::Tanpanmu tiadalah sinar islami kan menyerlah di muka bumi
andai diri leka mendamba cinta insani
ketuk lah pintu hati moga cinta pada baginda lebih dahulu bersemi..
dan pastinya cinta Illahi cinta hakiki::
Malu rasanya mengatakan cinta...
kepada dia kekasih Allah,
Kerana dirinya insan mulia
sedangkan diriku insan biasa...
ku pujuk jua hati dan jiwa
meluahkan rasa cinta membara
dalam pujian ucapan selawat
tanda keikhlasan seorang umat
selagi upaya..kuturuti ajarannya
apa terdaya kuamalkan sunnahnya
moga di dunia mendapat berkat...
di akhirat sana beroleh syafaat
kerana peribadinya aku terpesona
kerna budinya aku jatuh cinta
rindu ku padanya tiada terkata
nantikan lah daku di taman syurga..
~Kullu sanah wentu toiyibah~
0 comments:
Post a Comment