BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 08, 2019

Kita Hebat

Semua orang hebat..
Cuma lalai dan leka membatasi potensi diri..
Usaha kena lebat..
Kena koreksi diri sendiri.. 
Menyucikan hati menjadi muslim mukmin sejati..

Kerana keajaiban itu ada, pada diri Mukmin.. Ya walaupun tanpa kita sedari.. 



Ayuh kita koreksi diri dan hayati hadith ini.. 

Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”
(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2999)

 

Matan hadith :

عَنْ صُهَيْبٍ قَالَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

]صحيح مسلم , كِتَاب الزُّهْدِ وَالرَّقَائِقِ , بَاب " الْمُؤْمِنُ أَمْرُهُ كُلُّهُ خَيْرٌ ", حديث رقم 2999[


Semoga diri ini hebat dan pembaca yang dirai. 

Salam Perkenalan Pattani

Assalamualaikum.

Alhamdulillah selesai Ziarah Ringkas ke Pattani. Saya rasa ini mungkin permulaan. Ibarat salam perkenalan. InsyaAllah akan ada lagi siri lawatan seterusnya.

Hari Pertama

Saya bertolak bersama Ayah Mertua, Suami, adik ipar dan anak-anak. Alhamdulillah sudah 3 orang puteri Allah kurniakan. 

Bertolak kira-kira pukul 9 pagi dari Marang Terengganu dengan menaiki kereta. Kami melalui Jalan tengah dari setiu, Machang ke Rantau Panjang. Di situ sempadan Sungai Golok. Sampai di Pattani pukul 4 petang.

Sepanjang laluan banyak pos kawalan, roadblock, bunker, siap kawat berduri..

Di Pattani kami menginap di CS Pattani Hotel. Alhamdulillah rezeki merasa bilik yang cukup selesa selama di sana.

Sebaik sahaja sampai, kami berehat sebentar. Kemudian pusing-pusing bandar untuk melihat secara kasar kehidupan di sini. 

Alhamdulillah masih ramai Muslim di sini. Cuma kehidupan mereka dikawal. Hampir setiap tiang lampu di bandar pun ber cctv. Ada sahaja tentera yang sedia menjaga di beberapa pos tertentu.

Saturday, January 05, 2019

5 Januari

...Allah is alwayz with us... 

5 hari di tahun baru adalah hari penting untuk saya mengingati pengorbanan Ummi dan Lek saya. Alhamdulillah sudah 31 tahun saya melihat dunia. Lek dan Ummi juga sihat dan gembira dengan kehidupan yang tiada checkin dan checkout.

Alhamdulillah tahun 2019 menyaksikan banyak perubahan dari tahun 2018.

Keluarga kecil sudah bertambah. Dikurniakan 3 puteri comel dan solehah. Alhamdulillah semua sihat dan sedang menikmati fasa-fasa tumbesaran mengikut umur masing-masing.

Kami sekarang selesa di Terengganu. Saya dan suami masih bekerja di bidang perubatan.