::Preparation For Examination::
1- Gunakan Kelebihan dan perbaiki Kelemahan
Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk belajar berdasarkan KELEBIHAN diri masing-masing. Jika kita dikurniakan kelebihan mudah memahami dalam kuliah, maka manfaatkan masa di dalam kuliah sepenuhnya. Jika kita dianugerahkan kelebihan mudah menghafal dengan cara mendengar, maka rakamlah dan dengar semula kuliah itu. Jika kita penggemar slide-slide yang disediakan doctor, maka ambillah dan manfaatkan sepenuhnya. Cuba analisis diri kita, dan cari kelebihan yang boleh kita gunakan.
2- Jauhi penyakit 2C (Compete dan Compare)
Tidak dinafikan bersaing akan membuat kita lebih semangat untuk belajar. Menjadi booster kepada kita. Tetapi berhati-hati, jika terlalu suka bersaing, kemungkinan kita akan kehilangan akhlak dan sifat seorang islam itu sendiri. Contohnya, selalu berebut-rebut perhatian pensyarah sehingga sentiasa ingin mendominasi sesuatu sesi tanpa memberi peluang rakan-rakan yang lain.
Sanggup berselindung mengatakan kita tak study sedangkan kita dah study.
Menyorok info-info, buku, slide atau ilmu yang bermanfaat supaya kita boleh lebih dari orang lain.
Membanding-bandingkan diri dengan orang lain juga amalan yang tidak elok. Setiap orang telah Allah beri kelebihan dan kekurangan masing-masing. Amalan suka “compare” akan menyebabkan kita merasa diri “inferior” jika kita kurang dan “superior” jika kita lebih baik dari orang lain. Compare hanya elok jika dilakukan untk diri-sendiri. Membandingkan diri kita dahulu dan kini. Atau dalam erti kata lain, muhasabah diri, dan seterusnya teruskan usaha membaiki.
3-Berkongsi~sharing is caring~
Ilmu itu seperti air, jika air dibiarkan bertakung di dalam bekas, maka ia akan berkeladak, menjadi tempat membiak nyamuk Aedes yang membawa bencana kepada orang. Alirkan air itu supaya bermanfaat untuk semua. Ilmu sifatnya semakin diberi semakin bertambah, bukan seperti harta. Amalkan “win-win situation”. Dengan berkongsi, kita bukan sahaja membantu orang lain malah membantu diri sendiri.Inilah sinergi di mana 1+1 bukan 2 malah boleh menjadi 10.
4- Jauhi diri dari maksiat
Imam syafi’e pernah kehilangan hafalannya kerana TANPA SENGAJA terlihat betis seorang wanita yang terselak kainnya. Ketika mengadu kepadanya gurunya, gurunya menasihatkan supaya meninggalkan maksiat kerana sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya,
Dan sesungguhnya cahaya Allah itu tidak akan dianugerahkan kepada mereka yang melakukan maksiat. Jadi, selain daripada memperbanyakkan amalan-amalan taqarrub kepada Allah, jangan lupa untuk meminimumkan maksiat-maksiat yang terkadang menjadi kebiasaan dalam diri. Mengumpat, mengeluh, tidak menjaga mata, bercakap perkara sia-sia antara maksiat-maksiat dan dosa yang sering kita terlepas pandang.
5- Perbetul dan pelbagaikan niat
3 niat yang sepatunya ditanam dalam diri penuntut ilmu.
1. YA Allah, Aku belajar ini semata-mata kerana mencari keredhaan-MU,
2. Aku belajar ini untuk menghilangkan kejahilan diriku dan agar ilmu ini boleh kuajarkan kepada orang lain,
3. Aku belajar ini untuk memartabatkan agama-MU di mata dunia.
Selain niat-niat ini, banyak niat lain yang boleh ditambah. Pelbagaikanlah niat, kerna setiap amalan bergantung pada niat. Hayati niat-niat kita, jangan sekadar mind-setting sahaja.
KESIMPULANNYA, jika kita kata belajar perubatan salah satu cara kita berdakwah, bekerja untuk islam, jihad kita, maka jihadlah sebenar-benar jihad. Bersungguhlah dalam jihad kita. Jika seorang anak palestin boleh berdiri di barisan hadapan berjihad melawan kereta kebal walaupun hanya berbekal sebutir batu, di mana sifat malu kita, jika kita tidak berjihad sehabis daya walaupun telah diberi bermacam-macam nikmat dan kesenangan? Setelah lelah, mengah berusaha, berjihad, maka bertawakallah. Kerana peperiksaan itu juga menguji sejauh mana tawakal dan kebergantungan kita pada ALLAH. Serahkan segalanya pada DIA.
Edaran:: Biro Akademik 2008/2009~Unit Risalah dan Penerbitan~