BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 04, 2006

Perlunya Akidah Yang jELas DaLam DiRi


PerLunya Akidah Yang jELas Dalam DiRi

Berpegang dengan aqidah yang benar lagi murni adalah syarat pertama bagi seseorang yang mengaku dirinya beragama Islam dan pastinya perlu menjadikan Islam sebagai deen atau cara hidupnya
[1].Justeru pegangan tersebut mestilah selari dengan dengan apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-sunnah. Di antara keistimewaan aqidah suci ini, ialah kerana ianya diwarisi daripada Rasullah, para sahabat dan angkatan salafus-soleh serta para penyampai agama yang telah diakui kebaikan, kebaktian serta ketakwaan mereka oleh Rabb Yang Maha Penyayang.

Selain itu, Aqidah Islamiyah merupakan pentafsiran yang menyeluruh tentang kewujudan dan kehidupan manusia. Inilah rupa bentuk aqidah yang mesti disebatikan dalam jiwa manusia. Apabila hakikat ini jelas dan pentafsirannya ditegakkan dalam jiwa manusia,maka hati mereka akan bersih dari daripada seluruh kepalsuan dan kekotoran.Justeru konsep aqidah ini sekaligus menolak segala bentuk jahiliyah sama ada berupa nilai atau pemikiran.

Apabila manusia membebaskan diri dan hatinya daripada beriman kepada yang lain kecuali kepada Allah Yang Maha Esa serta berpegang teguh dengannya,manusia itu akan bebas daripada sebarang bentuk konkongan ideologi lain.
Pemikirannya akan hanya tertumpu pada Allah Taala dan akan lenyaplah segala kekeliruan dan kekacauan yang menyesatkan manusia.



[1]Apa Erti Saya Menganut Islam, Fathi Yakan, KL, Dewan Pustaka Fajar,1992/1993,ms 15 cetakan kedua

0 comments: