Sudah jauh kita melangkah. Makin jauh juga masa meninggalkan kita. Dulunya kita masih keanak-anakan namun tiba jua masa keremajaan. Justeru adakah kita sedari dan ketahui bahawa fatrah ini merupakan tempoh kekuatan dan tempoh pengislahan serta turning point dalam kehidupan??..mmm..sama ada kita memilih untuk menjadi pejuang keadilan mahupun pendokong kezaliman…maka pilihan terletak pada tangan kita sendiri..tepuk dada tanya Iman..
Namun aiyuhal ikhwah wa akhawat, hamba selaku insan yg kerdil ini, ingin sekali mengingatkan diri..ajal tidak mengenal usia..bahkan masih banyak kewajipan serta tanggunjawab yang harus kita lunaskan...masa yg kita ada barangkali tidak cukup utk melunasi semua amanah itu..jadi adakah untung kita membazirkan masa sedangkan bekalan ke 'negeri abadi' masih tidak mencukupi??
Pastinya sahabat2 sekalian sudah pun menghadam buku karangan Dr. Yusof Qardawi yg bertajuk kewajipan remaja muslim pada hari ini..atau arabnya Wajibul Syabab Al-youm..
Beliau menghighlightkan 4 kewajipan yang ana rasa sgt penting utk keutuhan ummah pada masa hadapan seiring dengan pemuda sebagai nadi penggerak deenul Islam.
Pertamanya kewajipan memahami Islam secara sahih…masakan kita dapat mempraktikkan apa yang diperintahkan oleh Islam sekiranya tanpa ilmu..Justeru perlunya mengetahui hakikat islam yang syumul serta jelas apa yang ingin disampaikan oleh Islam serta pelaksanaannya dalam kehidupan
Kedua ialah kewajipan beramal dengan Islam..Justeru ilmu sahaja tidak memadai andai amal tidak menuruti.Islam menginginkan ilmu yang membuahkan amal. Saidina umar pernah meminta perlindungan dengan Allah dari org munafik yang alim. Kemudian beliau ditanya “Wahai Amirul Mukminin, bolehkah seseorang itu menjadi munafik dan alim?,” kemudian beliau menjawab “Ya boleh.Seseorang yang alim pada lidahnya dan jahil pada hatinya”
Lidahnya pantas berkata namun ibarat debu yg berterbangan amalnya hilang tanpa bayangan.
Ketiganya pula ialah kewajipan berdakwah kepada Islam. Inilah rentetan dari perjuangan para anbiyak..tugas menegakkan yang makruf dan cegah yang mungkar terletak dibahu kita selaku generasi pada masa kini. Kalau bukan kita siapa lagi?? Biar pun nampak berat tapi jika ada kesatuan insyaAllah dipermudahkan. Setidak-tidaknya khudwah yg baik sudah menjadi titik tolak dalam permulaan dakwah. Firman Allah dalam surah fussilat:33
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal soleh, sambil berkata: Sesunguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)"
Last but not least ialah kewajipan bersatu atas jalan Islam. Sesungguhnya tiada disana gerakan kerja dalam Islam secara solo ataupun bersendirian.Sesungguhnya gerakan secara bersendirian tidak cukup dan tidak memadai. Malah bakal tersangkut dipertengahan jalan atau tiada pewarisan dalam meneruskan kerja dakwah. Islam mementingkan semangat kesatuan & ukhwah serta gerakan kerja secara berjemaah. Sedangkan Rasulullah ditemani sahabatnya..maka alangkah indahnya sekiranya jalan kebaikan disulami kasih sayang atas dasar keterikatan akidah yang satu. InsyaAllah dakwah tersebar dengan penuh kehangatan ukhwah Islamiyah