masing-masing. Semoga kita diampunkan Allah. 

Kita sesama Islam di negara sendiri masih condemn usaha orang. Mata lalat kah kita.

Semua usaha pihak yang bukan kita suka, kita denial atas asbab kepartian?

Erm...  Saya ambil masa untuk ulas, kerana melihat kesedihan yang ada. Cuma kesedihan itu bertambah, bila melihat tidak matangnya orang kita walaupun berpelajaran tinggi..

Maksudnya orang kita belum layak merima ujian seperti saudara kita di sana kerana boleh jadi kita lebih banyak berkata dari buat apa yang kita semangatkan.. Jadi, perjalanan syahid kita.. Tersangat jauh.. Syukur kami para ibu, ada jalan pintas ❤️

Firman Allah ‘Azza wa Jalla:

وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

Maksudnya: Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.

Surah al-Falaq (5)

Sabda Nabi Muhammad SAW:

إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ

Maksudnya: Hendaklah kalian menjauhi sifat hasad dengki, kerana ia menghapuskan kebaikan, sepertimana api menghanguskan kayu.

Sunan Abi Dawud (4903)

Namun terdapat juga hadith yang memberi pengecualian dalam sifat hasad dan dengki ini. Sabda Rasulullah SAW:

لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَسُلِّطَ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ، وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْحِكْمَةَ، فَهْوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَا

Maksudnya: Perasaan hasad dan dengki itu dilarang kecuali pada dua perkara: dengki terhadap seseorang yang Allah SWT kurniakan kepadanya harta dan dia membelanjakannya pada jalan kebenaran, serta seseorang yang dikurniakan hikmah dan dia berhukum dengannya dan mengajarkannya.

Sahih al-Bukhari (73)

(Rujukan https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/3808-irsyad-al-hadith-siri-ke-437-perasaan-hasad-yang-dibenarkan) 

Semoga Allah jauhkan kita dari dengki yang tidak sepatutnya.. Hingga kebaikan orang, menggelapkan hati kita, hanya kerana mereka berbeza..



Malaysiaku, semoga Allah berkati. Ameen..
Ampunilah dosa kami.. Semoga pengakhiran kamo, husnul khatimah. Ameen..

Tuesday, June 06, 2023

Road to Alaska : Juneau, kota Alaska

Meredah samudera..🌊

Kenangan hari kelima berlayar dan kali ketiga mendarat dalam pelayaran ini. 
06.06.2023  Selasa mengikut masa dan hari setempat di sini.

Juneau here we go. The Capital of Alaska. 

Populasinya pun lebih ramai, banyak bangunan siap ada universiti, sekolah yang besar dan satu-satunya Mc Donald di Alaska. 

Tarikan utama adalah perikanan, glacier. 

Habis sahaja berjalan untuk melihat di Mendenhall Glacier dan Nugget Falls Trail, kami dibawa ke special dinner untuk menikmati Salmon Bake dan Dungeness Crab.

Selesai makan, kami ke kapal semula. Sesi jelajah makanan diteruskan, kesian pula Grande hall kosong gara-gara aktiviti kali ini lebih panjang. 

In sya Allah jom kita usaha ALS forever dan bawa lebih ramai bersama. Nak?

Monday, June 05, 2023

Road To Alaska : Skagway kami hadir

 Meredah samudera..🌊
Kenangan hari keempat berlayar dan kali kedua mendarat dalam pelayaran ini. 
05.06.2023  Isnin mengikut masa dan hari setempat di sini.

Skagway here we go..

Populasinya pun tak ramai. Pekan kecil, terkenal selepas penemuan emas di Klondike pada 1986. Maka terbinalah keretapi merentasi gunung sejak 1900 yang kini digunakan untuk tujuan pelancongan. 

Jom kita mendulang! 

Alhamdulillah. Ada hasil boleh dibawa pulang. 

Kami memilih untuk aktiviti Gold Panning dan mentabbur gunung yang bersalji. Sejuknya Ya Allah.. 


Ya Allah. Nikmatnya udara segar! Anginnya... Sejuuuuk! 

Pokok di sini pun mengajar tentang fenomenal alam yang asing bagi kita.

Fenomenal alam yang dipanggil "flagging". 

Flagging ini adalah hilangnya dahan dan daun di satu sisi, dan di sisi yang lain kekal berdahan dan berdaun.

Biasanya di tempat beriklim sejuk bersalji dan mempunyai tiupan angin yang sangat kuat. 

Bila ais membeku, tiupan angin yang kuat akan menerbangkan "serpihan" ais yang tajam dan laju. Ia memotong dahan dan daun di bagian pohon yang berhadapan langsung dengan tiupan angin.

Nota kaki: kalau salah, boleh update. Ini sefaham saya.





Habis sahaja jelajah di darat, ke kapal la kami semua. Sesi jelajah makanan diteruskan, yang dinantikan makan malam yang super grand.. 

In sya Allah jom kita usaha ALS forever dan bawa lebih ramai bersama. Nak?


Sunday, June 04, 2023

Road To Alaska : Sitka kami hadir

...Allah is alwayz with us...


Meredah samudera..🌊
Kenangan hari ketiga berlayar dan pertama kali mendarat dalam pelayaran ini. 
04.06.2023  Ahad mengikut masa dan hari setempat di sini.

SITKA here we go.. Populasinya tak ramai. Pekan pelabuhan kecil, terkenal dengan perikanan, sentuhan bangunan Rusia dan budaya Tlingit 

Kami memilih untuk jelajah Sitka National Historical Park yang kaya dengan Totem Trail, ukiran kayu penuh cerita & Alaska Raptor Centre yang menjaga burung mengalami kecederaan termasuk helang dan beberapa species terancam. 













Syukur dapat juga la merai jiwa perempuan kan.. Alhamdulillah membeli belah di pekan. 






Habis je jelajah di darat, ke kapal la kami semua. Sesi jelajah makanan diteruskan, yang dinantikan makan malam yang super grand.. 

In sya Allah jom kita usaha ALS forever dan bawa lebih ramai bersama. Nak?

Saturday, June 03, 2023

Road To Alaska : Berbaju Merah

...Allah is alwayz with us...


Meredah samudera..🌊
Kenangan hari kedua berlayar..
03.06.2023 Sabtu mengikut masa dan hari setempat di sini.

Aktiviti masih berlegar dalam kapal.
Waktu ni la baru ada masa jelajah kapal dan beli-belah sedikit.




Kami ada sesi bergambar bersama semua rakan Amway. Sempat juga masuk Royal Theatre  dengar taklimat Shore Excursion. 




Sesi jelajah makanan diteruskan, yang dinantikan makan malam yang super grand.. 

In sya Allah jom kita usaha ALS forever dan bawa lebih ramai bersama. Nak?

Alhamdulillah ketika inilah kita dapat kenal pasangan kita sekali lagi sambil tadabbur alam. 






#ALSAlaska
#AmwayAlaska