BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 01, 2006

UkWah menurut Hasan Al-Banna

Ukhwah menurut Imam Hasan Al-Banna

..setiap kesulitan pasti ada kemudahan..

Hasan Al Banna ada menegaskan bahawa terdapat jurang yang jauh di antara hakikat ukhuwwah yang ada pada sahabat-sahabat Rasulullah dengan generasi-generasi yang lain. Walaupun sedemikian, kita tetap berusaha agar hakikat ukhuwwah yang lahir dalam generasi pertama itu dapat menjadi kenyataan dalam realiti kini.

Hassan Al Banna meletakkan ukhuwwah sebagai salah daripada rukun bai'ah. Menurut Hasan Al Banna yang dimaksudkan dengan ukhuwwah ialah ikatan hati dan roh yang diikatkan dengan ikatan aqidah. Aqidahlah satu-satunya ikatan yang paling kukuh dan paling bermutu. Ukhuwwah yang sebenarnya ialah ukhuwwah iman.

"Hanyasanya orang mukmin itu bersaudara". Hakikat ini perlulah lahir betul-betul. Dan pecah belah adalah saudara kepada kekufuran. Ukhuwwah iman inilah akan lahir kekuatan wehdah atau kekuatan penyatuan. Tiada wehdah tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling minima wujud dengan adanya salamatul sadr. Kasih sayang maksima ialah dengan mengutamakan sahabat.

Barang siapa yang dapat mengelakkan kebakhilan diri atau mementingkan diri, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

Amilin yang sebenarnya akan melihat saudaranya lebih penting daripada dirinya sendiri. Padanya, kiranya dia tidak bersama rakan-rakan seperjuangannya maka dia tidak boleh bersama-sama dengan orang lain.

Tidak seharusnya ada sekatan atau penghalang dalam hubungan antara para amilin amal Islami. Kita bersatu tidak ada kepentingan lain kecuali kepentingan Islam, lillah fillah. Kita bekerjasama kerana matlamat yang sama dan berdasarkan aqidah yang sama. Persahabatan sebegini bersih. Jangan kita kotorkan ia, demi mengejar matlamat mardhatillah.

0 comments: