BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 24, 2015

Sabah, dunia baru... Cabaran baru..

Rezeki anak, pengorbannya juga

Alhamdulillah.. Bakal bertugas Isnin ini secara rasmi di Jabatan Pesakit Luar, Hospital Tawau Sabah. Doakan terus bertabah dan dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin.

Entah apa cabarannya. Debar juga. Nuha semakin besar, semakin mencabar untuk ditinggalkan. Ada sahaja pertanyaannya, hinggakan pernah berkata,
'Nuha pun nak gi kerja jugak!'

Agaknya dia pun tahu masa Bundanya dihabiskan di tempat kerja.

Itulah perjuangan dan pengorbanan jiwa si kecil beribubapakan doktor yang dicacihina media. Huh.

Perjuangan! Terus, jangan pandang belakang.

Rumah sewa pertama

Ha.. Ini jugalah pertama kali hidup dalam nukleus kecil sendiri. Masih membuat senarai dan merangka undang-undang hidup rumah.

Banyak juga harus difikirkan. Ummi, Ibu, Lek dan Abah tidak putus-putus memesan dan mengingatkan keperluan yang harus dibeli. Namun, disebabkan kekangan bajet yang terhad, kami harus membeli secara berkala dan memilih yang utama. Alhamdulillah 'rumah kecil' kami makin berfungsi. Yang penting saya perlu 'organise' dan memastikan kekemasan rumah terpelihara. Haha hanya adik-beradikku tahu spesis apakah diri ini. Salah channel, sampai batas, boleh meletus juga.

Hanya Dia hidupkan segalanya

Moga Dia terus memandangku dengan kasih sayangNya. ๐Ÿ˜Ž Yang di Atas memerhati, yang di bawah ini hanya hamba. Lemah serba serbi. Tapi aku akan terus belajar dari alam yang misteri ini. ๐Ÿ˜‚

Monday, November 23, 2015

Zero to Hero.. Ho to Mo

Setiap perkara, bermula dari titik pertama. Begitulah hidup. Dari tiada kepada ada. Alhamdulillah setelah dua tahun bergelar Ho, kini selangkah lagi ke alam misteri, penuh tanggungjawab dan soal jawab. Mendebarkan... Apatah lagi berhadapan dengan masyarakat intelek yang kian banyak rujukannya. Itu tandanya, perlu lagi pembacaan dan tambah pengalaman.

Belajar dan belajar .. 

Dulu rasa jangkal melangkah ke alam kerjaya. Hari demi hari, Alhamdulillah ada sahaja perkara baru yang dipelajari.  Terima kasih pada senior , Mo dan pakar yang disegani. Tak lokek ilmu dan  didikan setiap hari.

Tahan sahaja, masam manis itu ada

Kena marah, perli benda biasa dalam hiraki perkerjaan.  Perkara biasa yang harus dikikis sebenarnya kerana itu bukanlah cerminan Muslim. Saya sendiri takut melihat fenomena yang ada. Boleh jadi tabiat ini menjadi ikutan tanpa sedari. Nauzubillah. Moga dijauhi. Memilih khudwah dalam pekerjaan  itu perlu. Apapun perlu memilih dengan  mata hati dan iman sebagai asas diri. Ya, bukan mudah menjadi ikan di laut masin. Kekal enak isinya, tidak masin dipengaruhi air yang didiaminya.

Keluarga, jasa dan pengorbanan

Bukanlah saya seorang sahaja yang menempuh alam ini. Apabila memilih bidang kedoktoran, keluarga anda juga terjebak di alam sama. Apatah lagi yang sudah bersuami dan memiliki anak. Merekalah yang banyak berkorban. Ketika kerja shift malam,  si suami terpaksa berjaga malam. Ketika shift petang, si anak bertanya-tanya di mana ibunya, sedangkan anak kecil lain riang ria di taman permainan.

Zero to hero... Ya ayat mudah untuk dituturkan tapi penuh ranjau untuk dilaksanakan. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Melihat kedua anak kecil yang ada, terasa luka yang dalam sukar diubati.. Sukar memahamkan mereka yang tidak mengetahui. Apapun terus.. dan terus melangkah.

Monday, June 29, 2015

29 Jun; Hari Bapaku dan Anakku, dalam sejarah!

...Allah is alwayz with us...

Allah tidak pernah meninggalkan kita walau sesaat. Begitulah.. Dia Pencipta dan penuh kesempurnaan. Alhamdulillah dengan berkat dan ihsannya jua dapatlah saya menempuh kandungan kedua ini yang sudah berusia 39 minggu hari ini.

29 Jun bukanlah calang-calang hari. Hari ini pada tahun 1961 lahirlah walidku, tanpa beliau mustahil wujudnya saya. Sanah helwah ya abi, ya walidi, ya ra-iisi, ya habibi... Alhamdulillah, bertemu ummi, dengan izinNya lahir pula saya ke ardullah ini.

Hari ini 29 Jun, saya pula bakal menjalani pembedahan untuk melahirkan anak kedua. Sudah pun berada di hospital, menanti giliran dioperasi . InsyaAllah giliran yang ketiga. Subhanallah berdebar tak usah di kata. Bercampur baur perasaan. Cuma satu diharapkan, Allah memudahkan urusan saya, mengampunkan dosa-dosa saya, memudahkan urusan doktor dan mengampunkan dosanya juga. Moga moga rahmatNya mencucuri proses kelahiran nanti ๐Ÿ˜‚ tersangat berharap dijauhkan dari sebarang komplikasi.

Justeru di saat-saat akhir ini. Saya, ingin memohon jutaan maaf pada mereka yang mengenali, terguris hati samada sedar atau tanpa saya sedari. Maafkanlah jiwa yang lemah ini. Doakan keselamatan saya dan bayi yang bakal dilahirkan ini. Doakan kami selamat dan kami suami isteri terus diberi petunjuk untuk mendidik anak-anak kami dengan cahaya Illahi. Mohon ya doakan kebaikan dan kebahagian dunia akhirat kami☺️ Uhibbukumfillah

Salam sayang dari PRIBA, HSNZ ๐ŸŒท

Sunday, June 07, 2015

G2P1 at 36 weeks : a break of muhasabah

...Allah is always with us...

Syukur wal hamdulillah... Sudah 36 minggu membawa insan kecil bersama diri. Tak sepi menemani hari-hari sebagai seorang ibu kepada  Kak Longnya, Nuha, isteri pada suami tercinta serta penjawat awam kepada rakyat Terengganu. Pejam celik pejam celik 36 minggu berlalu. (^_^) proudly to be gravida 2 para 1, and praying everything gonna be well till deliver.

Bukan senang.. Walaupun frasanya negatif, itulah hakikatnya..

Memang mudah bergelar seorang ibu, tetapi memenuhi ciri-ciri ibu mithali itu memerlukan mujahadah yang tinggi. Perlu kesabaran yang tiada tara. Anak kecil semenangnya belum lagi mampu memahami dan menyelami erti sabar biarpun pandai mengajuk ' sabar.. Sabar' dengan ayunan tangan comel mereka. Namun dengan kecomelan merekalah membuatkan kita terasa bodoh melayan amarah atau kehendak kita semata๐Ÿ˜…

Dulu surirumah, sekarang..

Kali ini cabaran mengandung bertukar 360 darjah, kalau dulu sibuknya menyiapkan urusan rumah, sekarang hospital pula menjadi tempat utama beraksi. Kaki ini menjadi saksi hingga penghujung hari mulalah bengkak munculkan diri. Apabila siang sudah beranjak malam, Nuha sudah pun syahid setelah 'penat' menunggu Papa dan Bundanya muncul. Itulah pengorbanan seorang anak doktor yang tidak mungkin difahami oleh mereka yang sekadar melihat dari 'tepi'. Nuha telah secara tidak langsung berkongsi dan meminjamkan kedua orang tuanya kepada masyarakat yang punya pelbagai persepsi terhadap bidang kedoktoran hari ini.

Akhirnya terkena juga..

Sudah lama saya bermujahadah untuk membawa kereta apatah lagi apabila postnight shift and postcall, berapa kali terlelap, pernah sekali ditahan polis. Lucu tapi berbahaya. Akhirnya dalam keadaan segar, masih diawal pagi.. Saya memandu ke hospital, hari ini dalam sejarah kemalangan berlalu. Sungguh tidak berbau. Nah, kerja Tuhan siapa tahu. Muhasabah saya sejenak. Masih diberi umur, di'tampar' sedikit oleh Allah, tidak lama lagi bertambah lagi amanah Allah, taubat sudahkah? Doa maksimakah? Memaafkan sudahkah? Terasa banyak perkara pula yang belum selesai..

Sungguh detik 36 minggu ini muhasabah untuk saya. Bila bila saya anakanda kedua muncul. Doakan kelahirannya lancar, tiada lagi komplikasi.. Pada yang mengenali, halalkan makan minum dan maafkan salah silap saya ya. Moga redhaNya selalu bersama kita semua..


Thursday, January 08, 2015

2015, selangkah lagi ke hadapan!

Kehidupan tidak pernah bersifat mundur. Tidak pernah statik. Sehari demi sehari, perubahan demi perubahan. Begitulah kehadiran tahun 2015 ini. Fuh, agak janggal untuk saya mencoret sejak hampir setengah tahun menyepi. (^_^) Ada juga yang perasan sudah berhabuk tebal laman ini. Terima kasih ayahanda mengingatkan. Walaupun blog ini kurang 'maju' hakikatnya pemilik, terus mengorak langkah, menongkah arus yang ada. ada jatuh bangun, insyaAllah secara keseluruhan terus maju kehadapan, adakala, bertatih, berjalan dan berlari.

Merenung jauh, masa yang ditinggalkan. Sudah berusia pula rasa...

(^_^) Hadirnya Januari, seperti biasa, bertambah lagi usia saya. Maju, tidak mundur!

(^_^) Hadirnya 2015 juga, 3 tahun sudah usia perkahwinan. Maju, tidak mundur!

(^_^) Hadirnya 2015 juga, Nuha bakal beroleh teman, Maju, tidak mundur!

(^_^) Hadirnya Januari, bermulah posting kelima di zaman housemanship ini. Maju, tidak mundur!


Ya masa pantas berlalu. Masih mengharapkan pembaikan dan kebaikan yang berterusan. Jazakumullahu kheiran kathira untuk yang mendoakan.  Sungguh, untuk melalui semua ini sudah pasti penuh ujian, cabaran. Sungguh menuntut Mujahadah!

Ayuh, terus melangkah, untuk masa hadapan yang cerah. Yang penting, syurgalah yang dinanti sebagai tempat rehat yang kekal abadi.