Kehidupan merupakan satu medan yang tidak terjangka aturannya. Segala sesuatu menurut perancangan Allah. Namun bukan bermakna kita tidak boleh merancang kehidupan yang kita kehendaki. Perasaan yang hadir juga silih berganti. Adakalanya kita gembira, adakala kita sedih. Itulah uniknya manusia, punya perasaaan dan hati yang terkesan dengan keadaan persekitaran. Cuma, di sinilah kebijaksanaan manusia diuji, bagaimana untuk kita berinteraksi dengan perasaan-perasaan itu. Ramai yang tewas dalam mengemudi hati. Kita? Pastinya tidak mahu tewas...
Ada yang bertanya, pernahkah saya sunyi Jawapan saya, pernah dan banyak kali. Saya juga manusia seperti kalian. Perasaan ini muncul dan berganda apabila saya berjalan sendirian. Ketika itulah saya merenungkan. Sunyinya saya. Sedangkan hidup saya dipenuhi dengan kehadiran teman dan mereka yang memberi sokongan tapi kerana tamaknya hati dan rindukan kehidupan masa lalu, sunyi berubah pada sedih. Tapi inilah penyakit tidak bersyukur saya kira. Kadangkala saya sendiri tidak mampu menafsirkan perasaan itu. Ia hadir dan berlalu pergi. Alhamdulillah tidak kronik. Hatta bila sunyi inilah, saya mula rindu gelak tawa keluarga, adik-adik saya bahkan teman-teman rapat saya.
Namun saya tidak membiarkan perasaan sunyi itu membunuh semangat saya,membunuh siapa saya yang sebenarnya. Saya cuba manipulasi kesunyiaan yang ada. Biar ada manfaat untuk diri. Ada ketika kesunyian akan membunuh semangat kita. Sunyi yang bagaimana? Kesunyian yang mana kita rasa semua orang menjauh kita dan mungkin terasa semua orang tidak menyayangi kita. Oh itu harus dijauhkan. Bahkan wujud juga kesunyiaan yang membunuh potensi kita bekerja. Seperti kita rasakan kita hidup tanpa sokongan teman, padahal hakikatnya ramai yang mendoakan kita tanpa kita menyedarinya. Semua ini mainan syaitan. Syaitan menyibukkan kita supaya melayani perasaan agar kerja menambah pahala tergendala. Tukarkan segala bisikan itu menjadi satu dorongan positif. Katakan pada diri, sebenarnya syaitan itu cemburu untuk melihat diri menjadi manusia yang hebat.
Kalaulah kita rasa sunyi tanpa kawan maka tugas kita adalah mencari kawan. Kawan yang mampu mengingatkan kita pada Allah dan faham akan tujuan kita hidup di muka bumi.
Saya selalu mengubat kesunyian-kesunyian itu dengan mendidik diri bahawa saya memang akan sendiri, berteman sepi di alam kubur nanti. Dan sesungguhnya saya hanya ada Allah. maka di dunia ini, berpeluangkan masa yang ada wajarlah dioptimumkan penggunaan dengan berkhidmat pada masyarakat, menyibukkan diri dengan amal islami hatta menyiapkan diri dengan bekalan untuk ke negeri abadi. Inilah ubat untuk merawati sunyinya kita di dunia ini.
Ya, sebelum terlupa, ada juga yang mendefinisikan sunyi itu apabila putus cinta. Ramai saya kira menghadapi situasi ini. Putus cinta dengan manusia punya impak yang lebih besar dewasa ini kerana rata-rata pemuda-pemudi disogok indahnya cinta dunia. Kalau dulu disebabkan cinta, mandi tak basah, tidur tak lena tapi sekarang terus makan tidak mahu, tidur pun terganggu. Asyik terkenangkan si dia. Hatta ada yang sanggup bunuh diri. Namun ketahuilah, putus cinta dengan Allah akan mengundang kesunyian bertemankan panasnya api di ruang akhirat sana. Moga kita dijauhi dari azab api neraka.
Andai rasa sunyi, gunalah peluang itu mendekati Allah. Adakala, kita perlu keluar dari kelompok manusia untuk muhasabah diri. Di mana kurang, di mana silap, di mana lemahnya kita dalam menghidupkan sebuah kehidupan.
Terpanggil saya untuk menulis tentang sunyi bukanlah saja saja. bahkan saya dapat rasakan makin ramai remaja akan menaip 'bila hati sunyi' di ruangan carian di google mahupun yahoo. setidaknya mereka atau kalian yang menaip kalimah itu. tidaklah terpedaya dengan ajakan-ajakan yang tidak membina iman. Ketahuilah ubat paling mujarab untuk mengubat sunyi adalah Allah. Bagaimana? Mari kita senaraikan apa yang boleh kita lakukan.
- Berlindunglah dalam rumah Allah iaitu masjid, agar hati dekat dengan-Nya
- Bertemankan Al-Quran setiap masa
- Berukhwahkan sahabat yang sentiasa mengingatkan diri pada Allah
- Bermalam dengan tahajud yang mengubat resah di jiwa
- Hargailah setiap peluang dengan keluarga
Dalam mengatur kehidupan yang sememangnya banyak cabaran dan halangan. Hati kita diganggu dan diasak. Manusia itu lemah dan perlu mencari sumber kekuatan. Hatta ilmuan agama juga dihimpit celarunya perasaan. Namun ubatnya masih memerlukan Allah.
Ibnu Al-Jauzi berkata : Suatu urusan menghimpitku membuatku cemas dan gelisah berlarutan. Aku terus berfikir mencari jalan penyelesaian dari kecelaruan itu dengan berbagai cara dan usaha. Tetapi aku tidak menemukan satu penyelesaian pun untuk keluar darinya hingga ada sebuah ayat yang menawarkan kepadaku, ayat itu adalah:
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar."
(Surah At-Talaq : 2)
(Surah At-Talaq : 2)
Semoga... kegembiraan kita, kesedihan kita, kesunyian kita dan kegelisahan kita dihubungkan kepada Allah. Isilah ruang masa yang ada dengan bekalan yang tidak putus ke negeri abadi. Wallahu'alam...
26 comments:
slm.terima kasih kak atas entry ni.faris pn tgh rndu kwn2 lama n.sbb cuti dah hmpir sbln.kwn pn xcuti lg n.teringat zmn dulu2 tidur sama2 keluar sama2 bmain2 sama2.rase sebak bace entry n.sal putus cinta tu betul apa yg akak ckp.betul2.doakan faris tabah la ye bab2 cinta dgn makhluk n.nk jd bgus mcm akak jugak xjatuh cnta dgn makhluk.syukran-1st plak.xsangke sbb bbrp dah xziarah
Moga Allah pelihara dan kasihkan faris..
Memori dan kenangan yang baik tu yang buat kita rindu..
InsyaAllah, faris orangnya tabah.
Buat apapun, letak Allah sebagai kayu ukur..
ps:1st lagi ye...ada yang segan nak komen kat sini =)
salam kak sinar
so when the time is hard
there's no way to turn
as he promise
he will always be there
to bless us with his love
and his mercy
coz as he promise
he will always be there
my favourite song
syukran kerana sinar_islami ini yang memperkenalkan ana kepada lagu indah ini
Allah is always be there~
thanks for this very meaningful reminder and May Allah bless youo always.
me to saza s:
Alhamdulillah...
sekarang ni ramai orang susah nak dapatkan ibrah dari lirik lagu...
ramainya hanya teruja dengan kemerduan suara dan siapa penyayinya...
Moga Allah berkati anta selalu...
dan sentiasa dikurniakan kefahaman yang tidak putus putus
me to MuNsYi SaMa:
Afwan =) May Allah bless you too...
hidup xkan lari dr kesunyian...nak sunyi atau x, kt yg tentukan...moga hidup ni xkan sunyi dr rahmat dan redhaNYA
Ada benarnya kata ukhtie aeshah...
Kita juga boleh mengubah rasa sunyi...
Ada masa, dalam program motivasi contohnya, ada certain orang kata tidak menarik, tidak enjoy...mana tak enjoy kalau kita tak buka ruang untuk diri kita menghayati program tersebut...
Sometimes..what we think will reflect to what we will feel..
Ameen..Moga hidup ini tidak sunyi dari-Nya
Uhibbukifillah...
jazakallahukhair sha. sebab mmg ada kalanya rasa sunyi tu hadir. xdapat nak tepis.
idea sha utk manipulasi sunyi nnt ana cuba apply, insyaAllah (^_^)
moga Allah redha dan permudahkan urusan nt, ukhtie..
Moga Allah mudahkan urusan ukhtie juga...
ana pun banyak kekurangan ukhtie...
sama2 ya bangun dan memimpin diri...
saya suka sunyi
kenapa?
sebab waktu itulah saya rasa Allah bersama saya
waktu itulah untuk saya bermuhasabah
waktu itulah saya ingat kembali keburukan-keburukan diri
dan waktu itulah saya mengimbau kenangan silam yang tidak bisa diganti lagi
tetapi lain orang, lain rasa
walaupun hati itu sunyi
biarlah sunyi itu bermanfaat untuk diri
moga Allah tuntun kita sentiasa dalam sunyi atau sebaliknya
=) bagus adik kita ni..
OPTIMIS !!!
InsyaAllah...biar apapun situasi...
kita kena bijak menghargai dan manipulasikan keadaan untuk meningkat iman...
Ameen..Moga Allah dengar doa-doa kita
Cabaran besar dalam hidup sy yg bergelar isteri ini..sewaktu terasa sunyi dikala berlaku krisis dgn hubby...bermacam2 idea yg muncul didalam fikiran adakalanya menggoda diri ini melakukan perkara yg tdak sepatutnya...dn sy tau ramai yg sudah tewas..
me to nik hulwani:
Apa jua keadaaan kita
gembira, sedih, marah, sunyi...
yang penting kita kembali kepada Allah supaya kita dapat imbang perasaan, kawal perasaan...
caranya mcam mana...
Selalu baca quran dan cari teman yang soleh..
Semoga tindakan dan fikiran kita di atas neraca iman..
tq for the post..bile kite sunyi kadang2 baru nak teringat kat Allah..mase gembira tak teringat pon...semoga entry ini sedikit sebanyak membuka minda dan hati kita..Amin..
me to Anonymous:
Selamat datang :) Moga Allah berkati sllu..
Manusia itu sentiasa lupa, maka Allah hntr peringtn2 utk kita mengingti DIa. Untunglah kita bila time susah kita ingt Allah. Ada orang lgsg tak ingt Allah tambah lagi dia mula persoal kenapa tuhan buat dia mcm tu... Na'uzubillah...
Moga kita sentiasa dikurniakan hati yang HIDUP...
assalamualaikum....
Minta izin share post ni walaupun dah lama...
Terima kasih...
Semoga saya mampu beroleh ketenangan...dan begitu jua kpd org-org yg saya sayangi...
InsyaAllah...
Wa'alaikummussalam
Salam perkenalan kembali buat Cik Cg. InsyaAllah silalah kongsi. Maaf atas kekurangan. InsyaAllah kita doakan semua saudara seislam beroleh ketenangan kerana kita mahu semua muslim berkumpul di jannah kelak. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita.
Alhamdulillah.. Sy jumpa blog ini bila sy menaip di google 'bila hati sunyi' .. Tanpa sedar, ada air jernih di hujung kelopak mata. Kerdilnya diri ini sy rasa.. Mudah-mudahan Allah beri sy kekuatan utk melalui rasa sunyi yg hadir berkali-kali ini..
me to Ina MY:
Moga Allah berkati dan pimpin saudari ina selalu. InsyaAllah selalulah memohon kepadaNya kerana sumber kekuatan hanya daripadaNya.
terima ksh.ats pembuat blong ini kerana dapat menenangkan hati yang selalu rasa sunyi. Saya tidak mempunyai rakan yang banyak dan tidak memahami saya.saya berasa amat sedih tidak mempunyai kawan yang rapat.tiada tempat untuk kongsikan masalah saya,
me to Hati Sunyi:
Terima kasih juga kerana hadir di sini. Banyakkan ingat Allah dan mengadu padaNya. Mungkin juga saudari/a boleh mula berkawan. Carilah kawan di masjid, surau dan program islamik. pastinya mereka orang yang baik dan INsyaAllah hidup lebih terisi dengan kehadiran orang yang soleh dan solehah.
Saya turut berasa sunyi apabila semaakin hari, kawan2 saya semakin jauh. Dan yang paling menyedihkan apabila kawan baik saya juga tidak menghiraukan saya ketika saya memerlukan mereka. Thanx sebab post something yang bermanfaat. :)
(^_^) InsyaAllah, Allah sentiasa ada menemani kita, mungkin saat itulah Allah mahu kita ingat Dia.:) Baik hubungan kita dengan Allah, baiklah hubungan kita dengan manusia.
Justeru hubungan manusia perlu kita pantau selalu.. Kemungkinan mereka menjauhi pun kerana kita.. Ada sesuatu yang perlu kita baiki.
Terima Kasih banyak-banyak
T.kasih atas perkongsian..
Assalamualaikum. Sedih saye bce post ni. Yg sebenarnye sye rase sunyi sgt dgn hiduo sye. Bkn sye tk bersyukur tapi sye dibesarkn tanpa cukup perhatian dan kasih syg dari kedua ibu bapa dan juga abg sye. Dgn tu, sye sering meluangkn mase sye dgn kwn2. Tap semakin sye membesar.. kwn2 pon mule bernikah dan sibuk dgn keluarga masing2 kecuali sye. Ade juga rindu dgn mase2 yg pernah kite luangkn bersame. Semase sye membesar, sye ade ramai kwn.. (from different walks of life). Dan kerana sye sering kali ditipu, dipergunakan dan ditikam di belakang, sye mule tk percaya dgn persahabatan. Sye rase selesa bersendirian dan adakale juge sedih dan sunyi kerana tkde tmpt untuk sye mengadu tapi hanya dgn Allah swt shaje. :'(
Post a Comment