BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 25, 2006

new journey+first day

...Allah is alwayz with us...

Hari terakhir sebelum bertolak rasanya memang sungguh menyedihkan.tapi Alhamdulillah ana tak la terlampau sebak,,lagipun ayah ngah dah pesan bakal dokktor ni kena tabah….jadi ana pun sahut cabaran ni walaupun hati sebenarnya sedikit terusik maklum la saat akhir..Namun air mata tak mengalir kerna ana mohon pada Allah agar tabahkan hati ni..bukan ego tapi ana tak mau pemergian ana ditangisi sedangkan ana pergi berjihad dijalan Allah…wallahu’alam….

Alhamdulillah sampai klia dlm kul 4 petang…on da way ,hujan memang lebat terutama kat puchong ++puchong menangisi pemergiaan ana kot++ tapi nak sampai klia cerah la pulak…kuasa Allah.…kat klia ramai dah rupanyer…sahibah2 ana yg nak mengantar banyak kali call suruh cepat sampai …hehe risau deme ni…jumpa la safiyah,ummu,dhabit n zainab.Musyakkirin awi kerna sudi dtg n beri buku untk ana jadikan bekaln kesinambungan fikrah disana….teringat pesanan murabbi mithali ana bahawa sebaik-baik bekalan adalah bekalan takwa….

++me & frenz++


Mmm..kat klia memang sesak la..bila dah check in da’ big luggage…Alhamdulillah baru rasa lega…dan tunggu hingga 5.30 untuk berkumpul dan masuk balai berlepas kul 6.15…time ni la ramai yg dah start nangis n muka pun dah merah…ana salam semua family yg dtg including tok ki,wan n pc & mc….syukran pada insan2 yg ana kasihi ini kerna sanggup dtg dari jauh…..Dlm kul 5.45 family ana balik..kiranya ana rasa first family yg balik awal..Then baca doa ramai2 dlm kul 6…Jpa bg masa 15 minit untuk jumpa family 4 the last moment..Mmm…tanpa buang masa disaat org lain still ngan family,meluah rasa n salam buat kali terakhir…ana pun decide untuk turun ke balai berlepas…hehe rupanya I’m da first girl turun…boys dah ada dah…Then ramai la yg turun…ramai jugak yg nampak sebak especially da gurlz..lumrah kaum hawa ni hatinya lembut…

++me & family++


Then sama-sama check in n naik train g kat terminal berlps…tunggu kat cna 4 a while then masuk flight…tempat duduk 34G…ok la…

kat terminal


Our journey will take abaut 9 hours….flight berlepas kul 7.35 ptg time ni egypt kul 2.35 ptg…Facilities dlm MAS boleh tahan…blh tgk movie n blh dgr music…ana prefer tgk movie…tapi ana tgk kartun jer..sebab yg lain tu tak sesuai..paham2 jer la…kang tak pasai2 dpt dosa kering…mmm dah la pi bumi anbia’ ni…memang nak kena proses hati…

Sampai kat mesir pukul 5.13 pg waktu Malaysia…kat cni kul 12.13 pg….Alhamdulillah ni la first time ana jejakkan kaki ana ini ke Mesir..penat pon tak hilang lagi..tapi time ni ana rasa macam tak layak untuk diri ana yg lemah ini ke bumi suci ini..kerna ana tau ana sapa..dan ana cepat betulkan niat ana yg tiba2 goyah ni…ana mohon kat Allah moga seiring dgn kakiku melangkah ke buminya ini bermulalah episode baru untuk ana menjadi hambaNya yg lebih tabah dan menimba ilmuNya sebaik mungkin dgn bertitik tolakkan wa’yul islami dan berjuang/berjihad kerna cinta hakikiNya bukan kerna yg lain dan ana teringat kata2 yg mengatakan


++harga diri individu bergantung pd apa yg dilakukan untuk perbaiki dirinya++…

Ana harap ana mampu menjadi muslimah yg teguh pendiriannya bila diuji dan sentiasa islah diri…teringat ana akan harapan ummi dan lek yg menggunung tinggi…tiba2 sedih rasa hati ni kerna ana tak boleh khabarkan ana dah selamat sampai…kerna ana tau mereka pasti risau….dan doa mereka la sentiasa mengiringi ana..apatah lagi msg yg lek bagi sampai tapi ana tak blh nak bls…. Maaf lek bukan along sengaja….time ni betul2 ana sebak..tapi cepat2 cover…

Mmm..Alhamdulillah syukur sgt dah sampai….cairo airport tak la sehebat klia..tapi masing2 ana kekurangan…terpegun jugak tgk org arab…mereka ni bangsa yg mulia…tapi syukur ana warga malaysia tapi ada la link skit2 ngan org arab ni..tapi tu tak penting yg pntg kita org Islam…mendukung ghayah yg sama…mmm,bila dah settle urusan kat balai ketibaan kami ambik beg…fuh memang berat…then tolak la ngan troli pegi ke bas….jauh jugak…senget ana tolak troli…geli hati pula…asyik nak ke tepi jer…Then bas bawa kami ke Malaysia Hall @ ARMA(asrama Malaysia abbasiyyah..kalau tak slh).InsyaAllah duduk cni utk 5 hari sementara tunggu umah sewa n kemasukan univ..


FIRST DAY

Sampai sana ada taklimat dan pembahagian bilik..Alhamdulillah ana dapat bilik 107..termakmul doa nk duk tgkt bwh sebab mmg badan dah tak larat….Then sahur dlm kul 3 lbh pg+++Haha jumpa jgk nasi…+++rasa mcm dok kat Malaysia lg+++ kemudian solat subuh kul 4.15 pg..sempat berbual dgn akak2 yg ada lps solat subuh….


Then rehat…ya Allah memang boring…just tgk keadaan sekeliling melalui tingkap..mmg lain la..tapi syukur sebab dpt timba pengalaman..bunyi hon kete kat cni memang sentiasa kedengaran..pukul 6 pg pon dah cerah mcm tgh hari..hehe..last last kita org ambik keputusan keluar tgk kawasan kat cni lps zohor…huhu tapi time ni duit tak tukar lagi..just tgk2…dan ana pon bawa hp jer…poket kosong…ronda2 tapi tak berani pegi jauh…haha nak melintas jln pon rasa semacam….keretanya pon menderu…so dapat la tgk rutin pak arab n mama arab kat cni…mmm kejap jer keluar..pastu balik..
sebenarnya lps asar kakak senior bawa gi round2.haha baru jauh skit…pi dlm group….dapat jugak membeli ‘asir tp guna duit kakak dulu….bleh la bukak posa ngan ‘asir tu…fuh pekat sungguh…lain kali nak beli calcader ngan tamaru hindi plk….


Paling bestnyer Allah izin ana dpt tunaikan solat tarawih kat surau bedekatan…merasa la tarawih pak arab ni…tarannum bacaan memang lain…n mcm2 cara solat org arab ni…walaupun lapan rakaat jer..masa lama jugak…rasanya habis satu juzuk..satu rakaat satu makrak…mmm pglmn yg tak de kat mlysia ni…n bila dlm saff rasanya budak Malaysia kecik jer kalau nak compare ngan depa…Then balik bilik u tido…waktu nak terlelap kakak fc dtg nak bagi duit yg dah ditukar kpd ginnih…aper lg hilang kejap rasa ngantuk….syukur bleh la nak berbelanja esk…banyak plk rasanyer….hehe apalagi dpt la tido dgn amannya n gembiranya…

0 comments: