BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 27, 2007

Pantun Saifi


...Allah is alwayz with us...


Terbilang sungguh Saidina Ali
Hingga digelar baitul hikmah
Ummah sepi perlukan daie
Bagaimana dakwah paling berhikmah?

Saidina Ali banyak berbakti
Saidina Othman banyak memberi
Ummah sepi perlukan daie
Daie berbudi akhlak terpuji.

Cantik sungguh kembang ditaman
Indah menyerlah dalam jambangan
Wahai srikandi solehah sekalian
Apakah ciri2 muslimah idaman?

Tidak tumbuh tidak melata
Tidak sungguh tidak mengata
Muslimah sejati idaman jejaka
Agama,keturunan,harta & rupa.

Srikandi mujahid cantik berseri
Bekalan ummah sepanjang zaman
Leraikan gundah gulana di hati
Beritahulah kami tanda2 peningkatan iman.

Kembang mewangi bunga melati
Harumnya mekar dalam jambangan
Mari leraikan gundah di hati
Tingkatkan iman bina hubungan.

Muslimah bestari,bidadari gelaran
Asyik bersenda di taman larangan
Lestarikan ukhwah berlandaskan iman
Berilah resepi ukhwah berkekalan.

Mendung berlalu beraraknya awan
Turun hujan membasahi iman
Lestarikan ukhwah berteraskan iman
Berlapang dada resepi insan.

Friday, July 20, 2007

Hidup kita sepenuhnya utk Islam

Alangkah indahhhhhhhnya andai syurga milik kita..Namun banyak lagi tugasan yg tak terlaksana...Layakkah diri namun mampukah diri menghadapi api neraka-Mu?

Marilah sama2 kita mengembara di seluruh bumi melihat realiti ummah hari ini...

Apa khabar agaknya umat islam hari ini??

Sihatkah iman kita??

Apa yg kita sibukkan....????


Gara2 hidup kini kian dipenuhi dgn hiburan dan kesibukan duniawi yg tiada batasan...
Agak payah jugak umat Islam ingin menepis serangan jahiliyah abad kini.Malah antara punca masyarakat menolak islam walaupun bergelar muslim adalah kerana akidah yang lemah menjadikan mereka Islam hanya pada nama shj..Islam juga dagang dijiwa umat islam sendiri lalu mulalah ada golongan yg berani mempertikaikan nilaian syarak..Gersangnya jiwa manusia...Ya Allah Kau lindungi hati2 yg masih mengasihiMu agar keimanan kpd-Mu terus menerus terpelihara..

Maka dari sini kita nampak bahawa perlunya penyerahan diri yg total kepada islam..malah kpd mereka yg rasakan diriya milik islam perlulah dia hidup utk dakwah & tarbiyah agar fenomena yg menimpa umat Islam dapat dibendung..

Sebenarnya Islam hari bukanlah kehilangan penguasaan ekonomi , tanah jajahan atau sebagainya tapi sedarkah kita sebenarnya

  • Kehilangan 'pokok' bukannya 'rantingnya'
  • Kehilangan 'rumah' bukannya 'perkakasnya'
  • Kehilangan 'kualiti' bukannya 'kuantiti'

Justeru sahabat2 harapan ummah kita perlu motivasikan diri ini utk kembali menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar...Antara panduan yg blh kita ambil dan laksanakn dlm kehidupan utk membentuk kepeibadian seorg daie:

  1. memahami tujuan hidup~ubudiyah kpd Allah~(Azzariyat:56)
  2. memahami kewajipan dakwah~khalifatu ardh~
  3. memahami nilaian dunia dan nilaian akhirat dcc Allah~dunia bukanlah segala-galanya tapi merupakan medan menanam namun akhirat jua tmpt menuai...
  4. meyakini dgn sepenuhnya hari perhitungan & perhimpunan
  5. mengakrabkan diri dgn Al-Quran & As-sunah & duduklah dlm suasana yg soleh
  6. Hindarkan diri dari kemaksiatan
  7. Ingatlah kematian itu dtg tanpa diminta~maka kita perlu bersedia~
  8. Memohon pertolongan dan bantuan kpd Allah..

Moga Allah berikan kesempatan utk kita menghampiri mereka yg sebenarnya berhajat pada Islam..kerna mungkin selama ini tiada sesiapa yg ingin menghampiri mereka,maka bangkitlah wahai pemuda & pemudi pejuang Islam..robohkan benteng keegoanmu..Tak sayangkah kita pd mereka.Layakkah kita membenci kerana Allah tidak pernah membenci hambanya..

~RENUNGAN HARI INI~
"It is our duty to carry this religion to all people around the world until they understand it, become interested in it, look for it, and enter it in surges as God would like. This is the duty of the Islamic nation. It is a collective obligation for this nation to propagate the message of this religion to the corners of the globe, and it is an individual obligation for the scholars of this religion to propagate Islam in all languages and tongues and be as God said: "We sent not a messenger except (to teach) in the language of his (own) people in order to make (things) clear to them." ::Yusof Al-Qardhawi::

Monday, July 16, 2007

Tautan hati



Puas kurayu,puas kuseru
Jawapanmu tetap yang dulu
Oh sukarnya mengajakmu
Namun kasihku padamu cukup padu
Lantaran itu,
Aku akan terus menyerumu
Pada yang satu
kugenggam kukuh suatu azimat
"Kita hanya penyeru bukan penghukum
Ya Allah,kuharapkan bantuanMu mengiringiku"
Seru terus menyeru
itu tugaS RasulMu
Akan kuteruskan semampuku
Hingga kehujung waktu

~TAUTAN HATI~

Fatimah Syarha Mohd Noordin




Terharu rasanya bila kehidupan seorang daie digambarkan dlm novel ini...bukan senang untuk mengajak manusia hanya cintakan Allah..Malah Asiah Yusro juga mampu memikat sesiapa saja utk kembali mengesakan Allah tanpa langsung memikirkan kepentingan dunia..Benarlah tarbiyah mampu mencorak dan membina keperibadian yang amat mulia ini...Namun buat para rojul & imraah akidah yang masih mencari kekuatan sama2 lah kita mengikat janji

:::Kita takkan gadaikan pandangan Allah semata-mata mahu merebut pandangan manusia yang sementara

::: Kita tak mahu gadaikan akhirat semata nak merebut keindahan dunia yang tiada makna


Buat sahabat2 yang belum membacanya jika berkesempatan bacalah novel islamik ini.InsyaAllah banyak manfaat yang bakal diperolehi,Wallahu'alam


Kalam diri buat hari ini:Mukmin tidak melakukan sesuatu pekerjaan dengan sia-sia,maka fikirkanlah sebelum mengorak langkah dlm sebarang tindakan.



Saturday, July 14, 2007

Kita??


~Allah is always with us~

Masa terus berlalu..tingkatkah keimanan kita?sudah mantapkah akidah kita?Apakah yg telah kita berikan untuk ummah?sudah bersediakah utk mengadap yg Maha Esa????Persoalan demi soalan yg harus dilontarkan..bukan hanya difikirkan ketika ditimpa musibah,tapi harus difikirkan saban waktu dan seiring dgn detik nafas yg bernilai ini..
Yakinlah dengan Allah atas segala sesuatu..
tapi kena ada usaha sekiranya diri ini mengharapkan kejayaan
Dont ever ask why dis happen to me and why Allah dont luv me??
But is dis happen regarding our sins or not?????
Sama2 check diri..kita sentiasa mahu yg terbaik dalam segala sesuatu tapi kita selalu cuai memenuhi hak sebagai hamba Allah apatah lagi tanggungjawab yg dipikul sebagai khalifatul ardh..berapa ramai insan yg telah kita sedarkan agar cintakn Allah dari cintakan duniawi..
Jangan lupa..kita bukan setakat mengejar kejayaan dunia tapi yg paling utama kita kejar kejayaan ukhrawi..

Sama-sama kita kejar redha Illahi
Sama-sama kita kejar cinta hakiki
Sama-sama kita kejar syurga firdausi
Sama-sama kita kejar ketenangan hakiki
Sama-sama kita kejar sinar islami
Sama-sama kita kejar ukhwah islamiyah

KEMULIAAN HANYA DENGAN ISLAM, IMAN, dan TAQWA
di dalam Islam, Iman dan TAQWA"Ya Allah, Hidup dan Matikanlah aku .."

Tuesday, July 10, 2007

Jaulah makan

Pada 8 julai PERUBATAN tlh menganjurkan jaulah maqam..ini lah peluang setelah sekian lama berhajat utk ziarah...


































Kat 4 penjuru masjid ni terdapat 4 ruang yg menjadi tmpt pengajian 4 mazhab














Salah satunya..ialah mazhab maliki














haza maqam Imam Shafie

















Maqam imam waqi'..guru imam shafie
















maqam As-syahid Imam Hasan AlBanna













tempat saiyidah nafisah bersendirian beribadah kpd Khaliq yg Maha pengasih & penyayang












Haza maqam Abdullah ibni Abi Jamrah
Alhamdulillah banyak makam yg lawat..maaf tak dapat uploadkan banyak2..yg penting ibrah tu yg kena ambik...antara lain2 maqam yg pg maqam saiyidah zainab,saiyidah sukainah,saiyidah ruqayyah,sultan hanafi(bukan sultan tapi mendpt gelaran krn mengikut mazhab hanafi),saidina Hussin,maqam sheikhul azhar & ect..Wallahu'alam..

Monday, July 09, 2007

usirkan kekosongan

at ...Allah is alwayz with us...

Usirlah Kekosongan Dengan Kesibukan

Orang-orang yang banyak menganggur dalam hidup ini, biasanya akan menjadi bahan gosip dan desas-desus yang tidak bermanfaat. Itu, kerana aqal fikiran mereka selalu melayang-layang tidak tahu arah. Dan...

Mereka suka tinggal bersama-sama orang-orang yang ditinggalkan (kerana uzur)...(At-Taubah:87)

Saat paling berbahaya bagi aqal adalah manakala pemiliknya menganggur dan tidak berbuat apa-apa. Orang seperti itu, ibarat kereta yang berjalan dengan kecepatan tinggi tanpa pemandu, akan mudah terhuyung-hayang ke kanan dan ke kiri.

Bila pada suatu hari anda mendapatkan diri anda menganggur tanpa kegiatan, bersiaplah untuk bersedih, gundah dan cemas! Sebab, dalam keadaan kosong itulah fikiran anda akan menerawang ke mana-mana; dari mengingat kegelapan masa lalu, menyesal kesialan masa kini, hingga mencemaskan kelamnya masa depan yang belum tentu anda alami. Dan itu, membuat aqal fikiran anda tidak terkendali dan mudah terlepas dari kawalan. Maka dari itu, saya nasihatkan kepada anda dan diriku sendiri bahawa mengerjakan amalan-amalan yang bermanfaat adalah lebih baik daripada terlarut dalam kekosongan yang membinasakan. Kesimpulannya: Membiarkan diri dalam kekosongan itu sama halnya dengan bunuh diri dan merosak tubuh dengan dadah.

Waktu kosong itu tidak ubahnya dengan seksaan halus ala penjara Cina; meletakkan si tahanan itu di bawah paip air yang hanya dapat menitiskan air satu titis setiap minit selama bertahun-tahun. Dan dalam masa penantian yang panjang itulah, biasanya seorang akan menjadi stress dan gila.

Menganggur dapat melalaikan diri dan sunyi dari kegiatan merupakan pencuri profesional, sedangkan aqal anda adalah perwiraan yang dapat melawan dan mengoyak pertempuran khayalan ini.

Kerana itu bangkitlah sekarang juga; kerjakan solat, baca buku, bertasbih, mengkaji, menulis, mengemaskan meja kerja, mengemaskan bilik tidur atau berbuatlah sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain untuk mengusir kekosongan itu! Ini kerana aku ingin mengingatkan anda agar tidak berhenti sejenak pun dari melakukan sesuatu yang bermanfaat.

Bunuhlah setiap waktu kosong dengan "pisau" kesibukan! Dengan cara itu, doktor-doktor dunia akan berani menjamin bahawa anda telah mencapai 50% dari kebahagiaan. Lihatlah para petani, nelayan dan para buruh kasar, mereka dengan ceria mendendangkan lagu-lagu seperti burung-burung di alam bebas! Mereka tidak seperti anda yang tidur di atas katil empuk tetapi selalu gelisah dan mengalirkan air mata kesedihan . (Dipetik dari buku La Tahzan)

The Pharaonic village

A nice trip and wonderful moment to tied ukhwah between us...never forget Allah..this will InsyaAllah enhance our belief to Allah....





we travel by the ferry














Life of da' ancient egypt














How to make perfume traditionally...












what's that???...mumia














u know the papyrus paper??so dis how they make it using the papyrus...












ni la daun papyrus....but deme guna btg papyrus utk buat kertas..daun lak buat perahu n some other creative handcraft...













dari dekat...a lot can be seen along the nile river
















disebalik lukisan..ader ceritanya...














mmm..actually there are a lot of things that I want to share with u guys..but I think that enough 4 this time..so sama2 ambik pengajaran..kat cni jgk banyak replika firaun but x penting sgt kot utk diupload..better come n see..hehe..pengembaraan meluaskan pandangan n persepsi utk tmbhkan keimanan..yg mana baik sama2 la kita manfaatkan n yg buruk jadikan sempadan...walllahu'alam....

Sunday, July 08, 2007

Salam

...Allah is alwayz with us...


4 Julai 2007

Assalamualaikum wbt....Akhirnya musim peperiksaan berlalu jua..Berlalulah jua resah dijiwa…kekalutan yg mmg disangka..ketegangan yg tak terkata…buku yg menanti dibaca..buat sekian lama blog ini insyaaAllah akan di updatekan jua..

Benarlah suasana ketika exam ini merupakan medan pengorbanan dan medan ujian..yg bukan hanya menguji mentality tapi menguji emosi…time nilah Allah uji dgn pelbagai perasaan..maklumlah kebanyakan pasti akan menerima tekanan,…Cuma bezanya bagaimana setiap individu mengawal dirinya…Ada yg menumpukan 100% pd madah tanpa memikirkan yg lain..Ada yg masih sempat bermain…namun Alhamdulillah masih ada memberi ruang buat dirinya kembali pada tuhan disamping usaha dan tawakalnya pada Allah Rabbul jalil...malah fokusnya pd mardhatillah..indahnya golongan ini..pasti mereka mumtaz pd kaca mata Allah biarpun tidak pada manusia…

Time ini lah diri akan dinilai.Mampukah dri menjaga segala hak yg terpikul di bahunya..hak pd Allah,hak pada ahlel beit,hak pada diri,hak sebg seorg anak..???
mmm…Cuma ketika ini yg mampu dilakukn hanya berserah pd Allah kerna natijah itu miliknya..Dia tahu apa yg terbaik buat diri kita yg lemah ini…

5 Julai 2007

menyingkap sejarah silam bumi anbiyak yg jua bumi firaun laknatullah...kehadiran kami di pyramid membawa seribu keinsafan..biarpun golongan ini memiliki kecerdikan yg tinggi namun memilih kekufuran yg hanya merugikan diri...sejarahnya boleh disingkap dlm Al-quran sendiri..surah taha..yg mana menceritakan ttg nabi musa,harun dan firaun sendiri berdialog..dan keislaman ahli sihir firaun setelah Allah memperlihatkan mukjizat yg ada pada Nabi Musa..Namun kerna kekerasan hati yang dimiliki firaun ttp kufur…

~ Dari jauh~

1st largest piramid

2nd piramid