BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 09, 2010

Perantau akhir zaman

Beberapa hari ini Sinar kerap membuka fail yang tersimpan pelbagai khazanah peribadi. Sebuah coretan daripada seorang teman mengubat rindu lama dan masih segar sebagai peringatan buat diri yang selalu leka.



Duhai temanku Perantau Akhir Zaman
Didiklah dirimu menjadi Muslimah Ideal
Kerana keIDEALan itu adalah
kekuatan dan kemenangan...
Apabila Islam dan Allah di hina
Apakah yang akan kita lakukan?
Tugas kita adalah berJUANG
Bangkitlah!
Membina peribadi Mukminah Muslehah
Kibarkan jihad di jalan-Nya
Bangkitlah!
Jangan dikau ragu
Ingatlah...Syurga Allah menantimu
Bukan usahamu yang tidak membuah hasil itu sia-sia
Cuma...Kemenangan yang lewat tiba.

Rindu, sedih. Itulah perasaan Sinar. Ringkas tapi mendalam maknanya bagi Sinar. Betapa besarnya harapan keluarga dan teman. Apatah lagi semua ini untuk Islam. Apabila bergelar perantau inilah, diri benar-benar merasai pergantungan pada-Nya. Belajar erti berdikari. Belajar memaknai erti rindu. Belajar menghargai erti sayang. Untung sebenarnya bergelar perantau.

Buat mereka yang baru bergelar perantau, Sinar ucapkan selamat mengharungi liku-liku kehidupan dengan penuh kerendahan hati dan ketinggian budi. Sematkan dalam diri bahawa Allah pasti menjanjikan sesuatu yang terbaik untuk jiwa ini. Sabar dan Redha itulah kunci kejayaan seorang perantau. Moga Allah rahmati kalian.

Ya Allah permudahkan jalan kami. Berkatilah kembara hambamu ini.

11 comments:

soliloquy said...

ameen... :)
dah lama tak tinggal jejak kat blog ni sbb tenet yg sgt sopan ;)

sinar_islami said...

me to sas:

sesopan sas kot (^_^)
Moga Dia berkati kamu sllu...

haway mutasawwil said...

faris tak rase idup sbg perantau seperti kak lagi.erm.xpe allah bagi yang terbaek utk hambaNya

Atiqah said...

merantau di bumi sndr pun ada cbrnnya sha...tp semua tu mengajar kte utk lht dunia ni dgn lbh luas..utk kita fkr apakah tggjwb kte strusnya slps bljr nnt..

bru blk dr taski..terkesan dgn sesuatu apabila bljr memahami ltr blkg knk2..

sinar_islami said...

me to haway mutasawwil:

hidup ni kan sebenarnya adalah kembara..
so kita ni secara tak langsung adalah pengembara @ perantau :)

me to Atiqah:

Betul...as long kita hidup, kat mana2 pun kita sebenarnya perantau..
Yang bezanya cabaran kita di tempat tersebut :)
Apa yang anti terkesan tu, tak mau share?

saza s said...

perantau ...dalam maksudnya
semoga Allah mempermudahkan jalan kita

kak sinar sudah menghampiri tahun akhir,ana masih jauh lagi perjalanan

mohon doanya

Atiqah said...

de dlm blog ana..

sinar_islami said...

me to saza s:

:) ana rasa anta mampu jdi perantau yg thabat...
Ana doakan sentiasa apath lgi Islam amat2 memerlukn shabab yang sedar tggjwbnya sbg khalifatulardh...
Doakan ana jga, dh thun akhir trasa makin brt cabarnnya...

Me to atiqah:

alhamdlh dh menjenguk blg anti smlm :)

Anonymous said...

ye. perantau :)
jemput merantau ke iskandariah lagi :)

sinar_islami said...

me to NIA:

Mesti...(^_^) tunggu akak ye..
tak sabar nak bermanja dengan adik2 yang cumel lgi solehah..

hood@sunny said...

nk pigi2.. huhu

rindu pada sahibah kita tu.. ana gantung kertas handmade dia tu..

bru td simpan dlm kotak..