Assalamualaikum wbt. Apa khabar iman kalian hari ini? Ada doakan kesejahteraan keluarga dan sahabat-sahabat tak? Kalau belum, berhenti beberapa saat untuk mendoakan mereka....
Alhamdulillah selesai target Sinar pagi ini. Usai subuh tidak tumbang dan terus belajar.
Mahu berkongsi di blog untuk berehat sebentar. Mahu bermonolog dengan blog sendiri. (^_^).
Hidup ini penuh dengan cabaran, betul tak? Pada pengamatan Sinar tak terhitung rasanya.
Sekarang, kami pelajar di Mesir sedang menghadapi musim peperiksaan dan musim panas. Cabaran sungguh untuk mengekalkan konsentrasi dalam belajar. Adakalanya mengantuk, ada ketika dahaga dan lapar. Senang kata tidak senang duduk. Lucu pula apabila fikirkan. Itu baru satu cabaran.
Namun dengan cabaran yang pelbagai itulah mampu menguji sejauh mana kita mampu menghadapi dunia dengan penuh kesabaran. Perlu ada kekuatan rohani, akal dan jasmani. Suka saya berkongsi beberapa hal hari ini berdasarkan tajuk entri. (^_^)
Pertama : Hargailah kehidupan kerana Dia memilih kita.
Percaya tidak, kita ini terpilih?
Terasa hebat pula bunyinya... Ermm...
Sinar suka menyinggah blog Lessons Of The Day untuk mencari suntikan rohani. Akhirnya kata-kata ini menjentik jiwa Sinar.
Never think hard about past, it brings tears.
Don't think more about future, it brings fears
Live this moment with a smile, it brings cheer...
Tersentuh dan di situ ada terapi untuk meneruskan kehidupan. Apa yang difahami daripada kata-kata ini adalah keperluan kita bersederhana dalam memandang sesuatu isu atau peristiwa. Bukan bermakna kita tidak boleh mengambil pengajaran di atas apa yang telah berlaku dan keperluan merancang masa hadapan. Sebagai Muslim kita perlu muhasabah dan merancang. Itu dituntut oleh Islam tetapi bersederhanalah dan bertawakallah.
Kata-kata di atas saya kongsikan bersama rakan-rakan di Fb terutama junior tahun 4 yang bakal menghadapi peperiksaan akhir tahun hari ini. Itulah kita, manusia. Berkali-kali diuji, ada keluh kesahnya. Hatta sudah berkali-kali menduduki peperiksaan masih jua gementar. Sinar gelak sendiri bila mendengar dan mengeluar penyataan itu beberapa kali. Bahkan Sinar juga masih gementar dan tidak senang duduk ketika menghadapi peperiksaan. Itu baru 'academic evaluation' belum lagi ' Allah's evaluation'. Macam manalah agaknya kita nanti. Apapun doakan Sinar ya.
Yeap, dan terdetik juga rasa beruntung dan bersyukur Allah masih memilih kita untuk diuji. Hatta kita sebenarnya dipilih oleh Allah untuk dipersiapkan menjadi seorang guru, doktor, penguam, jurutera, suri rumah, ibubapa dan pelbagai posisi di masa hadapan. Masing-masing ada bahagiannya. Maka, kita berkewajipan untuk memanfaatkan usia kita.
Sungguh! Kita terpilih dalam segala hal.
Kedua : Seawal kita memang terpilih untuk dilahirkan di dunia ini...
Jom tonton video di bawah.
Subhanallah. Alunan ayat Al-Quran ini mendamaikan. Bukan mudah melalui fasa-fasa pembentukan manusia. Ada yang dilahirkan hidup dan sempurna, ada yang hidup tapi kurang upaya, ada yang mati tapi sempurna sifatnya dan ada pula yang gugur sebelum masa tiba. Ayuh panjatkan pujian kerana memilih kita untuk dilahirkan ke dunia walaupun wujud kekurangan dan kelemahan. Ayuh memohon ampun kerana mungkin ada waktu kita lupakan Allah selaku Pencipta kita.
Kepada pelajar perubatan atau yang ingin tahu dari sudut ilmiah bolehlah layari video ini.
Rasa terhibur pula mengulangkaji subjek Obstetrik dan Ginekologi pagi ini. Alhamdulillah dibuka beberapa dimensi untuk lebih memahami ilmu Allah. Bukan sekadar ilmiah sahaja tapi membentuk sebuah keyakinan seorang hamba Allah.
Subhanallah sungguh Allah itu Maha Besar. Membaca tajuk ' 'Infertility' yang berlaku di kalangan manusia secara amnya menyedarkan hakikat yang Allah itu yang Maha Memilih. Dia memilih ibubapa kepada anak-anak dan begitulah sebaliknya.
Bertemankan pensel warna kesayangan. Sungguh berjasa hingga 'kontot' saya kerjakan.
Ayuh baca Infertility.
~Ya Allah izinkan hambamu ingat maklumat mengenainya~
Di dunia ini wujud pasangan yang mengalami masalah untuk melahirkan anak atas beberapa faktor tertentu samada masalah di pihak suami atau isteri tetapi kajian sains juga menemui jalan buntu hingga wujudnya 'unexplained infertility' iaitu kegagalan mendapatkan anak tanpa sebab yang diketahui.
Namun, manusia tidak putus asa. Kajian dan rawatan diteruskan. Ada yang boleh dirawati dengan pengambilan ubat dan pembedahan.
Bahkan kini dengan meluas dilakukan permanian berhadas (Intrauterine insemination - IUI - تلقيح الصناعي), bayi tabung uji (invitro fertilization - IVF - طفل الأنابيب) dan pelbagai kaedah yang lain. Apa yang menariknya usaha ini juga tidak menjamin keberhasilan 100% hanya sekitar 25-40% sahaja bergantung kepada umur pesakit, kualiti benih, keadaan rahim dan sebagainya.
Itu bukti bahawasanya manusia berusaha tapi Allah juga memilih. Takkan ada yang mampu mengatasi keupayaan-Nya. Allahu akbar...
Mahu penerangan mengenai pandangn fiqh permanian berhadas sila layari blog ini. InsyaAllah bermanfaat. (^_^) Sinar pula tidaklah berhajat mahu mengupas lebih mendalam dari sudut perubatan. Mahu ramai yang pening nanti. Cukup sekadar itu. Mengambil yang tersirat dari yang tersurat.
Moga kita menghargai kewujudan diri kita dan menggunakan kelebihan yang ada untuk membantu yang mereka yang dalam kesusahan.
Sungguh anda terpilih menjadi diri anda tetapi anda juga mempunyai pilihan untuk menjadi manusia yang bagaimana.
Allah itu adil bukan? Dia memberi kita pilihan. :) Namun hati-hatilah. Kelak akan ada Hari Perhitungan.
Doakan Sinar ya. Moga dapat membentuk diri menjadi manusia berguna dan doakan juga dapat menjawab dengan baik dalam peperiksaan nanti. :) Maafkan Sinar kalau ada salah bicara dalam entri ini dan pengolahan ayat yang mungkin agak berterabur. Kekok menulis semenjak dua menjak ini. Pakar-pakar bahasa, maafkan saya. Huhu.
Selamat berjuang semua!
4 comments:
selamat study dan bit taufiq wan najah fi imtihan..doakan kami juga kak sha...^__~
Asma ke ni :) ops... Tak sengaja. Nama semua lebih kurang. InsyaAllah saling mendoakan. Doakan akak juga ya ^_<
Salam Sha...
Moga sha berada di dalam keadaan sihat, serta sentiasa di dalam pelihara, rahmat serta redha Allah..selamat menduduki final exam sha...moga Allah mudahkan segala urusan, moga Allah beri sha yang terbaik...akak doakan yang terbaik buat sha dan semua sahabat2 di Mesir...rindu pula pada bumi Mesir tu...rindu ramadhan di Mesir juga...jaga diri baik2 ye sha...
ps: Afwan dah lama tak tanya khabar sha...tapi akak rajin juga singgah di blog sha ni...doakan akak ye sha...cabaran di Malaysia sangat besar...moga Allah mudahkan urusan dunia dan akhirat kita semua...ameen
Salam sayang dr Malaysia:
-Kak Faiza-
me to Kak Faiza :
salam rindu buat akak.. Wah lama sungguh sha tak dengar khabar. Macam mana kat Malaysia. Keje ok?
Doakan sha selalu tau, nak juga habis belajar on time. Nak contribute to Islam and nation. Walaupun pasti mencabar tp at least marhalah tu ajar kita utk lebih matangkan ^_< Tu pun it will be 1 and half years more to achieve the dreams :) really need your du'a.
Moga Allah permudahkan urusan akak. Ditambah keimanan dan diteguhkan keyakinan dlm hdpi seribu satu cbrn di tnh air. Sha yakin akak blh :)
Post a Comment