Alkisah ada yang teringin. Jadi diusahakan la barang dan Bunda pun masak lah. Nak test power air fryer membaking. Selalu kami air fryer untuk bahan yang nak digoreng. Ok. Terimalah kek pertama di dalam air fryer. Syukur ada kertas comel roti. Loyang kita muat. ✨Mini Burn Cheese Cake✨ Cream Cheese 225g (dikeluarkan awal dari peti supaya lembut) Gula Kastor 70g 1 biji kuning telur 2 biji telur penuh 1 sudu kecil esen vanila 115g whiping cream 1 sudu besar tepung naik sendiri/kek ditapis terus ke dalam bekas (saya guna tepung blue key) Satukan semua bahan di dalam bekas mengikut turutan yang ditulis. Gaulkan setiap bahan selepas ditambah bahan baru. Pastikan kacau/whist hingga sebati. Nak blend pun boleh๐ค
Acuan boleh dimasukkan ke dalam loyang saiz 6 inci atau kertas roti kecil untuk digunakan dalam air fryer Nak bakar guna oven boleh. 200 darjah selama 50 minit. Boleh la kome kurangkan ke masa kalau tal suka nampak hangit terlajak. Tapi nama pun burn cake kak☺️ Saya bakar guna Twin Turbo Star Philips Air Fryer dengan suhu 180 darjah selama 20 min. Saya pun buat acah acah brown je. Kalau hitam sangat anak saya tak makan atas tu, dipisahkana pula. Alhamdulillah.. Lepas berbuka puasa, licin semua kek๐ sikit pun anak tak tinggalkan.Sunday, May 03, 2020
Subscribe to:
Posts (Atom)