BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 10, 2013

Suri Rumah vs Wanita Bekerjaya

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Assalamualaikum wbt buat semua khususnya buat para Muslimah yang dihormati lagi di kasihi..

Lihat sahaja tajuk entri kali ini, fokusnya lebih kepada wanita. Kenapa? Kerana wanita sungguh berharga. Mereka perlu dipelihara kejiwaannya, pembangunan rohani, ruhi dan jasmaninya.

Wanita berupaya

Rata-rata wanita hari ini tidak kurang hebatnya di persada dunia. Sudah ramai yang bergelar Profesor, Doktor, Jurutera, Saintis, Atlet negara mahupun peniaga tersohor di seantero dunia. Hinggakan ada kelab wanita yang memperjuangkan hak wanita apatah lagi dalam penglibatan mereka dalam bidang terbuka. Namun istilah suri rumah kurang dipopularkan, bahkan wanita sendiri lebih cenderung memperkasakan diri di bidang akademik tanpa meneliti aspek rumahtangga dan keperluannya. Kemegahan peribadi kini lebih fokus pada nilai akademik, kerjaya dan harta yang mampu dimiliki. Namun kita seringkali terlepas pandang kata-kata orang tua walaupun sinis kedengaran tapi ada hikmah yang perlu diteliti, 'belajar tinggi-tinggi akhirnya ke ceruk dapur jua.' Sudah itu kaca mata Melayu kita (^_^) Kita rai tapi tidak pula meremehkan kepentingan akademik di abad ini. Ibu yang pintar, pantas mendidik anak lebih jauh lagi kerana dialah guru pertama anak-anaknya.



Lelaki dan wanita kedua-duanya ada peranannya tersendiri. Kewujudan Medina dan Mecca atau Mars dan Venus ini tujuannya saling melengkapi. Namun, ada sesuatu yang wanita perlu terokai dan kebanyakan mereka mempunyai kelebihan yang tidak diberi pada lelaki. Banyak kajian mengatakan wanita kuat bermain emosi, kerjanya lebih teliti dan mampu melakukan banyak pekerjaan dalam satu masa (multitasking). Di situ sahaja Allah beri keupayaan untuk mereka mengandung dan melahirkan. Suatu cabaran yang tidak pernah sama di kalangan wanita dan lelaki tidak pernah merasai. Walaupun ditegah itu ini, akhirnya perempuan juga yang perlu melaksanakan tugasan di rumah mahupun tempat kerja. Tinggallah pesanan, nasihat sekadarnya, wanita kuatkan jiwa laksanakan juga tugasannya.

Suri rumah bidadari rumahnya

Entah mengapa, saya rasa suri rumah itu ibarat sang bidadari. Mungkin kerana dirinya taat setia pada rumah yang dihuni. Berkhidmat tidak kira waktu untuk keselesaan suami dan anak-anak yang dikasihi. Jiwanya ikhlas untuk berkhidmat tanpa gaji. Penatnya kalah orang bekerjaya dan bergaji tinggi. Peluhnya mencurah-curah menjemur pakaian di siang hari. Kadangkala, pergerakannya sudah melebihi 1 kilometer separuh hari. Memasak dengan penuh perisa dan rempah cinta buatan sendiri. Senang kita memerhati tapi hati yang melalui bagaimanalah...Kadangkala tidak dirai namun hatinya tekad berbakti. Namun apabila dirai oleh sang suami, cinta hatinya, penatnya hilang, kasih bersemi, taat suami hingga ke mati (^_^) Subhanallah..  Indah. 

Tambahan pula suri rumahlah antara wanita terpelihara dari fitnah luar serta gangguan lelaki. Kecantikannya, dandanannya hanya untuk suami. Indah... Kalau seoptimis inilah suri rumah yakin diri, pasti beliaulah bidadari bukan di syurga nanti malah sejak di dunia lagi.

Rai mereka, bukan meremehkan,


Apabila suri rumah sudah percaya diri, kini ujian bakal dihadapi dari dunia luar yang tidak pernah akan sunyi mengocak jiwanya yang kadangkala sunyi. Seharusnya insan sekeliling menaikkan martabat mereka kerana mereka sudah bersusah payah untuk menjadikan 'Rumahku syurgaku hingga  syurgamu jua wahai suami.' Inilah cabaran mereka, kadangkala kerja di rumah di pandang remeh. Sedangkan kalau rumah tidak bersapu, bersepah, pakaian tidak dilipat, pinggan mangkuk tidak dibasuh yang salahnya nanti siapa. Wanita juga. Lebih tepat si isteri, si ibu ataupun si nenek. Terbakar jiwa mereka sekiranya merekalah 100% penyebab ketidakkemasan rumah. Di mana peranan suami, ayah dan datuk? Sejukkanlah jiwa mereka..

Ringan-ringankanlah kerja mereka seperti mana Rasulullah saw kita yang tercinta membantu isteri-isterinya dalam urusan rumahtangga. Namun di sisi sang suri rumah tangga, seperti mana Rasulullah saw pernah berpesan pada anaknya Fatimah yang tercinta, perbanyakkan tasbih, tahmid, takbir sebagai sumber kekuatan dalaman. Dunia dalaman menentu dunia luaran bukan. Kuat dalaman, pasti ujian apapun kita mampu hadapinya.


Kalimah suri rumah jika dituturkan sahaja rasa tidak bergaya dan tidak cool pada sesetengah telinga. Membuatkan diri suri rumah kadangkala goyah dan mahu menukar rasa. Ada yang berpendapat, mereka hanya terperangkap di dalam rumah dan tidak mengetahui isu semasa. Maka suri rumah dianggap ala golongan kelas ketiga. Namun ketahuilah dengan dunia tanpa sempadan dan ruang terbuka dek internet yang berpanjangan, isu semasa dan ilmu dunia hanya dihujung jari untuk diteroka. Kadangla mereka lebih mempunyai masa untuk menganalisa apa yang ada dari kita yang mungkin bekerjaya, lagak orang tahu segalanya tapi hanya pandai berkata-kata. (^_<)


Cabaran wanita bekerjaya.

Tidak lama lagi dengan izinNya saya pula melangkah ke alam serba asing ini. Ada kelebihan dan kekurangan yang perlu difikirkan, dibincangkan dan diatasi bersama suami tercinta. Inilah cabaran dan bukan masalah yang perlu dibesarkan. Hehe, enak sedikit menyebut cabaran dari masalah terus negatif sahaja tanggapan minda kita.

Cabarannya pasti ada, kerana waktu banyak dihabiskan di tempat kerja sudah pasti urusan rumahtangga terbatas untuk dilaksanakan. Perhatian terhadap suami dan anak-anak tidak seperti sang suri rumah mampu berikan. Urusan mengemas rumah, makan-minum, pakaian juga tidak boleh dibiarkan sahaja walaupun sibuk bekerjaya.

Bekerjaya tapi rumah tidak dilupa.

'Seenak-enak'  saya di rumah ketika ini, paling tidak mahu rumah yang kemas, selesa dan sedap mata memandang. Maklumlah rumah itu tempat kita mencari damai dan suami juga setelah penat bekerja sudah pasti mahu lekas pulang jika rumah itu ibarat syurga bukan? Sejak bujang, memang kita sendiri serabut kepala kalau bilik yang kita huni tidak sedap dipandang mata, tetamu hadir pun segan kita dibuatnya dan kalau mahu belajar pasti tidak tentu arah juga.

Maka apabila sudah bekerjaya, rumah juga perlu diusahakan untuk sekemas yang boleh. Susun atur rumah yang ringkas, perabot yang tidak keterlaluan, barang-barang sekadarnya sahaja dan stor yang tersusun insyaAllah membantu. 

Untuk mengekalkan kekemasan, ada yang mengambil inisiatif dengan mengajikan pembantu rumah dan tak kurang juga yang hanya menggunakan khidmat pengemas rumah di hujung minggu. Kalau mahu berdikari, memang kita perlu ada sistem mengemas rumah sendiri, sediakan bakul baju yang sudah dipakai, tempat jemur baju di dalam rumah, jadual memasak, jadual menseterika baju. Padat.. padat (^_^) Harus superduper dalam urusan rumahtangga. Segalanya mungkin jika ada 'support system' yang baik.

Wah.. Panjang pula. Maafkan saya andai tulisan saya ini berjela-jela. Begitulah jadinya apabila mencoret ikut kehendak hati dan rasa. Moga Allah ampunkan kekurangan saya dan menguatkan saya menjadi isteri, bakal ibu dan dalam kerjaya. (^_^)

11 comments:

Anonymous said...

Suka.. :') so true,jadi surirmh bukan keja 'bersenang2' tapi keja yg perlukan kehadiran jiwa n tenaga lebih..xda cuti,xda gaji.juz harapkan 'gaji' dari Allah dan nak juga merasa dihargai..dua2 tu dh cukup utk buat diri rasa happy n tak pernah letih..:) 'bidadari'..gelaran yg sgt tinggi.satu penghargaan buat para surirmh..tq sha,tulisan yg sgt menarik ^^ -izati-

sinar_islami said...

me to izzati :

Alhamdulillah.. positif dan semangat Pn suri rumah kita ni. Saling mendoakan Allah beri kita kebahagiaan, demi kebahagiaan dan kelapangan hati dalam melaksanakan urusan rumahtangga. InsyaAllah gaji dariNya lebih kita dambakan..

Unknown said...

Terima kasih utk penghargaan corettan.selalu berasa rendah dri pabila ditanye pekerjaan.lantas mnjawab "MAnager" ...dgn harapn tiada soalan kedua n selanjutnya.terima kasih

sinar_islami said...

me to nur suriani samsuddin :

suri rumah, wanita bekerjaya.. masing-masing mainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat. InsyaAllah Allah berkati kerna hanya Dia tahu kondisi hati dan setakat mana usaha kita :)

Mrs Kamilah said...

Dua-dua ada pro dan kontra. Ramai ibu berkerjaya yang cemerlang dalam urusan rumahtangga dan tidak kurang juga surirumah yang tidak cemerlang dalam tugasnya. Yang penting buat pilihan yang paling tepat, yang paling sesuai dengan diri kita.

mama yaya said...

Its so true..sama penting n penat menjadi seorang suri rumah tangga dan wanita bekerjaya...tapi sangat seronok dpt menyediakan masakan srndiri untuk keluatga n membesarkn anak drngan tgn sendiri

Unknown said...

Ini cerita ku.. Pernah bekerja dan sekarang menjadi suri rumah sepenuh masa

Saya pulak dah 3 tahun berjauhan dengan suami, akhirnya terpaksa akur setelah melahirkan puteri kami pada nov 2013 , memutuskan untuk berhenti kerja dan mengikut suami ke bintulu. Alhamdulillah setelah 3 bulan bergelar suri rumah, dah dapat keserasian di situ.. Almaklumlah kalu dulu pas subuh dah keluar rumah pastu maghrib baru balik. Tak nak redah jem la katakan ..kerja di kl memang macam tuh..huhu...tapi best jugak sebab sekarang bukan setakan jadi suri umah, dah kerja dai rumah jer. Work at home mother (WAHM).

Nanti kalau free2 jomla layari blog saya... Banyak info yang boleh dikongsi di situ. Jom klik

http://mypreciouslittleladybug.blogspot.com

sinar_islami said...

me to mama yaya :

Betul, rasa terjamin keluarga makan air tangan kita :) InsyaAllah kena saling mendoakan keluarga kita dapat keberkatan daripada Allah selalu.

me to My Precious Little Lady Bug :

Terima kasih Pn berkongsi cerita. Seronok kan :) Saya doakan Pn bahagia selalu. InsyaAllah nikmati saat indah bersama keluarga. Doakan saya juga ya.

Unknown said...

InsyaAllah kita sama sama bahagia di samping orang yang tersayang..jika ikhlas..ada ganjaran besar menanti kita di sana. Itu yang penting

aisyah said...

Suri rumah pekerjaan terbaik

sinar_islami said...

Kita tidak boleh pukul sama rata. Jangan sempitkan Islam yang kita ada. Allah suruh lelaki dan perempuan jaga diri dengan sebaiknya. Sudah banyak kefarduan di abad ini. Jika ditanya ramai yang bekerjaya mahu menjadi suri rumah. Cuma masyarakat kita mahukan juga pegawai wanita dalam pelbagai perkhidmatan, apatah lagi kedoktoran. Jadi saling hormat . Suri rumah dan bekerjaya kena tahu jaga diri, maruah, agama dan bangsa. Kalau tidak, jadilah apapun, Allah tak pandang. Lelaki pun kenalah sedar diri, isteri memerlukan kalian tak kisahlah dia di rumah atau di tempat kerja untuk membimbing diri sentiasa lurus berdiri di atas deenNya.

Tidak tahu mengapa saya rasa, orang seperti kalian yang akan cari doktor perempuan saat melahirkan anak.. Ketika itu apa kata anda? Saya cukup terasa... Sebab saya wanita dan punya anak juga.