Assalamualaikum wbt.
Salam jumaat semua. Moga Allah pelihara kalian selalu.
Sudah pasti cuti hujung minggu sangat dinantikan oleh Sinar dan mungkin pelajar tahun 6 khususnya :) Satu kenikmatan bila hadirnya cuti. Masa boleh dimanfaatkan untuk pelbagai perkara. Alhamdulillah, Sinar sudah lunaskan beberapa perkara pagi ini.
Lama sungguh tak kongsi sesuatu. Maka, mahu berkongsi resepi Pavlova pula :) Pertama kali makan adalah di rumah kawan. Memang kawan Sinar ni suka mencuba dan InsyaAllah sedap semua masakannya. Termimpi-mimpi Pavlova tu. Alhamdulillah ulangtahun kelahiran tahun ini dihadiahkan Pavlova. Terharu sangat.
Ini hadiah Pavlova daripada Nik.
Terima kasih Nik.. Hadiah buat Sinar dan Ina (^_^) Sedap!
Kalau orang bagi lagi sedap daripada buat sendiri.. Hehe Kenapa ye?
Terima kasih Nik.. Hadiah buat Sinar dan Ina (^_^) Sedap!
Kalau orang bagi lagi sedap daripada buat sendiri.. Hehe Kenapa ye?
Semalam sempat pula buat Pavlova bersama junior. Menjadi chef amatur, walaupun baru kali kedua membuatnya. Alhamdulillah menjadi dan pagi ini mereka pula mencuba sendiri. Maka ada dua Pavlova hari ini.
Tau tak apa itu Pavlova? Mai Sinar kongsi sikit fasal makanan ni. Pavlova atau nama 'nickname'nya Pav (^_^) adalah sejenis pemanis mulut atau sejenis meringue cake yang bahan asasnya terdiri daripada buih putih telur dan gula. Tesktur luarnya sedikit garing dan isinya tersangatlah lembut, cair di mulut.. Nyum nyum.. Manis dan masam bila bergabung memang ummmp.
Nak jadikan cerita masih wujud berdebatan tentang perintis utama makanan ini sama ada New Zealand mahupun Australia. Menurut riwayat wiki dan beberapa laman lain, Pavlova dinamakan sempena Anna Pavlova seorang ballerina daripada Rusia. Ketika itu beliau sedang melawat kedua negara tersebut pada tahun 1926. Nostalgia sungguh kan. Takpe, sekarang satu dunia dah pandai buat dan ramai yang suka. Terima kasih pada kedua-dua negara ini. Ada tak siapa siapa nak namakan makan sempena nama Sinar? Hehe..
Untuk memudahkan kalian, boleh cuba lihat video di bawah. InsyaAllah lebih mudah memahami bagaimana membuatnya...
Berikut pula sedikit ubah suai daripada saya;
Bahan A (kek) :
4-5 biji putih telur (selalu saya guna 5 biji)
1 cawan gula halus (200g)
1/2 sudu teh vanilla
1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka
Bahan B (topping) Lebih masam lebih sedap sebab bahan A manis...
Sour cream atau 1 cawan whipping cream
1 cup yogurt buah-buahan
Hirisan buah seperti strawberry, kiwi, peach ect (ikut cita rasa)
Cara-caranya:
- Pukul telur putih menggunakan mixer dalam kelajuan sederhana hingga soft peak form .
- Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan tingkatkan kelajuan mixer.
- Adunan akan kelihatan makin bersinar-sinar. Pastikan gula sebati.
- Pukul hingga tepu iaitu kalau diterbalikkan pun tidak jatuh, tandanya buih anda mantap.
- Kemudian tambah esen vanila, dan pukul adunan lagi.
- Setelah sebati, bolehlah campurkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan dengan senduk kayu ataupun spatula. Untuk saya.. saya pukul je dengan mixer dengan perlahan. InsyaAllah sebati.
- Kemudian buat bulatan, petak atau ikut citarasa (bayangkan pun tak pe) saya biasa buat bulatan ala-ala 15 cm sebab Pavlova nampak lebih tebal.
- Letakkan adunan dan kemaskan ikut bentuk yang anda mahu.
- Panaskan oven dalam 150 darjah untuk 10-15 minit.
- Sebelum adunan dibakar, turunkan kepada 130-140 darjah.
- Bakar 30 minit hingga sejam. Ikut setakat mana anda mahu struktur pavlova. Ada yang suka cruncy dan ada yang kurang.
- Setelah siap, biarkan sejuk di dalam oven. Buka sikit pintu oven ya :)
Untuk topping pula (terpulanglah pada anda)
- Campurkan sour cream atau whipping cream dengan yogurt, pukul hingga kembang.
- Kalau kat Mesir guna serbuk whipping cream Dreem yang telah dipukul dengan susu cair-kurangkan susu cair dari yang diarahkan kerana kita nak campurkan dengan yogurt. Make sure cream ini pekat. Hehe kalau tak memang buah kita nanti mengelongsor..
- Hiaskan dengan hirisan buah-buahan
- Akhir sekali sejukkan dalam peti.
- Siap untuk makan.
Pavlova with strawberry's yogurt
Sekian sahaja daripada Sinar. Selamat mencuba!
Sekian sahaja daripada Sinar. Selamat mencuba!
10 comments:
asslmkm kak sha...
sedapnya...kongsi resepi kek coklat pula... :)
syukran ^^
(^_^) tak makan pun boleh kata sedap ye...
InsyaAllah nanti dikongsi tapi rasanya banyak je resepi yang menarik kat internet.
mmm...
tengok pun dh sdap... :)
kalau nk bg rasa, buatlah kt shbt2 sini...kami mkn je...kek coklat yg sblum ni pun, kak sha yg buat ke?
smua shbt mngatakn ia yummy...sdap...
kt internet mmg byk...
tp, kalau dpt resepi kak sha, mngkin special skit...ada clupn trbiyyah ...
syukran kak sha...
Salam sha
kte penah mkn pavlova kak irma
mmg superbbbbb....
tp so far x penah lg try buat sndr..sbb hr tu bila nk bli bhn2 terutama cream jd rsau dgn isu halal haram..haih..nk wat ape pakai cheese pun jd takut2 skrg ni..so setiap kali nk buat mmg kena consult ngn kak irma dlu la pasni...
pavlova mmg fav kte dh skrg ni..hehe pasni try macaroons lak..1 lg..try wat cannoli..hehe nk tau pe benda tu..sha google ek..
Me to Fathi Ridhuan :
Bukan akak yang bawa tu, dah lama juga akak tak buat. Dulu ketagih juga buat kek coklat, lama2 nak cepat buat agar2 je.
InsyaAllah nanti akak bgi resepi yang antum said yummy tu ye. Resepi akak lain. (^_^) boleh tahan juga antum ni makan. Bagi apa je abes..
Me to A.A :
Nak kena jumpa Kak Irma ni. Menuntut ilmu. Ada je kat fb tapi tak kenal siapa orangnya di alam realiti.. Hehe..
Macaroons tau je. Cannoli tu la tak tau apa. Nanti kita tanya pakcik goole.
Bestnya kalau dapat masak sama2 kan..
sedapnyerrrr...nyummy
Okeh, next macarons ^__^ yeay..
hehe~ nk beli mahal sgt kat Mesir ni!
bestnya org tu ada oven @-@
Salam.
Kak Sha! Nak rasa lagi. =D
Yummy2. Sedap!
p/s : Langkah kanan ke rumah Kak Wafaa, dapat merasa =D
me to mamawana: (^_^) yummy...
me to hoodsunny: Hehe.. Jom kita buat projek sama2. Berangan saja tahun 6 ni.. Huhu
me to Izzati Hashim: Segannya.. Jemput la datang rumah. Request dulu pun tak pe..
Assalamualaikum akak.
Izinkan saya ambil definisi Pavlova tu yer. Saya ade buat jualan kat U berkaitan dgn Pavlova. TQ.
'' Pavlova atau nama manjanya, Pav ialah sejenis meringue cake yang bahan asasnya terdiri daripada buih putih telur dan gula. Tesktur luarnya sedikit garing dan isinya tersangatlah lembut, cair di mulut.. Nyum nyum.. Manis dan masam bila bergabung memang ummmph !''
Post a Comment