Ujian lagi.. 31.12.2021
Hari oncall beralih ke anak lagi.
Bonding Time dengan Hana di malam tahun baru..
Semoga Allah mudahkan urusan kali ini.
Sihatkan Hana pula. Terjatuh, luka di belakang kepala.
Semoga kami sekeluarga juga terus sihat, dipelihara dari bahaya, tetap sabar apa jua menimpa.. Paling penting kekal dalam iman dan taqwa hingga hujung nyawa. Ameen.
Ujian RTK Ag Covid Alhamdulillah negative.
Masuklah kita hotel 5 bintang untuk rawatan Hana pula.
Sangat selesa untuk pesakit dan penjaga. |
Suka dapat jumpa Papa. Masuk pun malam jadi kelaparan. Syukur Papa hantar bantuan. |
Hana pun kuat. Lebih tenang.
Walaupun belum berjahit. Masih ingin berjalan. Apatah lagi semangat ketika mendapat kasut baru dan makanan di malam hari.
Malamnya sahaja Hana kerap terjaga. Tersalah tidur, terasa sakit agakbya apabila tidur menekan kawasan luka. Bandage pun tercabut juga. Ubat pun dimasukkan di tangan kecilnya. Alhamdulillah bangun pagi esoknya 01.01.2021 pun mudah. Masih mampu tersenyum.
Are you ready? |
Berjahitlah belakang kepala Hana ketika ditidurkan, dalam juga lukanya.. dua lapisan 6 jahitan. Vicryl 4.0 dan Daflon 4.0 digunakan.
Ketiduran selepas berceloteh.. |
Alhamdulillah, lepas masuk OT sudah boleh makan.. |
Alhamdulillah semua urusan dimudahkan. 24 jam di hospital tiada kesan sampingan. Kami minta pulang awal untuk pengawasan di rumah pula.
0 comments:
Post a Comment