Assalamualaikum..
Subhanallah.. Sudah beranjak lagi kita setahun. 2018 mula membuka tirai.
2017 penuh kenangan
Inilah antara tahun memiliki sejarah besar dalam kehidupan saya sebagai seorang Muslim. Tertunai rukun Islam kelima.
Dalam kerjaya pula dapat bertukar semula ke semenanjung.
Dalam keluarga pula banyak perkembangan yang mengembirakan.
Cantik sungguh perancanganNya
5 Januari
Januari bulan pertama sememangnya dinanti. Apatah lagi 5 haribulan. Hari saya dilahirkan. Syukur pada Allah beri saya peluang untuk merasai nikmat hidup, membimbing diri untuk terus bangkit sebelum bertemuNya di tempat hakiki.
Terima kasih tak terhingga pada Ummi yang bertarung nyawa untuk anak sulungnya ini. Tak lupa juga Walid yang banyak berjasa. Adik-adik pula menambah seri keluarga. Syukur.
Hadiah tiada ganti
Ya, hadiah sememangnya mengembirakan diri. Syukur masih dikurniakan hadiah Iman, Islam dan Ihsan walaupun diri serba kekurangan. Bahkan dihadiahkan ramai insan yang menyayangi diri.
Sungguh tak disangka, masih banyak ucapan dari keluarga, teman dan kenalan.
Terharu juga dihadiahkan wallet baru๐ Gembira tu kenapa? Kerana dah 13 tahun wallet sebelum ini berjasa.
2 comments:
Assalamualaikum
Selamat hari lahir. Kita semakin dekat dgn Dia... hari demi hari ...
Waalaikumussalam. Terima kasih❤️
Post a Comment