Putaran waktu tanpa henti, maka persaksikanlah...
Merindui 15 Jamadilawal 1432H
Anjakan usia di bulan Hijri,
Nah, sekarang pula Masihi.
Nah, sekarang pula Masihi.
24 tahun sebagai hamba Allah dan anak Ummi Lek
Segala puji bagi Allah yang mencipta diri dengan sifatNya Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Saya pantas tersenyum kerana diberi peluang berjumpa hari ini iaitu 5 Januari 2012 suatu tarikh yang tidak akan pernah sama sekali berulang lagi.
Genaplah sudah 24 tahun usia yang Allah pinjamkan. Suatu angka yang tidak terjangka saya masih dihidupkan untuk merasainya. Inilah peluang untuk perbaiki diri dan menambah amal barangkali. 24 tahun? Jauh saya merenung angka itu. Jauh... Tiada siapa tahu sampai umur berapa dihidupkan. Timbul persoalan sejauh mana amal untuk dibawa pulang bertemu Illahi, cukupkah amal mahu ke syurga dengan dosa yang mengunung tinggi.. Allah, lemah sungguh hambaMu ini.
24 tahun, suatu angka yang membuatkan hati ini tersentuh kerana pada umur inilah, Ummi dengan susah payahnya melahirkan diri ini pada 5 Januari 1988. Ya ketika itu Ummi berumur 24 tahun. Ketika itu Ummi dan Walid sudah 2 tahun mendirikan rumah tangga. Maka hadirlah saya ketika mereka masih berjuang di bumi Machester. Pasti indahkan? (^_^) Anakmu pula masih bujang saat ini. Takdir bakal menentukan. Moga doa kalian menyerikan hidup ini.
Sungguh, tidak terbalas jasa mereka mendidik diri. Banyak pengorbanan mereka sehari demi sehari hingga saat ini. Apatah lagi, dengan izin Allah inilah hari lahir terakhir sebelum bergelar isteri. Dan ketika saatnya tiba, kuasa seorang ayah berpindah pada suami. Pasti sayu saat itu. (Bergenang sudah air mata) Ummi dan Walid jugalah yang paling sibuk mengurus perkahwinan ini. Moga Allah berkati usaha-usaha mereka dan moga Sinar mampu gembirakan mereka serta penyatuan dua keluarga ini terbinalah mawaddah dan rahmah.
Untuk kalian yang sentiasa memberi.
Terima kasih Ummi Lek atas ucapan.
Terima kasih Dr atas sebuah penghargaan.
Terima kasih sahabat atas gambar sebagai kenangan.
Terima kasih kalian atas doa dan ucapan.
Moga Allah berkati kalian.
Sudah pasti, di sini Sinar ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Warga Januari. Moga Allah berkati hidup kita semua dan dipermudahkan hisab kelak. Kalian sentiasa di hati.
1 Januari Nur Sakinah Yaakob dan Wan Aisyah
5 Januari me & myself
6 Januari Siti Amalina Zakaria & Nur Madihah Kamalul Sahar & Izzati
7 Januari Kak Nadiah Ghazali & Kak Hidayah Romazi & Wafaa
8 Januari Radin Rahmah Radin Munawwir dan Kak Bid
10 Januari Puan Balqis Asma Saidah
12 Januari Puan Nik Noramalina Rozik
10 Januari Puan Balqis Asma Saidah
12 Januari Puan Nik Noramalina Rozik
13 Januari Ramisah Aini
16 Januari Hilal Asyraf
18 Januari Nurul Wahidah Rosli
19 Januari Muhammad Syafiq & Izzat Ibrahim
21 Januari Atikah Abd Razak
22 Januari Puan Nur Aqilah
23 Januari Salihah Muda
25 Januari Syafaf Jumiran
27 Januari Aisyah Ruqayyah & Noor Amalina Jamal
28 Januari Nurulhuda Ahmad Sani
31 Januari Safiyah Ahmad Yusoff
Doakan Sinar ya (^_^)
23 Januari Salihah Muda
25 Januari Syafaf Jumiran
27 Januari Aisyah Ruqayyah & Noor Amalina Jamal
28 Januari Nurulhuda Ahmad Sani
31 Januari Safiyah Ahmad Yusoff
Doakan Sinar ya (^_^)
Moga kita berkumpul di syurga kelak.
7 comments:
k.Sh...^^.. sukanya tgk ada nma sy dlm blog nie...tharunya...hehe...
jazakillah khair...moga Allah berkati k.Sha...moga Allah pmudahkn urusan baitul muslim k.Sha & akhi Ahmad Fahmi...^^
Sanah helwah ya jameelah ukhti habibaty ^_^
Moga dipanjangkan umur dalam keberkatan serta ketaatan padaNya. Tsabat dalam jalan yg penuh onak dan duri ini. Serta menjadi sayap kiri perjuangan bakal suamimu kelak InshaAllah :')
Tak sabar nak jumpa nanti :D
Take care sha ,ana merindui mesir dan seluruh isinya :'(
along!! janji Along dh tue... ha3... 24th?? huhu....
dekna de sms along semlm....
tp tak tau le along trime ke tak...
pepun selamat hari lahir yerp..
semoge makin redha Allah pada kite..
and also credit to ummi sbb feel the pain to born you for the first time...
hehehe...
~~sye bru abih exam smlm~~
(mcm tau2 je naik raikan besdey org tuh)
p/s: cepat2 balik... siap2 nk kawen...
me to Bintu Rosli:
Alhamdulillah. Suka tgk wahidah happy (^_^)Doakan akak dalam solahmu ya, moga Allah bagi akak kekuatan utk hadapi fasa baru. Dan paling penting dapat mardhatillah.
me to Khazinatul Asrar:
Syukran ukhtie karimah.. Moga Allah dengar doa2 anti utk ana. Moga Allah berkati anti selalu. Harap sangat dapat jumpa nanti. Meriahkan majlis ana. :) Datang la mesir lagi tau. Ana tunggu...
me to Bintu Syed:
Tua sangat ke 24 tu :P Still jadi alongmu yang comel kan. Huhu perasan sekejap. Along memang nak balik, tak sabar nak jumpa adik2 along ni. Doakan semua selamat ya.
Kita sebagai jiran tetangga digalakkan untuk saling ziarah menziarahi.. huhu..
Jom masuk blog saya. Ada post terbaru bertajuk 7 Tempat Betul Paling Senang Untuk Anda Dirompak
Assalamualaikum..bersyukur ke hadrat Ilahi di atas apa yg telah kita kecapi hari ini...Masih dlm bulan Jan..oleh itu,belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari jadi..moga sentiasa dirahmati dan diberkatiNya.Amin
(^_^) Ameen.. Syukran Ibu Sal.. Doakan saya selalu.
Post a Comment