Meredah samudera..🌊
Tuesday, June 06, 2023
Road to Alaska : Juneau, kota Alaska
Kenangan hari kelima berlayar dan kali ketiga mendarat dalam pelayaran ini.
06.06.2023 Selasa mengikut masa dan hari setempat di sini.
Juneau here we go. The Capital of Alaska.
Populasinya pun lebih ramai, banyak bangunan siap ada universiti, sekolah yang besar dan satu-satunya Mc Donald di Alaska.
Tarikan utama adalah perikanan, glacier.
Habis sahaja berjalan untuk melihat di Mendenhall Glacier dan Nugget Falls Trail, kami dibawa ke special dinner untuk menikmati Salmon Bake dan Dungeness Crab.
Selesai makan, kami ke kapal semula. Sesi jelajah makanan diteruskan, kesian pula Grande hall kosong gara-gara aktiviti kali ini lebih panjang.
In sya Allah jom kita usaha ALS forever dan bawa lebih ramai bersama. Nak?
Posted by sinar_islami at 11:20 AM 0 comments
Monday, June 05, 2023
Road To Alaska : Skagway kami hadir
Meredah samudera..🌊
Kenangan hari keempat berlayar dan kali kedua mendarat dalam pelayaran ini.
05.06.2023 Isnin mengikut masa dan hari setempat di sini.
Skagway here we go..
Populasinya pun tak ramai. Pekan kecil, terkenal selepas penemuan emas di Klondike pada 1986. Maka terbinalah keretapi merentasi gunung sejak 1900 yang kini digunakan untuk tujuan pelancongan.
Jom kita mendulang! |
Alhamdulillah. Ada hasil boleh dibawa pulang. |
Kami memilih untuk aktiviti Gold Panning dan mentabbur gunung yang bersalji. Sejuknya Ya Allah..
Ya Allah. Nikmatnya udara segar! Anginnya... Sejuuuuk! |
Pokok di sini pun mengajar tentang fenomenal alam yang asing bagi kita.
Fenomenal alam yang dipanggil "flagging".
Flagging ini adalah hilangnya dahan dan daun di satu sisi, dan di sisi yang lain kekal berdahan dan berdaun.
Biasanya di tempat beriklim sejuk bersalji dan mempunyai tiupan angin yang sangat kuat.
Bila ais membeku, tiupan angin yang kuat akan menerbangkan "serpihan" ais yang tajam dan laju. Ia memotong dahan dan daun di bagian pohon yang berhadapan langsung dengan tiupan angin.
Nota kaki: kalau salah, boleh update. Ini sefaham saya.
Habis sahaja jelajah di darat, ke kapal la kami semua. Sesi jelajah makanan diteruskan, yang dinantikan makan malam yang super grand..
In sya Allah jom kita usaha ALS forever dan bawa lebih ramai bersama. Nak?
Posted by sinar_islami at 9:00 PM 0 comments
Sunday, June 04, 2023
Road To Alaska : Sitka kami hadir
...Allah is alwayz with us...
Meredah samudera..🌊
Kenangan hari ketiga berlayar dan pertama kali mendarat dalam pelayaran ini.
04.06.2023 Ahad mengikut masa dan hari setempat di sini.
SITKA here we go.. Populasinya tak ramai. Pekan pelabuhan kecil, terkenal dengan perikanan, sentuhan bangunan Rusia dan budaya Tlingit
Kami memilih untuk jelajah Sitka National Historical Park yang kaya dengan Totem Trail, ukiran kayu penuh cerita & Alaska Raptor Centre yang menjaga burung mengalami kecederaan termasuk helang dan beberapa species terancam.
Syukur dapat juga la merai jiwa perempuan kan.. Alhamdulillah membeli belah di pekan.
Habis je jelajah di darat, ke kapal la kami semua. Sesi jelajah makanan diteruskan, yang dinantikan makan malam yang super grand..
In sya Allah jom kita usaha ALS forever dan bawa lebih ramai bersama. Nak?
Posted by sinar_islami at 9:00 PM 0 comments
Saturday, June 03, 2023
Road To Alaska : Berbaju Merah
...Allah is alwayz with us...
Meredah samudera..🌊
Kenangan hari kedua berlayar..
03.06.2023 Sabtu mengikut masa dan hari setempat di sini.
Aktiviti masih berlegar dalam kapal.
Waktu ni la baru ada masa jelajah kapal dan beli-belah sedikit.
Kami ada sesi bergambar bersama semua rakan Amway. Sempat juga masuk Royal Theatre dengar taklimat Shore Excursion.
Sesi jelajah makanan diteruskan, yang dinantikan makan malam yang super grand..
In sya Allah jom kita usaha ALS forever dan bawa lebih ramai bersama. Nak?
Alhamdulillah ketika inilah kita dapat kenal pasangan kita sekali lagi sambil tadabbur alam.
#ALSAlaska
#AmwayAlaska
Posted by sinar_islami at 9:00 PM 0 comments
Friday, June 02, 2023
Road To Alaska : Jom Naik Ovation of The Seas
...Allah is alwayz with us...
Meredah samudera..🌊
Kenangan hari pertama berlayar..
02.06.2023 Jumaat mengikut masa dan hari setempat di sini.
Subhanallah..
Besar sungguh kapalnya, tapi lebih besar dan luas lagi lautan Allah ini..
Udara yang dingin..
Namun dihangatkan dengan minuman dan makanan yang cukup istimewa.
Indah pula ditemani mereka yang positif dan berjaya dalam Amway..
In sya Allah jom kita usaha ALS forever dan bawa lebih ramai bersama. Nak?
Posted by sinar_islami at 9:00 PM 0 comments
Road to Alaska : Semoga Allah berkati bumi Seattle
...Allah is alwayz with us...
Sejuk kawan-kawan bumi Seattle ni. Tenang sahaja. Negerinya membangun, mewah juga tapi pokok-pokok menghijau.
TERATUR, BERSIH!
Berjumpa pula dengan kawan baru, memang melengkapkan lagi kembara ini. Berukhwah merentas negara. Di negara orang jugalah bertemu. Hebat sungguh anak muda Malaysia!
Posted by sinar_islami at 7:48 PM 0 comments
Road to Alaska : Terengganu - KLIA - Dubai
Assalamualaikum semua. Sekarang 2 Jun 4. 30 pagi di Seattle / 2 Jun 7.30 petang Malaysia
Semangat nak share dengan semua. Tak boleh tidur 😘
Alhamdulillah. Hampir rasa mustahil nak datang US sendiri.. Visa, urusan passport, hotel, tempat nak lawat semua perbelanjaan wow wow gitu..
Allah izin, Amway tanggung semua.
Dasyat sangat trip ni. Di layan itu ini. Dipimpin sana sini ☺️
Jadilah mudah dan tersangat jimat. Siap diberi duit poket. Dapat berjalan dengan suami.. Tambah maniskan lagi relationships! Rindu saat kami berdua berjuang menunaikan haji. Alhamdulillah.. Dapatlah kami bersama kembali, nourishing and refreshing our dream!
Alhamdulillah sampai juga di bumi Seattle. Dan terlaksana impian nak jelajah dunia selepas 5 tahun kisah hidup berkisar di negara tercinta.
Dream to Alaska ✅
Posted by sinar_islami at 7:46 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)