BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 18, 2006

~RaYa~

13-14 oct dok umah perlis kat hayyu sabek..ada majlis tautan ukhwah pada 13 hb…dan paling best sempat buat kuih raya ngan kakak senior~ana la paling junior sekali~ haha da main kerja ana mngentel kuih ngan jaga api ++tido kul 2 pg++blh qiam tu….haha konon cam expect…tapi kira blh la bljr camna nak buat kuih guna bhn2 kat sini…antara kuih yg sempat disiapkan…Almond London,Mazola & kuih arab…++sedap++ana yg banyak makan kena plk pasang lagu raya..hehe sbenarnya campur sebak….teringat umah ngan family…

Dah nak dekat dah raya ni..lagi2 dah 10 mlm terakhir ni…kena la tingkatkan amal ibadah…moga Allah terima amal ana yg sedikit ni….sedihnya coz rasa mcm tak manfaatkan bulan ramadhan ini dgn sebaik-baiknya…bukan apa coz tgk org Arab bersungguh-sungguh…hinanya rasa diri…teringat plk lagu inteam kehidupan..insaf la diri..jangan mudah putus asa dgn nikmat yg telah dikurniakan…kita rasa kita dipinggirkan tapi biarla kita disisi Allah dipandang mulia…Layakkah diri…??...Ya Allah kau berilah kekuatan dan apa yg terbaik buat diriku..sesungguhnya aku tidah tahu apa yg bakal terjadi di masa akan dtg…mmm..bila berjauhan dari keluarga bukan bererti kita jauh dari kasih yg Maha Esa…Kalau kita jaga hubungan kita ngan Allah InsyaAllah allah akan jaga kita..put Your trust Only to Him…

Wahai diri jgn mudah terleka di bumi anbiyak ini…ini la peluang untuk kau membina diri bukan melemahkan diri….teguhkan iman dlm diri moga kau akan merasai betapa indah nikmat Illahi…dan kau takkan lari dari ujian yg telah ditetapkan oleh Rabbul ‘izzati…seboleh-bolehnya kau jauhi perkata yg mensiakan amalanmu di akhirat nanti….

*jgn difikir derita akan berpanjangan
*kelak akan membawa putus asa pd tuhan
*ingatlah biasanya kabus takkan berpanjangan
*setelah kabus berlalu…pasti cerah kembali…
*ujian adalah tarbiyah dari Allah
*apakah kita kan sama ataupun sebaliknya
*kesenangan yg dtg selepas kesusahan semuanya adalah nikmat dari tuhan..
*gunakan kesempatan untuk kebaikan
*sblm segalanya terlepas dari gengaman
*kelak menyesal nanti tak berkesudahan
*apa guna sesalan hanya menekan jiwa


Buat insan yg tersayang especially family di kesempatan ini Along ucapkan selamat hari raya…Moga raya ini lebih memberi kesedaran pada diri setiap yg merayakannya…ampun n maaf Along pinta dari umi & lek yg telah bersusah payah membesarkan along selama ini….mungkin di celah episode kehidupan, ada yg tidak wajar along lakukan….SelaMat HaRi RaYa MaaF ZaHir & Batin..buat semua yg mengenali diri….

Wadah Iman Diisi Taqwa

Wadah Iman Diisi Taqwa

dalam sebuah ujana aku melihat rintihan,
rintihan yang sangat menenangkan.
kini kusertakan wadah dalam menakung bekalan,
bekalan dari ujana yang akan meninggalkan.

Wadah Iman ini ingin kuisi setamaknya,
bukan sekadar anjing dan bayangnya,
bahkan lebih lagi dari itu.

Wadah ini sangat luas kantungnya
bahkan tidak mungkin akan penuh.

amalan itu bekalannya,
iman itu sadurannya,
taqwa itu isinya.

bersinar wadahku dengan rahmatNya
yang sedikit dapat kurasa yang banyak sering kupinta.
Ilahi Rabbi janganlah Kaubentengi kasihMu dengan sempadan apapun
apatah lagi sempadan masa. Berikanku nikmat sepertiga malam
untuk kupersembahkan permohonan dan rintihan.

ujana rakanku kusambut dengan wadah keinsafan ini.
wadah iman mencari ketaqwaan.

Anak ayah riyadh,
khartoum2006

Friday, October 06, 2006

Ramadhan...

Alhamdulillah pertama dan selamanya berasa bersyukur kepada Allah SWT dapat bertemu dengan kekasih yang kita nantikan hampir setiap tahun dan kita dapat berada bersama kekasih kita yang disayangi... .

Ramadhan dtg lagi..
Marilah kita perbetul diri
Baiki diri
dan tingkatkan kualiti kendiri..

Semoga taqwa pakaian dan imej kita
di bulan yang penuh keberkatan ini..

Sayangilah ramadhan kerana ALlah, insafilah diri dengan sabda nabi siapa yang berpuasa di ramadhan dengan keimanan dan muhasabah diri terampun dosanya yang lalu dan akan datang. apakah ramadhan kita berteman keimanan atau hanya ikut ikutan. apakah ramadhan kita penuh dengan pengawasan diri atau hanya menahan lapar dan dahaga.

Celik tak celik sekelip mata saja Kekasih kita meninggalkan kita....
Adakah segala amalan kita menepati piawai Ramadhan?

innamal mu'minun la' yang qudhi abadan
Sesungguhnya mu'minun itu tidak terhenti sekadar itu sahaja

Ya 4JJ1,bersihkan & hapuskanlah kekotoran zahir & batin kami dengankesempurnaan KeampunanMu & lautan KemaafaaanMu. Kueniakanlah kepadakami dengan pakaian ZUHUD & TAQWA,mengkhidmati makhluk & menurutiSUNNAH dengan bersih & nyata.Jadikanlah maksud kehidupan kami untukmeninggikan & mengharumkan agama MUHAMMAD S.A.W.Jadikanlah kami sebagai Mentari Ilmu & Kau jadikanlah amalan kebaikan kami sempurna.& orang-orang yangbertaqwa juga akan memilih jalan amalan SOLEH dengan sinarkecemerlangannya & jadikanlah kami seumpama mata air yang mengairi Taman Islam di musim gugur sehingga Kiamat...

Kenalilah Allah

...Allah is alwayz with us...
Renungan bersama...

Sabda Rasulullah Saw;
Kenalilah Allah saat suka, maka Dia akan mengenalmu saat susah

Ini bererti bahawa ketika dalam kemudahan hamba itu bertaqwa kepada Allah, menjaga semua batasan-batasannya, dan memelihara semua hak-haknya, maka sebenarnya ia telah memperkenalkan dirinya kepada Allah, dengan semua yang ia lakukan. Dengan mengenalkan diri kepada Allah maka terjadilah sebuah perkenalan khusus antara dirinya dengan Allah, yang kemudian mengharuskan Allah akan mengenalinya pada saat ia dalam kesulitan dan akan memelihara perkenalannya itu dalam kemudahan. Dengan perkenalan itu Allah akan menyelamatkannya dari segala kesulitan berkat pengenalannya. Pengenalan yang bersifat khusus ini menuntut seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya dan mencintainya serta memenuhi seruannya.

Jika hamba itu bersabar sebagaimana seharusnya, maka ujian yang diturunkan kepadanya akan berubah menjadi sebuah kurnia, dan yang tidak disukainya menjadi sangat menyenangkan. Kerana pada dasarnya, Allah menurunkan cubaan itu bukan untuk membinasakannya, tetapi untuk menguji sejauh mana kesabarannya dan ubudiyyahnya. Allah berhak disembah sekalipun hamba itu dalam kesulitan, hak yang sama juga ketika ia dalam kemudahan. Allah juga berhak disembah sekalipun keadaannya sangat menyulitkan, hak yang sama ia dapatkan ketika ia sedang keadaan senang.

Umumnya, orang tekun melakukan kewajiban u'budiyyah kerana ia senang, hal yang sama tetap ia harus lakukan meskipun ia berada dalam kesulitan. Perbedaan dalam melakukan kewajiban ini, kemudiaannya menempatkan hamba dalam tingkatan-tingkatan u'budiyyah, yang seterusnya menentukan kedudukannya di sisi Allah.

Petikan dari kitab'La Tahzan
oleh Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni