BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 30, 2011

Jemputan Perkahwinan Ahmad Fahmi & Sh. Nurul Hidayah


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Firman Allah s.w.t ada menyebut,


“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri (jodoh) dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

[Surah Ar-Rum: 21]


Justeru dengan rasa rendah diri dan penuh kesyukuran, saya Sh. Nurul Hidayah Binti Syed Murzaki ingin berkongsi kegembiraan dengan keluarga, murabbi, sahabat dan kenalan untuk melaksanakan sunnah Rasulullah s.a.w ini pada 4 Februari 2012, 9.00 pagi dengan syabab pilihan hati Ahmad Fahmi Bin Sulaiman di Bandar Kinrara, Puchong, Selangor (Rumah pengantin perempuan)


Majlis Walimatul Urus pihak Pengantin Perempuan, insyaallah akan berlangsung pada;

Tarikh: 4 Februari 2012, Sabtu

Tazkirah ringkas dari Ustaz Hasrizal Abdul Jamil: 11.00am – 12.00pm

Jamuan: 12.00 pm- 4.00 pm

Tempat: Balai Masyarakat BK2/10, Bandar Kinrara, 47180 Puchong, Selangor



Bagi kami berdua, tiada yang kami dambakan melainkan doa dan restu daripada kalian. Kehadiran keluarga,murabbi, sahabat dan kenalan sangatlah dialu-alukan untuk memeriahkan walimahtul urus ini.


Terbang tinggi, si burung merpati,

Hinggap di dahan di tengah hari.

Munajat hamba, tenang di hati,

Doa dipohon, redhaNya di cari.


Akhirul kalam, moga redha Allah pada kami berdua, kedua belah keluarga, majlis dan kalian juga.


Wassalamualaikum wbt.


Nota 1: Bagi yang berhajatkan jemputan dalam bentuk kad undangan pernikahan, boleh hubungi Ahmad Fahmi atau Sh. Nurul Hidayah.


Nota 2: Bagi sahabat (Ahmad Fahmi) termasuk juga sahabat (Sh. Nurul Hidayah) yang tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis dipihak perempuan, InsyAllah majlis walimah di pihak pengantin lelaki, akan diadadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan nanti di kampung halaman, Marang, Terengganu.

Nota 3: Mohon doa " Semoga Allah memberkatimu dan melimpahkan keberkatan-Nya ke atasmu serta menempatkan kebaikan di antara kamu berdua'' [ Riwayat Abu Daud, Ahmad Ibnu Majah, Al-Hakim]

21 comments:

Khazinatul_Asrar said...

Barakallahulakuma wajama'a bainakuma fi kheyr.

Lama menunggu khabaran ini. Akhirnya.. Patut lah ana terfikir2 tentang nt akhir2 ini. Mungkin sebab lepas sahabat dari seberang juga menjemput walimahnya :')

InshaALlah jika tiada aral ana akan sampai.

Moga baitul muslim yang dibina mencapai mawaddah sakinah wa rahmah hingga ke syurga.

Tak sangka ya kecil dunia ni, housemate ana dulu kakak ipar enti :P. [pandai x ana simpan rahsia ;p]

*ehem*

Do'akan ana dan sahabat2 lain juga.

Moga perkahwinan diberkati Allah dan dipermudahkan segala urusannya :')

sinar_islami said...

Ameen (^_^)

Jazakillahu kheir ya habibty..
Itulah anti, kita ni ada chemistry(pandai ye simpan rahsia)

ana boleh agak siapa rakan blogger ana yang pantas drop di sini..
Ana nak alamat anti. Kat fb tau..

Doakan sangat sangat sahabatmu ini.. Moga semuanya berjalan lancar dan diberkati Allah.

Blushing..

Moga Allah beri takdir tercinta juga buat anti... jangan lupa ana..

Nur said...

alhamdulillah.. thniah2! :)

"Semoga Allah memberkatimu dan melimpahkan keberkatanNya ke atasmu serta menempatkan kebaikan di antara kamu berdua..'' :)

tumpang gembira sgt.. semoga diberi kemudahan n kelancaran kwn.. :) -izati-

duha said...

barakallah kak ^_^

too excited jd susah nk tdo 0_o hehe

p/s: sila blaja utk test esk ye :p

sinar_islami said...

me to Nur:

Syukran atas doa ukhtie :)Doakan kebaikan utk kami. Moga Allah berkati ukhtie juga.

me to Duha:

Terharu sgt dapat ym dengan Duha. Terima kasih atas doa dan peringatan :)Barakallah juga utk Duha.

Ok, odw nak study. Buku pun dah beratur... :) Duha pun kena study!

'Abid Sakina said...

Ukhty..

Tak sangka..tapi ada rasa2 jugak dulu...hehe :)

moga di[ermudahkan urusan ye..dgn adik usrah sy tu, (duha)..sama2 bulan februari nnt..tp,mcm x dapat pegi..huhu..

apapun,ana doakan yg terbaik utk enti,amad..moga bahagian hingga ke syurga..^^

duha said...

eh, kak aiman takleh datang? kata cuti time tu? wuuu~ (hehe, sebok borak kt blog org :p )

amiiin utk doa dr kak aiman :)

Cahaya Kelapangan said...

hee..akhirnya khabar y dtunggu2..

(seronok bila sorg2 kkk dah lepas..hehe..^^,)

sinar_islami said...

me to 'Abid Sakinah:

Ameen. Blushing... Doakan sha selalu ya. Moga kita ketemu suatu hari nanti..

me to Duha :

Boleh je nak borak2 kat sini. Jangan segan2..

me to Cahaya Kelapangan :

(^_^) DOakan ya, moga semuanya lancar.

Khazinatul_Asrar said...

Sha,

InshaALlah tak lupa, mohon doanya terus :')


Anyway, ana ber'cuti' FB sebentar. Ana tinggal kan alamat di ym ya? Aseef jiddan. Tapi ana perlukan kad tu tau sbb tak tahu jalan. hehe.

Jzkk in advance :')

sinar_islami said...

me to Khazinatul Asrar:

Alhamdulillah, dapat dah ym anti. Memang tengah listdown alamat kawan2.
InsyaAllah, moga2 kita dapat berjumpa nanti..

angah_mujahid said...

masyaAllah...nti nk kawin dahh...alhamdulillah moga2x perkahwinan nti & fahmi akn mndapt keberkatn dr Allah...ana doakn moga2x jodoh kalian sehingga ke akhir hayat...segala cbaran & dugaan dlm brmh tangga nti sentiasa d tnjukkan jln kluar dr Allah...amin ya rabbal a'lamin

EdAlia said...

Salam Cik Sinar,
(soon to be Puan.. :p)
Lama sungguh tak menjenguk blog sahabat2. Dh nk kahwin pun rupanya..Tahniah ye!

"Semoga Allah memberkatimu dan melimpahkan keberkatan-Nya ke atasmu serta menempatkan kebaikan di antara kamu berdua''
Ameen.

Ummu 'Ammar said...

Salam Cik Sinar,

Pagi-pagi keluar mencari setanggi
Kelak jangan biar tersesat
Bahtera rumahtangga bakal diharungi
Semuga bahagia dunia akhirat

Tahniah dari kami sekeluarga.

Anonymous said...

Kak sha punya ke ni?~~~!

terkejut! :P

semoga perkahwinan yg bakal dibina dirahmati Allah dan kekal ke syurga yeee
doakn saya jugak;)

[gadisberbajubiru]

sinar_islami said...

me to angah_mujahid:

Ameen Ya Rabbal 3alamin :) Syukran atas doanya.

me to EdAlia:

Puan :) Ameen..
Jemput datang ya...

me to Ummu 'Ammar:

Syukran ummi. Doakan sha selalu ya.

me to Fatimah :

Aiwah my dear.. akak invite kamu juga ni. Jemput datang :)

saloura said...

tahniah sha :-)

love, kak hani.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Mabruk, Tahniah atas hari bermakna yg semakin tiba. Senyap-senyap je ye, nasib baik abu tau dari seseorang..huu..

Moga Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan ke atas diri Sharifah Nurul Hidayah dan Ahmad Fahmi serta moga berkekalan hingga akhir hayat dan sentiasa dilindungi Ilahi.

Moga semuanya berjalan lancar ye kawan lama :) . Insyaallah Allah sentiasa bersamamu.

Turut gembira atas berita ini. kirim salam ke famili ye.

sinar_islami said...

me to Kak Hani :

Akak... Terima kasih, doakan sha tau! Jemput datang nanti :) Barang akak dah ambik ke belum tu?

me to kopiah_alrazi :

Salam abu. Syukran atas doanya. Jemputlah datang,ajak ummi anta sekali and ajak kawan-kawan sekolah kita dulu,Mat dan lain2, yang mana sha kenal la kan.. :) Segannya nak jumpa korang, tapi teringin nak jumpa!

zahra_wardah said...

Assalamu'alaikum. Barakallah lakuma... smga bhgia dunia akhirat. jgn lupa send kad ye. tp x jnji dpt dtg...

sinar_islami said...

me to zahra_wardah :

Jemput hadir ya.. :) cuma nak nama penuh and alamat untuk hantar kad..