BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 06, 2022

SAF : 10 dekad bersama

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah

Sedekad bersama.
Tiga cahaya mata.
Mohon restu keluarga dan redhaNya.
Terima kasih keluarga, sahabat dan kenalan yang mendoakan kebaikan kami sekeluarga.

Semoga kita semua beroleh husnul khatimah, dan mendiami syurga Allah tertinggi. 

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu
dengan kasih sayangMu, bertemu di atas
ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan
dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu. Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “




SAF akan terus bina legasi.. SAF One Legacy. Sedekad kami bersama dan seterusnya hingga ke syurga. 

Ameen.

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan. Semoga kekurangan menjadi mujahadah kami suami isteri menggapai mardhatillah. Senyum, tawa, suka duka insyaAllah bersama. 




Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),
isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir " - Ar-Rum : Ayat 21

0 comments: