BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 10, 2021

Syafakillah Nuha sayang.

Alhamdulillah di atas nikmat Iman dan Islam yang Allah beri. Syukur atas nikmat sihat yang Allah pinjamkan.. 





Syukur juga dapat sarapan bodykey MR pagi ni. 
Alhamdulillah. Cik Na, Iman Hana tolong carikan barang-barang untuk Bunda dan Nuha. Alhamdulillah boleh diharap ni untuk emergency packing. 👍




Alkisah dengan ini jugalah menjadi penyelamat untuk semalam. Detik bersejarah 09.12.2021. Seharian tak menjamah makanan. Sarapan dengan bodykey, kemudian clerking kes, sampling, update linelisting, followup kes covid di rumah, clerking kes baru covid. Refer kepada FMS. 




Balik kita ambil Hana di rumah Cik Dah, ambil Nuha dan Iman di tempat mengaji. Walaupun Nuha Iman sudah buka payung mahu jalan kaki pulang. Sempat Bunda sampai. Kemudian, singgah rumah sekejap ambil barang untuk cod. Setempat sahaja, kerana yang lain kiv. Langsung balik ke rumah solah asar, dan siap siap mahu keluar makan. 

Nuha Iman main diluar sambil dipantau Papa. Hukuman main di depan rumah sahaja sudah dua hari, jadi tidaklah mereka berbasikal jauh. Risau kan. Kali ini mereka main kejar kejar. Basikal sedang Papa baiki. 

Sedang Bunda kunci pintu, terdengar Papa menjerit Allahuakbar dan bunyi benda dilanggar.. Bunda membelakangi kejadian kerana sedang kunci pintu. Allahu.. Menjerit juga kita. Berdebar siapa yang kena langgar. 

Tup tup Nuha. Allahu. 

Perut nak diisi? Ke laut sudah. Nuha diutamakan. Kaki Nuha tergilis, kaki kiri masih tersekat dibawah kereta. Kereta direverse barulah boleh dibawa keluar kaki kirinya. Mencucur darah. 

Nuha, Allah uji kakinya luka teruk.. Astaghfirullah. Kenal pasti bahagian lain selamat. Segera saya angkat ke laman rumah. Darah merata-rata, tak berhenti. Syukur masih ada alatan bandage di rumah. Papa balut. Segera dikejarkan ke hospital. Pakar mudahkan urusan, dan dapatlah Insuran kesihatan kami gunakan. 

Sebelum xray.. 

Bunda menunggu Nuha di OT

Alhamdulillah.. Selamat semuanya.. 



Paranoid mana pun kita tentang keselamatan, dekat mana pun kita pantau, sejauh mana kita larang. Setaat mana Nuha dan adik-adik juga tidak bermain jauh petang ini.. Jadi juga depan mata. Astaghfirullah.. Kena tambah lagi keterikatan dengan Dia. 

Nak dijadikan cerita. Semuanya sepantas kilat. Muhasabah untuk kami dan penambahbaikan perlu kami segerakan. 





Kemalangan bukanlah dalam jangkauan kita.
Cuma muhasabah dan penambahbaikan perlu kami lakukan, agar emosi semua pihak dipenuhi dan seimbang..

Terima kasih keluarga dan sahabat yang membantu dan mendoakan. 

Sambung oncall di 'hotel lima bintang'.
Alhamdulillah.. Semua selamat. Terima kasih yang mendoakan kesihatan Nuha. Semoga Allah beri kebaikan dan keimanan pada kita semua. 

Take care semua. Cuti sekolah bermula.
Jaga kesihatan. Jaga keselamatan.
Jika diuji, cari jawapan di tempat yang Allah tempatkan ilmuan dan kepakaran. 

Semoga Allah pelihara kita semua. Sihat hendaknya. Ditingkatkan iman dan taqwa untuk berhimpun semuanya di Jannah sana...




Semoga Allah pelihara kita selalu. Ameen..

Beringatlah kita yang membawa kereta dan yang memantau mereka walaupun di perkarangan rumah sendiri. 




Monday, April 12, 2021

Ramadhan Kareem 1442H-2021M

Masa terus berlalu, hari demi hari..
Bulan demi bulan..

Direnung kembali kalimah agung..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (Al-Baqarah : 183)

Alhamdulillah bulan dinanti sudah tiba.
Hadirnya dirai, ibadah berganda.
Perbaiki diri, mardhatillah dicari.
Doa dan harapan, insan Rabbani.
Kerana RahmatNya kita kehendaki.
Husnul khatimah dambaan kini.

Ramadhan Kareem ya isdiqa-i!



Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun yang pernah kita lalui 💐..


Sunday, April 04, 2021

Nak jadi orang baik!

Jadi orang baik..
Itulah kan sebenarnya impian semua orang. 

Kayangan sangatkah impian nak menjadi baik..
Memang la sebab ganjaran orang baik itu syurga, indah yang tak terkhabar indahnya. 

Fitrah manusia tu sebenarnya baik..
Dia dicorakkan oleh ibubapa, kawan, persekitaran.

Cuma musuh tersembunyi akan ada..
Nafsu sendiri
Orang berdekatan
Persekitaran

Jadi bila musuh mendominasi, kebaikan pun menjauhkan diri..

Struggle is real..

Nak jadi muslim dan muslimah ada cabaran
Nak jadi anak soleh dan solehah ada cabaran
Nak jadi suami isteri yang baik ada cabaran
Nak jadi ibubapa mithali ada cabaran
Nak jadi rakan yang baik ada cabaran
Nak jadi bos, pakar khudwah hasanah ada cabaran
Nak jadi pekerja yang jujur, amanah ada cabaran

Ramai kita lihat dulunya baik bertukar 45 darjah, 90, 180 hatta 360 darjah.

Ya.. Mungkin kelihatan dia berjaya memiliki status kejayaan, tapi kebaikannya hilang..

Berapa ramai yang dulunya di bawah, baik orangnya, bila atasan sudah tajam taringnya.. Bukanlah Harimau Malaya yang kita banggakan. 

Kerana itu, memilih sesuatu untuk kehidupan..
Pentingnya lihat siapa 'penyokong kita', suasana yang akan sambut kita..

Adakah kita menongkah arus, mampukah kita bawa kebaikan..
Larutkah kita dalam arus?
Jika hanyut, mengapa teruskan.. 

Jika mampu silakan, pegang panduan. Pasakkan keyakinan dengan Al-Quran, Hadith.. Cari sahabat baik.. Jangan lupa diri. Jadilah orang baik-baik dalam pekerjaan.

Wednesday, March 03, 2021

Vaksin Covid Dos Pertamaku

Alhamdulillah untuk hari ini.
Semua nak sihat kan. Kami pun nak juga.

Hari ni hari saya menerima vaksin Covid-19 dos pertama. Alhamdulillah masih sihat. 




Nak elak dari mendekati yang sakit bukanlah pilihan kami. Kerana itu kerja kami. Jadi inilah antara langkah penjagaan diri di kala darurat wabak ini. 

Doakan lebih ramai frontliners dan semua rakyat Malaysia diberi vaksin. 

Ini usaha mencegah dan mengawal penularan..
Semoga Allah pandang usaha ini dan lindungi kita dari wabak Covid. Ameen.