Mufsidat Al-Qalb
(Perosak-perosak hati)
Siri Pertama
Petikan dari :Madaarij As-Saalikin
Tulisan:Ibnu Qayyim Al-Jauziah
Ketahuilah bahawa hati kita ini sedang berjalan menuju kepada Allah s.w.t, (juga berjalan )ke kampung akhirat dan hati kita juga dapat melihat kebahagiaan akhirat melalui jalan yang haq(sekiranya betul-betul terdidik) dan menurut dr.Abdul Qadir Audah(r.m),”Perjalanan kita ini adalah perjalanan hati…”
Sesungguhnya di sana tiada kenikmatan atau kelazatan dan kesempurnaan(bagi hati) melainkan sesudah kita mengenal Allah swt(ma’rifatullah) dan kita kasih kepada-Nya dan rasa tenang dan lapang (tama’ninah)dengan mengingati-Nya(zikrullah),kesukaan kita (farah)bila mendampingi-Nya, dan keinginan yang bersangatan(syauq) untuk bertemu muka dengan-Nya.Inilah yang disifatkan sebagai Syurga Allah semasa kita hidup di dunia, sebagai syurga yang dekat.
Begitu juga,tidak ada kenikmatan atau kelazatan(bagi hati)melainkan apabila kita berada di sisi Allah s.w.t dalam Syurga-Nya.
Jika hatinya tiada rasa kelazatan setelah mengenal Allah swt, tidak tenang dan lapang bila berzikir mengingati-Nya,tidak suka bila mendampingi Allah, maka tipislah harapannya untuk bertemu Allah atau untuk mengecapi nikmat kampung Akhirat, kerana dia tidak mengecapi nikmat-nikmat ini di dunia.
Berkata Syekhul Islam Ibn Taimiyah(r.m)
"Sesungguhnya di dunia ini ada syurga.Siapa yang tidak masuk ke dalamnya(semasa hidup di dunia),tidak akan masuk dia ke Syurga akhirat.”
Syurga yang di maksudkan oleh Ibn Taimiyah ialah:
Ma’rifatullah(kenal Allah)
Mahabatillah (kasih,cintakan Allah)
Tama’ninah(tenang) bila berzikir.
Hati rasa suka bila mendampingi Allah swt
Rasa syauq(cinta bersangatan) untuk bertemu Allah
Berkata ulama’-ulama’ yang terkemudian:
“Aduhai malangnya atau kasihannya ahli dunia!Mereka meninggalkan dunia ini tanpa merasai kenikmatan(hidup di dunia).Lalu ditanyakan:’Apakah yang lebih rasa nikmat semasa hidup di dunia?’Katanya,”Mahabatillah(cintakan Allah), hati kita jinak mengingati Allah, dan rasa syauq(cinta yang bersangatan)untuk bertemu denganNya,dan kita sentiasa menyahut panggilannya,dan menjauhi selain daripadaNya”
Setiap orang yang hidup hatinya,mereka akan sentiasa menyaksikan hal yang ini dan mereka akan mengetahui dari rasaa-rasa hati mereka.
Disini ana 5 perkara yang boleh merosakkan hati kita,(yang boleh menjadi hijab/pendinding antara hati kita dengan Allah swt),yang boleh merencatkan perjalanan hati kita menuju kepada Allah dan mendatangkan penyakit kepada hati kita sekiranya tidak segera diubati.
Perosak Yang Pertama
(mufsid al-awwal)
(Banyak Bercampur atau bergaul)
Percampuran atau pergaulan yang di maksudkan di sini ialah dalam bentuk keduniaan seperti berkasih saying yang bermatlamatkan duniawi(mawaddah fiddunia),yang mana kasih saying seperti ini akan bertukar kepada permusuhan dan dia akan mengigit jarinya lantaran menyesal sebagaimana firman Allah swt:
“Dan ingatlah hari ketika itu orang yang zalim mengigit dua tangan jarinya seraya berkata”Aduhai kiranya aku(dulu) aku mengambil jalan bersama rasul. Kecelakaan besarlah bagiku,kiranya aku(dulu)tidak menjadikan si fulan itu teman akrabku.Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Quran ketika Al-Quran itu telah datang kepadaku.Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia”
(Al-Furqan:27-29)
Tetapi sekiranya kasih sayang itu dibina di atas dasar keimanan maka hasilnya tidaklah demikian. Yang sebenarnya pergaulan atau percampuran yang memberi manfaat ialah kita bergaul dengan manusia dalam perkara-perkara khair.Yang harus(mubah)pun kalau berlebihan(fudhul)juga seelok-eloknya ditinggalkan kerana ia membawa kepada pembaziran.
Sekiranya dalam keadaan terdesak kita tercampak ke dalam keadaaan adanya kejahatan yang kita sendiri tidak dapat elakkan,hendaklah kita awas atau menjaga supaya hati kita tidak meredhai perbuatan mereka.Hendaklah kita sabar dengan cacian mereka.kernana kita akan mendapat kemulian dari Allah kerana menegakkan kalimatul Haq.
Sekiranya dalam keadaan terdesak yang mana terdapat perlakuan berlebihan dalam perkara-perkara yang harus.Kalau kita mampu hendaklah diubah suasana itu kepada suasana yang taat kepada Allah dan hati kita juga diperkuat untuk taat kpd Allah.
Inilah yang diperlukan dalam realiti hari ini iaitu hakikat Uzlah syu’uriyah Tammah(pemisahan jiwa secara total)akibat Islam sendiri kian dagang supaya kita dpt menjaga batas-batas syarak.
Perosak kedua
(mufsidat ath-thani)
Ruku Buhu Bahr at-tamani
(Berlayar di lautan yang tidak bertepi*berangan-angan)
Lautan(angan-angan) ini hanya dilayari oleh orang-orang yang bankrap atau papa di alam ini.Manakala isi perahu mereka ini ialah janji-janji syaitan dan khayalan-khayalan yang mustahil.Oleh itu arus atau ombak angan –angan yang dusta dan batil itu sentiasa menghembusi orang yang belayar itu.
Bagi orang yang berhemah tinggi cita-citanya sentiasa berlegar di sekitar ilmu dan iman serta amalan-amalan yang mendekatkan dirinya kepda sisi Allah swt.Cita-citanya adalah nur,iman dan hikmah.Tetapi angan-angan orang yang bankrap itu cuma tipu daya dan dihiasi janji dan khayalan syaitan.
0 comments:
Post a Comment