Alhamdulillah. Selesai menjalankan amanah sebagai seorang rakyat pada negaranya.
Dengan kekerdilan diri. Mohon Allah pandu tangan dan hati.
Pilihan Raya Umum vs Peluang Rakyat Usaha
Suasana yang cukup hangat, namun penuh ibrah..
Bukan senang kan nak memilih? Kenal dan percaya itu pun ambil masa..
Diri kita sendiri pun kita kurang kenal titik kuat dan lemah. Apatah lagi orang lain yang belum pernah kita jumpa..
Nah.. Inilah peluang kita berusaha..
Berusaha menjadilan diri kita lebih baik..
Pemimpin yang baik untuk ahli yang baik. Hinggakan kita sendiri jadi runsing memilih yang terbaik di kalangan kita.
Yang terbaik mungkin belum muncul kerana.. Diri kita belum cukup baik. Jadi neraca baik kita pun sekadar ikutan dan tipudaya terasa diri baik. Astaghfirullah..
'Golongan yang baik adalah milik golongan yang baik pula.' An-Nuur ayat 26
Jadi, jadilah diri sendiri... Be yourself..
Tapi.. Perlu ada panduan dan usaha perbaiki diri. Justeru barulah kita adil pada diri dan orang sekeliling.
Imam al-Ghazali pernah berpesan: "Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang menghukum dengan penuh keadilan dan berkata dengan penuh kebenaran. Tidak menyakiti hati orang dan jujur sama ada kepada diri sendiri, mahupun kepada orang lain."
Jadilah orang berguna yang ikut peraturan dan ada kayu ukur. Orang Islam, ada syariah, rakyat Malaysia ada perlembagaan dan masing-masing juga ada peraturan dalam tugas, kerja dan amanah tersendiri.
Untuk masa depan, marilah kita mendidik diri bersikap jujur dan amanah pada Tuhan dan Insan. Moga terpancar juga pada keluarga dan rakan kerja.
Jaga hubungan dengan yang Di Atas, Di Tepi dan Di sekeliling..
Pemimpin di rumah, marilah kita didik anak-anak pergi ke sekolah. Beri pendidikan pada generasi. Dorong mereka untuk berusaha dan bersungguh-sungguh dalam bidang yang mereka minati. Allah sebaik-baik penjaga (mendoakan anak-anak Bunda, menjadi mukminah solehah dan muslehah, dan kita semua ahli syurga. Ameen)
Jadilah kita ketua dan anak buah yang baik, proaktif, produktif, hadir menyuarat, memimpin dengan adil dan hikmat, memberi cadangan, kritikan membina pada pihak atasan dan tidak mengampu. Apatah lagi salah guna kuasa dan harta.
Alhamdulillah peluang saya yang sedikit, saya cuba jadi pemimpin dan anak buah yang baik. Bila saya tak mampu, saya mohon kekuatan dariNya dan utarakan masalah untuk kemajuan. Bila saya tak setuju, saya ajukan persoalan atau cadangan demi kemaslatan kami rakan sekerja. Menerima teguran biarpun pahit, itulah pemangkin pada kejayaan.
Lega bila kita dapat jadi diri kita sendiri tapi dalam neraca yang Allah tetapkan walaupun diri banyak kekurangan.
Semoga kita kekal dalam dakapan Rabb yang Esa. Ambil peluang, jangan biarkan.
Kan kita ni, sebaik-baik makhluk kan
.
0 comments:
Post a Comment