BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 30, 2012

SiNaR's Kitchen Corner : Pavlova


Assalamualaikum wbt.
Salam jumaat semua. Moga Allah pelihara kalian selalu.

Sudah pasti cuti hujung minggu sangat dinantikan oleh Sinar dan mungkin pelajar tahun 6 khususnya :) Satu kenikmatan bila hadirnya cuti. Masa boleh dimanfaatkan untuk pelbagai perkara. Alhamdulillah, Sinar sudah lunaskan beberapa perkara pagi ini.

Lama sungguh tak kongsi sesuatu. Maka, mahu berkongsi resepi Pavlova pula :) Pertama kali makan adalah di rumah kawan. Memang kawan Sinar ni suka mencuba dan InsyaAllah sedap semua masakannya. Termimpi-mimpi Pavlova tu. Alhamdulillah ulangtahun kelahiran tahun ini dihadiahkan Pavlova. Terharu sangat.

Ini hadiah Pavlova daripada Nik.
Terima kasih Nik.. Hadiah buat Sinar dan Ina (^_^) Sedap!
Kalau orang bagi lagi sedap daripada buat sendiri.. Hehe Kenapa ye?

Semalam sempat pula buat Pavlova bersama junior. Menjadi chef amatur, walaupun baru kali kedua membuatnya. Alhamdulillah menjadi dan pagi ini mereka pula mencuba sendiri. Maka ada dua Pavlova hari ini.



Tau tak apa itu Pavlova? Mai Sinar kongsi sikit fasal makanan ni. Pavlova atau nama 'nickname'nya Pav (^_^) adalah sejenis pemanis mulut atau sejenis meringue cake yang bahan asasnya terdiri daripada buih putih telur dan gula. Tesktur luarnya sedikit garing dan isinya tersangatlah lembut, cair di mulut.. Nyum nyum.. Manis dan masam bila bergabung memang ummmp.

Nak jadikan cerita masih wujud berdebatan tentang perintis utama makanan ini sama ada New Zealand mahupun Australia. Menurut riwayat wiki dan beberapa laman lain, Pavlova dinamakan sempena Anna Pavlova seorang ballerina daripada Rusia. Ketika itu beliau sedang melawat kedua negara tersebut pada tahun 1926. Nostalgia sungguh kan. Takpe, sekarang satu dunia dah pandai buat dan ramai yang suka. Terima kasih pada kedua-dua negara ini. Ada tak siapa siapa nak namakan makan sempena nama Sinar? Hehe..

Untuk memudahkan kalian, boleh cuba lihat video di bawah. InsyaAllah lebih mudah memahami bagaimana membuatnya...



Berikut pula sedikit ubah suai daripada saya;

Bahan A (kek) :

4-5 biji putih telur (selalu saya guna 5 biji)
1 cawan gula halus (200g)
1/2 sudu teh vanilla
1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka

Bahan B (topping) Lebih masam lebih sedap sebab bahan A manis...

Sour cream atau 1 cawan whipping cream
1 cup yogurt buah-buahan
Hirisan buah seperti strawberry, kiwi, peach ect (ikut cita rasa)

Cara-caranya:
  1. Pukul telur putih menggunakan mixer dalam kelajuan sederhana hingga soft peak form .
  2. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan tingkatkan kelajuan mixer.
  3. Adunan akan kelihatan makin bersinar-sinar. Pastikan gula sebati.
  4. Pukul hingga tepu iaitu kalau diterbalikkan pun tidak jatuh, tandanya buih anda mantap.
  5. Kemudian tambah esen vanila, dan pukul adunan lagi.
  6. Setelah sebati, bolehlah campurkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan dengan senduk kayu ataupun spatula. Untuk saya.. saya pukul je dengan mixer dengan perlahan. InsyaAllah sebati.
  7. Kemudian buat bulatan, petak atau ikut citarasa (bayangkan pun tak pe) saya biasa buat bulatan ala-ala 15 cm sebab Pavlova nampak lebih tebal.
  8. Letakkan adunan dan kemaskan ikut bentuk yang anda mahu.
  9. Panaskan oven dalam 150 darjah untuk 10-15 minit.
  10. Sebelum adunan dibakar, turunkan kepada 130-140 darjah.
  11. Bakar 30 minit hingga sejam. Ikut setakat mana anda mahu struktur pavlova. Ada yang suka cruncy dan ada yang kurang.
  12. Setelah siap, biarkan sejuk di dalam oven. Buka sikit pintu oven ya :)
Untuk topping pula (terpulanglah pada anda)

  1. Campurkan sour cream atau whipping cream dengan yogurt, pukul hingga kembang.
  2. Kalau kat Mesir guna serbuk whipping cream Dreem yang telah dipukul dengan susu cair-kurangkan susu cair dari yang diarahkan kerana kita nak campurkan dengan yogurt. Make sure cream ini pekat. Hehe kalau tak memang buah kita nanti mengelongsor..
  3. Hiaskan dengan hirisan buah-buahan
  4. Akhir sekali sejukkan dalam peti.
  5. Siap untuk makan.




1st Pav bersiap sedia untuk dibakar..

2nd Pav sebelum dibakar pagi ini.
Hasil kerja tangan mereka setelah menuntut ilmu malam tadi (^_^)



1st Pav sudah kekuningan dan anjal, dan saya suka begini sahaja.
Kalau mahu lebih cruncy macam dalam video, silakan... Sedap juga..


Tarrahhh.. Sudah siap 1st Pav
Pavlova with strawberry's yogurt

Sekian sahaja daripada Sinar. Selamat mencuba!

Sunday, March 11, 2012

Nikmatnya Bernikah : 1 bulan 1 minggu


Jauh jarak dekat nurani

Alhamdulillah dengan izinNya sudah sebulan seminggu perkahwinan kami terbina. Inai masih merah di jari. Rasa puas menyimpan jari untuk diinaikan pada hari bersejarah tersebut. Inai itu bakal hilang, namun, ikatan ini akan terus dan bertambah utuh dari sehari ke sehari. InsyaAllah!


Apabila sebut perkataan 'jarak'. Sinar akan tersenyum sendiri. Faktor jarak jugalah yang mendekatkan kami. Seorang di selatan, seorang di pantai timur, kemudian dipertemukan kami di Pantai Barat Semenanjung Malaysia . Tidaklah Sinar kenal suami ketika itu. Allah jugalah yang mendekatkan kami melalui keluarga dan laman penulisan ini. Moga Allah berkati keluarga Sinar, keluarga suami dan berkati blog kami :)

Sekarang ...(^_^) Sinar di benua Afrika dan kanda di benua asia. Jauh terpisah tapi hati sungguh dekat di rasa. Biarpun orang berkata itu dan ini. Moga Allah beri mereka kebaikan dan lindungi kami dari segala keburukan. Ameen.

Sinar tersangat yakin Allah itu Maha Mengetahui hikmah di sebalik perkahwinan jarak jauh ini. Sekalipun kami diuji, InsyaAllah titik permulaan dan pengakhiran kami adalah Allah. KepadaNya kami rujuk kembali. Doakan ya. Kami yakin hidup ini adalah ujian untuk semua hambaNya sebelum pulang ke SANA nanti. Justeru kelebihan kami rai dan kelemahan kami baiki. Peluang ini kami manfaatkan untuk pertingkatkan diri sebelum berjumpa nanti. Anda pun seharusnya begitu... Ayuh perbaiki diri!

Hargailah!

Yang penting hargai masa yang ada. Hargai yang sedia ada dan berharap kebaikan pada yang belum didapatkan. Tidak guna kita mengeluh bukan? Itu prinsip yang Sinar pegang.

Ada yang berkata, baru sebulan memang semuanya indah. :) Lalu apa? Bersangka baik saja dengan Allah. Alhamdulillah saya bersyukur dengan sebulan ini. Hatta sehari yang Allah beri pun kita patut bersyukur bukan? Biar kita menghargai setiap hari yang kita lalu kerana hari ini sahaja milik kita, esok belum tentu lagi.

Alhamdulillah tiada masalah berjauhan. Teknologi menghubung segalanya. Kalau sedih dan punya masalah, dengar suaranya, tatap wajahnya sudah kembali ceria dan ringan terasa. Kalau gembira apatah lagi, saling bertukar cerita. Dapat pahala semuanya. Syukur pada Allah diberi kemudahan demi kemudahan bahkan teman-teman yang beri sokongan. Sangat supportive semuanya!

'Supportive' itu tanda sayang.

Teringat 'Rule no 8 : Be supportive' dari buku 'The rules for Marriage by Ellen Fein & Sherrie Schneider'. Kita biasanya rasa bahagia apabila keluarga, kawan, atau sesiapa sahaja ambil berat atau support kita. Terasa hangatnya ukhwah dan silaturahim yang terjalin. Ikatan yang didasari perasaan yang ikhlas, sungguh tidak dapat dinafikan. Hati tidak dapat menipu dalam sebuah hubungan dan pertalian persaudaraan.

Begitulah juga dalam sebuah perkahwinan akan terasa indah bila pasangan kita seorang yang supportive. Itu tanda kasihkan pasangannya. Justeru pasangan perlu sentiasa memberi 'push' yang baik dalam setiap perkara.

Beliau selalu mengingatkan, " Bercinta sampai Syurga." Hati ini cukup tersentuh dan teramat berharap kalimah hebat ini terlaksana dengan izin Allah.

Harapan suami, saranan Allah juga

Seputar lagu daripada suami buat diri. Alhamdulillah, kerap kali dimainkan lagu ini untuk Sinar dengari dan pernah dikongsikan liriknya di fb.

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Untukmu, Sh Hidayah ♥

Ya, Sinar mengerti hidup ini penuh ujian dan InsyaAllah akan kami harungi dan akan kulaksanakan sebagai seorang isteri. (^_^) Moga Allah pinjamkan kekuatan demi kekuatan untuk menyenangi insan yang baru dikenali.

Sesiapa pun kalian, mari positif dengan segala susunan Allah. Setidaknya kita cuba as being positive is the key for happiness!

Wednesday, March 07, 2012

Pelik!

Berdasarkan pemerhatian, ada banyak benda pelik sedang berlaku di dunia tapi ramai melihat benda itu sebagai kebiasaan masyarakat.

Pelik!

(^_^) Betapa peliknya manusia bila berbulu mata dengan amar makruf..Tapi nahi mungkar itu berpeluk tubuh dan mula bersilat menggunakan 'cukuplah benci dalam hati' padahal takut putus kawan, takut putus saudara. Redha siapa kita cari?

Couple boleh?

Kahwin tak boleh?

Pergi konsert boleh?

Menuntu ilmu agama tak boleh?

Pelik kan.. Apatah lagi kalau seorang Muslim yang bersikap demikian, menjadi penyokong pada perkara mungkar. Itu tandanya apa ya?

Ada sesuatu yang tak kena dengan iman kan?

Kalau sayang saudara seislam jangan biar dia masuk neraka.

Nak tegur banyak cara.. face to face boleh, private mesej boleh.

Berubah tu, cerita lain pula...

Hehe, sure la kalau tegur di khalayak umum, naik angin la kawan tu. ADAB JAGA YA!

Pelik!

Manusia hari ini sedar bahawa hidup dalam pemerhatian Allah dan suka hidup beragama tapi kelakuan tidak seperti yang Allah mahukan. Kerana apa? Kerana manusia suka meremehkan.

"Takpelah muda lagi, enjoy dulu!"
"Tua tua nanti aku taubatlah"

Ayat biasa yang selalu kita dengar. Dan akhirnya tak sempat tua, Allah dah jemput pergi. Na'uzubillah. Moga Allah lindungi kita.

Apatah lagi pembalasan itu bukan di depan mata secara terang-terangan. Banyak Muslim hari ini guna pakai ayat Quran untuk kepentingan peribadi, contoh bab harta, bab kahwin. Datang bulan puasa, dalil ke mana, amalan ke mana. Huhu.

Justeru...

Pelik yang menimbulkan kerisauan kerana manusia mempermainkan keislaman yang dimiliki. Pelik memang pelik. Dan saya selaku manusia akan terus keluar dari zon ini kerana rimas dengan perangai manusia pelik. Saya mahu jadi manusia luar biasa dan sejannah dengan para solehin. Anda bagaimana? Mari kita menuntut ilmu agama, jangan rasa cukup dengan keimanan yang ada. Dalamilah Islam kerana baru anda tahu, kita sebenarnya tidak tahu banyak perkara dan rupanya nilaian kita salah selama ini terhadap isu di sekeliling kita.

Inilah kepelikan yang Sinar lihat. Sedangkan banyak manusia hari ini memandang mereka yang laksanakan Islam sebagai pelik dan asing. Kerana apa? Kerana mereka rasa tidak sama dengan ajaran nenek moyang, adat dan pemikiran mereka. Sengaja sinar bawakan entri pelik ini kerana, manusia sudah tidak tahu menilai. Maka pada pelaksana deenul Islam, anda tidak pelik tapi teruskan beramal dan bersiaplah!

Benarlah kata Rasulullah di akhir zaman. Sangat sikit orang yang mempraktikkan Islam secara syumul. Ibarat asing dalam kelompok manusia. Kita menganggap manusia yang tidak praktikkan Islam itu pelik tapi mereka juga memandang kita asing dan out of date. Asing dari kebiasaan manusia yang bertuhankan hawa nafsu dan adat kebiasaan manusia.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".

(H.R. Muslim)