BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 07, 2007

wahai diri apakah engkau mengerti??

Wahai diri apakah engkau mengerti…??
sinar_islami~cairo uni……

Dalam meniti arus kehidupan hari ini yang amat meruncingkan di mana kebathilan di sanjung manakala kebenaran di putar belikkan sehingga umat Islam dipermainkan maka kita sebagai seorang muslim perlu menyedari peranan kita dalam fenomena ini kerana kita bukan diciptakan hanya dengan sia-sia..dan bukanlah hidupnya kita hanya untuk mengejar kecemerlangan di dunia tetapi kecemerlangan di akhirat yang patut kita kejari. Oleh yang demikian sbg seorang muslim, kita tak dapat lari untuk melengkapkan dirinya dengan keperibadiaan Islam kerana kebenaran memerlukan kekuatan.Hanya dengan kekuatanlah yang dapat menghapuskan ranjau di perjalanan. Sesungguhnya dunia Islam masa kini ketandusan peribadi muslim yang berani menegakkan kebenaran dan kesucian Islam itu sendiri.Kalau bukan generasi kini siapa lagi??Kalau bukan sekarang bila lagi ?? Kalau bukan di sini di mana lagi??

Sebagai seorang muslim kita kena izzah dengan kehidupan yang telah sarankan oleh Khalik Yang Maha Penyayang. Sekalipun Umat Islam kini dihina dan ditindas, kita kena yakin bahawa hanya sanya Allah Yang Maha Berkuasa…Tanpa keizinanNya tiada apa yang boleh menggugatkan kebenaran yang di bawa oleh Islam…Justeru jauhi keraguan kerana ia hanya akan melemahkan kita untuk menjadi muslim yang kamil walaupun manusia itu pasti ada kelemahan tapi yakinilah bahawa Allah bersama-sama dengan orang beriman dan Allah mengangkat darjat mereka ini .

“Janganlah kamu merasa hina dan janganlah kamu bersedih hati ,kerana sesungguhnya kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya)jika kamu orang-orang yang beriman”
(Ali Imran : 139)

Kehormatan adalah harta yang sangat mahal, kerana ianya hanya dimiliki oleh mereka yang hidup secara terhormat.Orang yang beriman dengan sebenar-benarnya adalah manusia yang terhormat kerana ia hanya meletakkan hidupanya dan hanya menuruti kehendak Dzat yang Maha Terhormat iaitu Allah swt.Sebaliknya manusia yang memperhambakan dirinya kepada hawa nafsu ,maka dia akan terhina dan dihinakan. Kekadang manusia tidak menyedari bahawa kehinaan yang mereka alami datangnya dari diri mereka sendiri. Manusia sering terlupa ancaman dalaman yang paling hampir iaitu nafsu yang sentiasa ingin merajai tubuh.

Hanya sanya orang yang mengerti nilai kehormatan diri dan tahu menghormati adalah mereka yang terhormat.Manusia yang nuraninya telah dikuasai nafsu dan pemikirannya telah terformat oleh nilai-nilai kesesatan,tidak akan boleh menghormati dan menyanjungi mereka yang sepatutnya di hormati.Malah realitinya banyak manusia terkutuk yang disanjung tinggi sebaliknya golongan ulamak dianggap extreme dan dilabelkan hanya kerna kita tertipu dengan propaganda musuh sendiri.Malah perlakuan maksiat yang berlaku dianggap biasa tetapi agenda yang membina kekuatan hati dianggap asing sekali.Begitu pelik sekali dunia ini….

Namun demikian , manusia sebenarnya memiliki fitrah yang tidak boleh diselindungkan.Inilah yang disebut sebagai hati nurani.Allah yang menciptakan hati…dan hati itu sendiri yang berhajatkan kepada kebaikan.Lihat saja pada episode kehidupan yang lalu…di mana peranan hati menentukan segala-galanya…Abu Jahal dan Abu Lahab pernah menjadi manusia terhormat pada masa kejayaannya.Namun kekufuran dan permusuhannya pada Rasulullah hanya menuai laknat.Sebaliknya, Bilal pernah dihina dan disiksa,manakala fitrah hati telah membuka hati Umar alKhattab untuk memeluk Islam , namun nama mereka akan terus disebut-sebut hingga hari kiamat. Lain pula ceritanya dengan golongan dictator yang zalim yang cemerlang hidupnya dengan memusuhi golongan yang membawa kebenaran, namun kecemerlangaan mereka bersifat sementara dan yang abadi adalah kutukan dari manusia sendiri. Demikianla, nama baik tidak akan pernah hilang dan kehidupan yang baik pasti dimiliki oleh mereka yang beriman dan beramal saleh.

Hati yang beriman adalah hati yang sentiasa mencintai Allah hinggakan yang lain tidak menjadi perhatian. Cinta padaNya akan melahirkan kedamaian dan ketenteraman

“Ingatlah Hanya sanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram”
(Ar-Ra’d : 28)

Cinta padanya juga melahirkan kerelaan dan kepasrahan untuk menanggung risiko.dan kerna cinta juga akan lahir kesanggupan untuk berkorban.dengan cinta semua cubaan terasa ringan.Oleh itu orang yang mencintai Allah selalu berusaha untuk dekat kepadaNya dengan memperbanyakkan ibadah dan sentiasa redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan sekalipun ketentuan yang perlu ditempuhi amat pedih sekali….Apakah kita mengerti bahawa hanya kepada Allah sahaja tempat kita bergantung dan tempat penyelesaian…??Ramai yang menyedari hakikat ini tapi kurang pengamatannya. Moga kehadiran di perantauan ini memberi lembaran baru untuk kita sama2 merasai muraqabatullAllah.

Jadi kita tak perlu gentar kerna kita ada Allah….Hanya Dialah yang memahami kesulitan dan apa yang terdetik dihati.Rasulullah juga turut menggagumi dan memuji sikap orang mukmin,kerana semua sikap yang lahir darinya adalah yang terpuji,baik ketika mendapat musibah mahupun ketika di awanan kebahagian.

“ Sungguh menabjubkan urusan orang mukmin. Sesungguhnya semua urusan lahir darinya adalah baik-baik belaka dan itu tidak terjadi kecuali pada orang mukmin.Jika dia ditimpa musibah, maka dia bersabar.Kesabaran membuatkan dirinya baik, sedangkan jika ia menerima kebahagian, maka dia bersyukur. Kesyukuran membuatkan dirinya baik.Itu semua hanya terjadi pada orang mukmin.”
(HR Muslim)
Malah dari kesabaran tu lah akan lahirnya kemanisan hidup....dunia ni penjara bagi org mukmin wa jannatul kafir...

Sahabat yang dirahmati Allah sekalian, pulanglah dan renungilah peringatan Allah dalam surah at-taghabun( hari dipamerkan segala kesilapan). al-taghaabun.....hari
segala amal perbutan kita dipamerkan, walaupun sebesar zarrah. dalam surah Al-Qalam, Allah menceritakan pula kepada kita bagaimana keadaan
golongan kanan dan golongan kiri di akhirat. bergetarlah setiap jiwa yang
beriman....

Buat saudara dan saudari seperjuangan, hidup ini hanyalah perjalanan yang terlalu sebentar.. walau apa yang kita kejar, kita tetap kembali pada Ilah yang sama...oleh itu sebetulnya matlamat semua kita sama, yakni mardhatillah. mungkin ada di antara kita yang bakal pergi di awal usia...siapa tahu….. Bersedialah menghadapi akhiratmu dengan hati yang sangat takutkan azabNya.

Sedarlah wahai diri….kita terlalu semantara di sini. sebagaimana yang sedia maklum dunia ini sementara akhirat jua yg kekal selamanya. Perhatikanlah hak-hak Allah, kerana kalian adalah milikNya.Kejarlah dunia untuk mendapatkan akhiratmu. Dunia ibarat ladang akhirat jua tempat kita merasai hasilnya.Jangan lupa Allah sentiasa di sisi. Ingatlah diri, Allah matlamat kita, tempat kembalinya kita, kepadaNya jualah kita mengharap.

Mungkin dengan keizinanNya jua,pengembaraan dalam menuntut ilmu di bumi anbiyak ini menjadi wasilah untuk kita mengenali Islam dengan lebih syumul dan menggali 1001 ilmu di ardhu kinanah ini…Sama-samalah memperbaharui syahadah dan sentiasa muhasabah diri kerna ini antara kunci untuk mengislah diri. Setiapa hamba Allah seharusnya berlumba-lumba untuk meraih maiyatullah,kerana pada kebersamaan Allah itulah adalah pintu utama untuk meraih nikmat di dunia dan di akhirat. Tanpa rahmat dariNYa siapalah kita untuk melangkah kaki yang penuh dengan noda ini ke pintu syurga. Moga di mana bumi dipijak moga di situ kalimah tauhid akan tertegak… maaf andai kalam ana merumitkn kalian...Wallahu’alam

~ASLEH NAFSAKA WAD'U QAIRAK~
Rujukan:Iman & Mahabbatullah

0 comments: