BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 05, 2022

05 Januari 2022

...Allah is alwayz with us...


Dialah yang selayaknya di puji..
CiptaanNya hebat sekali..
Kewujudan kita di dunia juga atas izinNya..
Berkelanalah kita atas pinjamanNya.. 
Alhamdulillah sudah mengharungi 34 tahun perjalanan dunia..
Entah berapa jangka hayat berbaki..
Kejayaan dan kemudahan sebenarnya sudah banyak Allah beri.. 
Namun masih ingin terus mengecapi kenikmatan untuk terus berusaha dan berbakti.. 
Agar dapat menyumbang untuk keluarga, masyarakat dan Ummah..

Alhamdulillah.. Sapphire to Emerald
Towards ๐Ÿ’Ž InsyaAllah 
Dan semoga ada juga segulung sijil lagi. 



Terima kasih Ummi Lek memimpin tanggan kecil dari besar begini.. 
Terima kasih suami menyambung legasi..
Terima kasih Ibu Abah banyak membantu..
Terima kasih Cik Dah seekeluarga, keluarga besar dan sahabat semua yang banyak mendoakan dan hulurkan bantuan juga..

Maafkan salah silap.
Kosong-kosong.. 

Untuk Abang, Nuha, Iman, Hana... 
Kita melangkah lagi bersama..





Rabbi yassir, wala tu'assir..

Semoga impian kami tercapai.. Go ๐Ÿ’Ž 2023
Tercapai impian untuk mudah beribadah, persediaan pencen, berlegasi sebelum 2025.

#ringankanbeban
#beratkanamalan
#syurgatempatbertenang
#shadansemuakesyurga
#ameen

Syafakillah Hana

Ujian lagi.. 31.12.2021
Hari oncall beralih ke anak lagi.
Bonding Time dengan Hana di malam tahun baru..

Semoga Allah  mudahkan urusan kali ini.
Sihatkan Hana pula. Terjatuh, luka di belakang kepala.




Semoga kami sekeluarga juga terus sihat, dipelihara dari bahaya, tetap sabar apa jua menimpa.. Paling penting kekal dalam iman dan taqwa hingga hujung nyawa. Ameen. 

Ujian RTK Ag Covid Alhamdulillah negative.
Masuklah kita  hotel 5 bintang untuk rawatan Hana pula. 

Menunggu doktor pakar round
Sangat selesa untuk pesakit dan penjaga. 



Suka dapat jumpa Papa. Masuk pun malam jadi kelaparan. Syukur Papa hantar bantuan. 

Hana pun kuat. Lebih tenang. 
Walaupun belum berjahit. Masih ingin berjalan. Apatah lagi semangat ketika mendapat kasut baru dan makanan di malam hari. 


Malamnya sahaja Hana kerap terjaga. Tersalah tidur, terasa sakit agakbya apabila tidur menekan kawasan luka. Bandage pun tercabut juga. Ubat pun dimasukkan di tangan kecilnya. Alhamdulillah bangun pagi esoknya 01.01.2021 pun mudah. Masih mampu tersenyum. 


Saling memberi semangat

Are you ready? 



Berjahitlah belakang kepala Hana ketika ditidurkan, dalam juga lukanya.. dua lapisan 6 jahitan. Vicryl 4.0 dan Daflon 4.0 digunakan.

Ketiduran selepas berceloteh.. 

Alhamdulillah, lepas masuk OT sudah boleh makan.. 





 Alhamdulillah semua urusan dimudahkan. 24 jam di hospital tiada kesan sampingan. Kami minta pulang awal untuk pengawasan di rumah pula. 

Friday, December 10, 2021

Syafakillah Nuha sayang.

Alhamdulillah di atas nikmat Iman dan Islam yang Allah beri. Syukur atas nikmat sihat yang Allah pinjamkan.. 





Syukur juga dapat sarapan bodykey MR pagi ni. 
Alhamdulillah. Cik Na, Iman Hana tolong carikan barang-barang untuk Bunda dan Nuha. Alhamdulillah boleh diharap ni untuk emergency packing. ๐Ÿ‘




Alkisah dengan ini jugalah menjadi penyelamat untuk semalam. Detik bersejarah 09.12.2021. Seharian tak menjamah makanan. Sarapan dengan bodykey, kemudian clerking kes, sampling, update linelisting, followup kes covid di rumah, clerking kes baru covid. Refer kepada FMS. 




Balik kita ambil Hana di rumah Cik Dah, ambil Nuha dan Iman di tempat mengaji. Walaupun Nuha Iman sudah buka payung mahu jalan kaki pulang. Sempat Bunda sampai. Kemudian, singgah rumah sekejap ambil barang untuk cod. Setempat sahaja, kerana yang lain kiv. Langsung balik ke rumah solah asar, dan siap siap mahu keluar makan. 

Nuha Iman main diluar sambil dipantau Papa. Hukuman main di depan rumah sahaja sudah dua hari, jadi tidaklah mereka berbasikal jauh. Risau kan. Kali ini mereka main kejar kejar. Basikal sedang Papa baiki. 

Sedang Bunda kunci pintu, terdengar Papa menjerit Allahuakbar dan bunyi benda dilanggar.. Bunda membelakangi kejadian kerana sedang kunci pintu. Allahu.. Menjerit juga kita. Berdebar siapa yang kena langgar. 

Tup tup Nuha. Allahu. 

Perut nak diisi? Ke laut sudah. Nuha diutamakan. Kaki Nuha tergilis, kaki kiri masih tersekat dibawah kereta. Kereta direverse barulah boleh dibawa keluar kaki kirinya. Mencucur darah. 

Nuha, Allah uji kakinya luka teruk.. Astaghfirullah. Kenal pasti bahagian lain selamat. Segera saya angkat ke laman rumah. Darah merata-rata, tak berhenti. Syukur masih ada alatan bandage di rumah. Papa balut. Segera dikejarkan ke hospital. Pakar mudahkan urusan, dan dapatlah Insuran kesihatan kami gunakan. 

Sebelum xray.. 

Bunda menunggu Nuha di OT

Alhamdulillah.. Selamat semuanya.. 



Paranoid mana pun kita tentang keselamatan, dekat mana pun kita pantau, sejauh mana kita larang. Setaat mana Nuha dan adik-adik juga tidak bermain jauh petang ini.. Jadi juga depan mata. Astaghfirullah.. Kena tambah lagi keterikatan dengan Dia. 

Nak dijadikan cerita. Semuanya sepantas kilat. Muhasabah untuk kami dan penambahbaikan perlu kami segerakan. 





Kemalangan bukanlah dalam jangkauan kita.
Cuma muhasabah dan penambahbaikan perlu kami lakukan, agar emosi semua pihak dipenuhi dan seimbang..

Terima kasih keluarga dan sahabat yang membantu dan mendoakan. 

Sambung oncall di 'hotel lima bintang'.
Alhamdulillah.. Semua selamat. Terima kasih yang mendoakan kesihatan Nuha. Semoga Allah beri kebaikan dan keimanan pada kita semua. 

Take care semua. Cuti sekolah bermula.
Jaga kesihatan. Jaga keselamatan.
Jika diuji, cari jawapan di tempat yang Allah tempatkan ilmuan dan kepakaran. 

Semoga Allah pelihara kita semua. Sihat hendaknya. Ditingkatkan iman dan taqwa untuk berhimpun semuanya di Jannah sana...




Semoga Allah pelihara kita selalu. Ameen..

Beringatlah kita yang membawa kereta dan yang memantau mereka walaupun di perkarangan rumah sendiri. 




Monday, April 12, 2021

Ramadhan Kareem 1442H-2021M

Masa terus berlalu, hari demi hari..
Bulan demi bulan..

Direnung kembali kalimah agung..

ูŠَุง ุฃَูŠُّู‡َุง ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุขู…َู†ُูˆุง ูƒُุชِุจَ ุนَู„َูŠْูƒُู…ُ ุงู„ุตِّูŠَุงู…ُ ูƒَู…َุง ูƒُุชِุจَ ุนَู„َู‰ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ู…ِู†ْ ู‚َุจْู„ِูƒُู…ْ ู„َุนَู„َّูƒُู…ْ ุชَุชَّู‚ُูˆู†َ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (Al-Baqarah : 183)

Alhamdulillah bulan dinanti sudah tiba.
Hadirnya dirai, ibadah berganda.
Perbaiki diri, mardhatillah dicari.
Doa dan harapan, insan Rabbani.
Kerana RahmatNya kita kehendaki.
Husnul khatimah dambaan kini.

Ramadhan Kareem ya isdiqa-i!



Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun yang pernah kita lalui ๐Ÿ’..


Sunday, April 04, 2021

Nak jadi orang baik!

Jadi orang baik..
Itulah kan sebenarnya impian semua orang. 

Kayangan sangatkah impian nak menjadi baik..
Memang la sebab ganjaran orang baik itu syurga, indah yang tak terkhabar indahnya. 

Fitrah manusia tu sebenarnya baik..
Dia dicorakkan oleh ibubapa, kawan, persekitaran.

Cuma musuh tersembunyi akan ada..
Nafsu sendiri
Orang berdekatan
Persekitaran

Jadi bila musuh mendominasi, kebaikan pun menjauhkan diri..

Struggle is real..

Nak jadi muslim dan muslimah ada cabaran
Nak jadi anak soleh dan solehah ada cabaran
Nak jadi suami isteri yang baik ada cabaran
Nak jadi ibubapa mithali ada cabaran
Nak jadi rakan yang baik ada cabaran
Nak jadi bos, pakar khudwah hasanah ada cabaran
Nak jadi pekerja yang jujur, amanah ada cabaran

Ramai kita lihat dulunya baik bertukar 45 darjah, 90, 180 hatta 360 darjah.

Ya.. Mungkin kelihatan dia berjaya memiliki status kejayaan, tapi kebaikannya hilang..

Berapa ramai yang dulunya di bawah, baik orangnya, bila atasan sudah tajam taringnya.. Bukanlah Harimau Malaya yang kita banggakan. 

Kerana itu, memilih sesuatu untuk kehidupan..
Pentingnya lihat siapa 'penyokong kita', suasana yang akan sambut kita..

Adakah kita menongkah arus, mampukah kita bawa kebaikan..
Larutkah kita dalam arus?
Jika hanyut, mengapa teruskan.. 

Jika mampu silakan, pegang panduan. Pasakkan keyakinan dengan Al-Quran, Hadith.. Cari sahabat baik.. Jangan lupa diri. Jadilah orang baik-baik dalam pekerjaan.

Wednesday, March 03, 2021

Vaksin Covid Dos Pertamaku

Alhamdulillah untuk hari ini.
Semua nak sihat kan. Kami pun nak juga.

Hari ni hari saya menerima vaksin Covid-19 dos pertama. Alhamdulillah masih sihat. 




Nak elak dari mendekati yang sakit bukanlah pilihan kami. Kerana itu kerja kami. Jadi inilah antara langkah penjagaan diri di kala darurat wabak ini. 

Doakan lebih ramai frontliners dan semua rakyat Malaysia diberi vaksin. 

Ini usaha mencegah dan mengawal penularan..
Semoga Allah pandang usaha ini dan lindungi kita dari wabak Covid. Ameen.


Friday, July 17, 2020

Sanah Helwah Hana

...Allah is alwayz with us...

Sanah Helwah Iman

...Allah is alwayz with us...

Kami doakan Iman menjadi anak solehah, muslehah dan berjaya dunia akhirat.

Sunday, June 14, 2020

Kita Semua Frontliners

...Allah is alwayz with us... Kita usaha jaga kita semua..

Masa terlalu singkat. Namun harapan masih ada. Cahaya akan muncul jua. Mari terus menjaga..
Kita semua ada keluarga kan.. Jadi jagalah.. Bunda pun ada keluarga.

Alam mendamaikan..

...Allah is alwayz with us... Mencari kedamaian..

Sanah Helwah Nuha

Alhamdulillah. 09.06.2020 Cahaya mata pertama sudah 7 tahun usianya.

Doakan menjadi anak solehah dan muslehah.. Membantu ummah di masa kini dan hadapan.. InsyaAllah syurga tempat kami kembali.

Sunday, May 03, 2020

Mini Burn Cheese Cake

Alkisah ada yang teringin. Jadi diusahakan la barang dan Bunda pun masak lah. Nak test power air fryer membaking. Selalu kami air fryer untuk bahan yang nak digoreng. Ok. Terimalah kek pertama di dalam air fryer. Syukur ada kertas comel roti. Loyang kita muat. ✨Mini Burn Cheese Cake✨ Cream Cheese 225g (dikeluarkan awal dari peti supaya lembut) Gula Kastor 70g 1 biji kuning telur 2 biji telur penuh 1 sudu kecil esen vanila 115g whiping cream 1 sudu besar tepung naik sendiri/kek ditapis terus ke dalam bekas (saya guna tepung blue key) Satukan semua bahan di dalam bekas mengikut turutan yang ditulis. Gaulkan setiap bahan selepas ditambah bahan baru. Pastikan kacau/whist hingga sebati. Nak blend pun boleh๐Ÿค—

Acuan boleh dimasukkan ke dalam loyang saiz 6 inci atau kertas roti kecil untuk digunakan dalam air fryer Nak bakar guna oven boleh. 200 darjah selama 50 minit. Boleh la kome kurangkan ke masa kalau tal suka nampak hangit terlajak. Tapi nama pun burn cake kak☺️ Saya bakar guna Twin Turbo Star Philips Air Fryer dengan suhu 180 darjah selama 20 min. Saya pun buat acah acah brown je. Kalau hitam sangat anak saya tak makan atas tu, dipisahkana pula. Alhamdulillah.. Lepas berbuka puasa, licin semua kek๐Ÿ˜‚ sikit pun anak tak tinggalkan.

Saturday, March 28, 2020

Covid 19 : Wabak Baru Untuk Ditangani Bukan Disalahi.

Mercov? Nipah? SARS? Covid19? Dari mana dan siapa la tukang sebar ni kan? Tujuan mencari tahu untuk mencari solusi. Kita contact tracing untuk masalahah umum. Wabak ni Allah nak bagi kita belajar, belajar untuk tangani masalah bukan maki hamun. Biarlah dirancang, atau muncul tiba-tiba, apa kesannya untuk langkah awal ini? Yang sihat pasti tak mahu dijangkiti dan mati kan? Orang jiwa besar, lihat peluang dan usaha mencegah, membendung dan merawat. Merasai hikmah di sebalik dijangkiti dan berbuat baik ketika masih sempat. Orang jiwa kecil, mencari salah sambil senam jari. Kalau dijangkiti, rasa salah orang bukan diri, lepas tu tak kisah tolong sebar sana sini. Datang klinik cerita pun belit sana sini. Ketika inilah kita boleh lihat bukan salah bangsa, bukan salah agama.. Tapi individualistik dan ketuhanan egois yang mengakar dalam diri. Kalau kita asyik salahkan orang.. Budak lagi bijak bertanya soalan.. 'Covid19 ni Allah yang jadikan ke?' Siapa boleh jawab? Nah, dari jawapan itu kita akan lebih berhati-hati menyentuh sebarang isu. Tak perlu lebih agama dan lebih melayu untuk isu ini. Cukuplah jadi manusia yang berperikemanusiaan. Apa yang dah kita buat untuk Covid19?

Tuesday, March 17, 2020

Covid 19 : Nak balik kampung?

๐ŸŽ‰Isu pulang kampung. Adik kau macam mana?๐ŸŽ‰ Sekarang dunia sedang dilanda wabak Covid 19. Sudah pandemik. Di Malaysia sahaja sudah 673 dijangkiti dan sudah 2 kematian dilaporkan. Alhamdulillah kerajaan sudah mengumumkan Restriction Movement Order semalam. Kesannnya sudah nampak hari ini. Bila umum tentang cuti, saya terus fikirkan penjagaan anak-anak ketika bekerja dan adik-adik saya yang tinggal di kampus. Alhamdulillah pengasuh selesai. Semoga beliau diberi kesihatan untuk membantu kami. Sejurus pengumuman semalam memang banyak impaknya. Ada yang suka, ada yang berduka, ada yang gelisah mengatur kehidupan. Saya tahu kita semua panas tentang isu perkumpulan sosial. Jadi arahan itu untuk kawal perkumpulan. Boleh dijangka dari awal lagi akan ada panic buying tapi ramai lupa tentang panic traveling. Kesal dengan sikap netizen yang terlampau menyalahkan kerana mereka menyama ratakan. Contoh isu shopping, ada yang memang betul panic buying (yang ni betul kita kena sedarkan) , tapi mungkin juga ada yang memang kehabisan keperluan. Jadi tune kita mendidik tu biar kena. Ok berbalik pada isu traveling. Ada banyak sebab orang travel. Jadi ada baiknya bertanya sebelum bersangka. Saya ada 3 adik yang masih berada di kampus di selatan Malaysia dan ada yang sedang attachment di salah sebuah hospital kampus di pantai timur. Nah yang di pantai timur, pihak mereka lebih awal umum umketiadaan kuliah. Jadi senanglah perancangan dibuat, beliau pulang bersama rakan menaiki kereta persendirian atas keizinan ayah. Pertama kali beliau diizinkan memandu ke Terengganu. Selalunya memang menaiki bas. Jadi dapatlah berteduh di rumah kami sejak kelmarin hinggalah dipanggil semula oleh pihak Uni. Yang 2 orang lagi baru tahu semalam selepas mengumuman PM kita. Nah seorang di Shah Alam, jadi senang sahaja, dekat dengan Puchong. Boleh la dijemput. Tapi yang di Melaka, apa pilihan? Mungkin bas, mungkin juga terpaksa di jemput pulang.. Jadi melihat status kawan2 menghentam tentang kesesakan di terminal bas kena lihat dari skop yang besar. Ya senang virus tersebar, tapi apa pilihan mereka.. Bayangkan itu adik-adik kita. Takkan kita nak biarkan dia di kampus sedangkan kampus tutup. Bukan semua orang di stesen bas suka suka nak balik. Terpaksa. ๐Ÿค”Netizen boleh bagi kesedaran tapi bagilah cadangan bernas untuk golongan terpaksa pulang. Jadi saranannya. Untuk lebih bersiap siaga. Saya cadangkan pihak Uni sendiri atur pergerakan untuk pulang. Bas persendirian mengikut negeri ke, daftarkan perjalanan mereka. Jadi senang saringan kesihatan dibuat sekiranya terdapat perkara yang tak diingini. Dan senang la polis bawa keluar surat kuasa ikut universiti. Ni tak logik setiap individu nak dapatkan surat kuasa dalam masa satu hari. Mass gathering pula di Balai๐Ÿ˜ฌ Bukan semua orang ada kereta boleh ke hulu ke hilir. Nak jalan ke luar kampus jalan kaki pun boleh mengah dan basah macam pakai PPE. Cubit peha adik, peha kakak kau ni pun terasa. Aku pun pernah kena evacuate.. Siap kena catu makanan. ๐Ÿ˜ญ Jadi pengumuman semalam ada yang gembira akan cuti di rumah tapi ada orang fikir macam mana nak sampai rumah. Dan kita? Tolong komen sahaja ๐Ÿ˜

Sunday, January 05, 2020

32 tahun rentas masa, 2020 ketemu jua

Januari hadir, raikan bersama. Tahun 2020, akhir tiba, Usia beranjak,amanahnya ada, Muhasabah diri, biar tak lupa, Dunia ini, ladang sahaja.. Usaha,keringat, niat diambil kira.. Hasilnya dituai di akhirat SANA Siapkah bekal wahai hamba.. Perjalanan dunia akan ada hentinya.. Untuk diri, 32 tahun berkelana.. Ilmu yang ada setitik cuma.. Entah sampai bila, peluang diberiNya.. Sanah Helwah, ingatan buat diri yang alpa..

Friday, November 08, 2019

Kita Hebat

Semua orang hebat..
Cuma lalai dan leka membatasi potensi diri..
Usaha kena lebat..
Kena koreksi diri sendiri.. 
Menyucikan hati menjadi muslim mukmin sejati..

Kerana keajaiban itu ada, pada diri Mukmin.. Ya walaupun tanpa kita sedari.. 



Ayuh kita koreksi diri dan hayati hadith ini.. 

Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”
(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2999)

 

Matan hadith :

ุนَู†ْ ุตُู‡َูŠْุจٍ ู‚َุงู„َู‚َุงู„َ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ุนَุฌَุจًุง ู„ِุฃَู…ْุฑِ ุงู„ْู…ُุคْู…ِู†ِ ุฅِู†َّ ุฃَู…ْุฑَู‡ُ ูƒُู„َّู‡ُ ุฎَูŠْุฑٌ ูˆَู„َูŠْุณَ ุฐَุงูƒَ ู„ِุฃَุญَุฏٍ ุฅِู„َّุง ู„ِู„ْู…ُุคْู…ِู†ِ ุฅِู†ْ ุฃَุตَุงุจَุชْู‡ُ ุณَุฑَّุงุกُ ุดَูƒَุฑَ ูَูƒَุงู†َ ุฎَูŠْุฑًุง ู„َู‡ُ ูˆَุฅِู†ْ ุฃَุตَุงุจَุชْู‡ُ ุถَุฑَّุงุกُ ุตَุจَุฑَ ูَูƒَุงู†َ ุฎَูŠْุฑًุง ู„َู‡ُ

]ุตุญูŠุญ ู…ุณู„ู… , ูƒِุชَุงุจ ุงู„ุฒُّู‡ْุฏِ ูˆَุงู„ุฑَّู‚َุงุฆِู‚ِ , ุจَุงุจ " ุงู„ْู…ُุคْู…ِู†ُ ุฃَู…ْุฑُู‡ُ ูƒُู„ُّู‡ُ ุฎَูŠْุฑٌ ", ุญุฏูŠุซ ุฑู‚ู… 2999[


Semoga diri ini hebat dan pembaca yang dirai. 

Salam Perkenalan Pattani

Assalamualaikum.

Alhamdulillah selesai Ziarah Ringkas ke Pattani. Saya rasa ini mungkin permulaan. Ibarat salam perkenalan. InsyaAllah akan ada lagi siri lawatan seterusnya.

Hari Pertama

Saya bertolak bersama Ayah Mertua, Suami, adik ipar dan anak-anak. Alhamdulillah sudah 3 orang puteri Allah kurniakan. 

Bertolak kira-kira pukul 9 pagi dari Marang Terengganu dengan menaiki kereta. Kami melalui Jalan tengah dari setiu, Machang ke Rantau Panjang. Di situ sempadan Sungai Golok. Sampai di Pattani pukul 4 petang.

Sepanjang laluan banyak pos kawalan, roadblock, bunker, siap kawat berduri..

Di Pattani kami menginap di CS Pattani Hotel. Alhamdulillah rezeki merasa bilik yang cukup selesa selama di sana.

Sebaik sahaja sampai, kami berehat sebentar. Kemudian pusing-pusing bandar untuk melihat secara kasar kehidupan di sini. 

Alhamdulillah masih ramai Muslim di sini. Cuma kehidupan mereka dikawal. Hampir setiap tiang lampu di bandar pun ber cctv. Ada sahaja tentera yang sedia menjaga di beberapa pos tertentu.

Saturday, January 05, 2019

5 Januari

...Allah is alwayz with us... 

5 hari di tahun baru adalah hari penting untuk saya mengingati pengorbanan Ummi dan Lek saya. Alhamdulillah sudah 31 tahun saya melihat dunia. Lek dan Ummi juga sihat dan gembira dengan kehidupan yang tiada checkin dan checkout.

Alhamdulillah tahun 2019 menyaksikan banyak perubahan dari tahun 2018.

Keluarga kecil sudah bertambah. Dikurniakan 3 puteri comel dan solehah. Alhamdulillah semua sihat dan sedang menikmati fasa-fasa tumbesaran mengikut umur masing-masing.

Kami sekarang selesa di Terengganu. Saya dan suami masih bekerja di bidang perubatan.

Wednesday, May 16, 2018

Ramadhan Kareem 1439H

*MARHABAN YA RAMADHAN*

```Ramadhan is coming..
Syaitan is crying..
Malaikat is waiting..
Syurga is opening..
Neraka is closing..```

*R* ๐ŸŒ™ _Remember
*A* ๐ŸŒ™ _Allah
*M*๐ŸŒ™ _Morning
*A* ๐ŸŒ™ _Afternoon
*D* ๐ŸŒ™ _Day
*A* ๐ŸŒ™ _And
*N* ๐ŸŒ™ _Night

Semoga Ramadhan tahun ini bukan Ramadhan yang terakhir untuk kita. Semoga dapat mengecapi nikmatnya ibadah di bulan mulia ini.

Aamiin...

Di kesempatan ini,
Saya dengan rasa rendah diri,
Setulus ikhlas daripada hati ke hati,
Memohon maaf sepuluh jari,
Kiranya ada salah silap selama ini,
Sama ada yang disedari mahupun tanpa disedari..

Semoga puasa, amalan, ibadah serta munajat muslimin muslimat semua diberkati serta dirahmati Allah swt.
In shaa Allah, aamiin ya Rabbal'aalamiin..


Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.

Sunday, February 04, 2018

❤Madah Hati, Buat Habibi❤


Memburu cinta penuh mujahadah,
Diuji bukannya susah.
Asal jangan berpaling tadah,
Pasangan gembira tidak resah.

Hadirnya ikatan, dengan izinNya,
Dari tunangan, nikah jua.
6 tahun dengan izinNya,
Hingga Jannah kami setia.

Bunga segar memikat hati,
Menyubur cinta tak bersegi.
Terima kasih kekasih hati,
Lain kali beri lagi.



Ahha.. Penutup ni lain sekali..

Andai ada salah di mata,
Jangan simpan di dalam hati.
Andai cinta getarnya tiada,
Petiklah talinya di dalam hati.
Biar jatuh cinta berkali-kali,
Dibangunkan rindu dan cinta setiap saat dan hari.

๐Ÿ˜‰

#happy6thanniversary
#yaAllahberkatikami
#anakanaktandaikatanhati