BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 29, 2008

Kembara di Bahriya

Team PERUBATAN::meredah bahriya


26 Jan 2008

Seawal 5.45 pagi bas sudah menunggu di hadapan Abu Shaqra.Namun pastinya ada juga yang terlewat…perkara biasa yang berlaku sekiranya bergerak secara rombongan.Lebih kurang setengah jam kemudian barulah bertolak ke destinasi yang kami sendiri tak pasti apakah keadaannya…tapi apa yang jelas di pemikiran ini hanya ada padang pasir & ada kawasan oasis..mmm ni la first tym nak merasa melihat kawasan oasis & padang pasir dengan pancaindera sendiri..Yaaa..bahriya nantikan kehadiran kami..seramai 46 orang ‘bakal doctor’ akan menerokai dirimu..nantikan ya

Monologku sendirian.."Jauh juga perjalanan ni..rasa macam nak balik kampung pulak..bezanya kiri kanan penuh ngan padang pasir.. "Alhamdulillah setiapa detik kuhayati..Agungnya ciptaan Allah..dari jauh lihat bersih dan halusnya alur2 yang terbentuk pada pasir2 yang Allah ciptakan..walaupun jarang sekali terlihat flora dan fauna namun tersingkap satu penciptaan yang maha unik..akan ku jejak dan sentuh pasir itu..sempat jua dlm perjalanan ini,bas berhenti di suatu perhentian & pastilah tak sama ngan R&R di Malaysia..tapi syukur kerna masih ada..mmm sebenarnya diri sendiri pun rasa kagum..ada juga rupanya masjid dan hentian di sepanjang jalan tapi jarak diantara satunya jauh..namun kesyukuran dipanjatkan..jejak je kaki kat luar..angin terus menerpa..fuh,sejuk tapi masih boleh disinggap dengan kata2..tertipu rupanya dek pancaran matahari yang terik,ingatkn panas..tapi hembusan angin sejuk mengalahkan pancaran matahari..Tak tahan rasanya lama2 kat luar..cukup la sekadar ambil angin segar..Hebatkan kuasa Allah…Subhanallah





Perjalanan diteruskan..Ehh..banyaknyer pokok..takjub pulak..mana tak nya bas sedang menuju ke arah kawasan yang seolah-olah ada komuniti manusia tapi kiri kanan hanya ada padang pasir..mmm..ingatkan fatamorgana tadi..teringat tym belajar fizik dulu..bila kat padang pasir..walaupun tak da air nampak cam ada..hehe..tapi ni reality..bas pon lalulah kat kawasan penempatan…ooo cam ni ke kawasan oasis.. mmm rumah dia pon ada yang tak pernah nampak kat kaherah dan kwsn lain yang pernah pergi..


”Boleh jugak manusia tinggal kat sini kan??”kataku lalu Sal menambah”Ye la sedangkan cacing dalam batu pun boleh hidup.” “Betul jugak tu,takkan la Allah nak biar makhluk yang dia ciptakan.Mmg kita kena syukurkan.”Tambahku pula..masing-masing mengangguk..

Akhirnya lebih kurang pada pukul 11.20 pagi,we arrived & check in at Western Desert Hotel..lama juga baru sampai..tym ni tak tau lagi yg sebenarnya bahriya ni kat mana..still wondering about it..but we will find out later..Wait & see..



~inilah hotelnya~


Kagum~ada hotel yg comel kat pdg pasir..ini bukan katil tau tapi batu-bata yg diletakkn tilam~kreatifkan



After one hour took rest & our lunch (rice with chicken + syurbah), we made local trip around the oasis to visit the date and palm tree gardens..Know what..we travel by jeep..Mmm just a short tour in the gardens and our tourist guide and he is actually the tourism manager for FARAH TOURS, Mr. Emad El Homary shown us mata air…subhanallah..suam2 airnya…menabjubkan ada juga punca air..no wonder bcoz this area is an oasis..yang selebihnya hanya tgk kebun2 tu dari dalam jeep je..Bergegar naik jeep ni..ini la pengalaman..cannot forget it..alhamdullah driver pon best (ammu Muhammad) dan musyrif pon best jugak>>abg akmal..banyak peringatan yg diberikan..semuanya ada 6 jeep.and we are in jeep 3..org2nya semua cool2 belaka + riuh la jugak.Tak lupa juga buat musyrif-musyrif lain>>abg Zul,yasir,eckm,aman dan hafiz.Syukran yang tak terhinga buat mereka ini kerana melayan setiap kerenah kami..



~6 buah jeep berpadu tenaga~







~lihatla air mengalir~



Terpikir lagi kat mana la sebenarnya bahriya ni..tanyala abg akmal..katanya rasa still kat Giza..Giza ni besar..Mmm..kat giza rupanya luas betul kawasn giza macam dari kl nak pergi penang..Mmg betul la as we were astonished to find a poster informing us that the "oasis are administratively under the governorate of Giza." Somebody quipped: "We drove hundreds of kilometres from Giza only to find ourselves still in Giza~Erm mmg tak sgka..tapi percayalah..then>>tempat seterusnya ke English lake or salt lake..sejuk sangat & kena pulak tym tu hujan..masin air hujan tu..dari tasik tu jgk kot..Subhanallah kejadian alam mmg ada hikmahnya..pemandangan kat sini cantik kerana tasik itu dihiasai dgn pemandangan English mountain..





After that we cross the sand dunes towards the Pyramid Mountain then we drove to the English Mountain to take sunset photos.Part yang tak blh dilupakan..on da way heading to English Mountain,jeep kami terkandas mmg perlu ada teknik pemanduan di padang pasir ni..ammu Muhammad sgt motivated..terus mencuba..but tak berjaya.so kami lalu jalan lain..maka jadilah kami jeep yg terakhir sampai.At the English mountain, there is a place known as bayt al-ingelise (the house of the English), where a control post had stood during World War II, then Mr.Emad said it belong to Sir William. He was a general... The building, hewn out of the stone, is pitched at the top of a black mountain of volcanic rock.Bijak sungguh org putih ni yer. They had good strategy to control the oasis..one more thing he said that mostly of the mountain actually once have been a volcano..Hebat sungguh kuasa Allah mentransformasikn sedemikian hingga dapat dilihat sbg sebuah pemandangan yg sangat indah.Mmmm,enough for dis day and overnight in hotel..






~Kibarkan jalur gemilang~pyramid mountain~




~pyramid mountain didaki~





27 Jan 2008

The Sun shown it self..4 sure this day, there are a lot of things we will discover. I’m so excited but thanks to Allah bcoz He still give me opportunity to breath. At 9.00 o’clock we take our breakfast then make the next move…we have to prepare well as today we will overnight at desert. Interesting right??

Firstly we leaved the oasis crossing Madi sand dunes to visit the black desert>>Black Mountain.Then we went to hzed,last stop for the bahriya area..Then we will heading to siwa..On the way we make a long rest at a small Bedouin village el-Hez for praying and our lunch.




~black mountain~







~makan jangan tak makan::lunch tym:: ~





Macam2 jadi hari kedua ni..ada ja jeep yang tersanggut..tak boleh nak bergerak..termasuk la jeep yang kami naiki sendiri(jeep 3).Jeep kami berkali-kali memecah rekod paling lewat tiba…sblm tiba kawasan perkhemahan tersesat plk..mmm,kami bawa bekalan air..ada juga dikalangan kami berkata …tak pe je kalau kita terpisah pon blh hidup as long as source of water ada kat kita..apa lagi riuh la jeep dengan gelak tawa


~jeepku..tgh berusaha menekan minyak sehabis daya~

Berlari2 Mendamba kasih Illahi..Kagum melihat pemandangan>>terpaksa berjalan kaki menanti jeep gara2 ada jeep yg terkandas





Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkhemahan kami melalu white desert.Boleh tertipu jugak dibuatnyer…sekali lihat macam salji..ada la yang berkata..bgs jugak ni kalau tangkap gambar tunjuk kat family.lps tu kata mesir ada salji..baru depa nk dtg mesir ni..tergelak kami dibuatnyer.memang banyak lime stone...then ada mushroom desert..batu bentuk cendawan pun ada,macam telur dalam sarang pon ada,macam unta pun ada..mcm-mcm ada..


~White desert~




Late in the evening we arrived and we camped in Al-Aqabat, which is marked out by huge limestone rocks that look like mountains. We were amazed to discover that they contained broken sea shells from remote geological ages.At night before waiting our barbeque dinner..ada slot tazkirah atau pengisian ringkas dari abg akmal..Banyak yg diperingatkan..apa makna tadabbur>>pikir2 kan<<

setiap apa yang dikatakan oleh beliau ada benarnya.Niat kita berjalan ni mesti diselaraskn dan setiap kali kita memuji cantiknya pemandangan itu selayaknya kita lihatlah siapa pula penciptanya..Mmm..tidakkah bertambah ketakwaan kita...Yang mana baik selayaknya kita kongsi..Yang mana yang buruk tu dijadikan sempadan.Saat yang paling tak disangka,ada juga persembahan dari musyrif..hehe teringat waktu tadika dulu bila lagu2 itu didendangkan.selepas itu ada juga yg mendendangkan lagu negeri masing2…Maklumlah setelah penat posing sana sini..ramai yang mengambil peluang ini utkk menghiburkan hati dan tak kurang jua ada yang menyepikan diri..barangkali mentadabbur alam yang indah ini..


Akhirnya makanan tersedia jua..tak terlarat dibuatnya,ayam rubu’ ada kambing bakar lagi serta ada juga sosej bakar..tapi mmg sedap…Selepas makan ada yang terus ke khemah berhibernasi dan tak kurang juga ada yg masih berenergi utk main game ’mafia & the villagers’..

28 Jan 2008

Tidurku terganggu gara2 kesejukan yang melampau hingga terasa cold pain..teringat physio pulak..mmm..setiap jam terjaga tapi akhirnya pada kul 5 am kena juga terus bangun..Inilah pengalaman bila pegang barang pon tak terasa..dan waktu tika solah subuh terketar-ketar..Lepas solah mathurat tak dilupakan dan kemas tempat tidur mmm apa lagi tunggu sun rise sambil dok atas batu besar memuji kebesaranNya..Walaupun sang Matahari belum memancarkan sinarnya, cahaya sang bulan sudah cukup menerangi..Indah pemandangan di kala itu .Kira-kira pukul 7 am kami breakfast dan sejam setengah kemudian kami meninggalkan tapak perkhemahan utk meneruskan perjalanan…sementara menunggu semua selesai berkhemas smpat juga hati2 yang berhajat utk sama-sama berdiskusi, berbicara , bertazkirah sambil mentadabbur alam ini..Rugi rasanya kalau apa yang kita dapat hanyalah gelak tawa serta bergambar shj sebagai kenangan tapi tiada peningkatan iman..seharusnya kembara kita mendekatkan diri pada Maha Pencipta..menyedarkan kita akan hakikat perngabdian yg total padaNya..Terisi jua rasa kekosongan dihati..syukran pada teman2 kerna sedia berkongsi apa yg terbuku dihati.



Looks like chicken.. right!and beside it like mushroom



Perjalanan diteruskan..Singgah sebentar di lime stone yang berbentuk chicken ..then singgah di satu tempat yang ada banyak batu2 yang cantik>>flowers desert…ada yang bentuk bunga ros..ada bentuk silinder..ada bentuk cam dinosaur dan macam2 lagi.Next stop is the crystal mountain..but we cannot take the crystals..kecewa dibuatnya..Subhanallah mmg sgt cantik..Antara sbb tak bg ambik kerana ada satu tmpt je kat ctu & merupakan khazanah Negara mesir..





~Tiada Kalam melainkan..Subhanallah..unikkan bentuknya~


~crystal~




Then last station singgah kat hot spring di sebuah kampung.Sampai di hotel terus bersiap & lunch.Lbh kurang pukul 2.45 kami kena check out dr hotel..teruskan perjalanan pulang ke cairo dengan bas..sedih+berat hati utk meninggalkan tempat yang banyak memberi pengajaran buat diri..Tapi itulah pengalaman yang menyedarkan diri bahawa setiap penciptaan tidaklah dicipta dengan sia2..even batu2 dan padang pasir itu sbg wasilah utk kita lebih mendekati kebesaran PenciptaNya..Ya Rabb tingkatkan lah keimananku serta sahabat2ku ini..

Thursday, January 24, 2008

winter break


Alhamdulillah..Thank you Allah..Permudahkn exmku

khalas sudah mid term exam..

pastinya byk acara yg menanti

international book fair perlu dijelajahi...

Pesta Buku Antarabangsa Kaherah kali ke-40 tahun 2008:
Tarikh: 23 Jan - 4 Feb 2008
Tempat: Ma'rad Dauli (Salah Salim Street)
Masa: 10am-7pm

Manfaatkan cuti dengan sebaik-baiknya...

rasa hati hari ini...
sudah lama tak berjalan menghayati panorama
Ibarat burung terlepas dari sangkar...mmm...lain rasanya
bukulah shbt setia sepanjang imtihan ini..bahkan lebih dasyat lg ketika final exm nanti
terlihat seorg pak cik arab(kelihatan seperti sheikh+berjambang putih+berjubah putih)
bersih sungguh mukanya..
damai sungguh rasa dijiwa..
terlintas dihati..
bahagia sungguh kalau kita mampu memberi sinar ketenangan apabila insan lain terlihat wajah kita..namun apakah rahsia..pastinya pancaran nur dr keperibadian yg telus yg mampu menyenangkan jiwa org lain dgn kehadiran kita..
aura keimanan dan hati yg bersih menjadi penampilan diri amat luar biasa
"Ya Allah jauhilah hati ku dari hubbu dunia & dekatkn aku dengan org2 yg soleh dan jadikanlah aku termasuk di kalangan mereka yang mempusakai syurga yang penuh kenikmatan"
ps:sarag mall::presents>>1st task accomplish & what next??>>bahria>>karnival perubatan


Monday, January 14, 2008

terharu


The sun has come...Hoho

meaning that today I have to sit for an exm

::Phsyiology~luv it

Knowing that..a lot of books have been read

may Allah lead all my answers

Tak terdaya melainkn

hanya dgn bantuan & rahmatNya sajalah

memudah jalan n ketenangan tym menjawab

MMmm

naper yer...setiap kali pekse getting nervous
Tapi dh bertahun2 pekse..

Tapi bgs jugak...

rsa ketinggian hjt utk mengharap kpd pemilik segala ilmu

Surprise


Alhamdulillah..Dipermudahkn...dan malamnya ada surprise dr umh syafaf..syukrn to sakinah,raf and bai..Mga di permudahkan segala urusan..

Tuesday, January 08, 2008

Tetamu baru~1429




Masa Kian Meninggalkn kita
Menyedarkan hakikat usia kian singkat
sempatkah aku mengutip bekalan??
Muharram datang lagi
adakah tertunai sudah azam2 yg lalu??
Hijrahkan hati
Hijrahkan minda
Hilangkan anasir jahiliyah yg masih berbaki
Moga ada jalan buat kita
menghampiri RedhaNya
Moga dipermudahkn
dan moga sama2 hapuskn dosa yang lalu
dengan air mata taubat


Ibn Mas'ud ada mengatakan :
~Perkara yang paling aku menyesal sekali dalam sehari ialah apabila terbenamnya matahari, umurku berkurangan akan tetapi amalanku tidak bertambah~

::Nauzubillah::

Pastinya antum sudahpun memasang azam baru.Justeru,Sama-samalah kita selitkn bersama ribuan azam yg inginkn kejayaan mahupun kebaikan & pembaharuan itu dengan hakikat pengabdian yg total pada Pencipta sekalian Alam.Moga Allah permudahkn perjalanan hidupku & hidup kalian

~Sama2 kita menelusuri teladan hidup rasullullah~

Justeru dikesempatan yang mulia ini juga..Alhamdulillah,,kerna lek dan umi selamat pulang ke tanah air dari menunaikan ibadah haji..alfu mabruk


~bila Ya Allah aku mampu ambil gambar ini sendiri~
panjangkanlah usiaku dengan keberkatanMu


~Macam polis pulak+ mcm tok sheikh~





di masjid nabi::akan aku jejaki suatu hari nanti



::unta mekah tersenyum::subhanallah::unta mmg comel::

Moga Ibadah kalian menjadi saham untuk akhirat kelak..syukran yang terhingga kerna sentiasa doakan along sepanjang kalian di sana...

Monday, January 07, 2008

suprise!!

Firstly...
Best wishes for Ina
Sanah helwah & hope do your best in dis becoming exam
Doakn utk teman2 yg lain jugak
Syukran buat ahlel beit
kerna still buat kejutan diambang exm ni..
Moga najah la kita di dunia dan di akhirat

sedap::tak sangka ada lilin::dh tua dh::memory indah

Saturday, January 05, 2008

hari ini dlm sejarah


...Allah is alwayz with us...

may Allah Bless my life
~Moga ada keberkatan dlm usia~

Umi n lek::4jan 5.46pm mekah:: Tak tersingkap dengan kata2 kerna jasa kalian yang tidak terhitung.Moga Allah berkati kalian di bumi barakah itu..Along rindu umi & lek

Dhabit::4jan 11.19 pm:: Syukran kerna telah lama bersama ana.Ingatkan lah ana sentiasa

Kak Yam 4 jan..am..ym:: dikau la teman..syukran atas segala nasihat dan bekalaan sepanjang perkenalan kita.Uhibbukifillah.Terharu dapat sembang ngan nti

Afida::4 jan 6.18pm:: moga Allah murahkan rezeki anti jga

Aten::5jan 1.16am:: Ya Allah,muliakn dan sayangi sahabatku ini.Bahagiakn dirinya

Kak izzati::5jan 12.18amwalaupun umur dah sama.ana still muda .tapi doakan moga Allah memberkati umur ini sentiasa.

Haris::5jan 7.41am::May Allah open his way widely to you too.Allah the only one u need

Neah::5 jan 9.05am Moga Allah sentiasa naungi kita dengan kasih sayangnya.syukran neah.smile sokmo deh
Hazwani::5jan 5.12amsyukran wani.terharu msg wani..huhu dh tak de belas2 lg..
Syafaf::5jan 7.02amcukuplah doa hadiah terbaik buat diriku..terima kasih syafaf
Natrah::5jan 7.26::Moga Allah permudahkan urusan mu jua natrah
Fatihah asilah::5jan 7.24am::kak sha doakan rahmatnya jua milik kita bersama..strive 4 da best in mid term wahai adikku
Lek again::5jan 9.07amterharu along baca msg lek..huhu..mestu susahkan besarkan along kat uk dulu,dah besar dh anak lek ni..tapi along takkan lupakan kalian..moga Allah lindungi kalian..
Ami farhani::5jan 10.14am::syukran ami
Efa::5jan 10.47am::wahai mak cik kecik ku..jangan nakal2 di bumi anbiyak ni..hehe..along doakn
dikau berjaya & memperoleh nur dariNya..bila nak belanja
ina::5jan 10.40 am::esk ina pulak..dah tua dah kitakan ina..
Adah::5jan10.54am::tq adah
huda azhar::5jan 11.24am::May Allah bless u to
Pak ucu::5jan 11.30::syukran awi..ummi n lek ana pasti tak dilupakan..Moga Allah mudahkan urusan pak ucu jua




Dan Sekalung tahniah buat cousin ku yg sulung~abg murzain

::Hopefully mahligai yang dibina membina mahligai keberkatan di akhirat kelak::

akad nikah::28 dec

kenduri (p)::29 dec

kenduri (l)::5 dec

Wednesday, December 26, 2007

Salam imtihan


Salam imtihan


Mari study..fokus3

Banyak sungguh buku sdg menanti



~Salam imtihan buat semua~
Hancurkan sifat malas..kedebush!!
++Mid term datang lagi++

13 jan Physiology
16 jan Biochemistry
19 jan Histology
23 jan Anatomy

if you fail to plan,you plan to fail..
may Allah assist us
<>
Man jadda wa jada

Friday, December 21, 2007

Eidul Adha 1428


++Selamat Hari Raya Eidul Adha ++
~Kullu 3am wentu bikheir~
Moga ruh Pengorbanan meresap di dalam jiwa
kerna sememangnya kehidupan mukmin ini
perlu pada penyerahan diri yang total..
Sesungguhnya Allah pasti menguji hambaNya..


Kemeriahan dirasa::sehari sebelum takbir bergema::

Tahniah jua diucapkan pada Persatuan PERUBATAN Msia-Mesir kerana telah berjaya melaksanakan sesi korban buat julung kalinya melibatkan 3 unta 12 ekor kambing(satu angka yang agak besar berbanding rumah anak negeri & DMAK sendiri) pada hari yang bersejarah ini


Syabas jua buat ajk pelaksana bg pgrm kali ini..
Bravo buat ikhwah yang telah menjalankan korban n sesi melapah & tak lupa jugak buat akhawat yg dikasihi kerna tekun memotong dgg buat jamuan keesokannya..Biar susah2 dahulu n senang kemudian..Alhamdulillah sambil mengeratkan ukhwah secara tak langsung kita semua telah berkorban tenaga n mengembleng seluruh kudrat yang ade utk menjayakan Majlis korban n majlis jamuan raya pada 1428 ini..

Moga ALLah limpahkn keberkatan buat semua..

~Kambing korban nad slmt dikorbankn~


++Pasukan melapah++



++Mengasah bakat yang ada++

Sambil mengulang kaji anatomy

~Bukan lembu tapi unta~

Benar2 Menuntut kesabaran

Tuesday, December 18, 2007

wonderful day::8 zulhijjah 1428

:: Something to share::
Although dis day we felt quite tired but..
fOR somehow we have learnt new things at Mahad Iqra
Learn how to cook egyptian rice++syurbah++salatoh..
++knowing arabic words during cooking++
Actually it was kind of preparation for iftar...
No formal class today for dis Arabic session
As most of us are fasting~8 Zulhijjah~
knowing bukro is Arafah Day & ba'da bukro Eidul Adha

And know what...!!
Ustazah Amirah has been invited
for opening ceremony (bakery) of her friend.
We also has been invited
so we heading to it ba3da isya

please come when u free~promote~


~Waiting~


The owner~turkish~



Sami yusuf++May Allah bless him in journey being a daie++

Testing::Testing::Delicious


The most interesting part is ...Sami yusuf was there as VVIP..
++Having a chance to see Him was da most wonderful moment++
May be dis is the first the last to see him..but thanks to Allah..
This couldn't be happen if Allah refuse so..

Teringat lagunya al-Muallim and My ummah..
sangat menyentuh hati n totally difference with other islamic song
Great song will come from kind hearted man..
May Allah Bless Him..


::Precious Words::

"Sahabat...
Jika hari ini aku terlalu gembira,sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah...
Jika aku bersedih tanpa kata,pujuklah aku dgn tarbiyah Pencipta...
Jika aku lemah tak berdaya,ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga Allah...
Jika antara kita ada tembok yg memisahkn,ajaklah aku meleraikannya segera..
Jika pernah hatimu terluka,luahkanlah agar aku berubah... &...
Jika aku lena tanpa terjaga,iringilah lenaku dgn kalungan doa...
BERJANJILAH SAHABAT,UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA!!!

Friday, December 14, 2007

Brain



Why Brain??
Mmm...
This is one of the most beautiful creation that has been created by Allah ..
Differs with animal,Human has Aqal..
the way he can judge,the way he can choose
Therefore how many of us keep thinking about Him...
How many of us appreciate His givings~Ni'mah~
How many of us thinking about His Powerful &
How many of us obey His rules++
May Allah Guiding our heart to the truth
Dont ever rest our brain
We have many responsibility to be done
But a little little tiny time to accomplish them.
We never we are..Allah is alwayz with us.
+++++++++++++++++++++
Barang siapa menghendaki kehidupan sekarang(duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi org yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka Jahannam;
ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan diusir
Dan barang siapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin,maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalas dengan baik
~Al-Israq: 18-19~

Tuesday, December 11, 2007

Sanah Hilwah

sanah hilwah ya salwa

++May you grow up with blessing from Him++
~Some words to remind~
Nowadays life is going so tough. The truth has been hidden from us.
Sometimes this started to be confusing. We are the victims for those who deny the truth. They keep ‘fooling’ us as we do not realize. We should weak up and never let them make this to us.
Oh ummah....we are they only hope.
When a Muslim realize that his dignity lies in following the teachings of Islam in everyday practices, enforcing its precepts and rulings, and feeling deep dissatisfaction with all other systems of belief and action, then he has fulfilled the immense joy found in belief in Islam.
..Allah is alwayz with us...


Saturday, December 08, 2007

crying again

Mutiara jernih itu tetap mengalir
sebak di dada tak terungkap dibibir
mengingatiMu membuatkan aku terfikir
Perjalanan hidupku yang belum terukir
adakah pelangi yang akan terlakar
atau mendung yang bakal mengusir

kuatkan daku di tebing ini
hilangkanlah resah di sanubari
Entah apa detikan di hati
di kala sendiri rasa sunyi
hakikatnya kau tak pernah sendiri
ada yang sedia menanti
cuma engkau belum mengerti..
Jalan ini penuh duri
baru sikit yang engkau rasai
jangan lupa
Islam itu perlu rijal islami
takkan kau mudah menyerah diri

Buangkan segala resah di hati
ayuh bangkit segera berlari
kerna kau tiada masa lagi
berlari tanpa henti
tapi biar Allah di hati..
jangan lupa ajal menanti
lengkapkan diri dengan amal islami..

La tahzan
wahai diri..
Allah masih ada di sisi..

Peliharalah Ya Rahman
akan insan yang kusayang
kerna mereka insan yang ku kenang
jasanya tak terbilang..
Lindungilah ibu bapa ku Ya Rahman
sinarkanlah mereka akan hidayahMu
kuatkan mereka di jalanMu
Bahagiakanlah mereka dengan syurgaMu
~ monolog~

+++++++++++++++++

Tears are a liquid process of lacrimation to clean and lubricate the eyes. The word lacrimation may also be used in a medical or literary sense to refer to crying. Strong emotions, such as sorrow or elation, may lead to crying. Although most land mammals have a lacrimation system to keep their eyes wet, Humans are the only animal generally accepted to cry emotional tears.

Thursday, December 06, 2007

Crying

Sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan
setelah titisan air mata pasti ada senyuman
dan setelah malam pasti akan datangnya siang
sesungguhnya awan kelabu kesedihan pasti berlalu
pekatnya malam kesusahan pasti tersingkap
segala masalah pasti teratasi,
dan segala becana pasti akan berakhir
dengan izin Allah
(Dr Aid Abdullah Al-Qarni)


Jauh disudut hati minta difahami
namun masih ada yang tidak mengerti
sukar mencari teman hakiki
Biarlah jauh di mata namun dekat dihati..
Lega rasanya kata2 yg kutunggu akhirnya muncul jua
Jazakillah sahabatku
lama sungguh kumenanti kemunculan mu


"Kita dilahirkan untuk Islam.
Keseragaman luaran pun sukar dianjurkan
apatahlagi keseragaman dalaman..
Realisasikan Maaruf al-akbar dan mungkar al-akbar
Kerna Kita mewakili Islam tak kira dimana kita berpijak
Jika kita lupa kita hanya merosakkan status kita
Hati itu bakal karat seperti karatnya besi
Yang baik apa yg syarak kata baik
yang buruk apa yg syarak kata buruk
Standard hakiki, standard Islam
Jika kita tak mahu standard islam
Kita bukan lagi mewakili Islam"



Know what..
tak semena-mena mutiara jernih mengalir..
Bercampu baur perasaan ini..
tiba-tiba banyak kisah yang tersingkap..
May Allah lead us..
Approaching His light
syukran pada rakan seperjuangan yang amat kukasihi
kaulah sahabat yang sangat memahami
buat teman yang baru mengenali
Aku ingin sekali memimpin tangan kalian
Sama2 bergandingan..menuju keredhaan..
Tapi takkan tercapai andai antara kita yang bersangkaan..
Marilah kita berlapang dada, satu tekad,satu keazaman
kerna kita ini saudara
moga Allah ampunkn diriku dan diri kalian
Jangan dilihat kelemahan kerna ia bisa memadamkan kebaikan..
yang baik jadikan teladan yg buruk jadikan sempadan..


Frenz like mirror
advise is important in frendship to achieve the destiny..

Tuesday, December 04, 2007

wireless oh wireless

Wireless Oh Wireles


Ragu2 juga dalam penggunaan wireless ni...lbh2 lagi bukan milik kita...
Akhirnya berkesempatan juga bertanya pada seorang ustaz disini

Katanya Soalan ni pernah diajukan kepada lujnah fatwa al-azhar, dan lujnah fatwa al-azhar berpendapat, hukumnya harus, dengan syarat tidak memudaratkan penyewa asal talian tersebut. Wallahu A'lam
Maka kita ambillah jalan memanfaatkan kedua-dua..sekiranya terlampau mendesak barulah kita guna kalau tidak sama2 la kita berkunjung ke cc..Rasa bersalah jugak bila nk guna kerna ia milik orang lain..Moga Allah ampunkan dosa kita selama ini sebab kita pun tak tau adakah kita telah memudaratkan penyewa asal talian ini..
Moga Allah permudahkan jalan kita berkomunikasi dan melayari maklumat di alam maya ini..

Friday, November 30, 2007

Suntikan Iman


Suntikan Iman
Sinar islami::7.00pm



Diri perlu sentiasa dimotivasikan,andai tidak dilakukan mungkin tanpa disedari kita kian lemah.Amatlah rugi andai kita tidak menyedari perubahan diri ini kerana agak payah utk disembuhkan andai gejala lemah semangat atau sifat malas bermaharalela atau… bagi daie sifat futur merajai maka akan lumpuhlah gerak kerjanya selama ini. Ya Allah Mohon padaMu agar dijauhi..Na’uzubillah..

Sebenarnya motivasi diri banyak dijalankan dalam diri kita sendiri.Jika kita sentiasa mendengar tazkirah dan kata-kata semangat namun tidak digestkan oleh diri kita masakan akan termotivasi malah menjadi ‘motibasi’..ibaratnya hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri..

Maklumlah cabaran utama ialah NaFsu sendiri..jika tak dijaga ia akan marak dan menguasai iman..ImaN harus memandu & menguasai nafsu bukan dikuasai…maka sibukkanlah diri dengan amal.Bunuhlah masa lapangmu dengan pisau kesibukan.Barulah tiada kesempatan untuk menjebakkan diri dengan lembah kealpaan dan kelalaian.

Macam mana agaknya nak tingkatkan potensi diri? Di sini terdapat 3 peringkat yang boleh dikongsi:

1. Buat yang wajib dan tinggalkan yang haram::
2. Buat yang sunat dan tinggalkan yang makruh::
3. Tinggalkan yang syubhah

Nampak macam sukarkan namun belum cuba belum tahu…yang penting biar sikit yang diamalkan tapi biar istiqamah.InsyaAllah amal itu akan diberkati dan lebih banyak ruang yang akan diberi oleh Allah swt untuk beramal.Ikrarkan dalam hati untuk jadi insane yang bersyukur.Untungnya jadi orang yang beriman ini kerna seperti dalam firmanNya
“Hai orang-orang yang beriman(kepada para rasul),bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada rasul-Nya,nescaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bahagian dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu.Dan Allah Maha Pengampun dan Penyayang.”


(Al-Hadid:28)

Walaupun susah dan sukar untuk istiqamah menjadi insan yang sentiasa mengiklaskan dirinya dan sentiasa melibatkan dirinya dengan kebenaran serta sentiasa menjauhi maksiat,namun ingatlah sejauh mana berat sekalipun, Allah sentiasa disisi. Jangan mudah lemah~Sama-sama kuatkan diri.FirmanNya:“Hai orang-orang yang beriman,mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solah;sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”

(Al-Baqarah:153)

Akhir kalam,sama-sama kita tingkatkan diri kerana setiap amal dan perjalanan hidup yang kita habiskan akan diminta dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.Moga Allah menjaga imanku dan iman kalian.Suntiklah imanmu sentiasa agar kian segar dari semasa ke semasa.

Tuesday, November 27, 2007


Masalah sara hidup pelajar kita di Asia Barat dikaji


KAHERAH 26 Nov. Kerajaan akan mengkaji masalah yang dihadapi oleh para pelajar tajaannya di Asia Barat termasuk Mesir ekoran elaun sara hidup sekarang ini tidak lagi sesuai dengan kos taraf hidup yang semakin meningkat.


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan itu sebagai menjawab pertanyaan seorang pelajar jurusan perubatan di sini yang merayu kerajaan menaikkan elaun sara hidup yang didakwanya tidak pernah berubah sejak tahun 1980-an lagi.


Menurut Abdullah, beliau sendiri telah dimaklumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berhubung masalah yang dihadapi oleh pelajar Malaysia di Mesir dan akan mempertimbangkan perkara itu.


‘‘Dalam bajet lalu, kita telah menaikkan elaun sara hidup bagi pelajar tajaan kerajaan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dan Kanada.


‘‘Keputusan menaikkan kadar elaun itu adalah berasaskan kajian yang dilakukan setelah mengambil kira kos sara hidup di negara-negara terbabit dan selepas ini kajian sama akan dilakukan terhadap masalah pelajar kita di Mesir dan negara-negara lain,” katanya.


Abdullah berkata demikian pada sesi dialog dengan pelajar Malaysia selepas merasmikan Karnival Kerjaya Asia Barat di Cairo International Convention Centre (CICC) di sini, hari ini.


Terdapat lebih 7,000 pelajar Malaysia di Mesir, 1,200 pelajar daripadanya mengambil jurusan perubatan di tujuh buah universiti.


Menjawab pertanyaan lain, Abdullah berkata, banyak kes rasuah didedahkan oleh media massa sejak akhir-akhir ini bukannya menggambarkan amalan buruk itu semakin berleluasa berbanding dulu.


Beliau menegaskan, pendedahan demi pendedahan kes rasuah berlaku kerana kesedaran rakyat yang semakin meningkat terhadap peranan Badan Pencegah Rasuah (BPR).


Mengenai pelaksanaan dinar emas, Perdana Menteri menjelaskan bahawa kerajaan belum membuat keputusan menolak penggunaan mata wang itu dan ia masih di peringkat kajian Bank Negara.


Selain itu, kata beliau, penggunaan dinar emas juga perlu dibuat kajian dari segi penerimaan pelbagai pihak.


Berhubung keperluan Malaysia mewujudkan jawatan Mufti Negara bagi menyelaras isu-isu berkaitan agama, Abdullah berkata, perkara itu agar sukar dilaksanakan kerana pentadbiran urusan agama berada di bawah bidang kuasa negeri-negeri masing-masing.


‘‘Di samping itu, setakat ini tiada keperluan mendesak untuk mewujudkan jawatan Mufti Negara kerana urusan agama termasuk fatwa berjalan baik tanpa masalah. Bagaimanapun, perkara itu akan dipertimbangkan bila ia benar-benar mendesak kelak,” ujarnya.


Dalam ucapan perasmiannya, Perdana Menteri berkata, Malaysia selaku pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) akan berusaha membantu negara Islam yang miskin untuk menggerakkan ekonomi mereka.


Menurut beliau, usaha perlu digerakkan bagi memastikan negara-negara Islam tertentu tidak terlalu bergantung kepada bantuan dari negara-negara penderma bukan negara Islam.
– Utusan

Bersama PM

3,000 pelajar Malaysia di Mesir dengar amanat PM

Daripada MARZUKI YUSOFF

KAHERAH 25 Nov. – Kira-kira 3,000 pelajar Malaysia yang mengikuti pelbagai kursus termasuk dari Universiti Al-Azhar di sini akan mendengar amanat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi esok.

Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir berkata, Perdana Menteri dalam ucapannya pada perasmian Pameran Kerjaya dan Promosi Malaysia yang terbesar pernah diadakan setakat ini dijangka menyentuh beberapa perkara penting terutama yang ada kaitan dengan isu melibatkan para pelajar.

Menurut beliau, lawatan Perdana Menteri kali ini akan menyuntik semangat kepada para pelajar terutama yang mengikuti jurusan agama agar tidak berasa tersisih dari pelbagai peluang yang disediakan oleh kerajaan dan sektor swasta di Malaysia.

‘‘Selain 3,000 pelajar yang akan mendengar amanat Perdana Menteri di Dewan CICC, kira-kira 4,000 lagi pelajar kita di negara ini akan hadir pada pameran kerjaya itu.

‘‘Sebanyak 40 agensi kerajaan, korporat dan bank-bank terkemuka Malaysia akan menyertai pameran atau festival kerjaya tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Selain kehadiran Perdana Menteri yang ditemani isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah, beberapa menteri Kabinet akan turut serta termasuk Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed.


Para pelajar juga mempunyai sesi khas bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal.

Datuk Zainal Abidin menambah, tujuan kerajaan mengadakan program tersebut adalah bagi mengubah persepsi para pelajar terutama dari jurusan agama bahawa peluang pekerjaan untuk mereka terbuka luas.

‘‘Selama ini para pelajar jurusan agama merasakan mereka hanya layak menjadi guru agama sedangkan peluang pekerjaan untuk mereka sebenarnya lebih luas termasuk berkhidmat di sektor korporat dan bank-bank.

‘‘Pada festival ini, sebanyak 300 peluang pekerjaan segera akan ditawarkan kepada para pelajar itu melalui temuduga terbuka yang diadakan selama program dua hari itu,” jelasnya.
Beliau berkata, seramai 6,000 pelajar Malaysia kini menuntut di Universiti Al-Azhar, manakala selebihnya mengambil jurusan perubatan dari tujuh buah institusi pengajian tinggi lain.
Perdana Menteri dan isteri dijangka tiba ke sini kira-kira pukul 7.10 malam ini (waktu tempatan) dan akan menghadiri jamuan makan malam di kediaman Duta Besar Malaysia di Muhandiseen.


Menurut Zainal Abidin, petang esok YAB Dato' Seri Abdullah dijadualkan menemui Perdana Menteri Mesir, Dr. Ahmad Nazif sebelum berlepas pulang ke tanah air kira-kira pukul 11 malam.
– Utusan -

Monday, November 26, 2007

An-nasihah

Nasihat Oleh Asy Syahid Al Imam Hassan Al Banna

Ambilah peluang untuk bersendirian seketika di waktu malam atau siang. Pergunakanlah ia untuk merenung dengan sedalam-dalamnya terhadap kehidupan individu dan jamaah. Apabila kamu telah mencapai hakikat pandangan yang pertama tadi, iaitu pandangan orang-orang yang beriman, kamu akan dapat menyedari dimanakah kamu yang sebenarnya. Sesungguhnya kamu akan dapat meningkatkan dirimu kepada matalamat sebenarnya, seterusnya kamu menuju Allah s.w.t Yang Maha Agung. Kamu akan mensucikan dirimu dengan mengingatiNya, mentaatiNya, muraqabah kepadaNya dan sentiasa takutkanNya. Sesiapa yang mengenali dirinya nescaya ia akan mengenali Tuhannya, Janganlah kamu merasa anih jika terdapat orang yang memilih pandangan kedua, pandangan orang-orang yang sesat, kerana di sana ada dua jalan iaitu Jalan Fitnah atau jalan Hidayah.
From this moment lets us pray 2 Allah n continously zikrullah..Perhaps we will be the best servant..Nothing is imposible as the fate in His hand.
Firman Allah s.w.t Terjemahannya:

“ Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras disebabkan mereka selalu berbuat fasiq. Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang dilarang mereka dari mengerjakannya, Kami katakan kepadanya : Jadilah kamu kera yang hina “
(Surah Al ‘Araaf ayat 165 – 166)

Semoga Allah s.w.t menunjukkan kepada kita sebaik-baik jalan dan petunjuk yang lurus.


Itulah antara nasihat yang amat kurasakan pada hari ni.Jika rasa lemahnya diri lekas-lekaslah kembali ke pangkuan yang Maha Esa..
Wallah hu a’lam

Saturday, November 24, 2007

Lambaian Kota Makkah


Tiba jua hari yang dinanti
keberangkatan kalian menjadi realiti
bertuah sungguh kerna rezeki dtg lagi
Moga kalian selamat beribadah di sana nanti
Doakanlah anakmu disini
ENTAH apa resah dijiwa ini
Namun moga kalian selamat
dibawah naungan Illahi
namun ku mengetahui
hatimu sentiasa mengingati
anak2 saban waktu dan saban hari..
dan doa kami sentiasa mengiringi
Ya Allah
Moga Kau sempatkan aku melihat kaabah mu nanti
Panjangkan umurku dan matikan ku dalam redhaMu
Kuatkanlah daku di sisiMU
Lindungilah kedua ibu bapaku
Peliharalah mereka
Tak mampu rasanya andai aku hilang keduanya
Namun kau tahu apa yang mampu
Jauhilah aku dari cinta duniawi
Moga Imanku terpelihara

Meet~

searching home is qiute harder...
although found some,but have to face another prob..
but I'm very glad as we meet such a good
egyptian family that treat us as their family
ITS TRUE
~Allah Knows da best~
~Fursah Saidah~

like having a new family

yousef,aisyah,wani & umar
...Allah is alwayz with us...








Monday, November 19, 2007

Jiwa Orang Yang Bertaubat

Peringatan yang ingin dikongsi buat diri dan teman tapi bukanlah dari diri sendiri..

Ketika terbit matahari pagi dan cahaya bersinar, pasti terdapat orang yg jujur imannya kembali kepada Allah. Ketika terbenam matahari dan muncul bintang yang cahayanya mampu menembus kegelapan malam, pasti terdapat orang yang bertaubat kembali taat kepada Allah.
Orang yang bertaubat terbebas dari perasaan ujub, tidak punya rasa takabbur (sombong), dan tidak banyak bicara yang sia-sia. Orang yg bertaubat berada di antara harapan dan rasa takut, antara damai dan bencana, antara keselamatan dan kebinasaan. Orang yang bertaubat di dalam hatinya terdapat sesuatu yg membara. Di dalam jiwanya terdapat bara cinta, di dalam air matanya terdapat berbagai rahsia.


Orang yang bertaubat mengetahui bagaimana melepaskan dan menghubungkan, bertemu dan berpisah, menerima dan menolak.Dalam setiap peristiwa, orang yang bertaubat selalu memperoleh pelajaran berharga. Maka, ketika merpati berkicau, ketika ayam berkokok, ia meratapi kesalahan-kesalahan nya, ketika kilat berkilau, ia gementar, ...Apakah kita sudah bertaubat dan merasai perasaan sepertinya.. ..
Semoga kita tergolong alam golongan yang sentiasa bertaubat kepada Rabbnya.

Saturday, November 17, 2007

taklif itu cabaran



Taklif itu satu cabaran


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakan dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya”
Al-baqarah :286


Setelah beberapa minggu memikul amanah yang diberikan,rasanya terbongkar jua apa yg terbuku dihati..ringan dirasa..hampir2 tak tertahan..namun selalu dipujuk hati kecil ini agar menerima segala ujian,cabaran dan amanah dengan redha dan jalankannya agar menjadi ibadah disisinya..Apalah nak dibandingkan sgt apa yg ku pikul ini berbanding sahabat2 yang lain yg jauh lebih mantap tapi masih mampu memaintainkan antara keperluan D&T, persatuan dan akademik..Alhamdulillah mungkin jua dengan Kursus kepimpinan yang telah diadakan ini adalah yang pertama selepas diriku bergelar mahasiswa..Kau memang mengetahui apa yang hatiku inginkan..

Mmm..teringat waktu lepas SPM bagai belangkas tak pernah nak duduk umah ke sana ke mari..Namun menjejaki intec dan ardu kinanah..gerak kerja ku kian perlahan ditelan masa..Lama dah rasanya tinggalkan..Oh tuhan pimpinlah hambaMu ini..Namun akan ku ingat pesanan insan2 yang sentiasa ingatkan diriku ++ kerja untuk islam ni tak perlukan pangkat & tittle baru kita nak bergerak..walaupun orang tak kenal biarlah amal kita berjalan..kerna amal islami itu Dia yang mengadili & mengetahui++itulah yang aku pegang bila tiba di bumi penuh tribulasi ini..Kerna itulah blog ini wujud di alam maya ini..walau hanya sikit yang mampu aku kongsikan…mmm..dan semua tanpa ku sedari suasana telah merubah segalanya..aku sedar..tak selayaknya aku dipilih…Ampunkan ku Ya Allah atas detikan hati sebegini..kerna..siapalah aku dibumi kecil ini..

Aku bagaikan tersedar dari lamunan apabila sesi abg Muhaimin bermula..tajuk yang dikupaskan sgt menarik iaitu kepimpinan menurut kaca mata Islam..Agak luas sebenarnya skop perbincangan ini namun abg Muhaimin berjaya menyampainya dgn baik sekali..terngiang-ngiang lagi apa yang disampaikan’bila dah pegang tampuk pimpinan dalam persatuan ni bukanlah satu aset yang patut dibanggakan patutnya kita sedar bahawa tanggungjawab yang digalas adalah besar, ia bakal disoal”…Moga Allah pelihara niatku dan gerak kerjaku..Moga dipermudahkan dan dibuka jalan untuk bekerja kerna ini dunia baru dalam hidupku kerna ia tak pernah sama dengan mereka yg sll bersamaku..Harapnya sahabat2 dan warga tibbians sanggup membantu..dengan iringan doa dan nasihat serta kritikan yg membina..

Akhirul kalam…usaha dakwah dan kepimpinan ini memerlukan persiapan diri.Antaranya ilmu yang mantap,ikhlas,sabar,kasih sayang dan amalan yang seiring kerana ia membantu kearah memantapkan takwa.

Buat kak nawar,kak una dan huda moga antum lebih tabah memikul tanggungjawab..Jagalah Allah..Allah akan menjagaMu..Kongsilah tangisan,gembiramu,dan resah mu agar kehangatan ukhwah kian mekar..Buat kiena dan nienah serta teman2..Moga sentiasa ceria dgn rahmatNya dan Allah tahu apa yg hatimu detikkan..sama2 pahatkan Allah di hati..Pastinya tawamu..dukamu dlm rangka meningkatkan iman..

Sunday, November 11, 2007

Inni akhafullah


~Inni akhafullah~
Sinar_islami
30 oct 2007+5.00am

~Allah The Only One we need~

Risalah kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah telah melahirkan satu generasi manusia, generasi sahabat Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam, Ridwanullahi alaihim, iaitu satu generasi yang paling istimewa dalam sejarah Islam sendiri dan sejarah kemanusiaan keseluruhannya. Generasi itu tidak pernah muncul dan timbul lagi sesudah itu, walaupun terdapat juga beberapa peribadi dan tokoh tertentu di sepanjang sejarah, tetapi tidaklah lahir satu golongan besar manusia, di satu tempat yang tertentu, seperti yang telah muncul di zaman Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam. Merekalah generasi yang sentiasa takutkan Allah dan sentiasa ‘merelatekan’ sekeliling mereka dengan hakikat perhambaan yang tinggi kepada Allah.Lihat sahaja pada bilal yang mempertahankan akidahnya ari di nodai.Maka keperibadian ini yang harus kita contohi dan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi wassalam adalah sebaik-baik khudwah hasanah.

Syuur “Aku takutkan Allah” itu seharusnya menjadi perasaan yang sudah sebati dan senantiasa menjalar dalam diri kita sebagai seorang muslim mukmin yang mengaku dirinya beriman di atas risalah ini.Andai kita kupaskan kembali sirah Rasulullah ‘Peribadi agung sepanjang zaman ini’ kita juga dapat lihat baginda sendiri mempamerkan sifat khauf ini dalam dirinya.Dalam situasi tertentu baginda pernah berkata:

"Akulah orang yang paling takut pada Allah dari kalangan kamu "

Orang yang takutkan Allah ini bersih jiwa dan nuraninya serta matanya sentiasa menangis memikirnya dirinya disisi Allah.Layakkah dirinya syurga dan beranikah dirinya menempah tiket ke neraka yang dasyat itu.Rasulullah juga pernah berdoa:

“Ya Allah.kurniakanlah kepadaku dua biji mata yang mudah mengalirkan air mata, yang dapat menyembuhkan hati dengan linangan air matanya kerana takut kepadaMu(Perkenankanlah permohonanku,ya Allah)sebelum mengalir air mata darah)”

Justeru,apa kelebihan mereka yang takutkan Allah ini??Hingga darjat mereka ini dia angkat dan dimuliakan Allah.Jika ingin mencari buktinya..nahh..Rasullah sendiri sebaik-baik khudwah.Keperibadian Rasullah itulah hasil dari takutkan Allah.Namun kita sebagai insan biasa kebiasaannya kita suka lupa diri..suka merasa diri mulia.Inilah yang harus di perbaiki dan di muhasabahkan.

Orang yang takutkan Allah akan sentiasa menjaga perilakunya agar dirinya tidak menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri .Jika betullah dirinya wujud sifat khauf yang sebenar-benarnya Allah lah yang pantas dia patuh dan dia sangat takut untuk engkar pada setiap perintah Allah untuk menghindari murkaNya.mmm…Maka gambarkan sahaja akhlak dan kesuciaan jiwanya.pasti Allah sangat menyayanginya dan syurga pasti dalam genggamannya.

Orang yang benar-benar takutkan Allah juga lidahnya tidak pernah kelu untuk sampaikan kebenaran dan dirinya tidak takut pada musuh kerna terbitnya dalam dirinya wa’yul islami(kesedaran islam) dan semangat juang yang tinggi.Dia merasakan dirinya tidak bakal diapa-apakan hanya sanya ia bakal terjadi dengan izin Allah.Justeru apa yang perlu ditakutkan kepada manusia.Manusia tidak dapat mengapa-apakan dirinya melainkan dengan izin Allah..itu lah yang dia yakini..

Ibnu Abbas Radiyallahu ‘anhum pada suatu ketika ditanya tentang siapakah orang-orang yang takut kepada Allah.Beliau menjawab,”Mereka ialah orang-orang yang gembira hatinya dengan rasa takut.Mata mereka sentiasa basah berlinang .”Mereka berkata,”Bagaimana kita boleh bersukaria sedangkan maut d ibelakang kita dan kubur di hadapan kita.Qiamat hari perjanjian kita bertemu.Jalan kita menghala ke neraka.Tidak berapa lama lagi kita akan diadili di hadapan Tuhan kita!”

Akhirul kalam, sama-sama kita realisasikan laungan seperti dalam firman ini dan bukan hanya sahaja meniti di bibir kita ketika solah.Sama-sama banyakkan menangis memohon keampunan kerna setiap detik kehidupan kita pasti ada sahaja dosa yang mengiringi.
Firman Allah S.W.T.:Terjemahannya:-

" Katakanlah; sesungguhnya solahku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah seluruh alam. Tiada sekutu baginya dan demikian itulah disuruh dan aku orang-orang Islam yang pertama. "