ukhwah fillah
Ya Allah, menjelanglah kini malam ciptaan-Mu,
beredarlah sudah siang-Mu,
inilah keluhan suara dan permintaan dari hamba-Mu maka oleh itu ampunkanlah daku.
Ya Allah Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Ya Allah Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
maka eretkanlah ya Allah akan ikatannya.
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini.
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalan-Mu yang sebenar.
Penuhkan hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu
Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu.
Jika engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama-Mu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.
Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.Amin, Ya Rabbal 'Aalamiin.
Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.Amin, Ya Rabbal 'Aalamiin.
0 comments:
Post a Comment