...Allah is alwayz with us...
Alhamdulillah.. Segala puji milik Allah.
Semua atas izinNya.
Terpilih ke NPS, itu rezeki. Sihat, ada masa ke sana, dapat hadir barulah pengalaman yang sangat bererti.
Terbang tinggi
Dah lama kami tidak membelah awan. Alhamdulillah Amway merealisasikan. Perancangan 2019 untuk bawa Hana kenal kapal terbang masih tergendala hingga sekarang. Peluang NPS ini memberi kami gambaran awal untuk tahu flow checkin dan urusan bagasi pasca Covid. Berlari-lari dengan anak-anak kalau tak tahu caranya bakal mengundang padah. Hikmahnya jika diizinkan Allah, boleh la kami bawa anak-anak berjalan pula dengan lancar InsyaAllah.
Hasrat kami juga bukan sekadar terbang menongkah angkasa tapi membina impian kami seiring dengan impian keluarga dan kumpulan kami juga. SAF One Legacy melakar pelangi untuk direalisasi. Ada banyak impian untuk kami sama-sama realitikan.
19. 07. 2022 usai Subuh kami bergerak ke lapangan terbang Kuala Terengganu untuk ke KLIA.
Terima kasih Kent, selaku tour guide kami. Duit poket pun diberikan pada kami. |
Tengahari pula jadual penerbangan ke Langkawi. Lancar dan mudah sahaja kerana bagasi tidak perlu kami urus lagi. Sudah diaturkan supaya terus ke Langkawi dari Kuala Terengganu.
Alhamdulillah sampai Langkawi. |
Sesampai sahaja kami, kami terus dibawa ke Billion. Boleh la borong coklat. Wah, seronoklah keluarga nanti kan.
Sekitar 4.30 petang kami bertolak semula ke Dataran LANG. Itulah pertama kali saya jejakkan kaki walaupun dulu hampir 5 tahun menjadi orang Langkawi bersama Ummi Lek dan adik-adik tersayang.
Kami di bawa dan disambut dengan alunan kompang dan muzik klasik di Westin Hotel, Resort & Spa. Welcome drink pun ada. Wah, hebat ni. Welcome Dinner pun sedap, masakan tip top.
Tak sabar ambil makanan. |
Selesai makan malam, ada sesi ice breaking, suai kenal dan pembahagian kumpulan. Inilah team 23😉 |
Hari kedua 20.07.2022. Memang membuka minda. Hati kena sedia menerima untuk sedut pengajaran di sebalik program. Ini merupakan satu peluang untuk membina diri dan merubah diri menjadi lebih baik. Be a good fighter and strategist. Hidup ni banyak cabaran. Sekali sekala slot team building memang mengetuk hati. 😉
Terima kasih Mr Simon, banyak kata-kata yang boleh dijadikan pedoman. |
Selesai slot team building. Kita ke Pantai Chenang. Beli coklat, menikmati suasana pantai. Rasa jugalah Char Kuew Teow dan Air Kelapa. 😉
Hari ketiga terisi denga slot Business Sharing. Ada tetamu jemputan juga, perkongsian daripada Diamond Sumitra.
Semeja dengan insan-insan hebat..
Malamnya pula ada Dinner. Meriah dengan tema pakaian Runaway, Fashion show. Kami geng santai sahaja semeja ni.
Meja 12 |
Alhamdulillah Team 23, Naib Johan. |
0 comments:
Post a Comment