Pempek oh Pempek..
Pempek, Empek-empek atau mpek-mpek adalah makanan palembang yang cukup memikat hati saya. Rasanya mirip keropok lekor tetapi berbeza cara hidangnya. Dimakan bersama mee, hirisan timun dan juga kuah cuka menjadikan pempek kombinasi sempurna buat saya. Pertama kali merasa makanan ini bukanlah di Indonesia sendiri tapi di sebuah restoran di Gami', Hayyu Asyir Mesir (paling sedap hingga kini). Kemudian bermulalah sikap mengidam dan mengada-ngada mahu makanan ini selalu. Saya juga tidak habis habis meminta suami belanja saya ketika sampai di Indonesia.
Alhamdulillah, suami mana tak kasih isteri. Ketika di Tasik, kami sedang berjalan di foodcourt Toserba Yogya, saya ternampak kedai Pempek.. Tersasul perlahan kalimah Pempek. Peka sungguh suami saya, lalu di beli " Khas untuk isteri," katanya sambil kenyit mata. Alhamdulillah sedap seperti di restoran Indonesia-Mesir dan rasanya sama!

Pelbagai pempek untuk dipilih. |
Inilah pempek kapal selam pertama saya di indonesia |
Kalau sebelum ini di foodcourt Toserba Yogya, kali ini mencuba di Pempek Bu Srie. |
Boleh tahan juga rasanya. Cuma mee diganti sooun. |
Lepas ni kalau sudah berjauhan dengan pempek, tekad di hati mahu mencari resepi. Wait & see. Erm, kerana tertarik dengan pempek, gatal juga tangan mengoogle sejarah si pempek idaman hati ini. Lalu terjawablah oleh pakcik Wiki. Mari baca di SINI.
Es Campur Special Duren .. Durian tu!
Saat ini saya sudah di Bandung tapi masih terbayang-bayang Es Campur Special Durian di Tasik Malaya. Saya bukanlah peminat durian segar dan tegar cuma agak meminati makanan yang dioleh daripada Durian. Ehem...Sedap hingga payah juga mahu diterjemah dengan kata. Tinggallah gambar sebagai cerita.
Kali pertama mencuba... |
Enak bangat! |
Di hadapan kedai. Menjual durian dan Ex Campur. Kali ketiga dan terakhir kami menjamu selera di sini. |
Itulah cerita Pempek dan Es Campur Duren Special. Dua jenis makanan di bumi Indonesia yang berjaya memikat hati saya. Maka, kalian boleh juga mencari nanti ya kalau singgah di bumi jiran ini.