...Allah is alwayz with us...
Alhamdulilah.. Atas nikmat yang Allah kurniakan untuk 2023.
Tahun baru, hari baru.. Masa hadapan yang masih Rahsia.
Semoga Allah beri kesihatan dan berkati kami, ampunkan salah silap kami, mudahkan jalan mencari RedhaNya jua. Ameen.
Jazakallahu kheir kepada suami memberi izin ke sana sini, menemani kehidupan kami, anak-anak ketika saya di rumah, bekerja dan bersama sahabat baru dan lama.
Jazakumullahu kheir pada keluarga semua, Umi Lek, Abah Ibu, adik-beradik, Cik Dah, Nurul, Na dan yang lain juga kerana banyak membantu dan mewarnai kehidupan.
Jazakumullahu kheir pada semua sahabat, kenalan baru yang memberi sokongan.
Semoga kita semua berjaya dunia akhirat. Dan di himpunkan di syurga. Ameen.