BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 30, 2007

Suntikan Iman


Suntikan Iman
Sinar islami::7.00pm



Diri perlu sentiasa dimotivasikan,andai tidak dilakukan mungkin tanpa disedari kita kian lemah.Amatlah rugi andai kita tidak menyedari perubahan diri ini kerana agak payah utk disembuhkan andai gejala lemah semangat atau sifat malas bermaharalela atau… bagi daie sifat futur merajai maka akan lumpuhlah gerak kerjanya selama ini. Ya Allah Mohon padaMu agar dijauhi..Na’uzubillah..

Sebenarnya motivasi diri banyak dijalankan dalam diri kita sendiri.Jika kita sentiasa mendengar tazkirah dan kata-kata semangat namun tidak digestkan oleh diri kita masakan akan termotivasi malah menjadi ‘motibasi’..ibaratnya hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri..

Maklumlah cabaran utama ialah NaFsu sendiri..jika tak dijaga ia akan marak dan menguasai iman..ImaN harus memandu & menguasai nafsu bukan dikuasai…maka sibukkanlah diri dengan amal.Bunuhlah masa lapangmu dengan pisau kesibukan.Barulah tiada kesempatan untuk menjebakkan diri dengan lembah kealpaan dan kelalaian.

Macam mana agaknya nak tingkatkan potensi diri? Di sini terdapat 3 peringkat yang boleh dikongsi:

1. Buat yang wajib dan tinggalkan yang haram::
2. Buat yang sunat dan tinggalkan yang makruh::
3. Tinggalkan yang syubhah

Nampak macam sukarkan namun belum cuba belum tahu…yang penting biar sikit yang diamalkan tapi biar istiqamah.InsyaAllah amal itu akan diberkati dan lebih banyak ruang yang akan diberi oleh Allah swt untuk beramal.Ikrarkan dalam hati untuk jadi insane yang bersyukur.Untungnya jadi orang yang beriman ini kerna seperti dalam firmanNya
“Hai orang-orang yang beriman(kepada para rasul),bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada rasul-Nya,nescaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bahagian dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu.Dan Allah Maha Pengampun dan Penyayang.”


(Al-Hadid:28)

Walaupun susah dan sukar untuk istiqamah menjadi insan yang sentiasa mengiklaskan dirinya dan sentiasa melibatkan dirinya dengan kebenaran serta sentiasa menjauhi maksiat,namun ingatlah sejauh mana berat sekalipun, Allah sentiasa disisi. Jangan mudah lemah~Sama-sama kuatkan diri.FirmanNya:“Hai orang-orang yang beriman,mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solah;sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”

(Al-Baqarah:153)

Akhir kalam,sama-sama kita tingkatkan diri kerana setiap amal dan perjalanan hidup yang kita habiskan akan diminta dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.Moga Allah menjaga imanku dan iman kalian.Suntiklah imanmu sentiasa agar kian segar dari semasa ke semasa.

0 comments: