BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 08, 2011

Cerita bergambar Aidilfitri 1432H

Assalamualaikum wbt. Salam aidilfitri buat semua dan maaf zahir batin. Apa khabar iman kita hari ni?

Sudah berlalu 1 Syawal dan sekarang sudah pun 10 Syawal. (^_^) Semoga amalan kebaikan dapat kita teruskan di bulan ini. Ziarah-menziarahi, Puasa 6 dan pelbagai ibadah lain.

Peristiwa yang berlalu hanya dapat dikenang, tidak akan sesekali berlaku lagi. Hanya gambar dapat menceritakan sedikit sebanyak peristiwa lalu. Tersenyum melihat gambar ketika menyambut Syawal. Pelbagai telatah dan karenah. Melihat gambar pasti mengundang rindu apatah lagi gambar di pagi Syawal takkan sama pada setiap tahun walaupun lokasinya mungkin sama. :). Sudah pasti 1 Syawal juga ada kenangan manisnya sendiri. Moga Allah terus membimbing hati ini. Alhamdulillah, tahun ini 1 syawal di sambut di Besut, Terengganu kemudian di Arau, Perlis.

Biarlah gambar bercerita. Moga Allah berkati Sinar sekeluarga dan kalian juga.

Pagi raya tak lengkap tanpa Solat Hari Raya.
Bergegas kami dibuatnya (^_^)
"Cepat! Cepat!" Ajak Lek penuh semangat.


dan di pagi inilah kenalan bertemu semula.
Berbunga hati melihat kemesraan di pagi Syawal.
Indahnya Islam (^_^)


Di masjid inilah kami bertakbir mengingati Yang Esa.


Alhamdulillah. Selesai sudah Solat Hari Raya...


Masing-masing tidak sabar pulang ingin beramah-mesra bersama sanak-saudara.


Semestinya sebaik sahaja pulang, sesi bermaafan dan bergambar bermula.
Sungguh terasa jari yang dikucup dan kemaafan yang dipinta menenangkan jiwa.


Bersama bonda dan ayahanda sememangnya menceriakan pagi raya.


Wan dan Tok Ki insan penting dalam keluarga besarku.
Moga Allah berkati mereka sentiasa.


Di sini jugalah kemesraan diraih. Adik kakak bersuapan. Tanda kasih tidak pernah putus.


Yang jauh turut meraikan bersama melepas rindu dan bergembira.

Kesibukan, keceriaan dan keenakan jelas terpancar di pagi raya


Merekalah tulang belakang dalam setiap keraian dalam keluarga. (^_^)


Dan kami selaku orang muda sentiasa menceriakan suasana.
Adik-beradik dan sepupulah saudara sepermainan dan teman cerita.
" Sudah besar rupanya Wafi," Kataku pada insan yang pernah kucubit pipinya.


Kami bergembira walaupun suka dan duka itu tetap silih berganti.

Sungguhlah hari raya punya pelbagai ceritanya sendiri :)

Gambar sahaja tidak mampu mengambarkan segalanya. Namun bersyukur kerana diberi peluang bersama keluarga tercinta kerana saya rasa bahagia. Moga kemaafan yang kita pinta benar benar mengeratkan silaturahim sesama kita.

Memaknakan setiap kebaikan dengan sebenar-benarnya adalah ibadah. (^_^) Selamat menghidupkan Syawal dengan bekalan di bulan Ramadhan yang mulia.

6 comments:

Fatin Nazmin Mansor said...

Salam,

Salam Aidilfitri Sha, moga amalan kita diterima Allah...

Rindu sangat...

Insya Allah sempat jumpa sebelum akak balik Malaysia.

sinar_islami said...

Salam aidilfitri Kak Fatin :) Rinduuu...

InsyaAllah nanti kita jumpa ya. Kuliah sha start lambat 1 Oct, nak extend tiket mahal sangat. InsyaAllah 17 sept sampai Mesir. So boleh la sha round mesir. Hehe.

mamawana said...

Assalam,

Bahagianya.. raya nan indah bersama keluarga.

sinar_islami said...

me to mamawana :

Salam Aidilfitri mamawana. Alhamdulillah. Ceria dengan pelbagai warna di hari raya :)

ummi_khalish said...

assalamualaikum..sinar...
salam ukhuwah dari k.dil di bumi anbiya' juga..kuliah di mana ye?akk x sempat baca abis lagi blog ni...baru mengikuti..seronok tengok gambar raya ni...kami hanya beraya di rantauan...selamat kembali ke bumi mesir...

sinar_islami said...

Salam ukhwah juga buat akak :)
Ana kuliah perubatan Cairo Univ. Akak pula? Segan pula ana dibuatnya. Mohon teguran kalau ada kesilapan. InsyaAllah kak, raya kat mana2 ada kemanisan :) yang penting kembali kepada fitrah :)